Total Pageviews

Saturday 9 May 2015

Rahsia Ds Azeez rahim pengerusi tabung haji dan ahli parlimen Baling terbongkar




Nama YB Dato' seri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim sudah tidak asing lagi dalam persada politik tanahair negara kita....ahli parlimen Baling merangkap pengerusi tabung haji 

Suatu ketika dahulu nama beliau mendapat jolokan sebagai Azeez Putra, kemudian menjadi Azeez Rempit, ada juga yang memanggil beliau Azeez Kelab Putra dan tak kurang juga yang menyebut Azeez Baling. Biar apa sahaja gelarannya, namun itulah dia Azeez Rahim seorang tokoh politik yang sangat kuat bekerja!

Walaupun tanpa jawatan sebagai seorang Menteri tetapi tugas dan peranan yang dimainkan oleh Azeez membantu banyak negara negara luar dalam Misi Bantuan Kemanusiaan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Negara negara yang ditimpa bencana alam seperti Pakistan, Indonesia, Thailand, Rohingya, Jepun, New Zealand, Mesir, Syria, telah menjadi tempat persinggahan Dato' Azeez bersama sama dengan pasukannya Kelab Putra 1 Malaysia [KP1M]. Ada yang mentafsirkan KP1M berjaya menjalankan tugas seolah-olah ianya sebuah Kementerian dalam kerajaan...
 
Ianya menjadi lebih terkesan apabila Bantuan Kemanusiaan KP1M ini turut membantu rakyat Malaysia diluar negara seperti dalam Ops Pyramid Mesir, Ops Tsunami Jepun, Gempa di New Zealand dan sebagainya.

Pada 13 Disember 2012, Dato' Azeez telah mengharumkan nama negara apabila secara rasmi beliau telah dilantik sebagai Duta Kehormat Rakyat Palestine. Ketua Pengarah Kementerian Luar Palestine, Mahmoud El-Hadour telah menyerahkan WATIQAH bagi pihak Perdana Menteri GAZA Dr Ismail Haniyeh.
 
Penganugerahan ini sebagai menghargai kerja kuat Azeez yang masuk ke GAZA untuk kali kedua menghulurkan bantuan kepada rakyat mereka disana..

Jasa dan budi Azeez juga terlalu besar membantu banyak keluarga yang mendepani kes anak tempatan melayu dilarikan oleh lelaki Indonesia. Bukan sahaja anak gadis yang dilarikan malah ada juga kes isteri dilarikan ke luar negara...

Kerja berani seperti ini, membawa pulang mangsa mangsa hanya mampu diselesaikan oleh Azeez sahaja!

Walaupun Azeez sentiasa sibuk menjalankan tanggungjawabnya diluar negara, namun sebagai Ketua UMNO Bahagian Baling beliau tidak pernah sesekali mengabaikan tugasnya mendekati rakyat disana.

Secara umumnya kita tahu bahawa Baling merupakan kubu kuat PAS yang menjulang mantan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin sebagai pemimpin mereka. Atas kerja kuat usaha gigih Azeez, pada PRU ke 13 UMNO-BN telah berjaya merampas kerusi tersebut dengan kemenangan penuh bergaya sekali!

Sebagai Ahli Parlimen Baling, Azeez telah berjaya menawan ribuan undi daripada rakyat yang bermastautin di lubuk emas dan kubu kuat parti PAS. Kalau pada PRU tahun 2008 dalam percubaan kali pertama untuk bertanding di kerusi Parlimen Baling, beliau tewas kepada Uztaz Taib Azamudden dengan majoriti 4,229. 
 
Tetapi pada PRU ke 2013, Azeez bangkit dan berjaya menebus kembali kekalahan lalu, kali ini beliau menang bergaya dengan majoriti 5,185 undi. Mengikut sifir politik, kita bukan sahaja perlu mengambil kira bilangan 5,185 undi tetapi harus juga melihat peralihan undi 2008 sebanyak 4,229 yang berjaya dikembalikan oleh Azeez untuk menyokong BN…. Hebat…!!
 
Pada awal bulan Julai 2013, Dato' Azeez telah mendapat kepercayaan YAB Perdana Menteri dimana beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari.  [KLIK SINI].
 
Inilah dia tokoh yang layak mendapat tempat sebagai teraju kepimpinan UMNO. Beliau disayangi oleh rakyat....!
Beliau disenangi oleh rakan sahabat....!
Beliau dipercayai untuk sebarang amanah oleh pemimpin yang diangkat..!

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
9 Mei 2015 

1 comment:

  1. Salam Sejahtera !!!!

    Kepada golongan lelaki yang ingin kan URUTAN TRADISIONAL SELURUH BADAN HINGGA BATIN ALA URUTAN JAWA , sila hubungi saya di talian : 014-7197049 ( Azman )

    Lokasi : Kuala Lumpur , Selangor , Jerantut , Temerloh , Muar , Tangkak , Melaka , Nilai , Seremban , Senawang , manjung , Lumut , Teluk Intan , skudai , Pulau Pinang , Arau , Kangar , ipoh , Kuantan , Kajang , Sabak Bernam , Sepang DLL

    Harga : Boleh dirundingkan

    Masa : Bebila boleh buat tempahan

    SILA SMS/WHATSAPPS/ WECHAT/ CALL

    www.facebook.com/shahrulzamani.zamani

    ReplyDelete