Total Pageviews

Saturday 26 March 2016

taktikal asas bn dan pas di selangor

saya baru lepas minum dengan seorang  adun pkr selangor ...Yb ...

isu penting perbincangan

sokongangan Pas dan undi ahli pas di selangor 

walaupun yb tahu saya ahli umno tapi beliau mahu ambil pendapat saya isu mb selangor azmin  isu rafizi ramli dicadang ganti azmin ali jadi mb selangor lepas pru termasuk kerjasama Pkr dap pan

yang paling menarik isu pas akan pecahkan undi pkr pan dap di selangor

isu lain .. rahsia ... ha ha ha ha

kita tak mahu simpan rahsia lagi saya sanggup  dikenakan tindakan dari ds noh omar pengerusi perhubungan umno selangor kerana dedahkan taktikal  umno dan pas di selangor masa pru 14

pas memang tak kerjasama dengan umno tapi pas kerjasama dengan umno untuk pecah undi Pan dap pkr di selangor

bukti ? dun kota damansara masa pru 13

pru 14 antara target utama untuk pastikan yb khalid samad, ahli Parlimen pan shah alam dengan cara bn pas masuk bertanding parlimen shah Alam

pas bertanding lawan bn pkr untuk wujudkan pertandingan 3 penjuru termasuk beberapa dun di pulau pinang dan terengganu

sekian

#ASI 27 mac 2016

#ASI 27mac 2016

ASI🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Sunday 20 March 2016

notis ke yb shahbudin

📢📢📢

notis asi  kepada yb shahbuddin

beliau boleh dikenakan bawah akta kanun keseksaan  jika jumpa lim guan eng

kerana laporan ke sprm dan polis telah dibuat ke atas lim guan eng

lim guan eng boleh kena siasat bawah Seksyen 48 Akta SPRM, adalah menjadi satu kesalahan untuk menghalang siasatan SPRM.

Kepada pihak-pihak yang mahu menghalang siasatan dan kes yang

kepada lim guan eng

"Anda tidak boleh lari daripada sistem keadilan. Jangan cuba menghalang, mengganggu dan mengekang proses siasatan dan perbicaraan,"

yb shabudin ada hak  perlindungan mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

🏰🏠🏚Skandal rumah banglo lge ni sebenarnya tidak jadi isu jika ianya dibeli ikut harga pasaran semasa...masaalahnya ianya dibeli pada harga 40% dari harga pasaran semasa...pemilik asal rumah ni pula ada pertalian perniagaan dengan salah seorang pemilik syarikat yang beli tanah taman manggis yang dijual kerajaan negeri dengan harga 50% harga pasaran semasa....sebab kes ini adalah mirror image  kes khir toyo dulu...terserah kepada sprm dan peguam negara tentukan samaada  kes ini ada prima facie untuk didakwa dimahkamah...jika ikut carta aliran kes ni ianya satu kes yang kuat...

🏰🏘🏠🏚🏡

kes banglo lim guan eng

ujian terbesar sprm kerana fakta kes hampir sama mcm khir toyo

bila najib sprm siasat siap keluar muka saksi dicari ...

KALAU KHIR TOYO DI PENJARA BELI HARTANAH DI BAWAH HARGA PASARAN, LIM GUAN ENG TIDAK SEWAJARNYA LEPAS.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN - Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP - Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu.

Lim Guan Eng melalui laman sosial Twitternya sudahpun mengaku membeli 10,150 sq. ft. tanah berserta binaan rumah banglo. Beliau menulis akan menjawab persoalan ini esok. Persoalannya, kenapa perlu Lim Guan Eng tunggu sehingga esok untuk menjawab persoalan sama ada beliau telah membeli rumah banglo berkenaan lebih rendah daripada harga pasaran atau tidak.

Tokong Lim mendakwa harganya murah disebabkan tiada kolam renang dan rumahnya lama. Sama ada adanya kolam renang ada tidak seperti dakwaannya tidak menjadi persoalan. Begitu juga jualan 'subsale' tidak bermakna harga jualan menjadi lebih murah daripada harga pasaran. Malangnya Tokong Lim terlupa fakta di bawah:

1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.

2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.

3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.

Jika Mantan Menteri Besar Selangor dipenjara setahun akibat membeli rumah banglo yang harganya di bawah harga pasaran, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya tidak mengambil sikap pilih kasih dengan tidak mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Jangan lupa, Ketua Menteri yang sama telah 'ditangkap' berbohong semalam oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan berkenaan isu harga minimum rumah kos murah.

ASI? Persoalannya sekarang. Rakyat sedang melihat apa tindakan yang bakal dikenakan oleh SPRM dan Peguam Negara. Sudah ada kes pecedent iaitu DS Khir Toyo, takkan kita nak duduk diam dan main losyen je kot? Aku dan rakyat Malaysia mahukan keadilan untuk Khir Toyo, kami mahu Guan Eng juga menerima nasib yang sama.

Ini adalah masa getir yang dunia sedang melihat apakah kerajaan kita hanya suka kenakan orang yang menyokong mereka sahaja dan tidak berani mengambilk tindakan terhadap pembangkang? Sudah banyak kali berlaku insiden sebegini. Sampai bila kita hanya mahu berpeluk tubuh dan diamkan diri?

Sekarang seluruh mata rakyat Malaysia sedang memerhati SPRM dan Peguam Negara. Apakah anda berdua ini jenis cakap serupa bikin atau bikin tak serupa cakap? Cakap-bakap api tak bikin-bikin pun bila ianya melibatkan pihak pembangkang!?

Jangan sampai nanti, rakyat Malaysia langsung tidak mempercayai kredibiliti SPRM kerana SPRM hanya pandai mencari salah dan bukti ke atas pemimpin-pemimpin parti kerajaan, tetapi apabila melibatkan Lim Guan Eng dan DAP, SPRM tidak ubah seperti agar-agar lembik yang terendam dalam kopi panas!!!

Ahmad Shuaib Ismail #ASI
20mac 2016