Total Pageviews

Saturday 25 July 2015

Lagu baru UMNO - PAS

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
UMNO PAS Teguh bersatu. 
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Menghancurkan Dapigs GHb 
Setia pada agama 
Bangsa Dan Negara

Lambang UMNO PAS Yang gagah
Dipandang Mulia Dan indah 
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
UMNO PAS Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia 

Hidup haji hadi Hidup Najib 

Haji Hadi ❤️ UMNO 

UMNO ❤️ haji hadi 

UMNO 👬 PAS

ASI ---23/7/2015

Usul terbuka agar Pas putuskan hubungan dengan PKR

Usul  terbuka 

Putuskan hubungan dengan PKR 

Pejabat Parti Islam Semalaysia 
Presiden Pas 
Murshidul Am Pas 
ketua Pemuda Pas 
ketua muslimat Pas 
ketua Dewan Ulamak Pas 

Kita usulkan agar Pas putuskan hubungan dengan PKR 

1- pkr masih bersama Dap sedangkan pas telah putus dengan Dap 

2- 2 adun pas keluar parti di selangor 

3- pkr bersama ghb yang mana ghb jelas telah menentang ulamak Pas dan bentuk gabungan baru 

4- Ds Anwar Ibrahim sokong kewujudan GHB 

5- mat sabu masih bersama pemimpin pkr dap 

6- pas kena belajar siapa pkr dan dap 

7- undi pkr = undi dap undi ghb = undi dap 


Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 
26/7/2015 

7 cadangan terkini kepada Pas

7 Cadangan kepada Presiden Pas dan majlis syura Pas 

1- putuskan hubungan dengan Pkr kerana pkr dengan dap ghb akan buat kerjasama - undi pkr = undi dap = ghb 

maka pas akan terbuang otomatik dari pkr dap ghb 

2- kerjasama dengan UMNO untuk ambil alih kerajaan selangor dari pkr dap pada PRU 14 serta di Kelantan bagi memastikan pas kekal kerusi majoriti DUN 

3- pastikan semua aset aset harta pas dan markas pas seluruh daerah diambil alih oleh pas pusat & pas negeri 

4- ambil alih harakah sepenuhnya letak bawah dewan ulamak pas pusat 

5- strukturkan semula perjuangan pas 

6- adakan kerjasama dengan UMNO untuk kalahkan semua kerusi yang dap pkr ghb bertanding 

7- pecat serta mana mana ahli pas khianat pada perjuangan Islam 

Ahmad Shuaib Ismail 22/7/2015

Inikah Cara negarawan Melayu ?

Berapa wang Habis sambut birthday USIA 90 patutnya duduk Rumah baca alquran - Inikah konon negarawan konon pejuang Melayu konon pejuang kebenaran 1mdb Lawan yahudi tapi biar gambar berbicara 

Kami Anak Melayu Islam rasa malu siap logo Pusat perjudian Las Vegas







Akta hasutan - peguam Ahmad Shuaib Ismail mewakili wan azri




Penulis blog kontroversi Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang lebih dikenali sebagai 'Papagomo' dibebaskan hari ini selepas ditahan berkaitan postingnya berkaitan insiden rdi Plaza Low Yat Ahad lalu.

"Dia dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 4.30 petang tadi," kata peguamnya Ahmad Shuaib Ismail kepada Malaysiakini.

Wan Muhammad ditangkap pada awal pagi Rabu ekoran postingnya sebelum insiden di luar gedung beli-belah popular IT di Kuala Lumpur itu.

Tempoh reman ke atasnya bagi membolehkannya disoal siasat di bawah Akta Hasutan, tamat hari ini.

Ahmad Shuaib (gambar) berkata, tidak ada syarat-syarat tertentu yang dikenakan untuk melepaskan anak guamnya selain daripada dikehendaki hadir apabila dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Peguam itu berkata, beliau masih belum dimaklumkan sama ada Papagomo akan didakwa Isnin ini atas apa-apa kesalahan.

"Kita tidak tahu apa-apa mengenai pendakwaan lagi," kata Shuaib.

Thursday 23 July 2015

Kami orang UMNO takkan biarkan pas keseorangan lawan dap pkr ghb

Kami orang UMNO tetap tidak akan biarkan saudara seagama sebangsa kami dari Pas dan ulamak Pas keseorangan menentang Dap pkr Ghb --Kami sebenarnya dah nasihatkan banyak kali Presiden Pas dan Majlis Syura ulamak Pas agar sedar UMNO bukan musuh Pas tapi saudara seagama sebangsa


ASI

Tuesday 21 July 2015

Biro latihan UMNO sembang kuat bau taik kucing

Kepada pengerusi biro latihan UMNO Ds Zahid Hamidi dan ajk biro seorang doktor konon pakar Propoganda 

Pergilah - sembang kuat bau taik kucing 

Takda apa pun kalian pun bantu kerajaan dan UMNO lawan dakyah fitnah pembohongan dapigs dan sekutu mereka 

Kita main politik fakta politik kebenaran dah cukup lawan dakyah dapigs dan pertahankan kerajaan tanpa perlu syok sendiri belakang tadbir biarkan Ds Najib dan kerajaan diserang teruk dengan fitnah 

Cukup facebookers sukarela tanpa bayaran untuk berjuang pertahankan UMNO demi agama bangsa tanah air - ASI 

Wahai bangsaku Melayu , Jangan salahkan bangsa lain

Wahai bangsaku Melayu ...
Tolong jangan salahkan orang Cina India Irish jewish Yahudi 

Tolong jangan salahkan mana mana bangsa atas dunia 

Kerana jelas Allah Taala firman bahawa Allah tidak akan ubah nasib suatu kaum jika kaum itu tidak berubah dan mengubah diri mereka 

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sama sama kita Doakan perpaduan Umat Islam Malaysia  - kajilah sejarah kejatuhan kerajaan umaiyah di Sepanyol kerajaan abasaiyyah di Iraq kerajaan usmaniyyah di Turki - siapa yang untung siapa yang rugi - 

Fahamtak ?

Prosedur tuntutan harta pusaka praktikal di mahkamah tinggi - ASI - Undang undang harta pusaka

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
(BAHAGIAN SIVIL)
SAMAN PEMULA NO:___________________Dalam Perkara Harta Pesaka, ******Tarikh Mati: ********DANDalam Perkara Akta Probet dan Pentadbiran 1959.DANDalam Perkara Aturan 71 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

1.         **********

2.         ******************
(Pentadbir Bersama bagi Harta Pesaka
********, Si Mati)                                         ... PEMOHON-PEMOHON

SAMAN PEMULA EX-PARTE

            Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Hakim/Timbalan/ Penolong Kanan Pendaftar pada hari           hb     , pukul           pagi/petang bagi mendengar Permohonan ************** ) dan **********************, memohon untuk suatu perintah pembahagian Harta Pesaka Si Mati di atas mengikut Jadual yang diperihal di dalam Afidavit Sokongan Pemohon-Pemohon tersebut.

Bertarikh                                 hb                                2……………………………………….Timbalan/Penolong Kanan Pendaftar mahkamah Tinggi



Saman Pemula Ex-Parte ini telah difailkan oleh Tetuan *******
(No.Tel: )
(No. Ruj: )



DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA
DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
(BAHAGIAN SIVIL)
SAMAN PEMULA NO:___________________Dalam Perkara Harta Pesaka, *******, Si MatiTarikh Mati:DANDalam Perkara Akta Probet dan Pentadbiran 1959.DAN

Dalam Perkara Aturan 71 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

1.         ******************

2.         ***********************
(Pentadbir Bersama bagi Harta Pesaka
**********, Si Mati)                                     ... PEMOHON-PEMOHON


AFIDAVIT SOKONGAN

            Kami, *************** (No. K/P:) dan ************ (No. K/P: ****************) masing-masing adalah seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. *****************dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1.                       Kami adalah Pemohon-pemohon dalam kes ini dan juga Pentadbir Bersama bagi harta pesaka ***************, Si Mati mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengikrarkan Afidavit Sokongan ini dan segala fakta yang dinyatakan di sini adalah dalam pengetahuan kami dan dari pada rekod-rekod dalam simpanan kami kecuali dinyatakan sebaliknya.
2.                       Waris-waris Si Mati telah melantik kami sebagai Pentadbir Bersama bagi harta pesaka Si Mati dan Mahkamah yang Mulia ini telah mengesahkan perlantikan kami sebagai Pentadbir bersama harta pesaka Si Mati.
Kini dikemukakan dan ditanda di hadapan kami sebagai Ekshibit “ZF-1” ialah sesalinan Geran Surat Kuasa Mentadbir harta pesaka Si Mati.

3.                       Pemohon Pertama merupakan isteri yang sah disisi undang-undang kepada ************, Si Mati.

4.                       Pemohon Kedua merupakan anak lelaki yang sah disisi undang-undang kepada *****************, Si Mati.

5.                       ************, Si Mati adalah seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam dan bermastautin di No.  telah meninggal dunia pada pukul  petang berdomisil di Malaysia mempunyai harta yang berada didalam bidang kuasa Mahkamah ini pada setiap masa yang relevan dan material sebelum dan pada masa kematiannya adalah pemilik berdaftar bagi harta yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah yang Mulia ini.
Kini dikemukakan dan ditanda di hadapan kami sebagai Ekshibit “ZF-2” ialah sesalinan benar Sijil Kematian Si Mati.

6.                       Si Mati telah meninggal dunia dengan meninggalkan waris-waris berikut:-

Bil                 Nama                                      Persaudaraan            Umur Sekarang

1.       *************                                  Isteri                            Tahun
          ()
2.       *******************                      Anak Lelaki                Tahun
          ()
3.       *******************                      Anak Lelaki                Tahun
          (No.)
4.       *******************                      Anak Perempuan         Tahun
          ()
5.       ********************                   Anak Perempuan         Tahun
          ()
6.                                                                   Adik Lelaki                 Tahun
          ()
7.         Si Mati telah meninggalkan harta pesaka berupa harta alih dan harta tak alih kepada waris-waris Si Mati.
Kini dikemukakan dan ditanda di hadapan kami sebagai Ekshibit “ZF-3” ialah sesalinan Senarai Harta Pesaka Si Mati.

8.         Kesemua waris Si Mati bersetuju serta bermuafakat untuk membahagikan harta pesaka Si Mati mengikut Borang Persetujuan waris-waris harta pesaka Si Mati.
Kini dikemukakan dan ditandakan di hadapan kami sebagai Ekshibit “ZF-4” ialah sesalinan Borang Persetujuan waris-waris harta pesaka Si Mati.

9.         Berikut ialah pembahagian harta pesaka Si Mati yang telah dipersetujui oleh kami mengikut Afidavit Persetujuan waris-waris Si Mati dan dipohon perintah yang sewajarnya:-
Jadual 1

1.         1 / 2 Bahagian H.S.(M) kepada


2.         Geran PN kepada


3.         Lembaga Tabung Haji No.Akaun : kepada



4.         Akaun CIMB Bank No. Akaun :  kepada



5.         Am Islamic Bank No. Akaun : kepada



6.         Maybank No. Akaun : kepada


7.         Unit Amanah Public Islamic OptimalGrowth Fund Public MutualNo. Akaun : kepada


8.         Wang di dalam Insuran PrudentialAssurance Berhad No. Polisi :  kepada


9.         Wang di dalam Koperasi Unikeb Berhad kepada



10.       Wang di dalam MOCCIS Berhad kepada


11.       Kumpulan Wang Simpanan Pekerja No.Akaun:  kepada


12.       Keahlian di dalam Vacation Super Club No. Ahli :  kepada


13.       Legend Worldwide HolidaysNo. Ahli:  kepada


14.       Heritage Grand VacationNo. Ahli : kepada


15.       Sijil Pelaburan AmIslamic Bank Berhad        Nombor Akaun :  kepada


16.       Sijil Pelaburan AmIslamic Bank Berhad        Nombor Akaun :  kepada


17.       Kereta Jenis Proton Gen2 1.3 Automatik       No.Pendaftaran  kepada


18.       Kereta jenis Perodua MYVI 1.3 EZi Auto     No. Pendaftaran  kepada


19.       Kereta jenis Nissan Teana 2.0 XE      kepada


10.              Waris-waris tersebut semuanya dewasa dan pembahagian harta pesaka ini mengikut Borang Persetujuan waris-waris harta pesaka Si Mati adalah adil dan melambangkan kasih sayang dan juga kesepakatan di antara waris-waris Si Mati.
11.              Justeru itu, kami dengan rendah diri memohon supaya Mahkamah yang Mulia ini membenarkan perintah seperti yang dipohon di dalam Saman Pemula Ex-Parte yang difailkan di sini.

12.              Kami membuat Afidavit Sokongan ini dengan penuh kepercayaan bahawa segala yang terkandung di atas adalah benar.

Diikrarkan dan dibuat dengan sebenarnya     )
Oleh ***********                 )
(No. K/P:                                 )
Dan *****************      )
(No. K/P:                                 )
Di                                                                    )           ………………………………….........
Pada                                                                )
Jam                  pagi/petang                              )



……………………………………….
Di hadapan saya,



...........................................................
Pesuruhjaya Sumpah



AFIDAVIT SOKONGAN ini telah difailkan oleh Tetuan


Di atas permohonan harta melebihi rm 2 juta dibuat di mahkamah tinggi dengan persetujuan waris atau Sijil faraid Dari mahkamah syariah 

Pusaka kecil di Pejabat tanah 

Mulai 1 September 2009, bidang kuasa untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kecil  yang berjumlah kurang RM 2 juta telah dipinda dari jumlah sebelumnya bernilai RM 600,000 (Akta Wasiat 1959). Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) Pindaan 2008 (Akta A1331) dan peraturan-peraturan mula berkuatkuasa mulai 1 September 2009.


Sekiranya simati ada meninggalkan jumlah harta pusaka bernilai tidak melebihi RM 2 juta, permohonan untuk pembahagian harta pusaka boleh dibuat di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat Tanah dengan syarat simati mempunyai harta tak alih (tanah) di mukim atau daerah berkenaan.

PENGENALAN

1.1.      Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil.
1.2.      Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin
 
2.   UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
2.1.       Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta mengeluarkan     perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan
2.2.       Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan ( Borang A dan Borang P ) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan
 
3.   APAKAH HARTA PUSAKA KECIL
3.1.    Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-
a)       Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b)       Harta itu terdiri daripada :
           i)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
          ii)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan         sebagainya
c)      Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1 September 2009) pada tarikh permohonan dibuat
 
4.   CARA  MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (SEKSYEN 8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
4.1.     Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam Borang A
4.2.     Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
a)        Bukti Kematian
            i)       Sijil kematian/permit menguburkan;  atau
           ii)       Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
           iii)      Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dalam keadaan  seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13    Mei  1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.
b)       Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada)
c)         Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.
 
5. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON
5.1.       Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
a)         Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b)         Pemiutang dan pengkaveat;
c)         Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d)         Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
e)         Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
 f)         Amanah Raya Berhad .
 
6.  DI MANAKAH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN
6.1          Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak.
6.2          Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak.
 
7.  MENGHADIRI PEMBICARAAN
7.1.       Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain  dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan.
7.2.       Semua pihak yang diminta  hadir adalah dikehendaki hadir  di hari pembicaraan .
7.3.       Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi  secara bersumpah/berikrar.
7.4.       Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret , Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.kptg.gov.my
 
8.  CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
8.1.       Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
8.2.       Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
8.3.       Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
8.4.       Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan - kawasan Penempatan Berkelompok )1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
8.5.       Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
8.6.       Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.
 
9.  JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN
9.1.       Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 ½ bulan bagi Permohonan Baru – Borang A Seksyen 8
9.2        Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam daerah yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.
 
10.  RAYUAN TERHADAP PERINTAH
10.1        Mana - mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah  itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)
 
11.  PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
11.1.     Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
11.2.     Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi /institusi yang bertanggungjawab   terhadap harta alih tersebut.
 
12.  PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)
12.1.     Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang A- Seksyen 8 Akta ) telah diselesaikan.
a)         Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
             i)         Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
            ii)         Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
           iii)         Apabila perlu melantik seorang  pentadbir yang baru;
            v)         Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
           iv)         Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
12.2.     Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P
 
13.  MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA
13.1.     Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
13.2.     Memudahkan proses pembahagian pusaka.
13.3.     Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua waris.
13.4.     Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
13.5.     Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut.
 
14. BAYARAN
14.1.    Bayaran Pendaftaran:
a)         Percuma bagi permohonan baru (Borang A - Seksyen 8-Akta )
b)         Percuma  bagi Permohonan Berikutnya ( Borang P - Seksyen 17 Akta ).
14.2.    Bayaran Selepas pembicaraan :

a)          Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan harta simati:    
 ●   RM1.00 hingga RM1,000.00 bayaran perintah adalah RM10.00, jika RM1,001 hingga RM50,000 bayaran perintah RM30.00 manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintahadalah 0.2% dari nilaian harta si mati.
b)         RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c)         Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d)         Duti Harta Pusaka - (jika ada)  akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e)         Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f)          Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan RM 10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya.
14.3.     Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah  seperti berikut:
a)         RM 50.00  bagi bayaran  fee rayuan;
b)         RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c)         Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
14.4.    Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00- bagi setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya
 
15. CIRI - CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
15.1.   Di antara ciri-ciri istimewa  dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
a)         Borang permohonan ( Borang A ) boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah;
b)         Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
c)         Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d)         Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa - apa bayaran;
e)         Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta simati;
 f)         Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.



Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 21/7/2015