Total Pageviews

Saturday 24 January 2015

Kempen kuburkan Dap pkr di Selangor Pulau Pinang

Mari #kempenBebaskan 25 Januari 2015  rakyat selangor pulau pinang dari dap pkr

Hanya Umno Pas ummat Islam bersatu maka Selangor Pulau Pinang kita tawan semula

Kenapa Ummat Islam wajib ambil semula Selangor dari tangan Pkr dan Dap ?

Kuatkan kempen kesedaran  ke semua akaun fb pengundi pengundi berdaftar

Mengikut ijtihad Tuan Guru Presiden Pas Haji Hadi awang ialah Dap dan Pkr adalah Parti sekular dan fahaman sosialis pil kuda membahayakan agenda Ummat Islam Malaysia

Ulamak Pas dah sedar siapa dap pkr agenda mereka ke atas  ummat Islam

Jika Umno Pas bersatu maka kemenangan mudah 36 kerusi dun majoriti Melayu kita akan menang di Selangor  dan 21 dun di Pulau Pinang dan Umno Pas sama sama perintah negeri maju selangor serta pulau pinang  bebas dari dap pkr

Buka perlembagaan Dap pkr jelas tiada dasar Islam sebagai asas perjuangan

Ahhh pru 14 kita kuburkan Dap pkr di Selangor Pulau Pinang

Ayuh bangkit anak anak melayu

Takbir Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Sekian

ASI

Di mana Anwar Ibrahim sekarang ?

DI MANAKAH ANWAR IBRAHIM ??

Sebelum ini MiM telah melaporkan kedaifan rumah satu keluarga di Parlimen Permatang Pauh kawasan Anwar Ibrahim. Masaalah keluarga itu bukan diselesaikan oleh Anwar Ibrahim tetapi Dato' Mohd Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Dan seperti yang dijanjikan, Ketua Bahagian Permatang Pauh telah mengotakan janji beliau apabila rumah di Parlimen Anwar Ibrahim itu telah dibaiki. Lihat foto-foto di bawah :

Janji ditepati : Rumah telah diperbaikiIsu rakyat di Parlimen Permatang Pauh ini sudah pasti menimbulkan banyak persoalan terhadap ahli parlimen di sana iaitu Anwar Ibrahim. Di manakah ketua Pembangkang ini apabila ada rakyat setempat yang ada masaalh seperti di atas?

Selama ini Anwar Ibrahim bercakap tentang negara dan dunia tetapi kredibiliti beliau sendiri di kawasan parlimen beliau menjadi tanda tanya. ~~~Dr Mim 

Analisa politik setakat 24 januari 2015

Analisa politik Setakat bulan januari 24 hb

Pembangkang tiada isu maka cubaan demi cubaan mereka gagal kerana

1. Majority rakyat boring meluat dengan isu pembangkang seperti rafizi dengan harga minyak dan harga barang

2. Majoriti rakyat tahu apapun post dari pembangkang pastinya gambar edit serta isu isu lama diulang seperti altantuya

3. Cubaan pembangkang dengan team kadir kemetot untuk lagakan Tun Daim dengan Ds Najib gagal . Alhamdulillah

4. Mereka pembangkang sedar kegagalan mereka sehari demi sehari termasuk isu banjir kerana rakyat dah lihat segala jentera Bn digerakkan membantu mangsa mangsa banjir dan keperihatinan pemimpin kerajaan bawah Ds Najib selesaikan pelbagai Isu rakyat dengan cemerlang termasuk pengukuhan ekonomi negara 

5. Pembangkang gagal selesaikan masalah mereka dengan tuan guru haji hadi awang dalam isu hudud isu langkah kajang dan lain lain

Sekian

ASI

Kubur manusia terkaya di dunia tanpa nesan hanya tunggul batu

Ambil iktibar dari kemangkatan raja Arab Saudi

Mereka boleh membina kubur dari emas tetapi semua mereka sama tiada istimewa

Rakyat atau raja ditanam dalam tanah tanpa batu nesan

Innalillah wainna ilaihi rajiun

Friday 23 January 2015

Projek #Gentel2015 ke empat

Kerjasama Umno dan Pas dalam bidang dakwah tarbiyyah islah

Projek ke empat  #Gentel2015

Umno kena akui kesalahan . Be gentleman . Rakyat lagi suka dan respek

1. Rakyat khusus golongan profesional melayu cendikiawan teknokrat dahagakan ilmu agama dan kerohanian

Mereka bukan tolak umno tapi mereka nampak Pas berjaya mengisi ruang yang ada dengan menarik mereka

Kita boleh lihat perangai ulamak Umno macam ds Jamie khir baharom dan ustaz syed ibrahim exco negeri pahang  . Berapa kali dalam setahun beliau buat kuliah agama sebagaimana tuan guru datuk nik aziz buat .disini kelemahan ulamak ulamak umno yang lebih biarkan  dakwah tarbiyyah dikuasai oleh alim ulamak pas dan dapat bunga politik percuma dengan pengaruh mereka

Hujahan fakta

Kajian kes di Bandar baru bangi tempat 35 tahun saya duduk dari lahir

Mereka sudah ada segalanya asas kemudahan
Kerja pensyarah cikgu jurutera akauntan peguam ustaz pentadbir pegawai kerajaan peniaga usahawan

Mereka mahukan corak pentadbiran islamik
Mereka mahukan program keagamaan
Mereka mahu nampak program amar makruf dilaksanakan

Ini punca sebab mereka di kawasan kurang undi umno bn

Mereka mewakili lebih 30% penduduk Malaysia
Sebab tu mereka protes dengan undi pembangkang

Walaupun majoriti mereka sekarang sedar siapa dap disini kepimpinan umno kena ambil tahu segera

Takpe .mereka lebih suka kita akui kesilapan dan kelemahan kita

Kerana itu kita kena  faham perangai orang melayu ramai suka cari salah

100 jasa umno tapi 10 kesilapan itu mereka nampak walaubagaimanapun kita takboleh salahkan mereka. Kerja kita buktikkan kesilapan kita

2. Umno dan kepimpinan adakan kerjasama dalam bidang dakwah

Dari situ kita cari titik persaudaraan

Kena ingat ummat islam mwwakili lebih 55% pengundi malaysia maka kekuatan pengaruh wujud kekal dalam senario politik tanah air

3. Disini akan membuatkan ruang penyatuan terbuka

Pahami apa mereka lakukan

Cari jalan kearah penyatuan dakwah baru boleh cerita bab politik

Disitulah akan lahir sebuah cinta antara pas dan umno

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.
2412015

Thursday 22 January 2015

Raja Arab Saudi Mangkat . Alfatihah

Riyadh – Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz al Saud mangkat, lapor stesen rasmi Arab Saudi sebentar tadi. Baginda berusia 90 tahun.

Putera Mahkota Salman turut diumumkan sebagai pengganti mewarisi tahkta negara yang terkenal dengan hasil minyak.

Raja Abdullah dilapor dimasukkan ke hospital kerana menghidap jangkitan pada paru-paru. Baginda menaiki takhta pada tahun 2005.

Dulu Pas ok sekarang Ko

Dulu saya akui perjuangan Pas menegur Umno mana yang umno buat salah . Pemimpin umno pun ada buat salah dan ulamak Pas tegur

Kewujudan pas ada kebaikkan menegur kepimpinan Umno kerana kita saudara seagama.

Tetapi sejak Pas masuk join Dap pkr rakyat dah tengok Pas gagal tegur dap pkr ambiga dan sekutu

Rakyat tengok Pas hanya mampu lawan umno tapi bacul sama dap pkr

Bukti hujahan fakta

1. Bila dap pkr tentang hudud di Kelantan maka Pas tiada buat demonstrasi menentang pkr dap

2. Bila langkah kajang dibuat Pas takut nak lawan anwar lantik azizah nak jadi MB dan membela ts khalid yg jelas dizalimi

3. Kerajaan negeri selangor penang pegang kuasa ke atas kedai yang menjalankan lesen arak judi pub disko tapi pas gagal tegur

Kerana lesen berniaga bawah kuasa kerajaan negeri .nak buka kedai pub wajib lesen dari majlis perbandaran kalau takda takboleh berniaga

4. Bila anwar buat penipuan selesai 40 k pengundi bangla .pas takut nak menentang perbuatan anwar

5. Pas dilihat ...

Tiada kuasa dalam pakatan
Suara ulamak pas ditolak dalam isu kalimah dalam pakatan
Presiden pas kena sound tepek sebab tak datang mesyuarat

Cukuplah 5 hujahan .jelas dengan fakta tiada spin mahupun fitnah

Rakyat makin ramai tolak pas

Lihat pas kalah teruk di kedah hingga kembali ke tangan umno .majoriti orang melayu beri undi pada umno ketika orang cina ramai undi Pas di kedah bukti majoriti melayu sekarang tolak perjuangan Pas

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.

Kes zamani jelas langgar hak tahanan

Sembang undang undang bersama ASI

Isu artis Zamani kumpulan Slam diarahkan menyanyi dalam lokap dalam keadaan bergari dan video disebarkan.

Kaedah-Kaedah Lokap (L.N. 328/1958) (The Lockup Rules 1953) khususnya kaedah memperuntukkan seperti berikut:

Kaedah 2 Kaedah-kaedah Lokap tersebut mendefinasikan perkataan “banduan” ertinya seseorang, sama ada telah disabitkan kesalahannya atau tidak, yang dikurung atau ditahan dalam lokap.

Ia tanggungjawab sepenuhnya OCPD atau ketua polis daerah

1.  Adakah tangkapan yang ditahan di lokap balai polis tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Lokap tersebut?

2. Jawapannya ialah affirmative iaitu mana-mana orang yang ditangkap dan ditahan di lokap balai polis bagi siasatan adalah tertakluk dan perlu dilayani sebagai mana yang dikehendaki di bawah Kaedah-Kaedah Lokap tersebut.

Isu zamani adalah jelas perlanggaran undang undang sendiri dan seksyen 233 akta komunikasi terpakai begitu .

3. Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Lokap mengatakan “penjagaan dan pentadbiran am lokap-lokap dan kawalannya oleh pegawai-pegawai polis yang menjaga lokap-lokap atau ditempatkan di lokap, hendaklah terletak ke atas Ketua Pegawai Polis”.

Maka polis yang menjaga lokap adalah bertanggungjawab sepenuhnya 

4. Kaedah 46 mengatakan “Pegawai polis tidak boleh memukul atau menggunakan kekuatan fizikal terhadap seorang banduan melainkan terpaksa berbuat demikian kerana mempertahankan diri atau dalam mempertahankan orang lain.”

Jelas bahawa zamani dikenakan arahan supaya menyayi adalah jatuh kepada penggunaan fizikal

Maka dengan ini

Satu perlanggaran ke atas hak tahanan yang ditangkap dan hak tahanan dari mendapat perlindungan sewajarnya

Dan pengedaran video dalam balai atau lokap tanpa kebenaran bertulis Kp Negeri adalah kesalahan serius kerana ia melibatkan  isu keselamatan sendiri .

Zamani berhak mendapatkan keadilan lebih lagi dari hak sivil beliau

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.
2212015

Wednesday 21 January 2015

Projek Gentel2015 cara kearah kerjasama Umno Pas

Projek #Gentel2015 langkah ketiga

Kerjasama Umno Pas dalam amar makruf Nahi mungkar

Kita halang apa perkara yang membawa jenayah hudud seperti

1. Pemeriksaan 24 jam kepada semua pub disco yang ada arak untuk menangkap mana mana yang minum arak dikalangan beragama Islam

2. Melantik ajk masjid dengan kerjasama umno dan pas kawasan dalam banteras maksiat

3. Gunakan kuasa yang ada dibawah enakmen jenayah negeri masing masing

4. Sampaikan konsep dakwah dan amaran bagi pesalah pertama dan tindakan berat jika ulangi
5. Pantauan tegas kepada semua perkara termasuk konsert konsert serta hiburan yang unsur maksiat

6. Bantuan segera dari zakat bagi elak masalah kecurian berlaku

Dan lain lain lagi

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.

Guideline kita menentang Pas

Guideline saya dalam menentang Pas

1. Kita menentang Pas atas dasar politik  dan kita perjuangkan Islam  kerana kita orang umno perjuangan Islam sejak dahulu . Lihat dari sistem pendidikan  negara sendiri

2. Kita bukan lawan ulamak tapi lawan cara mereka berpolitik demokrasi

Kita lawan cara politik .politik jatuh menjatuhkan sama seperti pas guna jatuhkan umno untuk mereka berkuasa

Kita lawan tindakan tg haji nik aziz menjadi sekutu dap dan siap doa hancur ko

So kita lawan politik pas cara pas .

Selain bab politik takda masalah sebab ummat Islam bersaudara

Kalau nak dakwah nak bantu nak solat jamaah tu takda masalah

3. Kita boleh buka aib pemimpin pas kerana presiden Pas pun benarkan buka aib untuk tujuan kebenaran dan fakta .

Kesimpulan siapa menang dia menang .siapa kalah dia kalah

Kita lawan politik cara pas

Sekian

Antara 5 fakta politik terkini azmin ali

5 antara  fakta tentang taktikal political warfare MB Selangor Azmin Ali yang perlu kita tahu

Mudah kita baca cara beliau

1. Selangor tiada isu pembangunan kerana kerajaan BN sejak tahun 1957 hingga 2008 telah jadikan selangor menjadi negeri maju

Maka azmin ali banyak kepada pengurusan uruskan apa yang telah dibuat kerajaan bn dahulu

2. Maka azmin ali membuat sesuatu untuk tarik perhatian seperti

Turun longkang
Bersih longkang
Cuci baju

Dan akan datang mungkin

Sapu sampah
Buat jalan
Buat rumah
Tolong orang eksiden
Bersalinkan orang

Itu semua modal jokowi yang akan atau mungkin digunakan beliau kerana tiada isu besar di Selangor

3. Isu air telah kerajaan persekutuan selesai maka beliau tiada isu

4. Isu agama telah dijaga dengan rapi oleh Mais maka tiada peluang beliau hendak menonjolkan diri sebagai pejuang agama

Lagipun dasar perjuangan pkr bukan dasar agama seperti umno dan pas bawa tapi bawa dasar anwar ibrahim

5. Isu sosial masih gagal dikawal oleh beliau kerana lesen pub rumah urut masih dikeluarkan oleh kerajaan negeri

Maka beliau bergantung kepada isu nasional spin spin isu luar dari konteks kerajaan negeri seperti isu gst harga minyak dan lain lain

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.

Tuesday 20 January 2015

Awasi perangkap pr

Perancangan taktikal anwar dan sekutu berjaya perangkap penyokong Team Najib dan penyokong Team Dr Mahathir dalam politik semasa

1. Ketika pr tiada isu besar ke atas kerajaan Umno Bn mereka mainkan isu dalaman Umno

2. Sebenarnya umno tiada team . Umno adalah perjuangan anak anak Melayu atas dasar sama iaitu agama bangsa tanah air

3. Fahami cara politik pr . Didalam pakar statergi mereka ada berfahaman abim ada fahaman sosialis ada fahaman sekular ada fahaman fremason maka gabungan mereka amat bahaya kepada kita

4. Kita akan terperangkap jika tidak sedar.

5. Mereka tahu 2015 adalah tahun kebangkitan Umno maka mereka berusaha gagalkan setelah Pas telah kehilangan sokongan besar orang Melayu

6. Tunjang negara dan politik negara bergantung kepada kaum Melayu maka prinsip divide n rule Mereka pr kena lakukan setelah berusaha lakukan sebelum ini

7. Mereka tahu generasi muda nampak apa dap sedang lakukan maka memecahkan dalaman umno penting kerana mereka tahu ramai orang umno gilakan nama Hawaiian pangkat takhta harta

Maka siap sedia memahami taktikal politik pr

Jangan biarkan diri anda diselebungi dengan misteri

Hahaha
Sekian

Ahmad Shuaib Ismail.

Menjawab fitnah cai pr pasal 400ribu ahli umno beragama kristian

Tips nak jawab antara fitnah cai pembangkang
Mereka kata di sabah ada 400 ribu ahli Umno beragama Kristian selalu mereka mainkan dalam media sosial

Jawab mudah .ahli umno sabah sekitar 449 ribu maka adakah logik masuk akal 400 ribu beragama kristian . Di sabah berbeza dari semenanjung .bumiputra sabah pelbagai agama dianuti .

Mudahkan jawab spin fitnah mereka selama ini

Monday 19 January 2015

Menghalang ummat Islam sembahyang adalah perbuatan jenayah

Menghalang ummat Islam mengerjakan sembahyang adalah perbuatan jenayah besar dalam perlembagaan Malaysia serta boleh menimbulkan ketidaktenteraman negara

Kerana kita tidak pernah halang bukan Islam kerjakan sembahyang mereka

Harap PDRM siasat segera

Ahmad Shuaib Ismail.