Total Pageviews

Saturday 18 April 2015

Ds Anwar Ibrahim kata PR akan laksanakan GST jika perintah Malaysia so pencacai

Nampak sangat pencacai pr nak spin pasal GST kerana ds anwar Ibrahim sendiri kata PR akan laksanakan gst jika perintah 

So tak payah pencacai pr nak bohong rakyat lagi la 

Tak payah nak spin

Majoriti rakya bukan bodoh macam pencacai pr la 

Kahkahkah 

Bukti jelas kata kata ds Anwar Ibrahim sendiri 

No fitnah no penipuan 

Jelas fakta 

ASI POST 19/4/2015

Bosnia sebuah negara Islam di Eropah

Bosnia dan Balkan



Untuk berbicara tentang sejarah Bosnia, kita tidak dapat lari daripada menceritakan tentang sejarah Semenanjung Balkan. Semenanjung Balkan adalah rantau yang terletak di antara Laut Hitam, Laut Adriatic, Laut Ionian, Laut Aegean dan Laut Marmara. Balkan hari ini terbahagi kepada Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Kosovo, Macedonia, Montenegoro, Serbia, Slovenia dan sebahagian Turki. Sebelum wujudnya sempadan negara-negara ini, Balkan merupakan sebuah rantau luas yang asalnya dihuni oleh orang Greek dan Albani. Padah tahun 229 BC, Roman Empire mula menakluki Balkan. Akhirnya mereka menguasai seluruh Semenanjung Balkan dan menguasai peta politik wilayah itu. Disebabkan kemajuan yang dibawa oleh Rome, berlaku imigrasi besar-besaran bangsa Slavia dari Selatan Russia ke Semenanjung Balkan.

Semenanjung Balkan

Bangsa Slavia

Bangsa Slavia adalah sebuah bangsa kulit putih yang berasal dari Selatan Russia. Pada kurun ke 6, mereka berimigrasi secara besar-besaran dan menduduki kawasan-kawasan Central Europe, Eastern Europe dan Semenanjung Balkan. Hari ini, bangsa Slavia menjadi penduduk majoriti di negara-negara Russia, Ukraine, Belarus, Poland, Czech, Slovakia, Bulgaria, Bosnia, Serbia, Montenegoro, Croatia, Slovenia, dan Macedonia. Orang Bosnia pada hari ini kebanyakannya berasal daripada rumpun Slavia ini.

Bangsa Slavia yang berimigrasi ini kemudiannya berasimilasi dengan penduduk tempatan dan menganut agama tempatan seperti Roman Catholic dan Christian Orthodox. Ada juga yang kekal Pagan.

Bahasa asal Slavia juga berevolusi menjadi pelbagai. Sebab itu hari ini banyak negara yang bertutur dalam bahasa yang lebih kurang sama. Rumpun Bahasa ini disebut Bahasa Slavic.

Bertahun kemudian, bangsa Slavia mula meletakkan identiti nasionalisme mereka berlatar belakangkan agama dan bahasa yang mereka gunakan. Maka, wujudlah pecahan-pecahan bangsa Slavia yang ada seperti hari ini – Polish, Czech, Slovak, Croat, Serb, Bosniak, Silesia dan sebagainya.

Taburan Bangsa Slavia di seluruh dunia hari ini

Kedatangan Islam Membawa Rahmat

Selama bertahun-tahun, rantau Balkan menjadi medan pertempuran akibat peperangan antara penganut Catholic dan Orthodox. Sejak perpecahan Roman Empire kepada Western Rome(Catholic) dan Byzantine(Orthodox), masing-masing cuba untuk menguasai wilayah yang besar. Peperangan berlangsung sejak kurun ke 12 di mana wilayah Bosnia menyaksikan pertembungan yang paling hebat kerana di sini terdapat bilangan penganut Catholic dan Orthodox yang hampir sama banyak. Tidak tahan dengan situasi perang yang berpanjangan, terdapat beberapa kelompok bangsawan di Bosnia yang keluar daripada agama masing-masing dan mencipta agama baru disebut sebagai Bogomil. Sejak daripada itu, berbondong-bondong masyarakat Bosnia menganut agama Bogomil kerana mahukan keamanan.

Bermula tahun 1463, Islam mula sampai ke Bumi Bosnia dan Balkan. Khilafah Uthmaniyyah menakluki wilayah Bosnia dan seterusnya seluruh Semenanjung Balkan sehingga ke Hungary. Sebagaimana Islam datang mendamaikan Aus dan Khazraj di Yathrib, begitulah juga yang berlaku di Bosnia dan Balkan. Peperangan antara kaum dan agama yang berlarutan tamat selepas kedatangan Islam ke rantau ini. Berbondong-bondong kaum Bosnia memeluk Islam. Penganut Bogomil menjadi kumpulan pertama yang masuk Islam secara beramai-ramai sehingga akhirnya agama Bogomil terus lenyap. Catholic dan Orthodox bebas mengamalkan agama masing-masing. Semenjak itu, kaum Bosnia mensinonimkan semua Muslim di rantau Balkan sebagai Bosniak (sama seperti Muslim di Malaysia dikenali sebagai Melayu). Penganut Orthodox di Bosnia menamakan diri mereka Serbs manakala penganut Catholic menamakan diri mereka Croats. Sehingga hari ini, Bosnia terdiri daripada 3 kaum utama ini – Bosniak, Serbs, Croats.

Khilafah Uthmaniyyah menguasai rantau ini selama 500 tahun lamanya. Selama itulah Semenanjung Balkan aman. Tamadun Bosnia dibangunkan. Urbanisasi besar-besaran menjadikan bandar seperti Sarajevo dan Mostar menjadi pusat tumpuan ekonomi, pendidikan dan sosial rantau ini.

Namun demikian, hanya beberapa kaum di Balkan sahaja yang menerima Islam seperti Bosnia, Albania dan Kosovo. Selebihnya kekal dengan agama masing-masing namun tunduk kepada kekuasaan khilafah.

Keharmonian Agama di Bosnia

Ketika pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah di Bosnia, sejarah mencatatkan berlaku diversity yang sangat besar dalam masyarakat. Ia pertama kali berlaku di Eropah di mana penganut-penganut agama yang berbeza boleh hidup harmoni dalam satu negara. Ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana rantaian sejarah Ancient Rome di Eropah.

Islam, Catholic dan Orthodox dapat hidup bersama dalam suasana aman tanpa peperangan.



Bangsa Yahudi yang dibuang oleh Western Rome, Byzantine dan Iberia dari wilayah-wilayah mereka diterima masuk ke Bosnia. Bangsa Yahudi ketika zaman itu menjadi bangsa buangan. Kerajaan-kerajaan di Eropah ketika itu membunuh atau menghalau semua Yahudi daripada wilayah mereka. Namun, Muslim di Bosnia menerima kedatangan mereka dengan baik, hanya kerana mereka menyembah Tuhan yang satu. Sejak itu, Yahudi mula menduduki Bosnia dan sebahagian wilayah Balkan.

Bayangkan, sebuah negara yang dihuni Muslim, Catholic, Orthodox dan Yahudi pada masa itu, dapat hidup dengan tenteram. Jika berjalan di kota Sarajevo, kita boleh lihat masjid, gereja, katedral dan sinagog terletak bersebelahan atau bertentangan antara satu sama lain. Satu pemandangan yang unik, yang tidak ada di mana-mana tempat di dunia ini.


Saya sayang Ds Najib , dr mahathir , ds Mukhriz

Saya minta maaf pada semua Kekawan . Saya akui kesalahan saya . Minta maaf sekali lagi 

Jika ada post saya menguris perasaan Kekawan tidak kira dari belah ds najib dan dr mahathir 

Tugas saya sekarang ialah perdamaikan mana yang mampu dan kuatkan perjuangan Islam bangsa tanah air insyaAllah


Saya declare 

Saya sayang Ds najib 
Saya sayang dr mahathir 
Saya sayang ds mukhriz 
Saya sayang umno 

Bersatulah anak anak Melayu tak mahu gaduh gaduh . Tumpukan pada nasib anak cucu kita

Ahmad Shuaib Ismail

Mari kawan kawan semua . Kita cari jalan perdamaian . Kita pikir kan nasib ummat Islam bangsa Melayu tanah air kita so apa cadangan dari Kekawan semua cari ke arah perpaduan ummah sama sama bincang

Pas Permatang Pauh akan buat kejutan kepada calon PKR dalam PRK permatang pauh

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh secara terbuka menyatakan akan membuat kejutan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya PKR dan DAP terus menyinggung perjuangan parti itu.

Selain itu, jentera parti yang akan membantu kempen pada PRK Parlimen Permatang Pauh turut dinasihat supaya tidak akur sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Omar Hassan, berkata pihaknya bersedia dengan setiap cabaran yang bakal dibawa oleh rakan sekutu pakatan pembangkang mahu pun parti lawan."Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

"Kita juga bukan berebut untuk memegang jawatan, sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk menjalankan amanah Allah.

"Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-38, PAS Kawasan Permatang Pauh, di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa (DHYAR), di sini sebentar tadi.- berita harian 



Senarai terkini pencalonan pemilihan Pas - Mat sabu hanya 9 undi jawatan timbalan presiden

UPDATE:
PENCALONAN MUKTAMAR PAS PUSAT
(Chart izwan@harakah.net.my)
18 April 2015

PRESIDEN
1. Tuan Guru Abdul Hadi (45)
• Shah Alam
• Kuala Kedah
• Kluang
• Alor Gajah
• Kuala Krau
• Besut
• Rompin
• Kota Raja
• Putrajaya
• Kulai
• Pulai
• Wangsa Maju
• Jerantut
• Kota Kinabalu
• Batu Gajah
• Hulu Terengganu
• Baling
• Merbok
• Batu Kawan
• Jerlun
• Johor Bahru
• Maran
• Tasek Gelugor
• Labuan
• Bagan Serai
• Subang
• Lenggong
• Sabak Bernam
• Tambun
• Kota Melaka
• Kuala Langat
• Kampar
• Ipoh Timur
• Titiwangsa
• Kuala Kangsar
• Rasah
• Rembau
• Bintulu
• Pendang
• Kulim Bandar Baharu
• Kuala Nerus
• Sepang
• Gombak
• Padang Besar
• Petrajaya

2. Dato’ Husam Musa (7)
• Kota Tinggi
• Batu Sapi
• Segamat
• Teluk Kemang
• Seremban
• Tanjong Piai
• Sri Gading

3. Dato’ TITM (1)
• Kota Bharu

4. Ust Ahmad Awang (3)
• Parit Sulong
• Jelebu
• Bukit Gelugor


* * * * * * * * * *
TIMBALAN PRESIDEN
1. Dato’ TITM (44)
• Kuala Kedah
• Kluang
• Alor Gajah
• Kuala Krau
• Besut
• Rompin
• Kota Raja
• Putrajaya
• Kulai
• Wangsa Maju
• Jerantut
• Kota Kinabalu
• Batu Gajah
• Hulu Terengganu
• Sri Gading
• Baling
• Merbok
• Batu Kawan
• Jerlun
• Johor Bahru
• Maran
• Tasek Gelugor
• Labuan
• Bagan Serai
• Subang
• Lenggong
• Sabak Bernam
• Tambun
• Kota Melaka
• Kuala Langat
• Kampar
• Ipoh Timur
• Titiwangsa
• Kuala Kangsar
• Rasah
• Rembau
• Bintulu
• Pendang
• Kulim Bandar Baharu
• Kuala Nerus
• Sepang
• Gombak
• Padang Besar
• Petrajaya

2. Mohamad Sabu (9)
• Shah Alam
• Batu Sapi
• Parit Sulong
• Segamat
• Seremban
• Pulai
• Tanjong Piai
• Jelebu
• Bukit Gelugor


* * * * * * * * * *
NAIB
1. Dato’ TITM (6)
• Shah Alam
• Batu Sapi
• Seremban
• Pulai
• Tanjong Piai
• Jelebu

2. Salahuddin Ayub (25)
• Shah Alam
• Batu Sapi
• Kuala Kedah
• Alor Gajah
• Rompin
• Kota Raja
• Seremban
• Wangsa Maju
• Jerantut
• Pulai
• Tanjong Piai
• Sri Gading
• Jelebu
• Merbok
• Jerlun
• Johor Bahru
• Bagan Serai
• Sabak Bernam
• Kampar
• Ipoh Timur
• Titiwangsa
• Kuala Kangsar
• Rembau
• Bukit Gelugor
• Padang Besar

3. Dato’ Husam Musa (7)
• Shah Alam
• Pulai
• Wangsa Maju
• Batu Gajah
• Jelebu
• Johor Bahru
• Bukit Gelugor

4. Dato’ Mahfuz Omar (23)
• Batu Sapi
• Kuala Kedah
• Alor Gajah
• Kuala Krau
• Rompin
• Kota Raja
• Jerantut
• Batu Gajah
• Jelebu
• Merbok
• Jerlun
• Maran
• Bagan Serai
• Kota Melaka
• Kampar
• Ipoh Timur
• Kuala Kangsar
• Rasah
• Rembau
• Bintulu
• Pendang
• Kulim Bandar Baharu
• Padang Besar

5. Dr Mariah Mahmud (1)
• Kota Raja

6. Ust Idris Ahmad (37)
• Kuala Kedah
• Alor Gajah
• Kuala Krau
• Rompin
• Besut
• Putrajaya
• Seremban
• Wangsa Maju
• Jerantut
• Hulu Terengganu
• Sri Gading
• Baling
• Merbok
• Batu Kawan
• Jerlun
• Maran
• Tasek Gelugor
• Labuan
• Bagan Serai
• Subang
• Lenggong
• Tambun
• Kota Melaka
• Kuala Langat
• Kampar
• Ipoh Timur
• Titiwangsa
• Kuala Kangsar
• Rasah
• Rembau
• Bintulu
• Pendang
• Kulim Bandar Baharu
• Kuala Nerus
• Sepang
• Gombak
• Petrajaya

7. Dato’ Mohd Amar (18)
• Besut
• Kuala Krau
• Kota Kinabalu
• Hulu Terengganu
• Baling
• Batu Kawan
• Maran
• Tasek Gelugor
• Labuan
• Subang
• Lenggong
• Rasah
• Pendang
• Kulim Bandar Baharu
• Kuala Nerus
• Sepang
• Gombak
• Petrajaya

8. Ust Nasrudin Hassan (16)
• Besut
• Putrajaya
• Kota Kinabalu
• Hulu Terengganu
• Batu Kawan
• Johor Bahru
• Tasek Gelugor
• Subang
• Sabak Bernam
• Kota Melaka
• Kuala Langat
• Bintulu
• Pendang
• Kuala Nerus
• Padang Besar
• Petrajaya

9. Dato’ Iskandar Samad (8)
• Putrajaya
• Kota Kinabalu
• Lenggong
• Sabak Bernam
• Tambun
• Kuala Langat
• Sepang
• Gombak

10. Hj Mohamad Sabu (1)
• Batu Gajah

11. Dato' Dr Mujahid (2)
• Sri Gading
• Bukit Gelugor

12. Dato' Dr Mahfodz (1)
• Tanjong Piai

13. Hj Mohamad Nor (1)
• Labuan

14. Ust Nik Abduh (1)
• Tambun

15. Dato' Ust Nik Zawawi (1)
• Titiwangsa

Umno Kedah menyokong PM dan MB Kedah

UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir

Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua Adun dan KB, hanya 3 daripada adun tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama.

#Kedah #MMFC #UMNOKedah #KedahSerataRata

Sidang Media,
Badan PerhubunganUMNO Negeri Kedah,

Kenyataan rasmi,
1. MENYOKONG PENUH kepimpinan YAB DS Najib sebagai Perdana Menteri M'sia dan Presiden UMNO,
2. MENYOKONG PENUH kepimpinan YAB DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,

Kenyataan media diberi oleh YB Datuk Ahmad Bashah,
Timbalan Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,

Beliau juga mengumumkan, perjumpaan sama yang dijadualkan pada 24 April ini di Kuala Lumpur,
DIBATALKAN...!

Senarai nama2 pemimpin2, ADUN2, Ahli2 Parlimen, Ketua2 Bhgn dan Timbalan Ketua2 Bhgn yang hadir,

1. Dato Rozai
2. Dato Abu Hassan
3. Mejar Rahim
4. Syed Ali
5. Dato Arifin Man
5. YB Chua
6. YB Kama
7. Dato Lah Hasnan
8. Yb Det
9. YB Ku Rahman
10. YB Aminudin
11. YB Suraya
12. Cikgu Mahadi
13. Dato Bashah
14. YB Tajudin
15. YB Sabrina
16. En Zulfitri
17. YB Rawi
18. YB Leong
19. YB Nawawi
20. YB Saidi
21. YB Bad
22. YB Harun
23. Dato Mahadzir Khalid
24. YB Tajul
25. Dato Zaini

Alhamdulillah.

Friday 17 April 2015

Kenapa Haji hadi presiden PAS tidak saman pemimpin dap yang kata dia khianat

Soalan kepada peguam Pas YB hanipa Maidin ialah 

Kenapa presiden Pas haji hadi tidak saman pemimpin dap yang panggil haji hadi sebagai khianat kerana haji hadi perlu bersihkan nama seorang ulamak 

Hadis nabi SAW jelas kata antara ciri orang munafik ialah khianat 

ASI Post - 18 April 2015 

Kerajaan BN tanggung Rm800 wang guru agama kafa selangor dan kerajaan pkr dap pas tanggung rm 500 sahaja = rm 1300

 Kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat usaha meningkatkan syiar Islam di setiap negeri termasuk yang ditadbir pembangkang


Bagi tujuan itu katanya kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah puluhan juta ringgit kepada majlis agama Islam negeri bagi membiayai aktiviti keagamaan di negeri masing-masing.

Untuk Majlis Agama Islam Selangor, kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyerahkan lebih RM37 juta sebagai peruntukan tahun 2013 

“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan begitu prihatin dengan aktiviti keagamaan di Selangor lebih-lebih lagi peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lepas berjumlah RM35.23 juta,” kata Noh.

Noh berkata peruntukan itu meliputi pembayaran elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2013.

Beliau berkata sebanyak RM29,832,000 diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 2,600 guru Kafa.

“Elaun sebulan bagi guru Kafa ialah sebanyak RM1,300 iaitu RM800 daripada kerajaan persekutuan dan baki dibayar kerajaan negeri,” katanya.

Noh berkata sebanyak RM6,273,000 pula diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 669 imam masjid yang setiap seorang menerima RM750 sebulan.

Selain itu, sejumlah RM1,282,160 diperuntukkan kepada 140 guru takmir yang menerima RM800 sebulan, katanya.


Pada masa yang sama Noh turut membidas kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menaikkan jumlah elaun guru Kafa seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan sejak dua tahun lepas.

“Jika kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan guru Kafa mereka sepatutnya sudah naikkan elaun daripada RM500 kepada RM800. Sebelum ini ada kata nak naikkan elaun guru Kafa dan pengumuman itu dibuat semata-mata sebab pilihan raya. Jangan disebabkan politik rakyat menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Noh kerajaan negeri juga boleh naikkan elaun imam dan guru takmir namun tidak berbuat demikian.

“Kerajaan persekutuan tidak politikkan isu agama dan dalam usaha membangunkan setiap negeri kita tidak anaktirikan kerajaan pembangkang. Ini dibuktikan apabila tahun lepas, kerajaan persekutuan peruntukkan RM5.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Selangor,” katanya - 



  

Wednesday 15 April 2015

Antara hujahan Kes dadah terbaik

Sumber peguam Arif Azami 

Friday, December 5, 2014

HUJAHAN RAYUAN DI MAHKAMAH RAYUAN (SEMI-PRO LEVEL)

RINGKASAN HUJAHAN PERAYU


Dengan izin Yang Arif, 
Izinkan kami merujuk kepada Petisyen Rayuan Perayu.



  1. ALASAN NO. 1 DAN 2 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Pertamanya, Hakim khilaf apabila memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap Perayu.

  1. Hakim telah gagal untuk mengambilkira bahawa beg berisi dadah (P19) tidak pernah berkunci langsung pada mana-mana bahagian. Malahan beg P19 hanya berzip sahaja tanpa apa-apa jenis kunci atau mangga. Tiada juga penemuan apa-apa kunci pada badan Perayu. Rujuk m/s 10 Rekod Rayuan JIlid 1 dan m/s 32Rekod Rayuan Jilid 1.

  1. Adalah tidak munasabah untuk Perayu tidak mengunci beg P19 dan membiarkannya begitu sahaja tanpa apa-apa precaution. Ini menunjukkan Perayu tiada usaha untuk menyembunyikan dadah dan tiada pengetahuan berkenaan kandungan beg P19 kerana beg tidak “carefully concealed”.

  1. Hujahkan ini bermakna Hakim telah gagal membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan. Dalam keadaan beg tidak berkunci dan tiada kunci dijumpai pada Perayu; tidak ada inferens yang kuat boleh dibuat bahawa Perayu memiliki pemilikan sebenar mahupun “mens rea possession”. Rujuk kes PP v Suzie Adrina Ahmad [2006] 3 CLJ 889 [TAG 1];

“Held (allowing the appeal and remitting the case to the court below with a direction to call for the defence)

Per Gopal Sri Ram JCA:

(1)  On the facts, firstly, the respondent had actual physical possession of the bag ('exh. P4(2)') in which the drug was found. Exhibit P4(2) was locked at the material time and the respondent had the key to it which, prima facie, meant that nothing could be placed into exh. P4(2) or taken out of it without her assent. This led to the strong inference that she had mens reapossession of the drug.Secondly, the respondent had appeared shocked when she was stopped by a police officer, which was evidence that was clearly relevant and admissible by virtue of s. 8 of the Evidence Act 1950. Lastly, the respondent had travelled from Kota Kinabalu to Penang and returned within a period of less than 24 hours; thus, it was unlikely that she went to Penang for leisure. These circumstances when taken together led to the irresistible inference that the respondent was trafficking in the drug in question. It was then for her to rebut this inference by offering a plausible explanation. (para 6)”


  1. ALASAN NO. 3 HINGGA 5 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Keduanya, isu identiti melibatkan gangguan ke atas barang kes dadah. Hakim khilaf apabila gagal memutuskan bahawa wujud gangguan pada barang kes dadah dengan adanya keratan pada P10.

  1. SP2 tidak pernah ditanya di dalam pemeriksaan utama berkenaan keadaan P10 yang mana adanya kesan pelekat di salah satu bucunya. Oleh itu jelas dari keterangan SP2 bahawa beliau tidak memeriksa pelekat di P10. Apakah jaminan bahawa pelekat ini berupaya menghalang bahan Kristal dalam bentuk bercerai daripada keluar? 

  1. Daripada keterangan SP4 pula, jelas bahawa beliau tidak ingat mengenai tampalan pada P10. Malah dalam pemeriksaan semula, sekali lagi beliau mengatakan tidak ingat samada ada dibuat ujian setelah ia dijumpai.

  1. Oleh itu inferens yang memihak kepada Perayu wajar dipilih iaitu kesan keratan pada bucu P10 tidak wujud semasa SP4 mula-mula membongkar beg P19. Tiada keterangan langsung untuk suggestbahawa secara tidak sengaja berlakunya kesan keratan ini semasa proses mengumpil beg.

  1. Juga adalah salah untuk suggestbahawa kesan potongan mungkin berlaku (secara tidak sengaja) semasa plastik kuning P21 dibuka oleh SP4. Ini kerana jelas SP4 menggunakan perkataan “koyak” terhadap P21 yang semestinya berbeza dengan kesan “potong” atau “kerat” yang mana Mahkamah sendiri meneliti secara fizikal sifat potongan itu. 

  1. Inferens yang memihak kepada Perayu iaitu asalnya P10 itu tidak ada sebarang kecacatan mestilah dipilih oleh Mahkamah. Tiada penjelasan memuaskan diberikan oleh SP4. Tambahan pula, ekshibit dokumentari terutamanya gambar P5(16) yang dirakamkan di KLIA tidak menunjukkan kesan potong itu sudah wujud.

  1. Apabila dibandingkan pula dengan keterangan IO (SP5) jelas beliau dapati bucu P10 telah koyak semasa beliau membukanya di Nilai. Persoalannya, bilakah keratan ini wujud? Hujahkan ia berlaku antara tempoh selepas SP4 membuat pembongkaran di KLIA sehinggalah tempoh P19 dibuka semula oleh SP5 di Nilai. Ini adalah konsisten dengan gambar P5(16) dan P5(25) yang mana beza waktu keduanya adalah lebih kurang 2 jam. 

  1. Wujud juga masa di mana P10 hanya ditinggalkan dalam kawalan SP5 dan SP1 sahaja tanpa kehadiran SP4 semasa SP4 membuat laporan polis dan ini berlaku sebelum penyerahan rasmi dibuat. Tempoh ini menurut SP5 adalah kurang daripada satu jam. 

  1. Dihujahkan sebarang gangguan kepada P10 mesti berlaku antara tempoh SP4 selesai membongkar hingga masa SP5 mendakwa wujudnya keratan di Nilai.

  1. Penjelasan SP5 dalam pemeriksaan semula lebih mengukuhkan telahan bahawa beliaulah yang membuat gangguan ke atas barang kes dadah. Beliau pasti juga ketika SP4 menjumpai P10, tiada pelekat (bermakna tiada juga keratan). Fakta bahawa SP5 boleh sahkan tiadanya pelekat ketika itu menunjukkan beliaulah yang membuat keratan dalam keadaan SP4 tidak ingat apa-apa.

  1. Hujahkan benefit of the doubt iaitu berlakunya gangguan ke atas P10 dalam tempoh ini hendaklah diberikan kepada Perayu. Banyak persoalan gagal diperjelaskan. Bagaimana ia boleh berlaku? Apa keperluan keratan dibuat? Kenapa tampalan dibuat oleh SP5? Adakah ada perubahan berat yang wujud? Kesannya telah timbul satu keraguan serius atas identiti barang kes yang fatal kepada pendakwaan.

  1. Sebarang discrepancies dan doubtsyang wujud dalam satu kes capital offence mestilah ditutup dan diperjelaskan melalui keterangan oleh pihak pendakwaan. Kegagalan melakukannya adalah fatal kepada kes pendakwaan. Rujuk kepada kes Yeong Kia Heng v PP [1992] 1 CLJ 364 [TAG 2].

  1. Hakim juga khilaf apabila gagal memutuskan bahawa tindakan IO kes memindahkan barang kes dari plastik asal ke tiga plastik berasingan terjumlah kepada gangguan kepada barang kes.

  1. Keadaan asal apabila SP4 menjumpai barang kes dadah di dalam P19 adalah satu plastik kuning (P21) yang mana ada dadah di dalamnya. Manakala di dalam P21 ada satu lagi plastik lutsinar (P10) yang turut mengandungi bahan disyaki dadah seperti dalam P21.  

  1. Menurut SP5, beliau tuang serbuk Kristal dalam P21 ke dalam 3 plastik lutsinar lain yang beliau bekalkan (P11, P12 dan P13). Alasan beliau kerana bahan ini bertaburan dalam P21 itu yang telah koyak. 

  1. Persoalan pertama, mengapakah SP5 bertindak mengalihkan bahan disyaki dadah dari dalam P21 ke dalam 3 plastik yang beliau bekalkan sendiri? IO kes bukanlah orang yang sepatutnya melakukannya, sebaliknya ahli kimia lebih sesuai. 

  1. Tambahan pula, SP5 melakukannya secara manual memindahkan bahan dari P21 ke 3 plastik lain itu. Dalam keadaan sifatnya yang berbentuk serbuk dan SP5 sendiri kata bertaburan, apa jaminan bahawa cara manual ini memastikan keseluruhan bahan berjaya dipindahkan? 

  1. Persoalan keduanya, cara bagaimana pemindahan tersebut dibuat juga sangat meragukan dan menimbulkan syak wasangka. Sebelum mengalihkannya, SP5 tidak menimbang berat kandungan dalam P21, tiada gambar diambil menunjukkan proses pemindahan dan SP5 juga melakukannya seorang diri. 

  1. Persolan ketiganya, 3 plastik P11 hingga P13 tersebut dibekalkan sendiri oleh SP5. Sedangkan plastik asal P21 pula tidak dihantar ke Jabatan Kimia. Mana mungkin satu kes melibatkan hukuman mati dikendalikan dengan cara begini di mana alteration dibuat sesuka hati ke atas dadah oleh pihak yang menyiasat kes? SP5 juga mengatakan beliau heat seal P11 hingga P13 sendiri.

  1. Jelas ini satu pencabulan serius ke atas rantaian keterangan barang kes dadah yang wajar diberi perhatian berat oleh Mahkamah. Jika pihak IO boleh mengubah bentuk, sifat dan komposisi dadah yang dirampas, apa jaminan tiada perubahan pada berat dadah? Sudah tentu identiti barang kes sudah tidak sama lagi antara yang dirampas dengan yang akhirnya diubah dan dihantar ke ahli kimia, seterusnya dikemukakan di mahkamah.

  1. Tiada juga penjelasan memuaskan mengapakah plastik asal P21 tidak dihantar bersama kepada ahli kimia walaupun didakwa sudah dikosongkan. Bukankah P21 itu plastik asal dijumpai dadah di dalamnya? 

  1. Persoalan keempatnya, SP5 mendakwa ada maklumkan pemindahan ini kepada SP2 secara lisan. Namun, tiada keterangan dari SP2 bahawa beliau telah dimaklumkan hal ini. Tiada juga dinyatakan dalam borang permohonan (D18).

  1. Hujahkan tindakan SP5 memindahkan kandungan dadah dari P21 ke 3 plastin P11 ke P13 adalah satu gangguan (tampering) kepada barang kes. Tidak mungkin bahan serbuk yang bertaburan dapat dipastikan dihantar ke SP2 dalam bentuk, komposisi dan berat yang sama dengan yang asalnya dijumpai oleh SP4. Ini adalah fatal kepada kes pendakwaan.

  1. ALASAN NO. 6 HINGGA 8 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Ketiganya, Hakim khilaf apabila gagal untuk “appreciate” kes pembelaan. Hakim telah gagal membuat analisa yang adil dan saksama berkaitan seluruh aspek pembelaan. Rujuk kes Rozmi bin Yusof v PP [2013] 5 MLJ 66 [TAG 3] dan kes Gooi Loo Seng v PP [1993] 2 MLJ 137 [TAG 4].

  1. Tidak ditunjukkan di mana-mana di dalam alasan penghakiman bahawa Hakim telah mengambilkira kewujudan percakapan beramaran Perayu (D45). Bahkan tiada rujukan langsung dibuat kepada D45 samada ianya bermerit atau tidak, sedangkan ianya dikemukakan seawal kes pendakwaan lagi melalui IO kes. 

  1. Penolakan Hakim terhadap pembelaan Perayu telah tidak mengambilkira keterangan yang crucial ini. Ini bermakna Hakim telah gagal untuk address his lordship’s mind atas kewujudan D45. Hujahkan ini adalah satu salah arah yang serius (misdirection by way of non-direction) dan perlanggaran kepada tanggungjawab statutori di bawah Seksyen 182A Kanun Acara Jenayah. Ini mewajarkan satu “appellate interference” daripada Mahkamah Yang Mulia ini.

  1. Rujuk kes Prasit Punyang v PP [2014] 1 MLRA 387, [2014] 7 CLJ 392 [TAG 5];

“[8] On the facts of the present case, we find there is merit in the contention of learned counsel for the appellant. In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the duty-bound of learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term "all the evidence". The emphasis must be on the word "all". In the context of the present case, the cautioned statement tendered by the appellant is one of the evidence which learned JC should take into consideration in order to make a finding whether or not the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The aim of this provision is obviously to make certain that an accused person gets a fair trial. In the recent case of Ahmad Mukamal Abdul Wahab & Ors v. PP [2013] 4 CLJ 949, Hamid Sultan Abu Backer, JCA in delivering the judgment of this court has explained that the trial court has a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and evidence (including the cautioned statement of the accused) or for that matter a story by the accused to reach a just result.

[11] It is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of the truth asserted therein. But then, it is the duty of learned JC to consider and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by the appellant in support of his defence, that he had no prerequisite knowledge about the impugned cannabis found in the boat. Learned JC must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable doubt on the prosecution case. The appellant's cautioned statement was recorded a day after the arrest of the appellant. It is important, therefore, to point out that the appellant had mentioned the basic facts of his defence at a very early stage of the police investigation against him. It follows from this that the defence of the appellant in the present case was not something that was sprung for the first time in the defence case (see: Public Prosecutor v. Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086; [1992] 1 CLJ (Rep) 285; [1992] 2 MLJ 561). The impact of the totality of the cautioned statement on the prosecution case or innocence of the appellant has to be kept in mind in coming to the conclusion as to the guilt of the appellant. However, in this case, learned JC in his judgment merely said "semasa di lokap OKT memberi percakapan beliau kepada polis yang dimasukkan sebagai DI" (see p. 529 appeal record). Tellingly, however, learned JC had failed to adequately direct his mind as to the truth of the appellant's version as stated in the cautioned statement (see: Tan Ewe Huat v. PP [2004] 1 CLJ 521).

  1. Kedudukan dalam kes Perayu adalah lebih buruk kerana Hakim tidak merujuk langsung ekshibit D45 pada mana-mana bahagian di dalam Alasan Penghakiman beliau.

  1. Rujuk juga kes Azmer bin Mustafa v PR [2014] 3 MLJ 616 [TAG 6].

“[27] We have perused through the written grounds of judgment of the learned High Court Judge and we detected that his Lordship did not consider the defence raised by the appellant in his cautioned statement as alluded to by SP7 in his cross-examination. Such failure constituted an appealable error.A classic example would be the case of Er Ah Kiat v. Public Prosecutor [1965] 1 LNS 37; [1965] 2 MLJ 238 where the trial judge did not consider the defence and the Federal Court allowed the appeal and set aside the conviction and sentence.

[28] Here, the learned High Court Judge did not judicially appreciate the defence of the appellant as stated in his cautioned statement. In our judgment, it was the bounden duty of the learned High Court Judge to consider that defence. Such failure amounted to a non-direction by his Lordship. And that non-direction amounts to a misdirection. In Joseph Bundy [1910] 5 Cr App R 270, Pickford J held that a misdirection as to the evidence of identification of the defendant may be a ground for quashing a conviction.

[29] A weak or an unreasonable defence must be considered and appreciated judicially. It should not be brushed aside without giving it due consideration. This is the law and it is entrenched in the following authorities:





[30] The trial judge in R v. Emmanuel [1998] Crim LR 347 refused to put to the jury the weak defence advanced by the appellant. The appellate Court allowed the appeal and their Lordships held that no matter how weak the defence was, it must be left to the jury to consider and decide. In all the circumstances, the conviction was held to be unsafe and it was quashed.”

  1. Hakim juga tersalah arah apabila menolak pembelaan Perayu sebagai pembelaan berbentuk penafian kosong dan tidak disokong. Walhal, pembelaan Perayu adalah konsisten dengan percakapan beramaran D45. OKT telah memberikan “Alcontara Notice” seawal kes pendakwaan lagi.

  1. Asas pembelaan Perayu seperti kewujudan Afam, tujuan sebenar kedatangan ke Malaysia, penafian pengetahuan mengenai dadah dan lain-lain telahpun dinyatakan seawal semasa Perayu direman lagi melalui D45. Rujuk m/s 282-285 Rekod Rayuan Jilid 2.

  1. Ini bermakna penemuan Hakim bahawa pembelaan Perayu tidak disokong adalah bertentangan dengan keterangan. Pembelaan Perayu juga telah memberikan penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan iaitu isu pekerjaan dan return ticket. Rujuk m/s 57 & 59 Rekod Rayuan Jilid 1.

  1. ALASAN NO. 9 DALAM PETISYEN RAYUAN

  1. Keempatnya, Hakim gagal ambilkira bahawa pendakwaan gagal untuk mencabar pembelaan Perayu pada aspek yang crucial. Ini terjumlah kepada penerimaan pembelaan Perayu. 

  1. Pihak pendakwaan telah gagal untuk menyoal-balas atau mencabar keterangan Perayu dengan secukupnya semasa kes pembelaan antara lainnya dalam aspek berikut;

a)    Fakta bahawa beg P19 tidak berkunci,
b)    Kandungan kad perniagaan yang dirampas bersama Perayu,
c)    Kandungan percakapan beramaran D45,
d)    Keadaan P10 semasa mula-mula dibuka di KLIA,
e)    Isu keratan pada P10.

  1. Kegagalan pendakwaan mencabar keterangan-keterangan ini secara kolektifnya memberi maksud pendakwaan gagal untuk menunjukkan bahawa keterangan Perayu tidak boleh dipercayai. 

  1. Rujuk kes Wong Swee Chin v PP [1981] 1 MLJ 212 [TAG 7].

Oleh yang demikian kami dengan rendah diri memohon agar Mahkamah Rayuan yang Mulia ini mengganggu keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dan menggantikan dengan satu perintah perlepasan dan pembebasan terhadap pertuduhan.

Isu pindaan akta hasutan : satu analisa dari sudut perundangan

Kita semua Tahu pindaan terhadap akta hasutan telah dibuat 

Kita ulas secara ringkas yang mana tak kira pembangkang ke rakyat ke pro kerajaan ke pemimpin politik PR mahupun bn termasuk pemimpin ngo ngo melayu semua tidak terkecuali terhadap kuasa undang undang bawah akta hasutan menerusi pindaan terbaru 


1.   Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Hasutan 1948 yang diluluskan 10 April lalu merupakan satu tindakan tepat dalam mengekang perbuatan individu atau puak tertentu yang cuba mengembangkan perasaan benci atau menghasut terhadap perkara-perkara sensitif.

2. beberapa pindaan khususnya yang mencadangkan agar hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan, sememangnya amat wajar setimpal dengan impak daripada perbuatan yang dilakukannya. 

Antara pindaan substantif yang dilakukan ialah:


• Pertama, perbuatan mana-mana orang untuk mengembangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak menjadi kesalahan lagi. Mengikut huraian yang diberi, pindaan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi lebih terbuka dan dengan itu membolehkan orang awam bebas untuk memberikan maklum balas atau kritikan terhadap kerajaan agar dapat mewujudkan suatu pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab di Malaysia.


• Kedua, memasukkan misalan untuk menjelaskan bahawa perbuatan mengapi-apikan mana-mana orang atau kumpulan orang untuk menuntut pemisahan mana-mana negeri dari Malaysia adalah perbuatan menghasut. Memandangkan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang, ini memanglah wajar.


• Ketiga, apa-apa perbuatan mengembangkan kebencian atau penghinaan atau untuk membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia tidak lagi dianggap sebagai perbuatan menghasut dan oleh itu tidak akan ditangani sebagai suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan. 

Ini agak memeranjatkan saya. Saya tidak fikir pindaan ini perlu, terutama sekali memandangkan kepada perkembangan akhir-akhir ini. Kritikan terhadap hakim dan mahkamah tidak boleh disamakan dengan kritikan terhadap ahli politik dan kerajaan. Untuk mengkritik hakim di Parlimen pun memerlukan satu usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu perempat ahli dewan (Perkara 127).


Mengkritik penghakiman ada caranya. Mengutuk hakim, mahkamah dan Badan Perundangan tidak sepatutnya dibiarkan. Cuma saya harap selepas ini mahkamah sendiri akan tegas dalam memakai prosiding menghina mahkamah (contempt of court). Janganlah sampai hakim-hakim dilihat sebagai “cabut” apabila dikutuk oleh penjenayah.


• Keempat, untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang yang mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau kumpulan orang atas alasan agama. Mengikut huraian, ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melindungi kesucian agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang agama di Malaysia. Perbuatan menghina dan mempermain-mainkan mana-mana agama boleh menyebabkan ketidakharmonian dan mengancam ketenteraman awam. Ini satu penambahbaikan!


• Kelima, untuk menggantikan hukuman sedia ada bagi kesalahan di bawah subseksyen 4(1) dengan hukuman minimum pemenjaraan selama tempoh tiga tahun sehingga tempoh maksimum tujuh tahun dan meniadakan hukuman denda. Sebagai tambahan hukuman yang lebih tinggi juga diperuntukkan bagi kesalahan jika kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta benda telah disebabkan akibat daripada perlakuan kesalahan itu.


Dalam hal sedemikian, hukuman minimum pemenjaraan selama lima tahun dan hukuman maksimum pemenjaraan selama 20 tahun boleh dikenakan untuk mengambil kira keseriusan kesalahan itu. Ini memang wajar.


• Keenam, seksyen baru 5A memperuntukkan bahawa jika seseorang dituduh atas kesalahan di bawah subseksyen 4(1A) dan terdapat perakuan secara bertulis Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa jaminan tidak boleh diberikan kepada orang yang kena tuduh demi kepentingan awam, orang itu tidak boleh dilepaskan dengan jaminan. Peruntukan ini penting untuk mengelak tertuduh memboloskan diri.


• Ketujuh, seksyen baru 5B bertujuan memberi mahkamah kuasa untuk menghalang seseorang yang dituduh di bawah seksyen 4 yang dilepaskan dengan jaminan daripada meninggalkan Malaysia. Ini termasuklah memerintahkan orang yang kena tuduh itu menyerahkan dokumen perjalanannya. Dalam hal keadaan seseorang yang dituduh tidak memiliki apa-apa dokumen perjalanan, mahkamah boleh memerintahkan Ketua Pengarah Imigresen untuk tidak mengeluarkan apa-apa dokumen perjalanan kepada orang itu.


• Kelapan, seksyen baru 6a menyatakan bahawa seksyen 173A, 293 dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan di bawah subseksyen 4(1A). Ringkasnya, ini untuk mengelakkan penjenayah-penjenayah itu dilepaskan atas jaminan berkelakuan baik yang langsung tidak memberi kesan deterrent.

 
3. pinda akta ini dengan menghapuskan hukuman denda menjadikan mandatori penjara, ia akan ada satu kesan 'deterrent' kepada masyarakat. 

Bermakna rakyat  akan lebih takut kerana melihat hukuman yang bakal dikenakan nanti adalah hukuman penjara.
 
4.  Akta Hasutan ini akan ada lebih kuat kesannya berbanding satu akta yang hanya hidup segan mati tak mahu, yang hukuman tak berapa kuat, orang perlekeh dan orang tak takut.
 
5.  sesuatu undang-undang yang kita nak adakan mesti ada unsur-unsur 'deterrent'. Kalau undang-undang itu tidak ada unsur 'deterrent', ia tak berkesan , ia tak akan ada kesan kepada masyarakat. Nanti ia sekadar ada tapi tak mendatangkan apa-apa kesan terhadap masyarakat," ujarnya kepada Antarapos. 
 
6. Pindaan terhadap akta berkenaan mengambil masa sehingga 14 jam untuk dibahaskan, berikutan perdebatan hangat antara ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang. 
 
7. Pindaan berkenaan mencadangkan hukuman lebih berat dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.
 
8. Ia meminda hukuman penjara daripada 3 tahun dalam akta asal kepada minimum 3 tahun dan maksimum 7 tahun, serta meniadakan hukuman denda.
 
9. Bagi kesalahan yang dikategorikan serius, peruntukan baharu meletakkan hukuman minimum penjara 5 tahun dan maksimum 20 tahun. 
 
10. Sementara itu, dalam pindaan berkenaan juga perbuatan menghasut sehingga mendatangkan kebencian, penghinaan atau membangkitkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan tidak akan lagi menjadi kesalahan. 
 
10 . Pindaan  wajar dilaksanakan memandangkan rakyat juga perlu diberikan ruang untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan mereka, namun sebaiknya biarlah menjurus ke arah kritikan yang membina dan bukan menghasut. 
     
11. masa yang sama peruntukan yang berkaitan dengan tak boleh mengkritik kerajaan, maknanya kecenderungan menghasut untuk membawa masyarakat mempersoalkan sesuatu keputusan kerajaan, yang katanya menjadi satu kesalahan di bawah akta hasutan, yang itu pada pandangan peribadi saya patut dimansuhkan.
 
12. Kerana  tiba masanya sistem demokrasi yang diamalkan di negar kita ini memerlukan rakyat lebih kritikal terhadap pemerintah yang mereka pilih. Kita pilih pemerintah, kita nak pemerintah yang sensitif, yang mendengar denyut nadi rakyat. 

So niat bukan Alasan untuk Kata perbuatan seseorang bukan hasutan Kerana pindaan terbaru tidak pentingkan niat tapi perbuatan so terlalu Keras sekarang ini 

Apa kita dapat ialah akta hasutan boleh jadi alat bukan Sahaja kepada pembangkang tetapi pro kerajaan yang melakukan kesalahan 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
Advocates & solicitors
Peguambela Peguamcara 
16 April 2015