Total Pageviews

Saturday 9 May 2015

Rujuk no 1 pr ialah hancurkan umno tapi ada orang umno sendiri sang kitul

Kita dedahkan antara perancangan PR 

Rukun no 1 perjuangan PR ialah hancurkan umno Abu asalkan bukan umno jadi zikir harian pencacai 

Tetapi malangnya --- antara kita terperangkap 

1- agenda pr gunakan isu Dr M 

2- pr sorokkan kerosakan yang mereka lakukan kat selangor pulau pinang dengan tonjolkan masalah dalaman Umno 

3- ketua pemuda umno YB kj dan Team Team beliau sendiri terpengaruh dengan taktik PR dengan beliau tibai kaw kaw presiden umno secara terbuka 

4- golongan musuh dalam selimut umno pun ambil kesempatan 

Siapa golongan musuh dalam selimut umno ? 

1- bekas pkr yang masuk umno 
2- yang kalah bertanding jawatan 
3- yang takdapat projek tender 
4- yang masuk umno hanya tujuan nak jadi kaya bukan jadi perjuang Melayu 


5- pr gunakan kelemahan isu semasa tapi malangnya golongan kitul dalam umno perkuatkan lagi persepsi yang telah direka oleh badan strategik pr untuk tonjolkan diri mereka konon nak selamatkan umno tetapi mereka sebenarnya membantu politikal warfare Pr 

Maka kita anak anak Melayu - nak ubah mudah - istihar dan mohon taubat keampunan kita kepada Allah - muhasabah dan tafakur segala kesilapan kita insyaAllah Allah maha mengetahui kelemahan hambanya 

ASI post - 10/5/2015

Gurindam buat pemuda no Balls

Gurindam saya buat ketua pemuda Umno Malaysia YB khairy Jamaluddin dan semua Penyokong Dr Mahathir 

Gurindam Tajuk " No Balls " 

Oleh: Ahmad Shuaib Ismail. 


Anwar Ibrahim meliwat,
Pemuda PR tetap nafi.

Azmin 'beraksi' ditandas,
Pemuda PR tetap nafi.

Aksi Ice krim disebalik pintu,
Pemuda PR tetap nafi.

Mat Syabu  dituduh khalwat,
Pemuda PR tetap nafi.

Stopa dituduh berzina,
Pemuda PR tetap nafi.

Isu duit derma Memali,
Pemuda PR tetap nafi.

Guan Eng hina Tok Guru Hadi,
Pemuda PR tetap nafi.

Nampak benar banyaknya beza,
Antara mereka dan Pemuda kita,
Mereka pertahan selagi terdaya,
Pemuda kita lodeh segala,

Tapi Pemuda belum apa-apa,
Terus menyerang secara terbuka,
Sukarkah untuk tanya bersemuka,
Sedangkan dulu dijulang segala,

Berikrar berjanji seia sekata,
Lagak tak tumpah seperti pendekar,
Hakikatnya mereka berpura-pura,
Hanya kerana tamakkan kuasa,

Komplot mahu gulingkan kuasa,
Supaya Ketua dapat bertahta,
Maka disebar adu dan domba,
Sehingga pembangkang senyum ketawa.

Dimanakah kekuatan Pemuda,
Hanya sekadar duduk bergaya,
Tersenyum lebar di depan kamera,
Gagahnya untuk berselfie sahaja.

Medan perang di pilihanraya,
Pemuda hilang tak nampak muka,
Kami ada dimana-mana,
Itu jawabnya bila ditanya.

Kepada Presiden yang kami cinta,
Apa diharap pada Pemuda,
Lagaknya hanya sakitkan mata,
Ditarik kuasa senyaplah mereka.

Rahsia Ds Azeez rahim pengerusi tabung haji dan ahli parlimen Baling terbongkar




Nama YB Dato' seri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sudah tidak asing lagi dalam persada politik tanahair negara kita....ahli parlimen Baling merangkap pengerusi tabung haji 

Suatu ketika dahulu nama beliau mendapat jolokan sebagai Azeez Putra, kemudian menjadi Azeez Rempit, ada juga yang memanggil beliau Azeez Kelab Putra dan tak kurang juga yang menyebut Azeez Baling. Biar apa sahaja gelarannya, namun itulah dia Azeez Rahim seorang tokoh politik yang sangat kuat bekerja!

Walaupun tanpa jawatan sebagai seorang Menteri tetapi tugas dan peranan yang dimainkan oleh Azeez membantu banyak negara negara luar dalam Misi Bantuan Kemanusiaan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Negara negara yang ditimpa bencana alam seperti Pakistan, Indonesia, Thailand, Rohingya, Jepun, New Zealand, Mesir, Syria, telah menjadi tempat persinggahan Dato' Azeez bersama sama dengan pasukannya Kelab Putra 1 Malaysia [KP1M]. Ada yang mentafsirkan KP1M berjaya menjalankan tugas seolah-olah ianya sebuah Kementerian dalam kerajaan...
 
Ianya menjadi lebih terkesan apabila Bantuan Kemanusiaan KP1M ini turut membantu rakyat Malaysia diluar negara seperti dalam Ops Pyramid Mesir, Ops Tsunami Jepun, Gempa di New Zealand dan sebagainya.

Pada 13 Disember 2012, Dato' Azeez telah mengharumkan nama negara apabila secara rasmi beliau telah dilantik sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine. Ketua Pengarah Kementerian Luar Palestine, Mahmoud El-Hadour telah menyerahkan WATIQAH bagi pihak Perdana Menteri GAZA Dr Ismail Haniyeh.
 
Penganugerahan ini sebagai menghargai kerja kuat Azeez yang masuk ke GAZA untuk kali kedua menghulurkan bantuan kepada rakyat mereka disana..

Jasa dan budi Azeez juga terlalu besar membantu banyak keluarga yang mendepani kes anak tempatan melayu dilarikan oleh lelaki Indonesia. Bukan sahaja anak gadis yang dilarikan malah ada juga kes isteri dilarikan ke luar negara...

Kerja berani seperti ini, membawa pulang mangsa mangsa hanya mampu diselesaikan oleh Azeez sahaja!

Walaupun Azeez sentiasa sibuk menjalankan tanggungjawabnya diluar negara, namun sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling beliau tidak pernah sesekali mengabaikan tugasnya mendekati rakyat disana.

Secara umumnya kita tahu bahawa Baling merupakan kubu kuat PAS yang menjulang mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin sebagai pemimpin mereka. Atas kerja kuat usaha gigih Azeez, pada PRU ke 13 UMNO-BN telah berjaya merampas kerusi tersebut dengan kemenangan penuh bergaya sekali!

Sebagai Ahli Parlimen Baling, Azeez telah berjaya menawan ribuan undi daripada rakyat yang bermastautin di lubuk emas dan kubu kuat parti PAS. Kalau pada PRU tahun 2008 dalam percubaan kali pertama untuk bertanding di kerusi Parlimen Baling, beliau tewas kepada Uztaz Taib Azamudden dengan majoriti 4,229. 
 
Tetapi pada PRU ke 2013, Azeez bangkit dan berjaya menebus kembali kekalahan lalu, kali ini beliau menang bergaya dengan majoriti 5,185 undi. Mengikut sifir politik, kita bukan sahaja perlu mengambil kira bilangan 5,185 undi tetapi harus juga melihat peralihan undi 2008 sebanyak 4,229 yang berjaya dikembalikan oleh Azeez untuk menyokong BN…. Hebat…!!
 
Pada awal bulan Julai 2013, Dato' Azeez telah mendapat kepercayaan YAB Perdana Menteri dimana beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari.  [KLIK SINI].
 
Inilah dia tokoh yang layak mendapat tempat sebagai teraju kepimpinan UMNO. Beliau disayangi oleh rakyat....!
Beliau disenangi oleh rakan sahabat....!
Beliau dipercayai untuk sebarang amanah oleh pemimpin yang diangkat..!

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
9 Mei 2015 

Thursday 7 May 2015

Asas pkr bukan perjuangan Islam mahupun Melayu

Nak kata pkr perjuangkan Islam macam pas pun tak 
Nak kata pkr perjuangkan Melayu macam umno pun tak 
Lagi elok umno perjuangan Melayu 
Dan pas perjuangan Islam bergabung sebab sama sebenarnya perjuangan pas umno berbanding pkr 

Pkr jelas tidak perjuangkan Islam Melayu asas perjuangan termasuk perlembagaan pkr

5/5/2015

Isu tabung haji - 1 MDB



Isu penting tabung haji ialah 

Kenapa beli tanah harga 60 ribu kaki dengan harga 188 juta- Sekaki lebih rm 3 ribu

Berapa keuntungan kalau dijual sebagai servis apartment berapa juta berbanding buat projek perumahan kepada pendeposit tabung haji boleh untuk cecah bilion 

Kalau TH buat beli tanah kawasan baru 100 ekar dengan harga bawah 10 juta bangunkan kawasan baru dan jual kat pendeposit tabung haji lagi untung bukan Sahaja duit tapi undi !

TH - dengan 100 ekar boleh buat lebih seribu rumah jadi kawasan bandar baru bagi pendeposit tabung haji 

Takpun tabung haji buka hardware seluruh malaysia untuk kegunaan lebih 5 juta pendeposit tabung haji 

Tu lebih untung dan pendeposit nampak hasil pelaburan tabung haji bukan isu subsidi sebenarnya !

Bila siap bangunan kat Rosmah interchage --- opsss salah eja Razak interchage 

Berapa orang Melayu terutama pendeposit tabung haji mampu beli kondo bangunan harga jutaan ringgit kat sana 

Satu persoalan - keuntungan kena nampak di mata ribuan pendeposit tabung haji

Tabung rosmah opsss silap lagi tulis
Tabung haji kalau keluar duit beli tanah - 188 juta 

Kat area Sepang - katakan satu ekar Rm 300 ribu sebab beli lump sum 

So Ada dekat 600 ekar tanah. Buat projek perumahan kata lah 18000 unit rumah - jual kepada pendeposit tabung haji - 600 ekar x purata 30 biji rumah seekar - 18 ribu buah rumah tolak kos buat rumah kos tanah katakan satu rumah untung 30 ribu so 18 ribu x 30 ribu = TH dapat untung Rm 540 juta lebih setengah bilion 

So apa faedah beli kat TRx - berapa kerat pendeposit TH mampu beli dengan harga jutaan ringgit seunit ???? 

Dengan keluasan tak sampai 2 ekar harga Rm 188 juta berbanding tanah 600 ekar Rm 188 juta untung dekat 1/2 bilion termasuk pendeposit tabung haji dapat untung beli kadar harga patut ! 

8-5-2015 ASI post




Wednesday 6 May 2015

Tahniah BN di Rompin tapi kena kaji persiapan PRU 14

Sebelum tu 

Pertama 

Kaji 

Taktik pr fasa 1 1998 - 2004 
Taktik pr fasa 2 2004- 2008

Taktik pr fasa 3 2008 - 2013 
Taktik pr fasa 4 2013 -2018 

Apa kelemahan pr 
Apa kekuatan pr 

Apa kelemahan umno BN dalam fasa 1 2 3 4 

Listkan semua 

Baru nampak 

Termasuk - geopolitik makro mikro politik empat fasa 

Perancangan pr strategik pr 

Adakah kita dah kaji senjata mereka 

Adakah kita dah kaji persepsi mereka ? 

Ia hasil kelemahan umno BN 

Kita buka ruang kelemahan dan gagal guna kekuatan 

Kelemahan utama umno BN 

1- kredibiliti pemimpin 
2- pengurusan isu semasa 
3- pengurusan ahli parti sendiri

Tuesday 5 May 2015

Petua rawatan kena kencing tikus

Ramuan petua ubati gejala kena kencing Tikus yang boleh membawa maut 

1. Daun betik muda blender 

Dapat KAN 2 gelas 

2. Rendam 30 minit dalam air suam letak teras kilor dengan kemuning kuning atau penawar hitam sebesar duit siling lima puluh sen 

3. Campurkan kedua tadi 

Bagi minum 

Selawat 11 kali 

Jika pesakit dalam hospital Kalau tak sedar masukkan melalui tiub 

InsyaAllah 

Sunday 3 May 2015

Kerjasama Pas umno di permatang pauh

Bukti jelas terdapat Ahli Pas pro Ulamak majlis syura Pas dan Ahli Umno rakyat tempatan permatang telah lancarkan membuat kerjasama UG di PDM telok wang bagi memastikan PKR berkubur terus di PRK Permatang Pauh


Cara nak selesaikan masalah pejuang Melayu Umno


Bagi saya --- ini kaedah terbaik selesaikan masalah pejuang Melayu Islam Umno demi perjuangan demi agama bangsa tanah air kerana Allah Taala semata mata 

4 rukun pejuang Melayu 

1. Syariat
2. Tarekat 
3. Hakikat 
4. Makrifat

4 syarat pejuang Melayu 
Sebelum nak sembang bab bersatu ialah
Wajib dalam diri pejuang Melayu ialah 

1. Siddiq 
2. Amanah 
3. Tabgligh 
4. Fatanah

Pastinya diri saya sendiri masih belum mampu ikut seperti diatas ... 

3-5/2015