Total Pageviews

Tuesday 7 April 2015

Pindaan akta hasutan : antara hak rakyat dan hak penghasut

Selepas POTA diluluskan semalam, Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan hari ini, dipinda dengan hukuman yang lebih berat. Antara yang dipinda semula  termasuklah, memasukkan elemen untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama-agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Lebih menarik lagi, pindaan Akta Hasutan 1948 dibuat dalam usaha untuk mengukuhkan undang-undang berkenaan, termasuklah peruntukan menyatakan ikat jamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa mengikut akta tersebut.

Cadangan pindaan akta berkenaan akan memasukkan dua seksyen baru - 5A dan 5B - yang mana Seksyen 5A menyatakan, mana-mana individu ditahan mengikut Subseksyen 4(1)(a) dan jika terdapat pengesahan bertulis, jika tidak melibatkan kepentingan awam untuk memberikan ikat jamin kepada tertuduh, ikat jamin tidak akan diberikan.

Seksyen lain pula menyatakan mahkamah berkuasa untuk menghalang mereka yang ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan dibebaskan dengan jaminan, daripada meninggalkan negara dengan mengarahkan mereka menyerahkan dokumen perjalanan untuk suatu tempoh masa.

Pindaan akta berkenaan turut meliputi pengenalan klausa yang akan "menjelaskan" tindakan individu atau kumpulan yang menuntut mana-mana negeri meninggalkan Malaysia akan dianggap menghasut.

No comments:

Post a Comment