Total Pageviews

Friday 9 January 2015

Isu kuil di putrajaya

Isu kuil di Putrajaya.  
                    
Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi  yang dicadangkan di Presint 20 ini merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

1. Pembinaan kuil ini adalah TIDAK menggunakan peruntukan kerajaan samada dari Kementerian Wilayah Persekutuan ataupun Perbadanan Putrajaya.  Pelan Induk Putrajaya pada tahun 1997 telah menetapkan plot-plot rezab agama-agama lain termasuk Kuil di Presint 20. 

2. Antara Kuil-kuil  hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley, Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jln B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman, Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11. 

3. Putrajaya yang sebelum ini merupakan kawasan ladang dan mempunyai pelbagai kuil dari yang bersaiz besar hingga bersaiz sederhana.  Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat di Presint 20 seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya.

Sekian ...

90% jual tanah rizab melayu adalah individu bukan kerajaan

Saya ulangi hujahan ringkas saya pasal Tanah rizab melayu kenapa kurang

1. Orang Melayu secara individu jual Tanah mereka

Abu ada 100  ekar Tanah rizab Melayu nak bangunkan projek perumahan maka Abu ambil keputusan hendak jual pada semua maka Abu tukarkan syarat dari rizab Melayu kepada geran pajakan mukim

Abu jual Tanah dengan JV dengan harga RM 10 juta

So isu mudah

Yang jual ialah orang melayu dan pemilik Melayu maka kenapa nak dikaitan dengan orang melayu tanpa Kira parti jual Tanah mereka

So kenapa kaitkan dengan kerajaan atau salah kerajaan ?

2. Membina Sekolah jalanraya dan kemudahan di atas rizab Melayu

3. Kerajaan jika ambil Tanah rizab Melayu buat sekolah maka digantikkan dengan Tanah lain dirizabkan kembali Tanah Melayu

4. Lebih 90% Kes Tanah rizab Melayu dijual secara persendirian individu Melayu sendiri

5. So bagaimana kerajaan nak gantikan Tanah rizab Melayu yang dijual oleh individu sendiri ITU menjadi persoalan

Individu sendiri untung jual tanah rizab Melayu

Yang menangung buruk ialah kerajaan

Sekian

Ahmad Shuaib Ismail

Wednesday 7 January 2015

100 dalil Pas dan hudud .Undi Dap = Undi Pas . hudud hanya alat Pas berpolitik ja

Hujahan dari peguam Melayu dengan fakta bukti jelas

Sebarkan kepada masjid surau pondok Sekolah agama university Islam

PUTAR BELIT PAS DALAM BERSUNGGUH2 HATINYA MEREKA HENDAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM SAMPAI KETAHAP PERLAKSANAAN HUDUD PUN MENIPU'

December 1, 2010 at 10:03pm
berkokok, sebelum burung keluar dari sarangnya, sebelum fajar menyinsing, kita nobatkan baldatun tayyibatun warabbun ghafur (negara indah lagi diredhai Allah)"
(Kempen PAS pada Pilihanraya Umum 1959)

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam"
(Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999)

Pas sedia gugur slogan negara Islam
"Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........"
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999)

"Pembentukan negara Islam memerlukan masa lama"(Timbalan Presiden Pas [ni dulu le.. hehe] Abdul Hadi Awang : Berita Harian, 28 Jun 2001)

"DAP boleh bekerjasama dengan PAS, tetap tidak dalam hal berkaitan dengan sebarang usaha ke arah pembentukan sebuah negara Islam"
(Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng : Utusan Malaysia, 22 April 1999)

"Kenapa disebut benda begitunya, kalau berpakat.... berpakatlah. Kalau berpakat dan bertengkar itu tidak bererti. DAP bukannya tidak mengetahui bahawa PAS sejak berpuluh2 tahun lagi kerja dia (PAS) ialah Islam"
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 30 Jun 2001)

"Negara Islam yang didirikan oleh UMNO nampaknya lebih diterima oleh masyarakat Cina. PAS terlalu bising untuk menegakkan negara Islam. UMNO pula melakukannya secara diam-diam tanpa disedari rakyat.PAS seperti ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung."
(Penasihat DAP Dr. Chen Man Hin : Mingguan Malaysia, 30 September 2001)

"Kita mahu mewujudkan negara pelbagai kaum dan agama, bukan negara Islam yang diperjuangkan PAS"
(Dr. Chen Man Hin : Berita Harian, 15 Dis 2001)

"PAS tidak perlu memberitahu mengenai garis panduan yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana "...dianggap membazir berikutan mereka yang diberitahu tidak membaca dan tidak 'reti' al-Quran" "
(Ketua Dewan Ulama PAS Harun Taib : Berita Harian 13 November 2001)

"Allah menurunkan nabi untuk menjunjung nama Islam... Sekarang UMNO cuba mempertahankan simbol Islam sahaja pada nama-nama badan tersebut seperti Bank Islam, sedangkan pada syiar dan penghayatan Islam tidak pernah ada"
(Nik Aziz Nik Mat : HarakahDaily 21 Jun 2000)

"Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu"
(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 15 April 1995)

"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam"
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 17 April 1995)

"Tiada siapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda melainkan ulamak"
(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 6 November 1999)

"Kita balah dengan UMNO kerana apa? Kerana Islam. Kita baik dengan orang lain pasal apa? Pasal dia terima dasar Islam, KIta cegah sesuatu kerana apa? Kerana kita nak buat Islam... Contohnya UMNO, lagu mana UMNO sesat, pasal cari petunjuk lain. Nak jaga Melayu, tapi pi undi Hindu, contoh sesat... bila tinggal Quran"
(Penceramah Pas Bunyamin Yaakob di Ketereh, Kelantan, 22 Februari 2001)

"Sebagai seorang Islam, kita wajib menyokong dan bersama dalam jemaah yang memperjuankan Islam, iaitu PAS"
(Siaran pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap, 1985)

FATWA KARUT PAS
"Umat Islam Malaysia wajib sertai PAS"
(Fadzil Noor : Harakah, 3 Oktober 1997)

"Orang lawan Islam tak dok hujah, nak bincang hal gapo dia, hal keadilan, bakpo ya rigat (tangkap) Nuar Berahim tu bakpo. Dia liwat bila, atas bangunan mana, atas bangunan, bila? Royak (beritahu) tarikh sekian sekian, bangunan tak buat lagi, liwat guano, liwat lagu mana? Beghuk (beruk) tak leh naik nyior hok tak tumboh lagi."
(Ceramah Nasruddin Hj. Daud di Kadok, Ketereh, Kelantan, 18 Februari 2001)

"Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya PAS mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan"
(Abdul Hadi Awang: Berita Harian, 2 Ogos 2001)

"Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila musuh masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi"
(Abdul Hadi Awang: Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)

"Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran"
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Minggu, 24 April 1994)

"Isu ini tidak akan menyebabkan pakatan pembangkan berpecah. Cuma sedikit salah faham berhubung penubuhan negara Islam"
(Fadzil Noor : Utusan Malaysia, 6 Julai 2001)

"One may misunderstood this to be a move towards setting up an Islamic state but PAS will not drop this because it is in the opposition's front election manifesto of 1999"
(Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)

"Everyone knows that the Malaysian constitution has to be changed before an Islamic state can be implemeted and this means that a two-third majority is needed. As far as I am concerned, PAS has never made such a call"
(Fadzil Noor : Sunday Star, 29 Julai 2001)

"Langkah menubuhkan negara Islam ini akan dibuat sama corak seperti di Kelantan iaitu tauke judi dan arak akan diberi tempoh tertentu untuk menutup perniagaan mereka"
(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 30 Julai 2001)

"Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke 10 itu"
(Nik Aziz Nik Mat : Harakah : 1-15 Ogos 2001)

"Kita akan berpegang kepada manifesto. Isu negara Islam tidak akan muncul dalam konteks pakatan"
(Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)

"Kita perlu adakan kerjasama dan kerjasama itu dibuat atas perkara yang kita persetujui... kita mesti akur dan patuh. Jadi kita gugurkan apa yang menjadi idealisme kita"
(Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)

Tidak ada... memang tidak ada. Dalam manifesto kita menghormati pendirian parti masing-masing. ........ dan tidak berbangkit soal penubuhan negara Islam dalam pakatan
(Fadzil Noor: Temuramah Berita Minggu, 5 Ogos 2001)

"Ketika kita menghormati impian dan matlamat jangka panjang setiap parti dan individu, kita turut saling menghormati perbezaan pendapat. Amat jelas bahawa manifesto tidak menyebut hasrat ahli pakatan untuk membentu negara Islam adalah matlamat bersama"
(Presiden Keadilan Dr. Wan Azizah Ismail dan Presiden PRM Dr. Syed Hussin Ali : Sin Chew Jit Poh, 28 Julai 2001)

"Walaupun ada usaha dibuat untuk mengiktiraf, Malaysia tidak akan menjadi negara Islam selagi ia tidak berdasarkan al-Quran dan hadis"
(Nik Aziz Nik Mat: Utusan Malaysia, 20 Ogos 2001)

"Usaha mengumpulkan ulamak muktabar dunia ke negara ini untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam tidak bermakna sekiranya pelaksanaan hukum Islam sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Quran dan hadis diketepikan"
(Abdul Hadi Awang : Berita Minggu 12 Ogos 2001)

"PAS ingin terus menegaskan hasrat untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah. Namun ia tidak akan dipaksakan dalam konteks hubungannya dalam BA. Ia akan kekal menjadi satu visi PAS yang akan diusahakan secara bersendiri atau dengan mana-mana parti yanhg sejalan dengannya"
(Fadzil Noor : HarakahDaily, 7 September 2001)

"Bagi menentukan Malaysia sebuah negara Islam termasuk menetapkan bahawa ketua kerajaan mestilah daripada kalangan orang Islam"
(Abdul Hadi Awang : Utusan Malayu, 4 Oktober 2001)

"Pemimpin UMNO mengisytiharkan negara ini sudah menjadi sebuah negara Islam dengan harapan untuk mengelirukan rakyat terhadap perjuangan PAS"
(Nik Aziz Nik Mat :HarakahDaily, 22 Oktober 2001)

"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu"
(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001)

Tuesday 6 January 2015

Antara amalan kita orang Umno

Apa yang perlu Kita buat sebagai ahli umno yang setia kepada perjuangan demi Agama Bangsa Tanah Air sepanjang tahun 2015 setelah hampir Dua tahun Kita orang UMNO barisan Nasional kuasai kerajaan Pusat pada pru 13 dan semua negeri kecuali Pulau Pinang Selangor dan Kelantan

1. Sebarkan secara agresif dalam media massa termasuk secara turun padang semua dakyah pembohongan penipuan yang pemimpin PKR lakukan seperti perbuatan bberapa  penipuan anwar Ibrahim dan pengakuan melakukan fitnah seperti Nurul izzah anwar Ibrahim , isu Presiden Pas terima syiah masuk Pas , isu Dap PKR tolak hudud , isu kewangan lebuh raya rakyat isu pembalakkan di Kelantan isu kegagalan kerajaan PKR Dap pas tunaikan janji manifesto di Selangor dan banyak lagi  kepada seluruh rakyat termasuk di kampung dan di bandar .

2. Bersiap sedia dengan semua spin PR termasuk isu GST yang akan bermula bulan 4 2015

3. Pastikan ahli kluarga sendiri anak anak sendiri jiran jiran kawan kawan sendiri sudah mndaftar sebagai pengundi dan lebih baik sebagai ahli UMNO !

4. Pastikan kebajikan ahli UMNO peringkat cawangan dijaga 100% .mana anak anak ahli UMNO berklayakkan kerja kerajaan kerja swasta kerja GLC nak berniaga sendiri nak jadi usahawan agro maka wajib Bantu mereka

5. Tunjukkan akhlak mulia Kita sebagai ahli UMNO .pertama kuatkan lagi hubungan dengan Allah sebelum kuatkan hubungan diri dengan perjuangan Kita

Hidup Melayu

Allahuakbar

Ahmad Shuaib Ismail.

Apa yang kita orang Umno perlu buat pada 2015

Apa yang perlu Kita buat sebagai ahli umno yang setia kepada perjuangan demi Agama Bangsa Tanah Air sepanjang tahun 2015 setelah hampir Dua tahun Kita orang UMNO barisan Nasional kuasai kerajaan Pusat pada pru 13 dan semua negeri kecuali Pulau Pinang Selangor dan Kelantan

1. Sebarkan secara agresif dalam media massa termasuk secara turun padang semua dakyah pembohongan penipuan yang pemimpin PKR lakukan seperti perbuatan bberapa  penipuan anwar Ibrahim dan pengakuan melakukan fitnah seperti Nurul izzah anwar Ibrahim , isu Presiden Pas terima syiah masuk Pas , isu Dap PKR tolak hudud , isu kewangan lebuh raya rakyat isu pembalakkan di Kelantan isu kegagalan kerajaan PKR Dap pas tunaikan janji manifesto di Selangor dan banyak lagi  kepada seluruh rakyat termasuk di kampung dan di bandar .

2. Bersiap sedia dengan semua spin PR termasuk isu GST yang akan bermula bulan 4 2015

3. Pastikan ahli kluarga sendiri anak anak sendiri jiran jiran kawan kawan sendiri sudah mndaftar sebagai pengundi dan lebih baik sebagai ahli UMNO !

4. Pastikan kebajikan ahli UMNO peringkat cawangan dijaga 100% .mana anak anak ahli UMNO berklayakkan kerja kerajaan kerja swasta kerja GLC nak berniaga sendiri nak jadi usahawan agro maka wajib Bantu mereka

5. Tunjukkan akhlak mulia Kita sebagai ahli UMNO .pertama kuatkan lagi hubungan dengan Allah sebelum kuatkan hubungan diri dengan perjuangan Kita

Hidup Melayu

Allahuakbar

Ahmad Shuaib Ismail.

Antara gambar misi menyelamat mangsa banjir di Pahang

Misi saya di temerloh jerantut Pekan Pahang