Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

Kedah akan lebih maju dari Penang

Cara mudah untuk majukan Kedah dan pastikan Kedah menjadi Maju dan rakyat pulau pinang dari pulau pinang boleh mulakan hidup baru di Kedah serta membawa pelaburan domestik baru di Kedah .

1. Membina perlabuhan antarabangsa baru

2. Pembinaan lapangan terbang antarabangsa baru

3. Pembinaan pusat industrial hub halal terbesar di Asia

4. Memajukan lagi pusat industrial hi tech kulim

5. Pembangunan pesat industrial perlancongan di langkawi , pedu , jerai .

6. Kos sara hidup lebih rendah dari Pulau Pinang

7. Kualiti pentadbiran majlis perbandaran dan majlis daerah bertaraf international

8. Penambahbaikkan kemajuan kampung kampung Melayu tradisi bagi meningkat ekonomi hiliran dan perlancongan domestik .

9. Menambahkan lagi zon ekonomi Desa dan ekonomi industri kecil sederhana

10. Menambahkan lagi isentif pelaburan dan hartanah .

Ahmad Shuaib Ismail

Perkataan MAAF itu yang paling rakyat hendak

Perkataan MAAF itu ditunggu tunggu oleh rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang dalam pru pru pilihanraya


Cara mudah nak dapatkan semula Selangor Pulau Pinang dan Kelantan ialah Pemimpin Umno BN dengan rendah hati memohon " maaf " atas kegagalan menjalankan amanah sebelum ini pada rakyat Selangor Penang Kelantan ..


Kerana sifat rakyat Malaysia ... Perkataan maaf lebih mulia dari perkataan trasformasi rakyat didahulukan pencapaian diutamakan... pada PRU 12 dan PRU 13

Bukannya BRIM bukannya subsidi petrol bukannya KR1M bukannya slogan tsunami cina bukannya slogan hidup Melayu bukannya slogan turun harga bukannya slogan 1 Malaysia bukannya panda bukannya kangkung

#fahamtak

Menteri BN pun terlibat RUU harmoni

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) dipinda kepada dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi. telah dikemukakan dan akta hasutan 1948 akan dimansuhkan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

RUU dibuat di drafkan oleh Majlis Peguam Malaysia

Kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

  Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Malah, Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru bukanlah pihak yang berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. Sebagai pihak yang terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO) menjadikannya entiti yang tidak mempunyai kredibiliti untuk dirujuk berhubung usaha memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama di Negara ini.

So ... Menteri BN ahli parlimen BN membawa cadangan Majlis Peguam Malaysia la

Friday 13 June 2014

Lim Guan Eng akan jadi MB Kedah

Lim Gun Eng akan menjadi Menteri Besar Kedah jika cadangan membawa pulau Pinang masuk Kedah semula . sebab jumlah adun Penang 40 dan dun Kedah Ada 36 = 76 dun

Saya ulas berita dalam sinar harian tentang permintaan untuk Kedah ambil semula pulau pinang

1. Kerusi adun Kedah Ada 36 . adun Penang 40

BN Kedah adun 21
BN Penang adun 10

= 31 Adun

PR Penang adun 30 
PR Kedah adun 15

= 45 adun PR

So jika Pulau Pinang masuk Kedah semula maka DAP perintah Kedah

So siapa punya idea nak bawak Penang masuk Kedah sebenarnya akan memberi dap menjadi mb Kedah yang pertama hahahaha

Fahamtak?

Ahmad Shuaib Ismail

Thursday 12 June 2014

Penghinaan hukum Islamdibuat oleh Pemimpin Dap

Satu penghinaan terhadap hak hak ummat Islam dan hukum Islam .

Jelas di dalam Islam mengharamkan perbuatan setuju kepada perbuatan mungkar maksiat dan syirik

Kenyataan adalah membawa kesalahan dibawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atas kesalahan membawa ketidakamanan dalam amalan agama .

Pejabat Agama Islam boleh buat aduan bantahan serta repot bagi membolehkan pihak polis dan lain lain siasat kenyataan pemimpin Dap (Beruas)

Semua jabatan agama Islam negeri

Cadangan kepada semua pejabat Agama Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri

Keluarkan segera peruntukkan Dana khas bagi

1. Isu melibatkan murtad dengan bantuan segera kos guaman kepada pihak terbabit bagi membantu mereka di Mahkamah Syariah dan sivil 

2. Kebajikan kaunseling dakwah dan lain lain ke atas  anak anak serta  pasangan yang masuk Islam mualaf selain dari peruntukkan zakat

3. Adakan semula kajian terperinci kuasa kuasa Mahkamah Syariah bawah perlembagaan.

Yang benar

Ahmad Shuaib Ismail

Cc   .semua Pengarah Jabatan Agama Islam negeri negeri

Tuesday 10 June 2014

Antara kejayaan besar Dap

Sumbangan Dap pada perjuangan Pas serta antara kejayaan Dap di Malaysia

1. Dap berjaya membantu pas menang 21 kerusi parlimen

2. Dap berjaya membantu Pas agar menjunjung perlembagaan negara dan junjung manifesto dan buku jingga

3. Dap berjaya tidak memberikan satu jawatan exco pulau pinang pun pada Pas

4. Dap berjaya  tidak melakukan demontrasi membantah LGBT dan comanggo bersama pas

5. Dap berjaya menyakinkan Pas bahawa perjungan negara Islam ditukar kepada negara kebajikan

6. Dap berjaya memastikan pas tidak bentang hudud di Parlimen

7. Dap berjaya memerintah Pulau Pinang dengan bantuan Pas

8. Dap melalui pemimpin mereka berjaya menyatakan kekalahan calon dap pasal isu pas nak bawa hudud Kelantan

9. Dap berjaya jadikan Pas parti perjuangan konsep demokrasi buku jingga

10. Dap berjaya menjadikan Pas parti perjuangkan hak asasi manusia mengikut cara united nation

Antara kejayaan besar Pas

Antara 10  kejayaan perjuangan Pas di Malaysia

Satu Fakta realiti

1. Membantu Dap menang 38 parlimen di Malaysia tetapi berkurangan 1 kerusi jadi 37 Parlimen

2. Membantu Dap menang memerintah pulau pinang

3. Berjaya gugurkan hudud dan negara Islam dalam manifesto pakatan rakyat dan buku jingga .

4. Berjaya untuk tidak membuat demontrasi besaran menentang LGBT dan Comanggo

5. Berjaya membantu Dap PKR melakukan demontrasi Demontrasi

6. Berjaya meletakkan Pas sebagai kerusi parlimen tercorot dalam pakatan rakyat dengan hanya ada 21 parlimen

7. Berjaya menyerahkan semula Kedah kepada BN selepas memegang pentadbiran Kedah sepenggal

8. Berjaya melantik seorang bekas banduan dan seorang peliwat menjadi ketua pembangkang di Parlimen

9. Berjaya membuat kutipan derma lebuhraya rakyat Kelantan dan berjaya mendirikan banyak Batu asas.

10. Berjaya mendengar nasihat PR  agar tidak membentangkan rang hudud di parlimen tahun ini

Ahmad Shuaib Ismail

Monday 9 June 2014

Kita sering kalah dalam isu media

Umno selalu kalah dalam isu media kerana terdapat orang Umno lebih sudu dari kuah

Kritik tanda Sayang bukannya ambil peluang atas kesempatan yang ada keatas pemimpin parti sendiri 

Kekadang kita pelik tengok gelagat orang kita sendiri termasuk diri sendiri sering mencari salah pemimpin sendiri akan tetapi

1. Gagal tangkis dakyah PR dlm isu semasa
2. Gagal membela PM dalam isu saman
3. Gagal  membela jakim
4. Gagal membela tindakan MB Johor
5. Dan banyak lagi

Ada jenis kutuk bekas pemimpin
Ada jenis kutuk kepimpinan terkini
Macam diri mulia dan pandai suci
Orang lain tidak pandai diri sendiri pandai
Angkat bakul sendiri
Memberi peluru pada lawan
Memberi harapan pada lawan
Merasa diri bijak
Merasa pendapat sahaja benar

Bila rasa diri tidak popular
Bila tidak dapat projek tender
Bila tidak dapat pangkat kuasa

Ada ambil kesempatan kutuk Tun M Ada kutuk KJ ada kutuk Najib tetapi tidak kutuk kebebalan diri sendiri

Macam mulia macam bijak

Seburuk mana pemimpin .adakah kita puas hati dengan tindakan atas sifat peribadi akan memenangkan menguatkan lagi PR

PR mengambil segala ruang kelemahan yang ditimbulkan

Ahmad Shuaib Ismail

Sunday 8 June 2014

Sultan sultan ada kuasa ke atas tanah

Ketua Kerajaan Malaysia ialah YDPA Agong

Ketua kerajaan Negeri adalah Baginda Sultan

Perdana Menteri menjalankan tugas pentadbiran Malaysia melalui kuasa diberikan perkenaan YDP Agong

Menteri Besar menjalankan kuasa mentadbir negeri melalui kuasa diberikan oleh Sultan

Semua sultan sultan mempunyai kuasa ke atas urusan tanah dan hasil bumi di negeri negeri pemerintahan baginda Tuanku Tuanku seluruh Negara .

Kanun Tanah Negara dengan jelas memberi kuasa kepada Sultan dan Yang Dipertuan Negeri dalam hak pemberian urusan pemilikkan berkaitan Tanah Tanah dan pengawalan sumber hasil bumi

Sekian .

Ahmad Shuaib Ismail

Kuasa raja diperkasakan

Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 perlu dilakukan

Kita jadikan semula Malaysia negara Raja mempunyai kuasa mutlak dan kuasa eksekutif 

Telah tiba masanya rakyat memberikan kuasa eksekutif mutlak kepada Raja Raja Melayu dalam pentadbiran negara

Pindaan terhadap undang undang , pembuatan akta undang undang baru atau pemansuhan akta perlu mendapatkan perkenaan raja raja Melayu sebelum diwartakan selepas diluluskan oleh parlimen berbanding sekarang masa 60 hari perkenan atau tidak tetap diwartakan

1. Kuasa mutlak perlantikkan Perdana Menteri dan menteri besar tanpa melalui parlimen atau dun negeri dipinda dalam perlembagaan bagi memasukkannya

2. Pindaan terhadap perlembagaan bagi  memasukkan klausa perundangan Islam dilaksanakan sepenuhnya

3. Kuasa eksekutif diletakkan bersama Sultan dan yang dipertuan negeri bagi negeri tidak mempunyai raja dalam urusan pentadbiran

4. Kuasa eksekutif raja raja mengatasi kuasa PM dan Menteri Besar dan Ketua Menteri

Dasar trasformasi negara ke arahkan sistem Demokrasi kepada Sistem Kesultanan Melayu berperlembagaan .

Ahmad Shuaib Ismail
Peguambela Peguamcara
Advocates & Solicitors

Sultan sultan raja raja indonesia takda kuasa

Semasa saya Indonesia .orang Indonesia bagi tahu mereka rugi kerana sultan sultan  raja raja mereka tiada kuasa

Sultan sultan  raja raja mereka tidak dapat jual pasir ke Singapore serta Tanah Tanah Indonesia pada cina Taiwan China Singapore
Sultan sultan raja raja   mereka tak dapat arahkan cina Indonesia dapat kontrak syarikat kerajaan Indonesia
Sultan sultan raja raja mereka takda saham dalam syarikat syarikat milik cina Indonesia
Sultan sultan raja raja mereka tak dapat tebang kayu balak kayu jati termasuk lombong hasil bumi yang dibuat Oleh cina Indonesia
Sultan sultan raja raja mereka tak dapat nak buat duit jual watikah gelaran harga minimum  300 juta rupiah

Sultan sultan dan raja raja mereka tak boleh masuk pub disko kelab pukul belasah rakyat Indonesia termasuk pelancong asing
Sultan sultan dan raja raja mereka tidak boleh pukul jurulatih pasukan bola hoki Indonesia
Sultan sultan dan raja raja mereka tak dapat pukul rakyat Indonesia pakai kayu golf

Sebab tu dia cakap Indonesia rugi Ada sultan sultan raja raja tapi tiada kuasa tetapi kuasa rakyat Indonesia yang berkuasa