Total Pageviews

Friday, 1 May 2015

10 pemuda PKR "serang" 5 Pemuda Pas di Permatang Pauh ?

PERMATANG PAUH, 2 Mei – Berlaku satu kejadian panas dan tegang pada hari ke-7 kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Difahamkan pada awal pagi tadi, sekumpulan pemuda PAS yang terdiri daripada lima orang pemuda telah “bertempur” dengan 10 orang pemuda PKR di Permatang Pasir.

Kejadian pada awal jam 2.00 pagi itu, berlaku apabila 5 orang pemuda PAS terbabit sedang menjalankan kerja kerja mengedarkan risalah dan memasang banner mempertikaikan pihak yang menentang hudud. Antara yang dipasang oleh 5 orang Pemuda PAS terbabit adalah banner amanat arwah Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) tentang pihak yang menentang hudud.

Selepas menyedari 5 orang pemuda PAS terbabit memasang banner tersebut, mereka telah didatangi oleh 10 orang pemuda PKR. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut hinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.

Kemudian, 10 orang Pemuda PKR terbabit telah membawa 5 orang pemuda PAS terbabit ke markas PAS di kampung Permatang Pasir.

Bagaimanapun pergelutan itu dapat dihidu oleh pihak polis yang bertugas pada awal pagi tadi. Pihak polis berjaya menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.

Suasana panas ini mungkin terjadi setelah pemuda pemuda PAS semalam membuat demonstrasi menolak pihak pihak yang menentang hudud di Kampung Pertama, Permatang Pauh selepas selesai sembahyang Jumaat.

Biarpun difahamkan sebelum ini Pemuda PAS membuat pusingan ” U TURN” menyokong PKR.

Namun tindakan demonstrasi terbuka mengecam pihak yang menentang hudud semalam, dan kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi membayangkan bahawa ada pergolakan besar yang sedang berlaku antara PKR dan PAS.

- See more at: http://www.pru14.tv/2015/05/02/sepuluh-pemuda-pkr-bergaduh-dengan-lima-pemuda-pas/#sthash.sDezCkvK.k6v3unGu.dpuf

No comments:

Post a Comment