Kenapa PM Najib Razak belum saman WSJ?
Jawapan untuk soalan ini adalah kompleks kerana melibatkan dua pihak daripada dua negara yang ada spektrum undang-undang berbeza...
Namun, yang kurang cerdik enggan telan fakta dan memahami situasi akan tetap kata PM Najib tak saman sebab takut..
Masalahnya, tak faham undang-undang pun tak apa tapi yang tuduh PM ini tak tahu apa yang mereka baca pun...
Peguam PM telah hantar "clarification letter" kepada WSJ untuk minta pihak WSJ beri penjelasan kenapa artikel memfitnah PM itu ditulis dengan menolak fakta serta bukti yang jelas...
Basically, plan kita adalah untuk minta WSJ akui dan sahkan yang WSJ dengan jelas dan nyata tuduh PM ambil duit 2 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau..
Jika baca artikel WSJ mengenai duit 2 billion dalam akaun PM itu, kandungannya hanya sebut duit masuk akaun PM dan turut disertakan bersama adalah rekod transaksi dan statement bank PM...
WSJ tak sebut PM curi duit...WSJ tak sebut PM ambil duit...WSJ tak sebut PM seleweng duit...
WSJ kata ada duit 2 billion masuk akaun PM..Itu saja...Dan, tak pernah PM maupun PMO menafikan perkara ini dan malah telah turut dedahkan siapa yang beri dana tersebut iaitu Saudi Arabia..
WSJ tidak boleh disaman untuk persepsi lah kan?
Kriteria untuk fail kes saman adalah :
1) apa yang disebuat adalah fitnah.
2) apa yang disebut harus dicetak
3) apa yang disebut dengan nyata aibkan seseorang
(Ruj : Defamation Act 1952 )
WSJ yang berpangkalan di USA dilindungi oleh First Amendment dan juga Section 230 Communications Decency Act of 1996..
Itu lah bezanya daripada sistem perundangan yang dipratik oleh USA dan negara-negara Komanwel yang lain...
Di USA, sistem perundangan mereka lagi lah kompleks...Berubah daripada negeri ke negeri....Negeri di utara boleh hisap ganja tapi Neger selatani kata tak boleh...Negari barat kata OK kepada hukuman mandotori..Negeri timur pula say no..
Dan, tahu tak di Amerika Syarikat, hanya 14 kes criminal defamation telah difailkan daripada tahun 1994 hingga ke 2014..
Begitu luas spektrum hak kebebasan bersuara yang diamalkan oleh Amerika Syarikat..
Faham tak? You tak faham tak bermaksud PM is guilty...