Total Pageviews

Saturday 10 October 2015

Amanat kepada semua Ahli PAS

📢📢 Memo Penting amanat  kepada semua Ahli Pas Parti Islam Semalaysia 

Sila tumpukan serangan kepada Dap PKR PAN Akan tetapi tumpukan agenda Ikhwan ukhwah tarbiyah islah dengan UMNO. 

1- Kerana kami orang UMNO dan Ulamak Pas sedang menuju perpaduan Ummah UG 

2- Kami takda lawan ulama Pas tok guru tok guru  Pas - kami sayang mereka 

3- Musuh anda Wahai orang Pas bukan lagi Umno tapi Dap PAN 

📢📢Kalian tengok sendiri bukti 

1- PKR Terima pemimpin Pas Ahli Parlimen Pas masuk PKR - pemimpin PKR heret ulamak Pas ke mahkamah Kes pil kuda 

2- pemimpin Dap sendiri istiharkan Pas Tiada Pakatan harapan - dan pemimpin dap kata haji Hadi khianat 

3- PKR dan dap Terima orang pas yang keluar pas buat pan dan Terima mereka Dalam Pakatan harapan 

Harap Ahli Pas sedar - dap PKR Terima pan sebagai sekutu mereka 

Mereka lupakan jasa PAS 

Tahun 1998 pas yang Bantu mereka , pru 1999 sampai pru 2013 pas bersama PKR dap 

Tapi apa Hadiah PKR dan dap ? 

Ialah Terima PAN sebagai sekutu mereka 

Walaun Pas dan UMNO bersatu bawah panji Lailahailllah Muhammad Rasulullah 

Sekian 

ASI - canselor Universiti Rakyat 

Friday 9 October 2015

Cadangan pindaan Akta Penculikkan seksyen 3

Cadangan pindaan seksyen 3 Akta Penculikkan kepada Parlimen dan kerajaan 

1- pindaan kepada memasukkan sub seksyen baru iaitu Kesalahan menculik melarikan kanak kanak bawah umur dengan tujuan penjualan organ dibaca sekali seksyen 302 Kanun Keseksaan jika melibatkan kematian termasuk atau peminta sedeqah atau lain lain - Hukuman - mandatori gantung sampai mati 


Ahmad Shuaib Ismail 
ASI - 9/10/2015

Tips pasal pencacai spin Yahudi

Tips tips menjawab isu Yahudi dan pencacai  sebagai taktikal statergi mereka keatas parti UMNO BN dan kerajaan Malaysia 🇲🇾

Hujahan 

Sebelum itu,  kita bagi tahu taktikal pencacai termasuk balaci Dr Mahathir yang utama ada tiga 

1- tanamkan kebencian 
2- persepsi jahat 
3- timbulkan kemarahan 

Ok - kembali tajuk di atas 

1- pencacai akan guna isu Yahudi 

Kasi gelak dulu gagaga 😂😂😂

Fb yang pencacai pakai adakah ciptaan orang jawa ? Tak , jawapannya ciptaan Yahudi 

iPhone pencacai pakai adakah ciptaan Uganda ? Tak - ciptaan orang Yahudi 

Pencacai pakai kereta ford mungkin mereka ingat yang cipta kereta ford ialah orang kerala 😂😂😂😂

2- mereka makan McDonald's mereka ingat mungkin asal dari Somalia kot 😂😂

Ok terlalu panjang nanti orang boring so 

Mereka sendiri pakai budaya Yahudi iaitu suka buat fitnah hasutan untuk jatuhkan lawan mereka sebenarnya mereka sendiri bawa ajaran buruk Yahudi 

So cara mereka nak timbulkan kebencian orang dengan kaitkan Yahudi sedangkan mereka lupa peribadi buruk mereka ikut perangai buruk Yahudi 👹👹👹

Sebab apa 

Sebab mereka takda isu - so Propoganda mereka untuk apabila tiada modal maka mereka kaitkan dengan Yahudi 

Ringkasan mudah / kita boleh berniaga ke guna peralatan apa sahaja termasuk belajar ilmu dari orang Yahudi - tiada larangan sebab banyak buku buku akademik pun ditulis Yahudi 😂

Kesimpulan hujah 

Mudah sahaja kenal cara mereka - apabila najib terserempak dengan Yahudi kat Amerika mereka terus buat fitnah persepsi jahat kaitkan dengan Yahudi 

Sekian

ASI canselor UR 9/10/2015 

Adakah Muhydin Yasin petualang ?

📢📢📢 Analisa ringkas kenyataan media Ts muhyidin - adakah muhyidin mahu jadi petualang ? 

Muhyidin masih timbalan presiden UMNO tapi kenapa bertindak macam Dap ? Kenapa dia persoalkan pasal 1mdb bukan sepatutnya dia terangkan 😂😂😂

Dia pulak macam jadi ketua pembangkang suruh kerajaan terangkan selesaikan isu 1 MDB atas nasihat majlis raja raja 

Sedangkan dia masih timbalan presiden UMNO dan dia sendiri tahu apa keputusan majlis tertinggi UMNO untuk selesaikan isu 1mdb 

So kenyataan Muhydin nampak sangat siapa beliau dan pekung beliau adalah duri dalam daging parti UMNO

Sepatutnya 

1- muhyidin pertahankan dasar kerajaan dari fitnah dan persepsi 

2- muhyidin dah berapa kali diberitahu dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO pasal 1 MDB takkan beliau masih bebal tak paham apa yang diputuskan dalam mesyuarat MT ? 😝😝😝


📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍
Petikan kenyataan Ts Muhyidin 

KENYATAAN MEDIA
 
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
 
Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat. Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad  semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

DYMM Raja-Raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.

Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri. 

Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati  terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
 
Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu. 

Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
 
Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.

Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan  hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.  
 
Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.

Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. 

Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kel
ihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB. 

Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.
 
Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.
 
Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
 
Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.
 
Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
 
Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.
 
 
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO

7 Oktober 2015

Ringgit meningkat mendadak akibat najib kata kekal PM

RM 50 bilion bertambah Duit rakyat duit kerajaan Malaysia meningkat mendadak Setelah baru beberapa hari Ds Najib umumkan kekal menjadi Perdana Menteri beri kenyakinan semula kepada semua pelabur asing kepada Malaysia di bawah Ds Najib 


Kedudukan rizab asing Malaysia terus bertambah baik sejak Jun 2015.

1- BNM baru sahaja mengumumkan beberapa jam yang lalu bahawa rizab antarabangsa kita berjumlah RM415.1 bilion (bersamaan dengan US$93.3 bilion) pada 30 September - memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar negara jangka pendek.

2- Pada 28 Ogos 2015 ia adalah RM357.7 bilion (bersamaan dengan USD$94.7 bilion) - memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

3- Manakala pada 31 Julai 2015 ia adalah RM364.7 bilion (bersamaan dengan USD$96.7 bilion) - memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan ialah 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

4- Penurunan dalam dolar Amerika Syarikat pada 30 September adalah disebabkan oleh pelarasan suku tahunan bagi perubahan penilaian semula pertukaran asing.

5- Tetapi apa yang penting adalah bulan perlindungan dan bukan dari segi USD (atau  dari segi Ringgit, yang telah meningkat sebanyak RM50 bilion sejak bulan Julai).

6- Penanda aras antarabangsa yang diterima mengatakan bahawa kita memerlukan 3 bulan untuk menampung import dan kedudukan  kini telah meningkat kepada 8.6 bulan dari 7.6 bulan. Sedangkan, kedudukan hutang luar negara jangka pendek meningkat daripada 1.0 kali kepada 1.2 kali.

7- Ini menunjukkan dua perkara:

1) Lebihan dagangan yang lebih tinggi kita di bulan kebelakangan ini mempunyai kesan positif ke atas kedudukan rizab kita.

2) BNM tidak kelihatan campur tangan dalam tukaran mata wang asing untuk melindungi Ringgit dan membenarkan ia terapung bebas.

Semoga ini akan meyakinkan kedua-dua pelabur asing dan tempatan yang kedudukan Malaysia bertambah baik dan ia boleh naik lebih tinggi mengatasi bunyi 'bising' politik dan persepsi negatif.

8- Faktor positif lain yang pelabur kini boleh lihat adalah:
- Kedudukan rizab yang bertambah baik.
- Lantunan harga minyak.
- Disiplin BNM untuk tidak campur tangan dalam pasaran tukaran mata wang asing.
- Angka eksport dan lebihan dagangan yang mengatasi jangkaan dijangka mungkin telah membuka mata pelabur untuk bangkit mengatasi bunyi 'bising' politik.


- Najib tidak ditangkap oleh Scotland Yard, CIA, FBI dan Mafia Italy apabila dia pergi ke luar negara.😂😂😂😂

9- Hari ini, pasaran saham kita melonjak melepasi halangan 1670 untuk ditutup pada 1689.25 mata. Ia bergerak dengan melanggar bawah 1500 mata hampir sebulan yang lalu.

10- Dan Ringgit kita meningkat terbesar dalam 3 tahun untuk menganjak ke RM4.1600 per USD dan ditutup di bawah psikologi RM3 setiap dolar Singapura pada RM2.98638.

11-?Hanya pagi ini, ia adalah setinggi RM4.37 dan kini ia berada pada paras RM4.16 per USD. Ia satu adalah satu anjakan.

12- Apabila saya melihat anjakan besar ini dan mengingati apa yang Tun M telah katakan tiga hari lalu bahawa jika Najib berundur Ringgit akan naik, saya cuba untuk melihat jika Najib telah meletak jawatan tetapi saya tidak mendapat apa-apa berita lagi.

13- Saya akan terus menunggu berita ini petang nanti kerana Tun M tidak mungkin salah atau berbohong.


ASI Canselor UR 9/10/15 

Thursday 8 October 2015

Mahathir Tewas kemaluan besar fasa 1 nak jatuhkan Najib

DR MAHATHIR TEWAS DAN GAGAL SERTA DAPAT KEMALUAN BESAR 😂😂😂

Team dr mahathir dan pasukan pencacainya  diistiharkan GAGAL  DAN TEWAS fasa pertama mereka hendak jatuhkan Ds Najib 

1- rakyat makin meluat 😡😡😡 setiap hari sebut 1MDB sama seperti apabila setiap hari sebut liwat semasa kes ds anwar Ibrahim 

2- rakyat majoriti dah lihat mahathir dan pencacainya telah sabotaj najib gunakan pelbagai saluran orang mahathir di bank di kerajaan dan termasuk Seorang bekas pegawai SB PDRM menemui kegagalan 

3- ini jelas kerana rakyat dah lihat antara pasukan penyiasat sendiri terdiri dari ahli parlimen dap pkr pas bawah PAC parlimen termasuk PDRM SPRM bank negara 

4- orang mahathir di bank negara di badan kerajaan mahupun dalam UMNO sendiri gagal gunakan niat jijik mereka kerana mereka tidak sedar perbuatan mereka nak jatuhkan najib cara jijik kotor zalim makin jelas terlondeh di mata rakyat.

5- apabila mereka cuba gunakan media Yahudi seperti wsj lagi membuktikan niat jahat mereka 👹👹👹👹👹 terbongkar termasuk cuba bawa campur tangan kuasa asing ke dalam Malaysia

Akhirnya niat jahat mahathir dan balaci gagal gunakan cara kotor jatuhkan Najib melalui 1 MDB sebab hanya 1mdb senjata yang mereka ada kerana najib terbukti tiada apa apa melakukan apa apa kerana beliau siang malam berdoa kepada Allah untuk mentadbir rakyat dan negara terbaik mungkin 

Mahathir lupa Allah sahaja maha berkuasa  akan gagalkan rancangan mahathir dan balaci balaci 

Sekian 

ASI canselor UR 9/10/15 📍📍

Wednesday 7 October 2015

PAS dicadangkan tubuh Parti proksi Pas yang konsep berbilang kaum

Tujuan Ulama Pas tubuhkan parti baru berbilang kaum proksi kepada Pas ❤️❤️❤️❤️❤️

Cadangan 

1- pas ada kekuatan dewan perhimpunan bukan Islam yang bersama Pas maka pas bubarkan dengan membawa mereka tubuh satu parti baru berbilang kaum 👱👮🎅👲🏻👷👳🏿👸👴💂👵🏿

Tujuan 

2- pas dapatkan sokongan bukan Melayu dan undi mereka 👪👫👬👭👯

3- supaya pas dapat kuasai politik negara dengan ada satu parti proksi berbilang kaum yang diasaskan oleh Pas 👥👤👥

4- Target Pas untuk dapatkan undi bukan Melayu 🎅👳🏿👵🏿💁

5- pas pecahkan monopoli penguasaan undi pembangkang bukan Melayu dari dap pkr kepada Pas maksudnya pengundi Bukan Melayu akan undi parti proksi baru pas dari mereka undi dap pkr PAN 

Kesimpulan 🌺🌺🌺

1/ pas kena sedar pas perlukan undi bukan Melayu masa PRU 14 

2/ maka satu parti berbilang kaum proksi kepada pas dicadangkan ditubuhkan untuk pas dapatkan undi sokongan bukan Melayu 

Sekian cadangan ini 🌟🌟🌟

ASI - canselor UR 7/10/2015 

Ulama Pas dicadangkan buat Parti baru

Ulama Pas kena buat parti baru proksi kepada Pas 🔴🔴

Pas kena bijak setelah Pas tahu hilang hampir semua undi Cina dap setelah pas putuskan hubungan dengan Dap 

Tiba masa ulama Pas buat satu parti baru pakat dengan dalam PKR yang pro Azmin dan anti presiden dr wan Azizah. 

Dan ini masa Pas bersaing dengan PKR setelah ada  pemimpin Pas ahli Parlimen Pas dan bekas Menteri yang masuk Pas kemudiannya masuk PKR seperti YB Kamaruddin jaafar dan Ts Mohamad Taib ( mike tyson ) 

Cadangan kepada Ulamak Pas tubuh parti sama macam PAN parti amanah 

1- konsep parti untuk semua kaum 

2- cari ahli dan pemimpin pkr yang pro Pas untuk tubuhkan parti baru 

3- parti amanah PAN dah wujud dan ulamak pas mesti tahu siapa tangan tangan ghaib dibelakang penubuhan PAN 

Tujuan parti baru 📍📍📍

Untuk pas dapatkan undi pelbagai kaum 

Untuk pas bersaing dengan pkr dap 

Untuk pas kekal sebagai kuasa utama pembangkang di Malaysia 🇲🇾

Sekian 

ASI - canselor UR 8/10/2015 
 

Tujuan hudud Pas dua lidah

HUDUD KELANTAN ♦️♦️Sifir mudah memahami isu Hudud Kelantan - cara Pas nak perangkap UMNO sedangkan Pas tahu , ahli parlimen Dap PKR MCA gerakan MIC tak sokong hudud Kelantan 

Memahami agenda pakar pakar stratergi Pas ada serampang dua mata dalam isu hudud 

Pertama 📍📍 Pas akan tunjuk UMNO tolak Islam jika tak bersama Pas undi hudud Kelantan 

📍📍📍 dari situ pas akan bawa modal besar pas pada PRU 14 apabila bertanding kawasan majoriti Islam dengan modal UMNO tolak hudud dan Kekal perintah Kelantan . 

Kedua📍📍📍 modal Pas untuk masuk semula Pakatan harapan dengan salahkan UMNO konon tak Sokong undi hudud Kat Parlimen 

Tapi tak letakkan beban kepada PKR dan PAN yang juga tolak hudud Kat Kelantan 😝 

Isu Penting 📢📢📢

Yang pelik 

1- Pas masih kerjsama dengan PKR tapi tolak dap dan pan 

2- Pas Dalam Bab politik nak hancurkan UMNO , Pas bersama PKR 

3- pas bila Bab nak buat hudud , Pas kata nak bersama UMNO tapi bab politk mereka nak hancurkan UMNO 

Nampak tak cara Pas 💉💉💉

Mereka Pas ingat mereka bijak , mereka ingat mereka cerdik 

4- Tanggung jawab buat hudud , Pas tak ajak Anwar Ibrahim , Pas tak ajak Azmin Ali pas tak bersama dyana dap perjuangkan hudud 

Fakta 🔴🔴🔴

1- pas kena jawab dengan pengundi mereka Sebab selama ini mereka gunakan hudud untuk mileage politik 

2- benar , kita sebagai orang Islam Wajib Terima apa Sahaja perintah Allah dan larangan Allah 

Tapi Isu Sekarang 📍📍📍

Keadaan Di Malaysia - kuasa dibawah 222 Ahli Parlimen tentang apa apa pindaan perundangan termasuk hudud 

Hujahan ringkas 

Pas Akan hilang sokongan Rakyat malaysia Sebab 

1- pengundi dap tolak pas 

2- pengundi Melayu Nampak pas nak UMNO Sokong hudud Kelantan tapi biarkan PKR tak Sokong Dalam masa sama pas Kerjasama dengan PKR untuk hancurkan UMNO 

Sifir mudah 

Pas dengan PKR nak hancurkan UMNO 

Pas nak UMNO undi hudud Kelantan 

So Nampak tak Isu Sekarang 

Kesimpulan 

Pas perangkapkan Diri mereka 

Mereka nak perangkap UMNO tapi mereka perangkap Diri mereka 

Nak lepas masalah hudud  , pas Cari UMNO 

Bab nak hancurkan UMNO , pas Cari PKR 

Jelas tak 📡📡📡📡

Sekian 


ASI - Ahmad Shuaib Ismail 
8/10/2015 

Analisa terkini politk pembangkang Malaysia

Analisa politik terkini politik pembangkang Di Malaysia 🇲🇾

Pas Dalam dilema 😂😂
PKR Dalam dilema 😤😤

1- PKR Pilih Pas Maka PKR bermasalah dengan Dap 

2- Pas Pilih PKR Maka bermasalah dengan pan 

3- Pan Pilih dap Maka bermasalah dengan Pas 

4- PKR Pilih pan Akan bermasalah dengan Pas 

5- PKR dap pan Pilih pas bermasalah dengan Pakatan harapan Sebab pas Sokong hudud tapi dap PKR pan tak Sokong hudud 

6- Pas jika masuk Pakatan harapan , pas Akan hilang undi Melayu Sebab semua Melayu Tahu pas putus dengan dap Sebab utama hudud so takkan pas nak Kat dap Balik 

7- pan Pilih PKR Maka bermasalah dengan pas 

8- dap Pilih pan Maka bermasalah dengan pas 

9- PKR Pilih pas Maka bermasalah dengan dap dan undi Cina dap 

10- dap Pilih PKR Maka bermasalah dengan pas 

Kesimpulan 😝😝😝

Politik Parti pembangkang Tiada bawa apa apa Setakat ini 

Pas dilema - jika Pilih masuk Pakatan harapan - pas hilang undi Melayu Sebab cakap tak Serupa bikin dengan dap 



📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍ASI canselor UR 8/10/15 

Antara punca masalah negara ialah Dr Mahathir

Universiti rakyat ASI dah buat kajian 

Punca utama masalah perpaduan rakyat isu perkauman dan agama berpunca dari pentadbiran dr mahathir 1981- 2003 kesannya sehingga 7/10/2015 😂😂

Semua skandal kewangan negara dasar kewangan negara berpunca dari mahathir dan kesian nya diwarisi oleh kerajaan dibawah Ds Najib tanggung liabiliti akibat dasar mahathir 

Maka UR cari jalan terbaik untuk perpaduan rakyat , kewangan negara dan hubungan baik kerajaan dengan pembangkang kerana tidak kira UMNO ka pas ke dap ke pkr ke sama sama rakyat Malaysia ada tanggungjawab bersama untuk Malaysia 🇲🇾

ASI canselor UR 7/10/2015

3 taktikal utama Dr Mahathir dalam menentang Ds Najib


Antara 3 taktikal stratergi political warfare  utama  Dr Mahathir Mohammad dalam menentang Ds Najib 😝😝😝

1- timbulkan kebencian rakyat 😡😡😡😡😡

Taktik ini dah digunakan banyak kali termasuk sewaktu mahathir pecat Anwar , mahathir timbulkan isu agar rakyat benci Anwar. 

Tujuan utama mereka nak hancurkan Najib sebagai presiden UMNO 

2. Timbulkan kemarahan rakyat 😤😤😤😤😤

Dah digunakan termasuk ketika mahathir suruh almarhum Tunku letak jawatan dan isu melawan Paklah semasa Paklah jadi PM 

3- timbulkan persepsi 😩😩😩

Isu 1 MDB senjata no 1 mahathir 

Fakta 

1-Cara mula mula mahathir mulakan serangan ke atas najib 

2- Orang orang mahathir di bank negara di SPRM di PDRM di UMNO di PMO sendiri di perkhidmatan kerajaan dan mana mana sahaja akan bantu dr mahathir untuk lawan najib 

3- Mahathir akan gunakan bekas pengikut beliau dari kalangan bekas pegawai SPRM bekas pegawai PDRM bekas wakil rakyat bekas menteri bertujuan 

🔴🔴Mereka semua pencacai mahathir untuk bagi rakyat percaya dakwaan mereka sebab mereka bekas pegawai kerajaan 

🔴🔴Keluarkan kenyataan untuk jatuhkan imej kredibiliti najib 

Pekasam adalah sayap utama pencacai mahathir 

Pekasam mereka akan pastikan jatuhkan UMNO dengan cara 

1- kuasai ajk ajk bahagian UMNO 

2- pekasam burukkan UMNO dengan kompenan BN MCA MIC dengan mainkan isu sekolah Cina agar pengundi Cina marah BN dan mereka lakukan sebelum PRU 13 yang bawa kesan buruk kepada UMNO BN sendiri 

3- ketua pekasam katak adalah agen mahathir - tugas utama beliau jatuhkan najib - 

Agenda pekasam - dan seangkatan 

Bongkar 

Antara agenda utama pekasam lemahkan UMNO dan najib 

Antaranya 10 agenda pekasam untuk lemahkan UMNO dengan BN 

1- main isu sekolah Cina 

2- main isu perkauman

Dua diatas adalah sebelum 1 MDB 

Tujuan nak kurangkan sokongan MCA MIC kepada UMNO dan nak pecahkan sokongan kepada UMNO BN 

Pekasam main isu sekolah Cina untuk buat Cina marah kat UMNO BN 

Pekasam sentiasa main isu diatas 

Pekasam pergunakan isu Melayu sebagai landasan mereka nak tarik sokongan 

Terkini 

3- main isu 1 MDB 

4- main isu dana 

5- main isu hubungan kaum 

6- main isu tppa 

7- buat persepsi jatuhkan imej kepimpinan UMNO 

8- buat kebencian rakyat kepada UMNO 

9- tunjukkan UMNO gagal bela Melayu bumiputra 

10- agenda utama pekasam hancurkan UMNO

📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍📍

4- walaupun bukan semua pekasam anti najib tapi yang anti najib dah kuasai hampir semua jawatan penting dalam pekasam 

Mereka akan spin konon buat untuk rakyat terapi sebenarnya mereka buat demi selamatkan mahathir dan kroni 

Semua tahu beratus dakwaan skandal atas mahathir bertebaran di internet - adakah SPRM dah siasat atau panggil mahathir siasat 

Sekarang dah ada laporan kepada SPRM untuk siasat harta keluarga mahathir - so tunggu apa lagi dah ada laporan dari rakyat termasuk pelbagai laporan dibuat ketika mahathir berkuasa dahulu - 

Motif 🔴🔴🔴 - agar rakyat percaya kononnya dakwaan mahathir benar 

Mereka akan buat spin / buat fitnah - untuk bantu mahathir 

Mahathir akan gunakan orang orang diatas untuk terus merosakkan imej najib 

Mereka perlu rosakkan imej najib sebagai asas serangan menjatuhkan Najib 

⛔️⛔️gunakan naikkan kemarahan rakyat dengan kata 42 Bilion wang 1mdb hilang sedangkan tiada 

Itu cara mahathir mulakan serangan politik beliau 

⛔️⛔️timbulkan persepsi kat ahli UMNO konon najib gagal fan kena letak jawatan 

Itu antara permainan penting dr mahathir dalam agenda menjatuhkan Najib 

🔴🔴🔴📢📢

Apa orang orang mahathir sedang buat - Oktober - 2015 

📍📍📍Asas - gunakan bekas bekas pegawai kerajaan untuk menambahkan lagi point mereka seperti gunakan bekas pegawai PDRM yang penyokong mahathir untuk jatuhkan najib 

Motif - bekas pegawai kerajaan yang menjadi pengikut setia mahathir dan bekas kroni beliau 

Gunakan bekas pemimpin UMNO 

- serangan berterusan kepada Najib dengan viral dalam media sosial 


Cara dr mahathir senang dibaca senang dilawan dengan " politik Fakta ASI " 📍📍📍

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail atau singkatan glamour "ASI " 

Canselor UR - 7/10/2015 

Memaki PM adalah satu jenayah

Menghina memaki fitnah PM Malaysia terjumlah kepada perbuatan jenayah 

Kritik tegur terbuka  dibenarkan dalam undang undang tetapi jika maki PM seperti " bangsat " adalah kesalahan bawah perundangan Malaysia 

1- boleh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

2- membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain seperti bangsat boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

3- ini adalah PM adalah ketua tertinggi negara selepas ketua Negara Malaysia YDP Agong dengan menjalankan kuasa menurut titah YDP Agong 

Maki PM membawa maksud maki kerajaan Malaysia dan maruah kerajaan - berbeza dengan kritik pm dan kritik kerajaan , dibenarkan selagi tiada undur fitnah dan hasutan . 

4- perundangan membenarkan kita kritik kerajaan bukannya maki hamun fitnah dan seumpamanya 

Ahmad Shuaib Ismail " ASI " 
LLB Hons UKM . DSLA Syariah UiTM 

6/10/2015 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1677533552465479&set=a.1402207066664797.1073741829.100006265501022&type=3

Tuesday 6 October 2015

Mahathir bapa perosak siri 1

Hujahan ringkas MAHATHIR LEBIH BAHAYA DARI PEMBANGKANB - kerosakan dibuat Dr Mahathir siri 1 

1- buat pembangunan tapi menyusahkan rakyat 

Contoh lebuhraya - rakyat tanggung harga kenaikkan 

Semua pembangunan dibuat oleh mahathir nampak macam bagus tapi kesan kepada rakyat hutang negara meningkat 

Skandal kewangan 
Kerugian duit rakyat berpuluh bilion skandal bank negara 
Dan banyak lagi 

2- buat IPP - elektrik dijual kepada TNB sedangkan TNB boleh buat sendiri 

Semua untuk kepentingan kroni mahathir 

3- bertindak zalim kepada pemimpin pembangkang termasuk isa sebabkan rakyat makin marah kepada UMNO punca asas perbuatan dr mahathir 

4- kurangkan kuasa raja raja Melayu dalam meluluskan akta parlimen dan DUN 

5- buat KLCC - rakyat tak boleh masuk tanpa sebab - tengok dari luar sahaja 

6- terlalu banyak kerosakkan kepada agama mahathir buat 

Hina ulamak - kes arwah mufti selangor Dato Ishak Baharom kes ratu cantik 

Hina hudud Kelantan 
Hina sunnah Nabi saw 

7- perpecahan rakyat akibat tindakan mahathir 

Kes semangat 46 
Kes penubuhan pkr 

Semua punca mahathir 

8- memang mahathir ada sumbangan - tapi rakyat penyumbang terbesar - kakitangan kerajaan penyumbang terbesar negara sebenarnya 

Kuasa rakyat 

9- zaman almarhum Tunku Rahman kerja mahathir nak jatuhkan sahaja zaman Paklah zaman najib kerja mahathir rosakkan hendak jatuhkan pemimpin. 

Dia tak sedar berapa banyak masalah dia buat yang menanggung ialah kerajaan dipimpin najib 

10- mahathir lebih bahaya dari pembangkang 

Kerja pembangkang kritik kerajaan - kerja mahathir rosakkan kerajaan rosakkan kenyakinan pelabur dan macam macam lagi 

ASI 7/10/2015

Video terbuka oleh Ahmad Shuaib Ismail di bawah 

Cadangan kepada ulama Pas berdepan dengan PAN

Apa perlu Ulamak Pas buat sekarang ? Cadangan ringkas antaranya 

1- pecahkan belahkan PKR antara Team Dr Wan Azizah dengan Azmin Ali

2- biarkan segolongan ahli Pas masuk PAN agar tahu apa gerak kerja DAP disampaikan ke ulamak Pas 

Apa perlu Pas buat hadapi PAN 

Cadangan 

1- Ulamak Pas buat persepsi atas PAN agar Dap pkr hilang kepercayaan kepada PAN 

2- Ulama Pas gerakkan jentera media sosial untuk lakukan serangan demi serangan ke atas PAN 

3- kekuatan Dap pkr berharap kepada PAN merupakan parti serpihan Pas - 

4- ulamak pas cabar pemimpin PAN samada mereka terima hudud atau tidak kerana Dap jika tahu PAN terima hudud di Kelantan maka Dap akan kenal siapa PAN dan jika PAN tolak hudud di Kelantan ketika itu Pas boleh serang kata PAN dan dap tolak hudud di Kelantan. 

5- ulama pas perlu pecahkan PAN dari pkr dan dap 

Sekian 

ASI. 

Dr Mahathir Bapa Perosak UMNO BN

Dr Mahathir Bapa Perosak UMNO Barisan Nasional akan diistiharkan pada 31 Disember 2015 tidak lama lagi 

Sejak tahun 1957 sampai arwah Tun Husein , UMNO BN kuat sokongan padu rakyat. 

Sejak dr mahathir  jadi PM berlaku macam macam peristiwa 

1- ringgit Malaysia sebelum dr mahathir naik pm tinggi Rm 1 = 1 dollar Sin dan sehingga kini Rm Malaysia jatuh sebab dr mahathir 

2- dr mahathir sekat kebebasan rakyat sampai berlaku pembunuhan ulamak dan Melayu kampung di memali 

3- pemimpin Melayu ramai bangkit termasuk tengku Razeligh lawan jawatan presiden menentang dr mahathir tahun 1987 membawa kepada UMNO diharamkan apabila berlaku penipuan semasa pemilihan 

4- dr mahathir agihkan kekayaan negara kepada kroni kroni beliau yang membawa pelbagai masalah kepada Malaysia sehingga RM lemah sehingga kini kesan dasar dr mahathir . 

5- dr mahathir buat Proton jual harga lebih mahal kepada rakyat Malaysia dan murah berbanding di jual di Malaysia kepada rakyat asing di luar negara 

6- dr mahathir terus melakukan pelbagai kerosakan termasuk hina ulamak hina mufti hina hudud kata siapa nak makan sup tangan boleh pergi Kelantan 

Maka disini punca UMNO BN lemah 

UMNO BN lemah sebab dr mahathir 

6- Ramai rakyat dan pemimpin pembangkang  dizalimi oleh dr mahathir seperti dikenakan ISA dan pelbagai sekatan hak bersuara dibenarkan perundangan 


7- dr mahathir punca segala kerosakkan maka beliau bapa perosak UMNO BN. 

8- banyak syarikat milik rakyat menjadi mangsa dr mahathir termasuk bank bumiputra perwaja dan lain lain 

9- dr mahathir nak tutup dosa perosak beliau lakukan dengan letakkan kepada ds najib 

10- perpecahan rakyat semua dari dr mahathir sejak tahun 1987 pemecatan kuli tubuh semangat 46 , pemecatan ds Anwar Ibrahim - tubuh pkr - Paklah / ds najib semua sebab dr mahathir 

Harap rakyat sedar siapa dr mahathir 

Apa dia buat selama ini bukan sebab dia tapi sebab sejuta kakitangan kerajaan yang membuat kerja bangunkan negara 

Kerja dr mahathir perosak UMNO BN 

Dr mahathir BAPA PEROSAK UMNO BN 

SEKIAN 

Ahmad Shuaib Ismail 
6/10/2015 

Monday 5 October 2015

TPPA agenda terbaik Malaysia

Kesan Jika Malaysia Tidak Menyertai TPPA

Jika Malaysia tidak menyertai TPP, pengeksport Malaysia tidak berpeluang bersaing di pasaran TPP yang mengandungi 800 juta penduduk dan KDNK bernilai USD27.5 trillion. 

1- Pasaran ini dijangka akan terus berkembang dengan melibatkan negara-negara lain seperti Korea Selatan, Taiwan dan lain-lain negara APEC.

2- Negara seperti Vietnam dan Singapura akan mendapat faedah besar dari ketiadaan Malaysia dalam perjanjian TPP, sedang Malaysia akan menjadi destinasi pelaburan yang kurang menarik bagi pelabur sedia ada dan masa hadapan. Ini disebabkan ketidaktentuan peraturan pelaburan serta kekurangan layanan untuk eksport dari Malaysia masuk ke pasaran TPP. 

3- Ini akan mengakibatkan pelabur sedia ada mempertimbangkan untuk berpindah ke negara TPP seperti Vietnam.

4- Pelabur-pelabur dari Malaysia juga tidak akan mendapat perlindungan dan layanan keutamaan serta kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh pelabur dari kalangan TPP.

5- dr mahathir dan pencacai setia beliau tiada isu serang najib selepas kantoi isu 1mdb dengan mereka spin isu tppa untuk burukkan najib dan kerajaan 

6- dr mahathir seorang berhati busuk dengki kepada ds najib dan marah kepada najib kerana najib tidak tolong kroni kroni beliau semasa beliau jadi pm . 

7- maka tppa dijadikan modal dr mahathir setelah 1mdn gagal berhasil .


ASI - UR 6/10/2015 

Antara taktikal dap pkr PAN 2016

Antara strategi  taktikal Dap PKR PAN atau pakatan harapan untuk tahun 2016 yang akan digunakan antaranya ialah 

1- kekalkan mainkan isu persepsi buruk rakyat ke atas UMNO BN iaitu 10 persepsi utama yang telah dimainkan fasa 2013 - 2014 - 2015 

2- 2016 adalah tahun keempat sebelum penggal parlimen habis 

Maka mereka tidak akan guna modal besar dalam serangan politik keatas UMNO BN disimpan pada 2018 

Serangan mereka lebih kepada 

- pembinaan polisi pakatan harapan lebih baik dari Umno-BN 

3- pendaftaran pengundi baru diperkemaskan lagi bagi memastikan undi mereka pada 2018

4- mencari apa apa isu kaedah taktik baru untuk kekalkan serangan persepsi keatas imej dan kredibiliti PM Ds Najib kerana UMNO BN perlu dijatuhkan dengan jatuhkan kepala BN iaitu ds Najib  

5- kemaskini cyber-trooper dap pkr pkr dalam saluran mereka Target kepada pengundi muda atau pengundi yang akan pertama kali undi dalam PRU 14 

6/ memastikan kerjasama pas dan UMNO tidak dapat dilaksanakan dengan 

- buat Propoganda agar ahli pas tidak percaya kepada UMNO 


7- dari segi pemasaran politik pkr dap PAN 

- Target kepada pengundi muda dan ahli ahli pas yang anti kepada presiden pas 

- buat kerja kebajikan 
- campur dengan pengundi muda 

Kesimpulan 

Ini antara taktikal dap pkr PAN pada 2016 

Kita dedahkan awal agar rakyat boleh melihat antara cara taktikal pkr dap PAN 

Sekian 

ASI - canselor UR 
6/10/2015 

Sunday 4 October 2015

Dap dan orang Melayu antara cara rapatkan

Antara Cara untuk orang Dap dan Melayu dari sudut kepentingan Malaysia dan rakyat 

1- anak orang Melayu kawin dengan anak anak cucu cucu pemimpin Dap seperti kawin dengan cucu YB lim kit siang 

2- adakan kunjungan ke rumah ziarah dan lebih lagi jika ada mana mana pemimpin dap sakit maka lawat di hospital 

3- adakan pertandingan sukan dengan dap seperti piala bolasepak perpaduan antara pemuda UMNO bahagian lawan pemuda dap 

4- bincang duduk semeja apabila timbul apa apa masalah setempat dan negara 

5- adakan kerjasama perniagaan seperti berniaga bersama luaskan perniagaan bersama sama perkongsian perniagaan dll 

ASI - UR 5/10/2015



Apa perlu 134 ahli parlimen BN buat Oktober - Disember 2015

Cadangan kepada semua 134 ahli parlimen barisan nasional untuk penghujung fasa 4 Oktober - Disember  2015

1- kaji semula tentang kebajikan rakyat kawasan parlimen dari segi perlaksanaan dasar kerajaan 

2- susun gerak kerja aktiviti terutama hadapi musim banjir 

3- turun ke sekolah sekolah lihat apa apa permasalahan guru dan murid 

4/ turun kawasan peniaga penjaja kecil lihat permasalahan serta kebajikan 

5/ turun ke balai polis lihat apa apa isu keselamatan rakyat setempat 

6- menjadi agen pemantau harga barangan 

7- perkuatkan lagi aktiviti sukan riadah pendidikan kebajikan setempat 

8- perjumpaan dengan pemimpin masyarakat untuk memastikan indeks perpaduan rakyat di tahap cantik 

9- adakan dialog terbuka dengan rakyat apa apa isu semasa di media sosial mahupun di lapangan 

10- kenal pasti semua persoalan yang ditimbulkan rakyat setempat dan beri peluang rakyat suarakan apa apa masalah setempat 

ASI - canselor UR - 5/10/2015

Apa 10 perkara utama majoriti rakyat Malaysia nak

Assalamualaikum - salam sejahtera 

Sebenarnya apa yang rakyat Malaysia mahu - mereka bukan kisah pasal mahathir kencing sana sini sebab mereka tahu mahathir perosak negara dengan pelbagai masalah termasuk skandal kewangan dan kroni rugikan negara , mereka bukan kisah pasal najib sound tepek dasar Israel  kat palestine

Nak tahu ke apa 10 perkara utama majoriti rakyat Malaysia nak sebenarnya ? Mereka nak ia selalu didedahkan dibincangkan dalam media sosial 

1- keselamatan negara dan rakyat - isu PDRM banteras jenayah termasuk jenayah antara bangsa seperti isis 

2- ekonomi yang baik - harga barangan - kemudahan perniagaan - suasana ekonomi yang mantap - matawang kukuh 

3- kebajikan rakyat - BRIM 

4- pendidikan dan peluang pekerjaan 

5- perpaduan kaum diperkuatkan - isu perkauman agama diselesaikan - dikurangkan 

6- sukan dipertingkatkan - bolasepak negara 

7- pentadbiran negara cantik bersih kredibiliti 

8- pengurusan koprat syarikat beri kebaikkan kepada rakyat termasuk peningkatan cukai 

9- hubungan mesra pemimpin kerajaan dan pembangkang dalam selesaikan apa apa isu berbangkit rakyat dan masalah semasa seperti isu jerebu isu denggi 

10- keharmonian rakyat 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail ASI 

Canselor UR 

5/10/2015