Total Pageviews

Thursday 1 October 2015

Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman adalah sah berperlembagaan

Seksyen 9(5) akta perhimpunan Aman berperlembagaan dan sah 

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Seksyen 9 (5) PAA  kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur mengundang hukuman jenayah.

Mahkamah Rayuan memutuskan peruntukan PAA  boleh ditafsirkan sebagai tidak mematuhi undang-undang hanya kerana perhimpunan itu diadakan tanpa memberi notis dalam tempoh 10 hari yang ditetapkan atau notis disingkatkan.

Seorang peguam Kanan,  Encik Ahmad Shuaib Ismail memberi tahu kepada wartawan bahawa Seksyen 9 (5) PAA yang menetapkan kegagalan penganjur memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan sebagai perlakuan jenayah adalah munasabah kerana ia umpama melarang diadakan perhimpunan segera atau spontan dan pihak pendakwaan boleh mendakwa kes kes sebelum ini yang ditangguhkan atau dihentikan oleh Mahkamah atas alasan keputusan mahkamah rayuan sebelum ini yang memutuskan berbeza dan jelas keputusan hari ini membolehkan seksyen 9(5) dikuatkuasakan 

Ujar Ahmad Shuaib lagi ,  berkata hak untuk menganjurkan perhimpunan aman boleh disekat  secara munasabah dan  seperti didefinisikan dalam Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Dengan menjadikannya satu kesalahan dan menghukum penganjur mengikut Seksyen 9 (1) dan 9 (5) PAA, ia mewujudkan kedudukan konsisten dan selari.

"Seksyen itu menyekat hak terhadap kebebasan untuk mengadakan perhimpunan aman apabila menjadikan kegagalan memberi notis  kepada ketua polis daerah sebagai satu perlakuan jenayah," kata Ahmad Shuaib lagi 


ASI 1/10/2015 

No comments:

Post a Comment