Total Pageviews

Saturday, 14 March 2015

Tuan guru Dr Haron Din harapan Umno

Tuan guru dr Haron din adalah harapan terakhir Pas bagi menghalang golongan pro dap pkr pasma Dari menguasai kepimpinan utama pas termasuk jawatan Presiden Pas termasuk tugas tuan guru menghalang fahaman syiah komunis gay lesbian sekular peliwat sekular Dari masuk menjadi ancaman aqidah ummat Islam Malaysia 


Murshidul Am Pas Tuan Guru Dr Haron din yang Saya Kenali sejak Saya kecil Lagi memang Seorang warak alim hafiz alquran tidak Pernah keluar kata kata kesat hancur ko ko ko  orang Islam lain dan tuan guru sekali belajar di alazhar mesir dengan ayah kandung Saya 


Ayah Saya Cakap dr Haron din tidak Pernah sekalipun melukakan Hati perasaan mana mana kawan baik beliau sejak belajar di mesir Lagi dan beliau amalkan tasauf menjalani hidup Seorang ulamak tasauf dan perubatan Islam dengan Ikhlas dan qanaah 


Sejak Dari mesir Lagi tuan guru dr Haron din Rajin setiap masa Merujuk kepada alim ulamak mesir 


Maka tuan guru adalah harapan ummat Islam Malaysia ke arah perpaduan ummah 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

15/3/2015 

Senarai calon pemimpin Pas yang kita kena sokong

Sebarkan kepada semua Ahli umno agar Kita pakat mereka dibawah kekal dan sokong Dalam media massa Kerana mereka harapan ke arah perpaduan ummah Islam Umno - Pas 


Senarai terkini sokongan kita kepada ulamak pemimpin UG pas 


1. Presiden Pas : tuan guru haji hadi Awang 


2. Dato nik Amar 


Naib Presiden 


1. Dato tuan Ibrahim tuan Man 


2. Dato Ahmad yakob 


3. Yb nasruddin tantawi 

Hukum mentaati Presiden Umno Dalam Islam

Hukum mentaati Presiden Umno Dalam Islam 



Sebagai Anak Melayu kita telah diajar taat pemimpin kita dan Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan Presiden Umno  tersebut.


Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:


1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan Ahli umno ,


2 - Menghormati dan Memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,


3 - Melaksanakan kebaikan bersama mereka,


4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,


5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim.



Hujahan Dalam hukum Islam dan pendapat ulamak 


Ahlus Sunnah wal-Jama’ah bersepakat berkenaan kewajiban mentaati pemimpin dan pihak berkuasa.

Mereka juga mewajibkan supaya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh pihak pemimpin selagi mana ianya tidak bertentangan dengan dalil-dalil syara’. Ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:


فلا طاعة في المعصية، إنَّما الطاعة في المعروف


“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah di dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)


Perkara ma’ruf di sini adalah merujuk kepada urusan yang bukan maksiat dan bukan kemungkaran. Sama ada ianya perkara yang diwajibkan agama, yang disunnahkan, ataupun yang diharuskan. Sekiranya masyarakat diperintahkan supaya melaksanakan perkara-perkara yang diharuskan (tidak dilarang agama), maka hukum mentaatinya adalah wajib. Sebagai contoh, hukum mematuhi undang-undang jalan-raya yang digubal oleh pihak berkuasa adalah wajib selagi mana ianya bukan maksiat walaupun ianya tidak pernah diwajibkan oleh syara’ secara khusus.


Imam al-Mubarakfuri rahimahullah berkata,


الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب


“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)


Kesepakatan (ijma’) ahlus sunnah wal-jama’ah dalam mentaati pemerintah antaranya disebutkan oleh Imam an-Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Ini adalah sebagaimana berikut,


Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):


وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ


“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)


Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah menukil perkataan Ibnu Baththal dalam Fathul Bari,

قال بن بطال في الحديث حجة في ترك الخروج على السلطان ولو جار وقد أجمع الفقهاء على وجوب طاعة السلطان المتغلب والجهاد معه وأن طاعته خير من الخروج عليه لما في ذلك من حقن الدماء وتسكين الدهماء وحجتهم هذا الخبر وغيره مما يساعده ولم يستثنوا من ذلك إلا إذا وقع من السلطان الكفر الصريح


“Telah berkata Ibnu Baththal dalam hadis yang menjadi hujjah untuk meninggalkan sikap keluar dari ketaatan kepada sultan (pemerintah) walaupun pemerintah tersebut seorang yang jahat, (katanya) “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghalib) dan berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini, melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)


Al-Karmani berkata, “Para fuqaha’ telah bersepakat (ijma’) bahawa penguasa yang telah terpilih (sebagai pemimpin) wajib ditaati selagi dia menegakkan solat berjama’ah dan jihad melainkan jika dia melakukan kekufuran yang nyata. Sehingga tidak ada lagi ketaatan kepadanya. Bahkan wajib memeranginya bagi orang yang mampu.” (Syarah Shahih al-Bukhari, 10/ 169)


Asy-Syarqawi berkata, “Larangan (keharaman) memerangi penguasa yang zalim dan fasiq diambil daripada ijma’ para ulama dari kalangan para tabi’in.” (Hasyiyah asy-Syarqawi, 2/398)


al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) menjelaskan berkenaan kesepakatan (ijma’) dalam hal ini setelah mengulas berkaitan biografi dan celaan terhadap perawi yang membolehkan mengangkat pedang (walaupun asalnya perawi tersebut tsiqah dan fasiq):

كان يرى السيف يعني كان يرى الخروج بالسيف على أئمة الجور وهذا مذهب للسلف قديم لكن أستقر الأمر على ترك ذلك لما رأوه قد أفضى إلى أشد منه ففي وقعة الحرة ووقعة بن الأشعث وغيرهما عظة لمن تدبر


“Sebagaimana yang diriwayatkan berkenaan pendapat yang menyatakan bolehnya keluar (khuruj) mengangkat pedang (senjata) terhadap para pemimpin yang zalim (tirani). Maka, ini adalah mazhab salaf qadim (mazhab sebahagian orang-orang salaf terdahulu dari minoriti sahabat dan tabi’in). Akan tetapi, kemudiannya ada sebuah ketetapan untuk meninggalkan perkara (kefahaman) tersebut, kerana ia menimbulkan kesan yang jauh lebih buruk. Apa yang terjadi dalam peristiwa al-Harrah dan Ibnu al-Asy’ats menjadi pengajaran yang baik bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran.” (Ibnu Hajar, Tahdzibut Tahdzib, 2/250)


Keterangan tentang fasa ijma’ ini juga dijelaskan oleh al-Qadhi Iyadh sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah,

وقال جماهير أهل السنة من الفقهاء والمحدثين والمتكلمين لا ينعزل بالفسق والظلم وتعطيل الحقوق ولا يخلع ولا يجوز الخروج عليه بذلك بل يجب وعظه وتخويفه للأحاديث الواردة في ذلك قال القاضي وقد ادعى أبو بكر بن مجاهد في هذا الاجماع وقد رد عليه بعضهم هذا بقيام الحسن وبن الزبير وأهل المدينة على بني أمية وبقيام جماعة عظيمة من التابعين والصدر الأول على الحجاج مع بن الأشعث وتأول هذا القائل قوله أن لا ننازع الأمر أهله في أئمة العدل وحجة الجمهور أن قيامهم على الحجاج ليس بمجرد الفسق بل لما غير من الشرع وظاهر من الكفر قال القاضي وقيل أن هذا الخلاف كان أولا ثم حصل الإجماع على منع الخروج عليهم والله اعلم


“Majoriti ulama ahlus sunnah dari kalangan fuqaha’ (pakar fiqh), ahli hadis, dan ahli kalam menyatakan bahawa pemimpin tidak dilucutkan (atau dijatuhkan kepimpinannya) atas sebab kefasikannya, kezalimannya, dan perbuatannya yang merampas hak-hak umat Islam, dan tidak boleh khuruj (keluar dari ketaatan) kepadanya. Tetapi umat Islam wajib untuk menasihati dan menggerunkan hatinya dengan hadis-hadis (yang berbentuk ancaman) berkaitan perkara tersebut.


Al-Qadhi berkata, “Abu Bakar B. Mujahid telah menyatakan adanya ijma’ atas perkara ini, sebahagian ulama telah membantah pernyataan tersebut dengan apa yang dilakukan oleh al-Hasan dan Ibnu az-Zubair, serta penduduk Madinah terhadap bani Umayyah. Juga pertembungan dua kumpulan besar dari kalangan tabi’in dan generasi awal dan umat ini terhadap al-Hajjaj B. Yusuf, bukan kerana sekadar kefasikan, akan tetapi ketika dia telah mengubah sebahagian syari’at dan menampakkan kekufuran.” Al-Qadhi berkata lagi, “Perbezaan ini timbul pada awalnya, kemudian terjadi ijma’ (kesepakatan) yang melarang memberontak kepada pemerintah.” Wallahu a’lam.” (Syarah Shahih Muslim, 12/229)


Dalam sebuah hadis daripada Umamah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa mentaati pemimpin adalah salah satu sebab mendapat jaminan Syurga. Ini adalah sebagaimana kata beliau:


سمعت رسول الله وخطبنا في حجة الوداع، وهو على ناقته الجدعاء، فقال: أيها الناس. فقال رجل في آخر الناس: ما تقول أو ما تريد؟ فقال: ألا تسمعون: إنه لا نبِي بعدي، ولا أمة بعدكم، ألا فاعبدوا ربكم، وصلوا خمسكم، وصوموا شهركم، وأدوا زكاة أموالكم، طيبة بِها أنفسكم، وأطيعوا أمراءكم تدخلوا جنة ربكم


Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyampaikan khutbah pada haji al-Wida’ dalam keadaan baginda menunggang untanya yang kepenatan. Sabda beliau:


“Wahai manusia!” Kemudian, seorang lelaki di belakang berkata:


“Apakah yang engkau perkatakan atau mahukan?” Sabda Rasulullah:


“Adakah kamu tidak mendengar, sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku dan tiada lagi ummat selepas kamu. Ketahuilah, hendaklah kamu sentiasa mengabdikan diri kamu kepada Tuhan kamu, solatlah lima waktu dan taatilah pemimpin kamu, pasti kamu akan memasuki Syurga Tuhan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/487, no. 22161. Tahqiq Syaikh Syu’ab al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat Imam Muslim. Diriwayatkan juga oleh at-Tirmidzi dan katanya hasan sahih)


Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah menyatakan berkenaan kepimpinan pemimpin umat Islam:


هم يلون من أمورنا خمساً: الجمعة، والجماعة، والعيد، والثغور، والحدود. والله لا يستقيم الدين إلا بهم، وإن جاروا وظلموا والله لما يصلح الله بهم أكثر مما يفسدون، مع أن طاعتهم – والله – لغبطة وأن فرقتهم لكفر


“Mereka menguasai (memimpin) kita dalam lima perkara, iaitu solat Juma’at, al-Jama’ah (penyatuan/perpaduan), hari raya, benteng pertahanan, dan perundangan. Demi Allah, agama ini tidak akan tertegak melainkan dengan kewujudan mereka, walaupun mereka melakukan keburukan dan kezaliman. Demi Allah, Allah menjadikan kebaikan dengan perantaraan mereka lebih banyak berbanding kerosakkan dengan sebab mereka. Ketaatan kepada mereka adalah suatu yang terpuji dan memisahkan diri daripada mereka adalah kekufuran.” (Ibnul Jauzi, Adab al-Hasan al-Bashri, m/s. 121. Dinukil dari: Syaikh ‘Abdussalam B. Barjas, Mu’ammalatul Hukkam fii Dhau’il Kitab wa as-Sunnah, m/s. 2)


Maka Kita Ahli umno wajib taat kepada Presiden Umno selagi beliau menjadi Presiden Umno 


Umno adalah tonggak Kerajaan Malaysia 



Islam Melayu Umno berpisah Tiada 


Hidup Melayu . Allahuakbar 


Ahmad Shuaib Ismail 

14/3-2015 

Amanat terkini Presiden Umno Ds Najib Tun Razak

Amanat Presiden Umno DS Najib Tun Razak di Konvensyen Umno Kedah 


Amanat YAB Dato Sri Presiden UMNO Malaysia kepada para pemimpin UMNO dalam Negeri Kedah ;


1. Kawasan yg kita menang d bawah 200 undi kita harus lebihkan usaha.


2. Apa juga faktor penolakan rakyat keatas kerajaan Kedah dahulu harus kita ambil berat.


3. Apa jua kekuatan kita harus dikenalpasti dan dijadikan pegangan utama untuk bergerak.


4. Kurangkan permasalahan dalaman.


5. Jangan cantas mencatas antara satu sama lain.


6. Jangan wujud dua pasukan dalam bahagian.


7. Jangan ulangi kesilapan kita yang lalu.


8. Apa yang kita nak pentingkan? Adakah kemenangan UMNO atau jawatan?


9. Ada dalam kalangan kita mengadu domba antara sesama kita. Kenalpasti jermuan-jermuan ini dalam kepimpinan kita.


10. Jika takda jermuan-jermuan dalam kepimpinan UMNO, maka sudah pasti UMNO akan lebih kukuh.


11. Jangan kita tersasar, kita mesti bersasar. PRU13 kita menang 367 pdm berbanding PRU12 kita menang 283 pdm.


12. Core business (TUGAS UTAMA) kita adalah kena pastikan UMNO sentiasa kuat. Jadi kita harus memastikan denyut nadi rakyat setiap masa (DEKAT DENGAN RAKYAT).


13. Jentera parti mustahak, tapi rakyat adalah penentu kepada samada kita berkuasa ataupun tidak.


14. UMNO harus ada pendekatan kita dengan kelompok tertentu (cth : pesawah padi, pekebun kecil, pegawai kerajaan).


15. Beri pertimbangan kepada wanita dan gen Y (orang muda). Apa strategi kita?


16. Kita sama-sama tanggani apa jua isu dengan mengikut undang-undang.


Friday, 13 March 2015

Zikir doa cara selesai masalah seleweng Dana Negara

Nasihat pada diri saya sebagai Seorang Rakyat Malaysia yang pegang amanah ke setian kepada raja dan Negara 


Dalam selesaikan isu penyelewengan Dana harta Negara 


Kita kembali pada Jalan syariat hakikat tarekat makrifatullah 


Banyakkan zikir tafakur taubat istikarah minta petunjuk Dari Allah terus Sambil bukti bukti manusia . 


Dalam perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu, sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu pentadbiran dan pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu yang menggunakan kekuatan dalaman bagi menyampaikan hajat hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang meletakkan keberkesanan kepada tiap sesuatu itu.


Seterusnya, sekiranya Tuhan izinkan, maka Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah. 


“Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” 

( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )


Orang yang di dalam  ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahawa semua amalan tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak kerana taufik dan hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya. Allah s.w.t berfirman:


“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )


Ahmad Shuaib Ismail 

14/3/2015

Setakat main isu 1MDB ? Kahkahkah

Setakat nak main isu 1 MDB ? 


Kahkahkah 


Kita Akan dedahkan siapa punca utama masalah ekonomi Negara 


Siapa yang kaya sebenarnya di Malaysia 


Siapa yang tinggalkan asas Hutang besar Negara 


Siapa yang selama ini jadikan wang Negara sebagai harta faraid mereka 


Kita Akan dedahkan siapa selama ini yang balun Sakau kekayaaan Negara 


Yang menanggung buruk yang tanggung kesan ialah ds najib dan Barisan kepimpinan kerajaan sekarang 


Siapa yang selama ini serahkan ekonomi Negara kepada Ali baba kapitalis 


Siapa yang memecah Belah perpaduan Melayu siapa yang pinda tanah Rizab Melayu siapa kurangkan kuasa raja raja Melayu siapa yang bagi mereka jadi bilioner 


Siapa yang tutup syarikat Melayu siapa yang tutup bank Melayu Bumiputra dengan pakatan dengan mata sepet 


Kerana  tindakan yang lepas terhadap ekonomi Negara  



Setakat nak main 1 MDB nak jatuhkan ds najib so sorry la 


Sebab Kita Ada 1000 fakta siapa punca utama kepada kelemahan asas ekonomi Negara 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

14/3/2015

Asas politik pas Dari zaman Fisabilillah

Mengenal asas politik Pas 1951 supaya mudah kenal Asal pembentukkan politik Pas Dalam tanah air Malaysia secara Ringkas 


Asal perjuangan Pas adalah semangat Kebangsaan golongan ulamak tradisional Melayu Perak patani kedah Kelantan dan campuran Pejuang Pasukan angkatan Fisabilillah termasuk hizbi muslimin gunung semanggol dan Ada 13 buah ikrar sumpah setia 


Kemudian bertukar guna cara Ikhwanmuslimin mesir sejak zaman almarhum Dato Fadhli Noor Dalam asas Baiah mereka rukun Baiah dan kitab rujukan utama ialah Risalah Taalim


Zaman Pas sekarang 


Ia berpecah kepada pelbagai fahaman Dalam pas 


Maka sekarang Manhaj Pas terbahagi dua terbesar iaitu Manhaj Ikhwan dan Manhaj pakatan 


Ahmad Shuaib Ismail 

14/3/2015

Kaji sepenuhnya pas dap pkr sebelum kita lawan mereka

Sebelum kita nak lawan dap pkr pas 


Kaji apa kekuatan pas dap pkr 


Siapa mereka siapa pemimpin mereka gerak kerja mereka cara mereka nak dapat sokongan Rakyat cara mereka masuk DAPAT sokongan cara mereka gunakan media massa cara mereka dengan mansyarakat cara mereka Dalam isu isu semasa 


Pertama 


Fahamai asas perjuangan dan perlembagaan dap pas pkr 


Kedua 


Kaji apa taktik mereka 


Fasa Pertama tahun 1999 - 2004 iaitu asas pembentukkan Kerjasama mereka 


Fasa kedua tahun 2004 - 2008 


Taktik mereka pas pkr dap sehingga DAPAT nafikan 2/3 majoriti umno mb dan menang SELANGOR Penang kedah Kelantan Perak tahun 2008 


Fasa ketiga 2008 - 2013 


Perancangan mereka untuk DAPAT kuasa kerajaan persekutuan 


Perspesi perancangan mereka susunan 


1. Mereka gunakan kelemahan pemimpin umno bn 

2. Main propoganda 

3. Main dakyah 

4. Manipulasi isu 



Dari 


Pelapis Pelapis mereka di kalangan Pelajar pekerja Profesional ustaz ulamak 


Fasa empat 2013 - 2018 


Pas dap pkr hendak Malaysia


Susunan kejuruteraan politik pas dap pkr 


1. Kepada isu masalah dalaman kerajaan 

2. Isu kredibiliti pemimpin 

3. Isu asas perjuangan umno sendiri 


Sama sama buat kajian 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

14/3/2015  

Politik baru Malaysia ala ' kartel'

Dalam politik Malaysia 


Semua dah disusun ala kartel  


Seperti jawatan Dalam Pemuda umno siapa ganti yb KJ maka yb kj dah Susun Pelapis beliau siap siap Dalam peringkat Bahagian Lagi untuk pastikan kedudukan beliau selepas tamat tempoh Ketua Pemuda tamat untuk pergi kedudukan lebih Jauh Dalam politik 


Sama macam tun dr mahathir Susun ds mukhriz sebagai legasi beliau sama macam ds najib ts muhyidin semua Akan buat benda sama 


Dalam pas pun sama mereka dah Susun group ulamak pro ikhwanmuslimin agar kuasai pas agar golongan abim dan jim yang masuk pas DAPAT disekat 


Dalam pkr pun sama Anwar dah Susun 


Dalam dap pun sama 


Tujuan 


1. Kekalkan kuasa legasi 

2. Pembolotan pengaruh dan kuasa politik 

3. Harta pangkat takhta secara Warisan 



Kita sebagai Rakyat hanya mengikut perancangan mereka takkira Parti mana sekalipun 


Inilah Budaya baru politik Malaysia 


Ahmad Shuaib Ismail 

13/3/2015 

Presiden umno dan Presiden Pas bakal diturunkan oleh agenda NWO

Gerakan Freemason Jesuit syiah dapigs komunis lgbt illuminati berjaya target awal mereka mereka tahun 2015 iaitu 


Gerakan jatuhkan Presiden Umno 


Gerakkan jatuhkan Presiden Pas 


Sebab baik buruk pas kedua mereka beragama Islam dan Melayu 


Sangat licik political warfare makro mikro geopolitk kejuruteraan politik Freemason dapigs komunis syiah sampai ramai tak sedar 


Yang orang Melayu Akan di serang Dari segala sudut bukan Sahaja politik tapi aqidah Budaya jati diri syariat moral sosial



Hujahan kepada gerakkan jatuhkan Presiden umno point utama 


1. Rosmah 

2. 1MDB 

3. Hutang Negara dan nilai ringgit 


Hujahan kepada gerakkan jatuhkan Presiden pas 


1. Pas adalah bayangan perjuangan ikhwanmuslimin sedunia dan sudah tentu harbi harbi Freemason komunis menentang 


2. Golongan ulamak perlu dikeluarkan Dalam Pas 


3. Pas hendak ditukar Dari jamaah Islam kepada sistem Parti politik demokrasi sekular  


Sekian Ahmad Shuaib Ismail 

13/ 3/2015

Kerana 1MDB , BN Akan kalah Pru 14 ?

Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

“Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

“Ingatlah undi orang Umno  sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya,” kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 8 Mac lalu, kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian dikatakan berpuas hatidengan penjelasan Najib sebagai presiden parti berhubung isu 1MDB.

Menulis di blog hari ini, Mahathir (kiri) berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

“Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi,” katanya.

Mahathir juga berkata menyatakan dakwaan dibuat sebagai fitnah semata-mata tidak cukup untuk rakyat menolak tuduhan tuduhan berkaitan 1MDB.

Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

“Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

“Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna,” katanya.

Thursday, 12 March 2015

Pas mengaku Umno sokong hudud sejak tahun 1993

Takiyuddin Hassan









PAS Kelantan mengakui UMNO telah memberikan sokongan sepenuhnya bagi pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri ini, termasuk ketika enakmen itu diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 25 Nov 1993.

Pengakuan ini dibuat oleh Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

Bernama turut memetik Takiyuddin sebagai berkata, “dengan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan bagi mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan, ia dilihat perkembangan positif ke arah usaha melaksanakan undang-undang Islam itu”.

Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang, iaitu DAP.

Baru-baru ini, anggota Parlimen DAP kawasan Puchong, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PAS, bahawa parti itu tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika tetap berkeras membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di DUN Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan menentang usaha PAS untuk melaksanakan hudud.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak akan tunduk dengan desakan DAP, malah bersemangat untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Pengakuan PAS Kelantan itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik memandangkan selama ini PAS mencanangkan UMNO sebagai penentang hukum hudud dan anti hukuman tersebut.

PAS Kelantan akan membentangkan enakmen tersebut di DUN negeri itu Isnin depan bagi membuka laluan kepada parti itu membentangkannya di Parlimen, seterusnya bagi membolehkan enakmen itu dilaksanakan di Kelantan-EDITORIAL

Tindakan IzZah jatuh bawah seksyen 3 Akta hasutan



Jelas bahawa KENYATAAN Nurul IzZah Ahli Parlimen LEMBAH pantai gelar hakim hakim sebagai syaitan walaupun Dalam Parlimen tetap tidak termasuk Dalam imuniti Seorang Ahli Parlimen Dari kena Pendakwaan 

Perkara 63(4) perlembagaan persekutuan jelas kecualikan KENYATAAN Ahli Parlimen yang membawa kepada perbuatan hasutan yang terjumlah kepada seksyen 3 Akta hasutan 

Merujuk kepada laporan yang telah Dibuat 

LAPURAN POLIS
Oleh ZULKIFLI BIN NOORDIN
(zul4kulim.blogspot.com)

Balai : Jalan Dang Wangi
Daerah : Dang Wangi
Kontinjen : Kuala Lumpur
No Repot : Dang Wangi/006551/15
Tarikh : 12.03.2015
Waktu : 14.14hrs
Pengadu : Zulkifli Bin Noordin

Pengadu Menyatakan:

Semasa saya berada di pejabat di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur semalam 11 Mac 2015, saya telah menerima satu link videoklip YouTube beralamat di https://youtu.be/RbSMNVMhD0. Setelah membukanya saya dapati ianya adalah satu petikan ucapan Nurul Izzah Binti Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa menyampaikan ucapan dalam Bahas Titah DiRaja dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac 2015 yang telah membuat ucapan kononnya atas alasan membaca teks kenyataan bapanya Anwar Bin Ibrahim seperti berikut:

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, Hakim-Hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”.

“Mereka diberi peluang untuk menebus diri dengan bertindak membetulkan kesilapan badan kehakiman yang lampau, mengembalikan kemuliaan dan mengukir nama baik sebagai pembela sebenar keadilan. Sebaliknya mereka memilih untuk kekal dalam kegelapan”.

Dan selepas beliau ditegur Tuan YDP Dewan mengenai Peraturan 36 (8) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Nurul Izzah Binti Anwar menyambung:

“Saya hargai, kerana itu saya akan menunggu, apabila Ahli Parlimen Padang Serai membawa usul untuk membahaskan perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan yang saya harap akan diluluskan oleh pihak Yang DiPertua”.

Saya percaya Nurul Izzah Binti Anwar membuat kenyataan ini dalam konteks mempertikai penghakiman lima (5) orang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah pada 10.02.2015 menolak rayuan bapanya Anwar Ibrahim dan mensabitkan beliau dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan mengekalkan hukuman penjara selama 5 lima (5) tahun.

Saya sesungguhnya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar ini bukan sahaja menghina dan mencera Yang Arif Hakim-Hakim tersebut dan merupakan suatu kenyataan yang “highly contemptuous”, malah ianya berbaur hasutan kerana boleh membawa kepada rakyat dan orang ramai mempertikai dan memandang hina, dan mencurigai integriti, kewibawaan dan kredibiliti Hakim-Hakim Mahkamah tersebut kerana dituduh sebagai:

1. tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik;
2. menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman;
3. menjual diri mereka kepada syaitan;
4. memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan;
5. memilih untuk kekal dalam kegelapan;
6. usul perilaku jahat Hakim-Hakim dalam Mahkamah Persekutuan.

Saya percaya kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar itu tidak dilindungi oleh kekebalan sesorang Ahli Parlimen seperti diperuntukkan dibawah Perkara 63 Fasal (2) Perlembagaan berdasarkan Perkara 63 Fasal (4) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa kekebalan seseorang Ahli Parlimen dibawah “Fasal (2) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948”; dan ini disahkan oleh Mahkamah Persekutuan didalam kes Datuk Mark Koding v. Pendakwaraya [1982] 2 MLJ 120 FC.

Saya dengan ini memohon pihak Polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah Binti Anwar dan memohon pihak Pendakwa Raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah Binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukkan dibawah Akta Hasutan 1948.

Xxxxxxxx 

Mohon polis segera siasat 

Kerana 

Jelas mengundang masalah kepada keselamatan Negara 

Termasuk 

1. Masalah kepada ekonomi dan kepercayaan Negara Pelabur ekonomi di Malaysia 

2. Undang Krisis kenyakinan Rakyat 

3. KENYATAAN jelas hasutan jahat dan fitnah keatas badan kehakiman Negara yang menjadi Teras kepada Malaysia

Ahmad shuaib Ismail 
13.3/2015 

Unit KHAS nasihat perundangan untuk Ahli ahli umno pemimpin umno



Assalamualaikum warahmatullah 

Dibawah unit C BFF  Kita sediakan Khidmat nasihat guaman Percuma kepada semua Ahli dan pemimpin umno Dalam isu isu perundangan semasa termasuk perlembagaan umno Hak Ahli umno dan isu isu melibatkan perlembagaan dan apa Sahaja isu isu perundangan seperti jenayah sivil  dan lain lain 

 hubungi saya terus 

Ahmad Shuaib Bin Ismail 
Hp 0193330608  
Ketua unit C BFF 


Wednesday, 11 March 2015

Kita lawan Dap bukan lawan cina maka wan Khairul ihsan buat hasutan jenayah

Analisa KENYATAAN wan Khairul ihsan yang Cakap halal Darah cina  

Memang Ada unsur jenayah hasutan !

Kita lawan dap bukan lawan cina 

Kita lawan pas bukan lawan ulamak 

Kita lawan pkr bukan lawan keadilan 

So cina ke India ke Iban Kadazan semua makhluk Allah dan Rakyat Malaysia Ada Hak Dalam undang undang dan perlembagaan  

Cina Ada Islam Ada kristian Ada budha 

So kenapa kita serang Nama bangsa 

Bukan semua cina baik dan bukan semua Melayu jahat 

Jahat baik seseorang perbuatan individu bukan dihukum ke atas satu bangsa

Islam adalah agama untuk semua bangsa dan ummat manusia maka kita lawan dap pkr pas pasal ideologi politik bukan pasal agama dan perkauman yang Ada Dalam mereka 

Kita pertahankan agama bangsa kita Dalam masa sama kira diharamkan Aniaya Zalimi agama dan bangsa orang lain 

So ber politik lah cara bersih Tanpa perlu buat unsur hasutan provokasi tak kira mana mana Penyokong pihak kerajaan mahupun pembangkang 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
12/3/2015

Saya dah bagi Tahu dah Pas Akan guna agama pasal GST

Boleh rujuk link Saya sebelum ini 


http://ahmadshuaibismail.blogspot.com/2015/03/taktikal-pr-dalam-isu-gst-satu-kajian-1.html


Maka kita kenal pasti perancangan pas sebenarnya 

So mereka Akan Cari pelbagai Jalan untuk sebar persepsi negetif kepada dasar kerajaan so kenapa kita lupa 

Mana penasihat penasihat agama kepada umno kena bertindak cepat sebab Saya dah ingatkan sebelum ini perancangan taktikal pr statergik politik kejuruteraan pr Dalam isu gst untuk tanam persepsi buruk kepada kerajaan umno dan bn 

So penasihat penasihat berbayar tunggu apa Lagi 

Counter lah hujah mereka 

Ahmad Shuaib Ismail 
12/3/2015

Jika Tiada empat rukun empat syarat maka perjuangan Melayu jadi sia sia

Empat rukun wajib Ada pada Pejuang umno Pejuang Melayu ialah 

1. Syariat 
2. Hakikat 
3. Tarekat 
4. Makrifat 

Dan empat sifat empat Perkara wajib pada semua Pejuang umno Pejuang Melayu ialah 

1. Benar 
2. Amanah 
3. Penyampai 
4. Bijak sana 

Jika tidak cukup salah satu sifat diatas maka perjuangan Melayu agenda Melayu apapun kita buat Akan gagal sia sia 

Buat rugi duit buat la perhimpunan ke agenda ke forum ke mesyuarat ke jika empat Perkara diatas masih gagal dipenuhi 

Ahmad Shuaib Ismail 

11 mac 2015 

Fungsi parmasi dan Klinik hanya susahkan Rakyat

Pengasingan Fungsi Klinik Dan Farmasi Hanya Akan Susahkan Pesakit – Tun Mahathir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pengasingan fungsi klinik dan farmasi hanya akan menyusahkan pesakit.

Beliau berkata demikian kerana banyak klinik swasta yang beroperasi 24 jam, namun farmasi tidak dibuka sepanjang masa selain jumlah ahlinya di seluruh negara masih tidak mencukupi.

“Kebanyakan farmasi dibuka di kawasan bandar dan menjadi beban kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan ubat.

“Seringkali dilihat, tidak banyak ahli farmasi yang sentiasa sehingga malam walaupun ianya beroperasi sehingga jam 10 malam,” katanya pada sidang media selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Universiti Perdana dengan University of California, San Diago.

Menurutnya, rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini dan menyebabkan pengguna menganggung kos perubatan yang lebih tinggi.

“Sistem yang sedia ada perlu dikekalkan seperti di klinik swasta yang masih beroperasi selepas pukul 12 tengah malam dan dapat membantu pesakit yang memerlukan ubat.

“Jika pengasingan fungsi klinik dan farmasi dilaksanakan, ia pasti menyukarkan pesakit untuk mendapatkan ubat kerana sakit datang tidak mengira masa,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak alasan pihak yang mendesak pengasingan itu dilakukan bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam memberi ubat-ubatan kepada pesakit.

“Saya tidak menolak alasan itu tetapi ia hanya satu kelebihan berbanding banyak keburukan jika melaksanakannya,” ujarnya.

Sebelum ini, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mencadangkan pengasingan fungsi klinik dan farmasi dilaksanakan kerana perkara itu telah terbukti berkesan apabila diamalkan di hospital kerajaan dan swasta.

Timbalan Presiden MPS, Amrahi Buang seperti dilaporkan berkata, amalan tersebut mampu mengurangkan potensi kesilapan memberi ubat kepada pesakit selain menepati kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) menafikan adanya pengasingan fungsi klinik dan farmasi dalam preskripsi dan dispensari yang tersebar menerusi laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Presidennya, Dr H. Krishna Kumar berkata, khabar angin itu menimbulkan keraguan rakyat sehingga menyebabkan kemarahan terhadap persatuan yang dilihat tidak mengambil tindakan terhadap isu itu.

Menurutnya, perbincangan bersama Kementerian Kesihatan mendapati tiada pengasingan bil yang dikenakan terhadap perskripsi dan dispensari di farmasi dan klinik.

“Dalam Akta Farmasi tidak disebut mengenai pengasingan dua bil ini dan ianya adalah tidak benar.

“Kami membantah pengasingan bil ini kerana rakyat masih belum bersedia dengan kos yang ditanggung,” katanya.

Katanya, cadangan untuk mengasingkan fungsi klinik dan farmasi tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat susulan fasiliti kesihatan negara yang dilihat kurang lengkap terutamanya di luar bandar

Antara kejutan mac April dan jun julai

Akan Ada sesuatu berlaku 

Antara ....


Dalam mac to April dan jun to julai 

Akan mengejutkan senario politik Negara kita 

Sama sama kita tunggu 

Kerana apa 

Kerana kita Akan lihat sejauh mana kita mampu bertahan 

Mereka Ada seribu senjata politik yang pastinya kita Akan menjawab dengan Rakyat 

Dimana kita ketika itu ketika beberapa Siri kejutan Akan berlaku Dalam makro mikro geo politik tanah air kita tidak Akan aman Sejahtera selagi kita lihat siapa kawan siapa lawan 

Ahmad Shuaib Ismail 
11/3/2015

Laporan polis ke atas Menteri besar Selangor perlu dilakukan oleh Rakyat pembayaran cukai SELANGOR kl Putrajaya

Kita cadangkan satu laporan polis Dibuat kepada Menteri besar SELANGOR Dalam tempoh 24 jam Dari Hari ini 



Kerajaan perlu bertindak Tegas kali ini  jika Krisis air berterusan Kerana ia satu ancaman kepada ekonomi Malaysia 



Analisis tentang Krisis terbaru air SELANGOR 


Ini adalah taktik azmin Ali 


Apa sebab kenapa ? 


Perhatikan perancangan azmin  


Mereka telah kehabisan modal politik 


Mereka kena mainkan isu sampai Pru 14 disini kita orang umno kena pintar menangkap permainan politik azmin Ali 


1. Ia pasti wujudkan Krisis air lebih buruk 


2. Selangor kl Putrajaya adalah nadi Negara nadi ekonomi Malaysia nadi pusat


3. Salah satu cara azmin untuk buat sesuatu kepada ekonomi Malaysia dan nadi pentadbiran Negara 



Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

11/3/2015  

Report polis keatas ILMU Umno oleh Jabatan mufti Perlis Akan dibuat?

Apa dah jadi ni 

Jabatan nak buat report kepada ILmu umno dan fatul bahri Tanya sebab apa 

Apa Lagi mufti Perlis nak setelah dia bermasalah dengan Dato ustaz kazeem 

Sama sama tunggu 

Isu 1MDB buat apa nak berhutang duit Rakyat

1MDB


1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar namanya pada 2009.


Ia dipanggil dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) kerana menggunakan royalti minyak Terengganu. 


Tetapi yang sebenarnya adalah- ia menjadikan royalti minyak tersebut sebagai 'jaminan' untuk mendapatkan pinjaman.


Sebab itu dari segi teknilal, 1MDB adalah syarikat pelaburan strategik kerana ia berhutang dalam melabur. 


Ke manakah wang pelaburan ini pergi?


Objektif awal 1MDB adalah untuk melabur di dalam sektor Minyak dan Gas, khususnya sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Oleh itu PetroSaudi dari Arab Saudi diajak untuk usahasama. 


Selepas 2 tahun- dengan dana sejumlah RM8 billion di Pulau Cayman, mereka hanya meneroka rizab minyak di Laut Caspian.


Menyedari sektor Minyak & Gas begitu berisiko, maka usahasama ini ditamatkan. 


Lalu diajak pula syarikat Aabar daripada UAE untuk bekerjasama dan ditubuhkan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).


Perniagaan yang ingin diceburi pula adalah sektor tenaga dan hartanah.


Maka dibelilah aset-aset penjana elektrik serta tanah bagi tujuan tersebut. Pembelian ini sudah pastilah melalui hutang.


Berhutang dalam meluaskan perniagaan adalah antara model perniagaan. Model ini dipanggil sebagai 'leveraging model'. Dan ini adalah perkara biasa.


Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar juga berhutang dengan banyak sebanyak RM34.3 billion. Tetapi sebuah syarikatnya seperti DRB Hicom sahaja menyediakan 60,000 pekerjaan. Beliau ada berpuluh buah syarikat. 


Dalam erti kata lain, hutangnya banyak, pulangannya juga banyak.


1MDB menggunakan jaminan kerajaan untuk 'leverage' dalam mendapatkan modal melalui hutang.


Ini menjelaskan mengapa sebuah syarikat yang berusia 5 tahun mampu berhutang dengan banyak kerana dengan jaminan daripada kerajaan, mana-mana bank bersedia untuk memberi pinjaman.


Ini kerana syarikat yang dijamin kerajaan tidak akan dibiarkan rugi. Oleh itu ia berisiko rendah.


Walaupun jaminan tersebut bukanlah berupa jaminan membayar hutang secara langsung, tetapi 1MDB adalah anak syarikat kerajaan. Secara tidak langsung, risiko hutang tersebut tetap ada kepada kerajaan.


Kita bercakap tentang hutang sebanyak RM49.1 billion.


Kebiasaannya bagi agensi pelaburan kerajaan, mereka melabur di dalam produk yang berisiko rendah seperti bond dan hartanah. 


Sebab itu Felda, PNB, Tabung Haji dan KWSP membeli hartanah di London. Lebih-lebih lagi pembelian ini bukan dengan berhutang.


Oleh yang demikian, yang menjadi pertikaian dengan 1MDB ini adalah model perniagaannya yang berasaskan 'leverage'. 


Atas sebab inilah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia mempersoalkan mengapa kita perlukan entiti seperti 1MDB yang berhutang untuk melabur.


Beliau mengkritik sesuatu yang tepat. Model perniagaan 1MDB berisiko tinggi. Apatah lagi melibatkan kerajaan.


Aset 1MDB dilaporkan bernilai RM51.4 billion. Ia melebihi jumlah hutang. Tetapi perlu diingat nilai aset ini bersandarkan pada penilaian harga tanah dan penjana tenaga yang dimiliki.


Maknanya penilaian tersebut hanyalah di atas kertas. Ia boleh berubah mengikut keadaan. Lebih buruk jika penilaian tersebut tidak tepat.


Sedangkan hutang yang diambil serta komisen yang diberi adalah benar dan tidak berubah.


Ini sedikit sebanyak berkenaan dengan 1MDB. 


Kita boleh bersifat kritikal terhadap 1MDB. Tetapi apakah objektif daripada kritikan kita?


Ahli politik seperti Tony Pua dan Rafizi sudah pastilah mahu menggunakan isu 1MDB demi undi pilihanraya. 


Bahkan, begitu terdesaknya Rafizi sehinggakan mengelirukan rakyat dengan dakwaan kerajaan menerbitkan dua buah bond pada awal 2015 yang berjumlah RM2 billion bagi membayar hutang 1MDB.


Hakikatnya terdapat 8 lagi bond yang diterbitkan pada hujung 2014 dan awal 2015 yang berjumlah RM10.8 billion. Mengapa 'cherry-picking' fakta? 


Ini jelas menunjukkan mereka mengkritik bukannya kerana benar-benar risau akan impak hutang 1MDB kepada ekonomi negara. Sebaliknya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia at all costs.


Adakah kita seperti mereka dalam mengkritik 1MDB?


Ahmad Shuaib Ismail 

11-3-2015

Tuesday, 10 March 2015

Taktikal pr dan dakyah pr pasal gst


Taktikal pr Dalam isu gst 


Satu kajian 


1. Pr sedang buat 


Manipulasi gst agar timbul kebencian Rakyat 


Geng Lebai kata gst haram 

Geng dapigs kata gst bebankan peniaga 

Geng aljubs kata bebankan Rakyat 


2. Menimbulkan isu korupsi perbelanjaan pendapatan Negara jika DAPAT gst dan hasil ya 


3. Isu serangan mereka kepada kepercayaan Rakyat pada gst 


Dimana KERJA kita sebagai orang umno nak nyakinkan Rakyat pasal gst 


- sumber pendapatan Negara 

- gantikan sistem percukaian lama 


4. Puak Lebai dapigs main isu kata gst haram 


Macam BIASA taktik Lebai dapigs peralatkan agama 


So mana ustaz ulamak kita wajib keluar media bagi Tahu bahawa gst ikut Islam 


5. Mereka mainkan 


Kebencian kepada gst 

Gst haram 

Gst tindas rakya 

Gst untungkan bn bukannya Rakyat 


Gst macam macam mereka keluarkan pandangan negetif 


So dimana Kita pada menjawab 


Pengurusan isu Kenali taktikal statetergi pembangkang baru kita lawan mereka hapuskan dakyah mereka 


Menjawab dakyah jahat pembangkang 


Pertahankan gst bukan dengan cara kata gst baik tapi kena lawan dulu dakyah dakyah utama pembangkang diatas 


Sekian 



Ahmad Shuaib Ismail 

11/3/2015