Total Pageviews
Saturday, 2 May 2015
Dap dah beri amaran kepada Pas pasal hudud
Presiden PKR tolak hudud maka lebai Pas nak apa lagi
Friday, 1 May 2015
Antara langkah awal
Masa ada 18 bulan dalam gerakan ke PAU 2016
10 pemuda PKR "serang" 5 Pemuda Pas di Permatang Pauh ?
PERMATANG PAUH, 2 Mei – Berlaku satu kejadian panas dan tegang pada hari ke-7 kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Difahamkan pada awal pagi tadi, sekumpulan pemuda PAS yang terdiri daripada lima orang pemuda telah “bertempur” dengan 10 orang pemuda PKR di Permatang Pasir.
Kejadian pada awal jam 2.00 pagi itu, berlaku apabila 5 orang pemuda PAS terbabit sedang menjalankan kerja kerja mengedarkan risalah dan memasang banner mempertikaikan pihak yang menentang hudud. Antara yang dipasang oleh 5 orang Pemuda PAS terbabit adalah banner amanat arwah Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) tentang pihak yang menentang hudud.
Selepas menyedari 5 orang pemuda PAS terbabit memasang banner tersebut, mereka telah didatangi oleh 10 orang pemuda PKR. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut hinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.
Kemudian, 10 orang Pemuda PKR terbabit telah membawa 5 orang pemuda PAS terbabit ke markas PAS di kampung Permatang Pasir.
Bagaimanapun pergelutan itu dapat dihidu oleh pihak polis yang bertugas pada awal pagi tadi. Pihak polis berjaya menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.
Suasana panas ini mungkin terjadi setelah pemuda pemuda PAS semalam membuat demonstrasi menolak pihak pihak yang menentang hudud di Kampung Pertama, Permatang Pauh selepas selesai sembahyang Jumaat.
Biarpun difahamkan sebelum ini Pemuda PAS membuat pusingan ” U TURN” menyokong PKR.
Namun tindakan demonstrasi terbuka mengecam pihak yang menentang hudud semalam, dan kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi membayangkan bahawa ada pergolakan besar yang sedang berlaku antara PKR dan PAS.
- See more at: http://www.pru14.tv/2015/05/02/sepuluh-pemuda-pkr-bergaduh-dengan-lima-pemuda-pas/#sthash.sDezCkvK.k6v3unGu.dpufThursday, 30 April 2015
Gerakan 1 Mei 2015 untuk perkukuhkan Umno perjuangan Anak Anak Melayu
1 Mei 2015 gerakkan kempen PAU 2016 dalam selamatkan Umno
Tuesday, 28 April 2015
Luahan hati rakyat permatang Pauh ke atas PKR
P.Pauh: “Masa Jadi Wakil Rakyat Tak Pernah Jenguk Kami”, Kata Pengundi
P.Pauh: “Masa Jadi Wakil Rakyat Tak Pernah Jenguk Kami”, Kata Pengundi
BUKIT MERTAJAM, 28 April – “Anwar atau isterinya (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) masa jadi wakil rakyat di sini tak pernah jenguk pakcik.
Dia pun jarang turun padang dan tak tolong rakyat biasa di Permatang Pauh.”
Demikian luahan perasaan Zulkifli Hamid, 79, seorang daripada antara pengundi tertua pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini.
Zulkifli berkata sejak pertama kali menjadi wakil rakyat kawasan itu pada tahun 1982, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menziarahi golongan warga emas termasuk dirinya sendiri yang tinggal di Tanah Liat di sini.
Dia menyifatkan PKR hanya mahukan undi daripada rakyat tetapi tidak pernah mempedulikan nasib golongan miskin dan warga emas di kawasan parlimen Permatang Pauh.
“Pakcik sekali pun tak pernah tak mengundi…pakcik tetap akan mengundi BN (Barisan Nasional) kerana parti itu yang banyak membantu kami di sini (Permatang Pauh),” katanya kepada Bernama di sini.
Siti Nuraina Mohd Aman, 31, yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, iaitu satu daripada tiga DUN di Parlimen berkenaan, pula berpendapat Parlimen Permatang Pauh seharusnya lebih pesat dan sudah lama membangun jika pengundi memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat.
Pekerja di sebuah kilang di Perai ini memberi contoh Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas iaitu jiran Permatang Pauh yang semakin membangun di bawah wakil rakyat daripada BN dan banyak menawarkan peluang pekerjaan kepada anak tempatan.
“Maksudnya, wakil rakyat yang memahami masalah setempat dan memberi tumpuan serta berusaha menyelesaikannya. Tiga DUN di kawasan Permatang Pauh adalah daripada pakatan pembangkang yang ada peluang terbaik memajukan parlimen ini kerana kerajaan Pulau Pinang juga di bawah parti yang sama tetapi lihatlah apa yang ada…Penanti dan Permatang Pasir masih jauh ketinggalan,” katanya.
Khairul Anas Ismail, 47, berkata sebagai pengundi di kawasan Permatang Pauh, beliau kecewa dengan wakil rakyat kerana tidak membawa pembangunan dan pembaharuan kepada penduduk di situ.
“Saya sudah tidak larat hendak berpilihan raya lagi kerana masuk kali ini sudah dekat lima kali mengundi dan balik balik dia dan keluarganya sahaja..keadaan di Permatang Pauh masih sama jugak. Kami pengundi di sini kecewa dengan prestasi wakil rakyat sebelum ini
“Bagi golongan muda seperti saya, kami mahu wakil rakyat daripada orang muda pula untuk bela nasib kami terutama berkaitan peluang pekerjaan di sini,” katanya.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas Salleh Isahak.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
Ketua Dewan Ulamak Pas bangkit menentang agenda Dap PKR
Monday, 27 April 2015
Ds Anwar Ibrahim sokong GST . Cai cai jangan nak spin lagi ye
Ramai tak kenal siapa Dato Ahmad maslan sebenarnya ...
Majoriti ketua pemuda pas Pulau pinang berani lawan dap pkr
Berita baik : DS Anwar Ibrahim boleh mengundi di parlimen permatang Pauh
Ahmad maslan : "Pencacai PR tipu rakyat GST turunkan harga barang !!!!
Hudud punca utama pemuda pas Penang lawan pkr dap
HUDUD DAN ABDUL HADI AWANG, PENYEBAB 8 KETUA PEMUDA PAS DI PULAU PINANG, SEPAKAT BOIKOT PKR DAN PRK PERMATANG PAUH!!!
Pengumuman Mat Sabu bahawa Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah akan dikenakan tindakan tatatertib kerana mengeluarkan kenyataan enggan memberikan bantuan dan membekukan semua bentuk bantuan kempen selain menghalang penggunaan premis dan entiti Pemuda PAS bagi tujuan kempen serta ceramah PKR untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rupa-rupanya tidak menakutkan langsung.
Sebaliknya 8 orang Ketua Pemuda PAS di seluruh Pulau Pinang mengambil pendekatan yang lebih ekstrim untuk bersolidariti dengan Yusni Mat Piah dan mengikrarkan pemboikotan mereka ke atas PKR dan Wan Azizah.
Dua hari sudah, Saifuddin Nasution memperlekehkan akar umbi PAS dengan berkata, PKR tidak akan peduli dengan bantahan serta boikot akar umbi PAS Permatang Pauh sebaliknya menegaskan, mereka telah mendapat kerjasama serta janji daripada para pemimpin PAS Pusat. Sedangkan pada masa yang sama, akar umbi PAS Permatang Pauh adalah pengundi dan merupakan sebahagian besar daripada punca kemenangan Wan Azizah pada tahun 1999 sehinggalah kemenangan Anwar Ibrahim pada tahun 2013 dalam Pilihanraya Umum.
Ketua-Ketua Pemuda PAS tersebut adalah Wan Ahmad Rafaie Abdul Rashid (Permatang Pauh), Ahmad Taufiq Saedon (Bagan), Ahmad Fahmi (Balik Pulau), Syed Mohd Nazri Syed Ibrahim (Bukit Mertajam), Mohd Najib Hamsi (Batu Kawan), Zulazhar Mohamad (Nibong Tebal), Rizal Hafiz Roslan (Tasek Gelugor) dan Mohd Hafiz Kasim (Kepala Batas).
Kesemua mereka telah menyatakan sokongan kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang dan mengutuk tindakan AMK Pulau Pinang kerana enggan memohon maaf kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
"Keputusan ini bukanlah keputusan persendirian Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang (Yusni Mat Piah) tetapi ini adalah keputusan sebulat sebulat suara majlis eksekutif."
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang turut melahirkan perasaan kecewa berhubung tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat dalam mengendalikan isu berkenaan.
Semalam, Yusni Mat Piah mendesak Pemuda PAS Pulau Pinang agar tidak membantu Pakatan Rakyat dalam kempen mereka untuk PRK Permatang Pauh.
Menurutnya, Pemua PAS Pulau Pinang sentiasa menyokong kepimpinan ulama di bawah Abdul Hadi Awang dan usaha-usaha untuk mengangkat martabat Islam di negara ini.
Isu terkini dr m dan ds najib
Penduduk kajang cari dr wan Azizah YB kajang nak jadi YB permatang pauh pulak !
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, DUN Kajang berada di bawah penguasaan kerajaan negeri pimpinan PKR dan tentunya Dr Wan Azizah selaku Presiden PKR akan mendapat sokongan untuk menguruskan kawasan tersebut.
"Sekarang ini kita tahu dalam beberapa tahun Kak Wan (Dr Wan Azizah) menjadi wakil rakyat Kajang, beliau masih boleh beri perkhidmatan baik, malah rekod juga kita ada.
"DUN Kajang di bawah kerajaan Selangor, berkeupayaan untuk menjaga, membina dan terus bangunkan Kajang. Bukan tak ada pemimpin yang ada dua kawasan (DUN dan Parlimen) yang berbeza,” katanya pada sidang media di Yayasan Aman di sini, Isnin.
Beliau berkata demikian berhubung persoalan mengenai keupayaan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR menguruskan dua kawasan yang terletak di Selangor dan Pulau Pinang jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei ini.
Dr Wan Azizah mewakili DUN Kajang selepas menang dalam PRK di kawasan tersebut pada 23 Mac tahun lalu menerusi ‘Langkah Kajang’ yang dicipta PKR.
Pada PRK yang akan diadakan pada 7 Mei ini, Dr Wan Azizah berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin, Azman Shah Othman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan seorang calon Bebas, Salleh Isahak.