Total Pageviews

Saturday 8 August 2015

Amanat Gunung Jerai kepada semua ahli UMNO

Bismillahirrahmanirrahim
AMANAT GUNUNG JERAI 

WAHAI AHLI UMNO BERSATULAH KERANA SESIAPAPUN MENJADI PRESIDEN UMNO TETAP MEREKA AKAN JATUHKAN TETAP MENJADI MUSUH MEREKA DAN MUSUH MUSUH TETAP AKAN JATUHKAN SESIAPAPUN PRESIDEN UMNO DAN UMNO 

BANGKITLAH SEMUA AHLI UMNO SEDARLAH PERPECAHAN UMNO AKAN UNTUNGKAN MUSUH MUSUH AGAMA BANGSA TANAH AIR 

KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASUL ITU RAMUAN TERBAIK PERJUANGAN UMNO DEMI AGAMA BANGSA TANAH AIR 

Ahmad Shuaib Ismail 9/8/15

Tiada satu pemimpin boleh puaskan hati semua rakyat

Takda pemimpin dalam dunia akan diterima oleh rakyat walaupun dia benar 

Lihat khalifah saidina Umar 
Lihat khalifah saidina usman
Lihat khalifah saidina Ali 

Ketiga mereka sahabat karib nabi saw pun segolongan rakyat  bukan sahaja menentang mereka malah membunuh mereka 

Pikirlah 

Kehancuran sebuah tamadun Melayu akibat pemimpin tidak lagi ditaati serta dijatuhkan dengan cara fitnah jijik dan kotor serta berlaku pengkhianatan iktibar dari sejarah kejatuhan kesultanan Melayu Melaka masih gagal dihayati begitu kejatuhan empayar Islam Turki jatuh apabila jatuhnya khalifah Turki

Hadis nabi saw jelas menyatakan 

Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)


Ahmad Shuaib Ismail 9/8/15 

Antara 10 kesilapan Terbesar DS Najib Tun Razak

Nasihat  terbuka ASI kepada Ds Najib 

Antara 10 kesilapan terbesar Ds Najib Tun Razak Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia 

1- beliau gagal kenal siapa kawan siapa lawan dalam perjuangan parti UMNO dan pentadbiran negara 

2- beliau gagal memilih pegawai yang bijak bercakap dari bijak laksanakan kerja 

3- yang datang ramai jumpa beliau untuk sokongan projek tender bukan datang beri pendapat cara cara lawan dakyah pembangkang 

4- ramai sekeliling beliau kaki kipas kaki sakau yang jenis ada kepentingan peribadi bukan kepentingan perjuangan agama bangsa tanah air 

5- beliau tidak tegas dalam sesuatu tindakan dan tidak bertindak awal pastikan pentadbiran beliau berjalan lancar kemas stabil 

6- beliau lebih percaya cakap penasihat yang jenis ambil kesempatan 

7- beliau gagal ambil kesempatan untuk pantau perangai majoriti pegawai pegawai beliau apa kerja mereka buat seperti lawan dakyah pembangkang dan pertahankan dasar kerajaan 

8- beliau biarkan musuh musuh diberi jawatan tinggi dalam kerajaan yang apabila ia menjadi  peluru hancurkan bukan sahaja najib tetapi kerajaan ditadbir UMNO BN  

9- beliau gagal memahami realiti politk semasa yang permainan fitnah persepsi serta penasihat beliau gagal bantu beliau atasi 

Buktinya - lihat apa berlaku sekarang 

10- beliau gagal menutup kelemahan dan buka kelemahan beliau dan pentadbiran beliau lalu dijadikan modal musuh musuh bukan sahaja musuh beliau tetapi musuh dalam selimut untuk jahanamkan beliau dan parti UMNO 


Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 8/8/15 

Taktikal fasa 3 Julai - September 2015 oleh pencacai

Taktikal pencacai sepanjang Julai - Ogos - September fasa 3 

Target utama serangan kepada :- 

Objektif -rantaian serangan berterusan di media sosial dan sentiasa create isu reka isu spin isu 

Matlamat : memusnahkan Umno-BN 

Subjektif : gunakan najib  

Gerak kerja utama - jadikan najib peluru utama lemahkan sokongan rakyat kepada kerajaan 

Misi utama :- 

Imej najib  - hancurkan kredibiliti najib 

Imej pasukan penyiasat seperti SPRM dan PDRM 

Imej UMNO 

1- terus menerus spin rakyat dengan cara apa apa isu mereka dah kantoi mereka teruskan 

Bukti hujahan 

Isu 1mdb dana bila kantoi ubah kepada penyiasatan SPRM 

Kemudian isu dana politik selepas mereka kantoi sekarang mereka pergi kepada isu konon TPM dipecat pasal dana setelah gagal kaitkan dengan -MDB 

2- mereka pencacai spin konon mereka bukan lawan UMNO tapi lawan najib 

3- mereka gunakan orang bangsawan dalam kukuhkan strategi mereka memusnahkan imej najib 

4- rantaian serangan berterusan 

Apabila gagal isu MDB mereka main isu muhyidin setelah gagal mereka main isu dana 

5- naikkan sentimen benci najib melalui protokol tanam persepsi jahat kepada najib 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail ASI 8/7/15 

Friday 7 August 2015

Draf novel bab 3 - dari pagoh ke sungai buloh

Sambungan draf novel dari pagoh ke sungai buloh 

Tak lama sebelum tok Din dipecat sebagai timbalan ketua kampung , beliau telah mengatur rancangan bersama lim komunis , min Ice krim untuk jatuhkan tok jib di persidangan JKK kampung tetapi lebai hadi Imam masjid kampung menolak rancangan tersebut 

Tok Maidin :- min , aku bagi ko jawatan timbalan ketua kampung jika aku berjaya naik ketua kampung tumbangkan tok jib 

Min :- aku ok je tapi masalah lebai hadi imam kampung tak setuju tindakan kamu tok Maidin 

Tok Maidin :- ala , bagi kat lebai hadi tiket pergi Jepun senyap la dia tu 

Lim :- itu lebai hadi gua boleh kasi selesai , dia manyak cakap kita minta JKKK masjid buang dia sebagai imam 

Gua kasi Fund sama mat syabu lepas ini kasi lebai hadi jatuh 

Tok Maidin : hahahaha bagus bagus kalian semua memang bagus otak bagus 25% 

Min : hahaha asalkan kita spin penduduk kampung cakap kita dah buat tahaluf siasi bagi mudahkan janji tok Maidin nak naikkan sebagai timbalan ketua kampung hahahaha

🔔🔔🔔🔔🔔
Min :- Tok tok ada masalah tok jerit min Ice krim 

Tok Maidin :- apa masalah dia 

Min :- lebai hadi dah bocorkan rancangan kita nak jatuhkan tok jib masa persidangan ketua kampung 

Undi kita tinggal 73 selepas lebai hadi tak mahu join campur 40 orang tok Maidin so rancangan kita akan gagal 

Tok Maidin :- aduh ... Macam mana boleh bocor rancangan ini min 

Min : tok Maidin , lebai hadi punya kerja dia bagi tahu kat tok jib rancangan kita termasuk rancangan nak spin isu projek 1 ayam kampung dan kambing nampak dah gagal dah ini tok Maidin 

Tok Maidin :- rileks min , aku ada plan lain aku nak umum kat orang kampung yang aku takpernah diberitahu tentang projek ayam kampung agar orang kampung benci sama tol jib 

Aku kena rancang bagi imej ketua kampung rosak 

Jangan takut , adik ketua kampung nampak macam nak join sebelah kita 

Min :- hahahaha ha bijak kepala tok Maidin 

🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Min :- Nak ke mana tok 

Tok Maidin :- aku ada rancangan baru 

Aku nak bagi dokumen kat media Sarawak krepot 

Min : dokumen apa tok 

Tok Maidin :- dokumen pasal projek ayam kampung , orang aku dah adjust bagi nampak tok jib salah  

Min : bijak tok , otak tok memang class. 

Tok Maidin : aku selalu bermimpi aku jadi ketua kampung , dengan jatuhnya tok Jib maka cita cita aku tercapai 

🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Assalamualaikum tok 

Waalaikumsalam 

Apa korang nak pepagi buta ini min 

Min : tok , rahsia tok nak lawan tok jib dah terbongkar 

Apa kita nak buat 

Tok Maidin :- rileks la aku dah suruh orang orang aku spin cerita konon pasal projek ayam kampung 

Min : dengar cerita tok madey bekas ketua kampung tak setuju tok Maidin buat cara macam ini sebab tok madey suruh tok jib turun je takda la sampai nak fitnah dan burukkan nama ketua kampung 

Tok Maidin :- ini aku punya kerja , orang kampung tahu bapak aku dulu lebai kampung so watak aku sebagai anak lebai memastikan orang kampung dengar cakap aku 

Rileks la min 

Jangan risau 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔

Pon pon pon tepi tepi 

Tok jib dah sampai 

Hah lebai hadi apa lebai nak pepagi ini 

Lebai hadi : tok jib , walaupun ente tahu ana tak suka sama tok mah tapi ana tak setuju 

Tok jib :- tak setuju apa ? 

Lebai hadi :- sabar sabar tok jin bagi ana bilang sama ente 

Surrrpppppp lega minum air sekejap 

Macam ini tok jib , tok Maidin dah rancang dengan min Ice krim dan lim komunis nak buat undi tak percaya sama tok jin masa persidangan JKKK kampung untuk kasi tok jib turun 

Tok jib :/ Astaghfirullah betul ka lebai hadi 

Lebai hadi : anta pun tahu ana punya kes ana sudah bilang itu orang kaki pil kuda , masuk mahkamah , hakim kata ana yak salah maka kata kata ana benar 

Ana lebai , mana boleh cakap bohong , lagipun saksi ramai tahu rancangan tok Maidin , min Ice krim dan lim komunis ini tok 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Hahahahaha 

Apa hal tok gelak kuat ini tanya min 

Tok Maidin : rancangan kita hampir berjaya 

Ramai orang kampung mula percaya yang ketua kampung pinjam duit untuk beli reban baru harga 4300 

Kita dah spin baik kata reban takda ayam tak yang ada hutang 

Min : bijak kepala tok hahahah sambil betul KAN seluar 

Tok Maidin : aku nak jumpa tok madey jap nak tunjuk dokumen agar bekas ketua kampung ingat tok jib makan duit orang kampung pasal beli reban harga 4300 ha hahahah 

Tok madey senang sahaja aku ayat kata tok Maidin kat min 

Min : ayat apa 

Tok Maidin - aku bagi tahu la yang tok jib yang menentang cadangan tok madey pasal nak buat titi bengkok kat hujung kampung kita untuk seberang ke pulau sebelah 

Mesti tok madey marah sama tok jib , aku plan baik punya dengan bawa beberapa orang termasuk pie bedal sekali ayat tok madey kata tok jib taknak bagi anak tok madey jadi ketua pemuda kampung kita 

Hahahaha 

Min : bijak kepala tok 

Tok Maidin : hahahah wayang kena kuat la min , lagipun imej aku anak seorang lebai mesti orang kampung percaya punya 

Lagipun yang bercakap nanti tok masey bekas ketua kampung mesti orang kampung percaya cerita projek ayam yang tok jib dikatakan seleweng 

Hahahaha 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Lawa tok nak pergi mana tanya min 

Tok Maidin : aku nak jumpa raja kita raja negeri pasir 4 butir 

Min : pasal apa tok 

Tok Maidin : aku kena nyakinkan sama raja yang tok jib dah seleweng duit projek ayam kampung untuk buat raja marah sama tok jib 

Min : takpe ke tok 

Ha ha ha sambil betulkan songkok 

Tok Maidin : ayat aku power mesti raja percaya cakap aku siap aku tunjukkan bukti dokumen kita dah ubah kat raja pasal projek ayam kampung tu 

Min ... Jangan risau pandai la Ali spin raja nanti 

Min : bijak kepala tok kita memang patut jadi ketua kampung ganti tok jib 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Ya ya tok Maidin betui ka ini 

Tanya tok madey 

Tok Maidin : betul tok . Ini gambar gadis penjual icekrim magnoliam yang tok jin terlibat tu 

Tok madey : bukan ke yang buat gadis tu orang lain 

Tok Maidin : tak , tok jib terlibat , jap nak call tok MR bean dia tahu pasal kes ini 

Hello hello tok bean , saya dengan tok madey , kasi sembang sikit cerita gadis penjual icekrim magnoliam tu 

Tok madey pun borak dalam hp 

Tok madey : Takpa nanti saya akan umumkan kat kampung pasal kes gadis tu sekali dengan projek ayam kampung 

Tok Maidin : jangan lupa bagi tahu suruh tok jib turun jawatan ketua kampung ya 

( dalam hati ... Bagus . Ada dah berjaya spin tok madey pun nampak percaya hahahaha ha ) 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Hahahaha aku kaya aku kaya 

Aku akan jadi ketua kampung hahaha hahahah 

Ketawa tok Maidin sorang sorang 

Tok tok tok bunyi pintu rumah diketuk 

Apahal ini pie bedal malam malam buta ini 

Pie bedal : tok , rancangan kita hampir percaya 

Tok madey dah suruh tok jib turun pasal kes projek reban ayam 

Tok Maidin : ha hahahah baru ko tahu betapa bijak nya aku ha hahahah 

Pie bedal : tok kalau naik ketua kampung saya nak jawatan ketua kewangan , saya tak mahu lagi jawatan buat parit dan titi orang kampung , tak masyuk la 

Tempat tok Lan kita tukar , saya mahu jawatan dia 

Tok Maidin : takda hal pie bedal, asalkan rancangan aku nak jadi ketua kampung berjaya 

Ha ha ha ha 
🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔🔔
Mah .... Ye sayang ada apa sayang tanya mah 

Tok jib : i pening kepala 

I dah buat terbaik untuk penduduk kampung sampai buat bantuan kewangan kat penduduk kampung buat klinik percuma dll tapi ada orang sedang komplot jatuhkan i 

Mah : jahat betul mereka tak habis habis nak buat fitnah sampai cincin yang  sayang belikan pun mereka kata harga Berjuta sedangkan sayang beli baru 4 ribu je 

Tok jib : kejap mah nak pergi ambil wudu nak buat solat hajat dan solat istikarah minta petunjuk siapa dalang nak jatuhkan jawatan i sebagai ketua kampung 

Mah : abg .... Sudah senang mah bersama sayang 

Moga Allah tunjukkan kebenaran ye sayang jangan risau Allah Ada 

Tok jib : terima kasih mah isteriku .... I rasa semangat sekarang dengar kata kata mah 

8/7/15





Gelaran baru mulai 7/8/15 iaitu Al Bon

Jika Mat syabu beri gelaran kepada Anwar iaitu Al jubs 

Saya beri gelaran mulai 8/7/15 kepada MB tersebut iaitu 

' Al Bon ' 

Perlancaran perjuangan Bangsa Pahang


Bismillahirrahmanirrahim 

Perlancaran perjuangan Bangsa Pahang 

8 Ogos 2015 

Ahmad Shuaib Bin Ismail Bin Sham Bin Tun Mutahir Bin Tun Ali





Gabenor Bank Negara Malaysia letak Jawatan


Gabenor letak jawatan -- Kenyataan Kementerian Kewangan tidak nyatakan sebarang sebab.

KUALA LUMPUR 28 Ogos -

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Ahmad Mohamed Don dan timbalannya, Datuk Fong Weng Phak, mulai 1 September ini.

Serentak dengan itu Penolong Gabenor, Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara berkuat kuasa mulai tarikh yang sama.

Kenyataan tiga perenggan kementerian itu bagaimanapun tidak menyebut sebab-sebab peletakan jawatan kedua-dua pegawai tertinggi bank pusat berkenaan.

Ahmad dipercayai telah menghantar surat peletakan jawatannya pada Rabu lalu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Fong pula berbuat demikian sehari kemudian.

Anwar sebelum ini pernah menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatan Ahmad sebagai Gabenor yang telah tersebar sejak krisis ekonomi negara bermula pada pertengahan tahun lalu.

Desas-desus itu bagaimanapun kembali bertiup kencang sejak tiga bulan lalu apabila Bank Negara menjadi sasaran kritikan kerana melaksanakan dasar kewangan yang terlalu ketat menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama dan kedua tahun ini masing-masing mengecut sebanyak 2.8 peratus dan 6.8 peratus.

Utusan difahamkan, mereka meletakkan jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan kerajaan menurunkan kadar faedah.

Kerajaan pula dikatakan tidak senang dengan prestasi Bank Negara dalam mengendalikan ekonomi negara yang terus merosot.

Perdana Menteri pernah dilaporkan berkata bahawa tindakan bank pusat itu telah ''mencekik perniagaan sehingga tidak dapat bernafas.''

Kalangan kewangan pula menarik perhatian bahawa Bank Negara telah diberikan masa lebih setahun untuk merancang dan melaksanakan dasar-dasarnya bagi menangani krisis ekonomi.

Tempoh yang diberikan itu cukup untuk membuktikan bahawa segala dasar dan programnya boleh berjalan dan berkesan.

Bagaimanapun, ringgit dan pasaran saham telah terjejas teruk dalam tempoh tersebut termasuk sektor pembuatan serta perkhidmatan perdagangan.

Agensi berita asing pula melaporkan Ahmad meletakkan jawatan kerana enggan mengeluarkan arahan supaya dikenakan kawalan terhadap pengaliran keluar modal bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Dua minggu lalu, Perdana Menteri membayangkan Malaysia akan mengambil langkah drastik bagi mengelakkan keadaan ekonomi negara menjadi lebih buruk, dan penganalisis berpendapat kawalan modal merupakan salah satu langkah yang akan diambil.

Ahmad, 51, dilantik menjadi Gabenor Bank Negara pada 1 Mei 1994 berikutan peletakan jawatan Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussein selepas bank pusat itu mengalami kerugian tukaran asing berjumlah RM15 bilion.

Beliau kemudiannya dilantik semula bagi mengisi jawatan tersebut untuk penggal kedua bermula 1 Mei tahun lalu sehingga 30 April 2000.

Sebelum menyertai Bank Negara, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malayan Banking Bhd. (Maybank), bank yang mula-mula disertainya pada tahun 1982 sebagai Pengurus Besar Bahagian Perbendaharaan.

Fong pula dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 17 April 1995. Sebelum itu beliau memegang jawatan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif di OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Fong pada 17 Ogos lalu telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Pinjaman dan Pengarah Danamodal Nasional Bhd. empat hari lalu.

Sumber perbankan berkata, antara tokoh yang dijangka mengisi jawatan Gabenor Bank Negara ialah Presiden Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), Tan Sri Mohd. Hassan Marican.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Pengarah Urusan Maybank, Amirsham A. Aziz. Ini berdasarkan rekod sebelum ini yang menunjukkan sebarang pengosongan jawatan gabenor bank pusat itu biasanya diambil alih oleh pengurus tertinggi Maybank.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouseCoopers, Datuk Raja Arshad Tun Uda turut disebut-sebut bakal pengganti Ahmad.

Sementara itu, Dr. Zeti, 51, yang juga anak perempuan kepada Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan pelantikan terbarunya itu sebagai satu cabaran besar. Beliau akan memberikan reaksinya dalam kenyataan bertulis esok.

Sebagai satu bayangan kepada peningkatan yang dijangka dalam kerjayanya, Dr. Zeti telah diberi peluang mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan kedua negara di sidang akhbar di sini semalam di mana berbeza daripada amalan biasa bank pusat sebelum ini yang mengeluarkannya dalam satu kenyataan ditandatangani oleh gabenor.

Pada 1 Julai, 1995, beliau dilantik sebagai penasihat kepada bank pusat, bertanggungjawab untuk menguruskan jabatan ekonomi bank tersebut dan kemudiannya dilantik sebagai seorang daripada empat penolong gabenor.

Oleh: MOHD. ASUKI ABAS



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz3i7qCcyR1 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 6 August 2015

Dalam UMNO apa hikmah sepanjang tahun lepas hingga ke hari ini

Apa hikmah dan pengajaran kita dapat sepanjang setahun yang lepas hingga hari ini 

1- kita tahu dalam UMNO masih ramai musang kerja mereka melagakan sesama ahli UMNO 

2- dalam UMNO masih ada ayam kerja mereka mematuk hasil dana kemudian hentam parti pasal dana 

3- dalam UMNO masih ada serigala kerja mereka menjerit kuat tapi bukit tak runtuh pun 

4- dalam umno ada keldai kerja mereka sekongkol dengan pembangkang untuk jatuhkan pemimpin UMNO sendiri 

5- yang paling bahaya dalam UMNO ada tikus kerja mereka sanggup tebuk kapal sendiri agar tenggelam 

Tapi ingat selagi UMNO berpegang kepada alquran hadis demi agama bangsa tanah air selagi itu UMNO masih bertahan insyaAllah 

Ahmad Shuaib Ismail 7/8/15 

Dulu pembangkang lawan SPRM siap demonstrasi sekarang menyokong hahahah spin baik punya

#Sebarkan siapa mereka spin mereka --- Pembangkang dulu suruh SPRM disiasat 
Kes mati teoh mereka suruh pegawai SPRM disiasat punca kematian - kes pegawai kastam mati mereka suruh siasat SPRM - Tetiba pulak mereka sokong SPRM ketika PDRM siasat pegawai SPRM bawah seksyen 124 kanun keseksaan











Mohon SPRM siasat RM 3 bilion

RM 3 bilion RM 3 Bilion RM 3 bilion KAMI MOHON SPRM PDRM SIASAT PERKARA  INI SELEPAS SIASAT 1MDB #RM3Bilion

BEKAS PENOLONG GABENOR BANK NEGARA IAITU Dato Abdul Murad mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun yang didakwanya membabitkan  dakwaan DS Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Bukti bukti pemimpin pembangkang minta pegawai SPRM disiasat

Adakah kalian lupa pemimpin tertinggi PR menghantar memorandum bantahan kepada SPRM untuk siasat cara pegawai SPRM lakukan siasatan?



Bukti jelas dibawah 









Wednesday 5 August 2015

Sembang perundangan bersama ASI

Sembang perundangan bersama ASI 

Kegagalan sebuah organisasi dalam isu berkaitan kewangan 

Adalah hendaklah penasihat dan pegawai perundangan serta pegawai kewangan melakukan :- 

1- sebarang kemasukkan wang di dalam organisasi melalui saluran terbuka dan boleh diakses ahli organisasi 


Ia melibatkan akta seperti akta pertubuhan akta bank negara akta BAFIA perbankan dan institusi kewangan , akta cukai , akta hasil melibatkan sumbangan 

2- jika melibatkan dengan luar negara hendaklah mematuhi syarat syarat bank pusat yang menyelaras kemasukkan wang ke sesebuah organisasi 

3- segala butiran pemberi dan penerima hendaklah dijelaskan oleh bank pusat sebelum transaksi dapat dijalankan 

4- transaksi hendaklah masuk ke dalam akaun organisasi atau orang orang yang telah diberi kuasa bagi pihak organisasi 

5- segala bentuk penyata hendaklah dicatat dan dibentangkan ke mesyuarat organisasi 

6- kesemua transaksi kewangan hendaklah diaudit juru audit bertauliah direkodkan sebagai dalam penyata kewangan bagi memastikan setiap kewangan yang masuk dan keluar kerana ia melibatkan banyak perundangan termasuk akta pertubuhan . 

7- baru lah organisasi dapat dijalankan dengan terbuka mengelakkan sebarang kejadian atau dakwaan mana mana pihak termasuk fitnah serta salah sangka 

Kesimpulan 

Isu kewangan dalam sesebuah organisasi suatu isu yang sensitif jika tidak dilakukan dengan terbuka tetapi menjadi satu impian semua ahli organisasi apabila dilakukan dengan terbuka dan telus . 

Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 4/8/15 

Punca UMNO diharamkan

Sejarah kenapa UMNO haram disebabkan siapa ? Termasuk ketua hakim negara ketika itu dipecat 

Tahun 1987 hampir separuh ahli UMNO menolak presiden UMNO dr mahathir ketika itu melalui pentas pau kerana pemilihan tidak sah berlaku penipuan 

UMNO 11 adalah sekumpulan ahli UMNO yang menfailkan tindakan guaman yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988 diputuskan oleh mahkamah berlaku ke tidak patuhan perundangan 

Latar belakang


Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon presiden iaitu Dr Mahathir  yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.


1- Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. 

2- Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah 

2- Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

3- Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.


4- Pengharaman UMNO

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula 

5- Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan oleh dr mahathir untuk pertandingan semula jawatan presiden UMNO 

6- Mereka membuat dakwaan  kepada Dr Mahathir  sebagai yang bertanggungjawab mengharamkan parti.


7- Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. 

8- Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988

9- Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. 

10- Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988

10- Implikasi pengharaman UMNO

apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan - Atas sebab Dr Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari kerana perbuatan beliau .

Melayu berpecah kepada parti Melayu Semangat 46 akibat perbuatan dr mahathir 

Generasi muda kena belajar 

Perpaduan parti lebih penting 

Sekian - ASI 

 

Senarai kabinet baru 2015

PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib 
Razak 

TIMBALAN PERDANA MENTERI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Razak 

MENTERI KEWANGAN II: 

Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Chua Tee Yong 

2. Datuk Johari Abdul Ghani 

MENTERI PERTAHANAN Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Nur Jazlan Mohamed 

2. Masir Anak Kujat 

MENTERI LUAR NEGERI Datuk Seri Anifah Aman 

Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican 

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 


2 Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri: 1. Datuk Ahmad Maslan

 2. Senator Datuk Lee Chee Leong 

MENTERI KESIHATAN Datuk Seri Dr S.Subramanian 

Timbalan Menteri 1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya 

MENTERI PENDIDIKAN: Datuk Seri Mahdzir Khalid 

Timbalan Menteri: 1. P.Kamalanathan 

2. Chong Sin Woon (Senator)\

MENTERI PENGAJIAN TINGGI Datuk Seri Idris Jusoh 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Mary Yap Ken Jin 

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin 

MENTERI PENGANGKUTAN Datuk Seri Liow Tiong Lai Timbalan Menteri: 

1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: Datuk Amar Douglas Unggah Embas 

Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon 

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak Timbalan Menteri: 

1. Datuk Jailani Johari 

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili 

Timbalan Menteri: 1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit 

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: 

1. Datuk Alexander Nanta Linggi 

2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Wilfred Madius Tangau Timbalan Menteri: 

1. Datuk Dr Abu Bakar Diah MENTERI 

SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar


Timbalan Menteri: 1. Datuk Ir Hamim Samuri 

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: 

1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman 

MENTERI KERJA RAYA: Datuk Seri Fadillah Yusof Timbalan Menteri: 

Datuk Rosnah Rashid Shirlin 

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN PENGGUNA 

Datuk Hamzah Zainuddin 


Timbalan Menteri: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah 

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT Datuk Seri Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri 

1. Datuk Azizah Mohd Dun 

2. Senator Datuk Chew Mei Fun 

MENTERI SUMBER MANUSIA Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem Timbalan Menteri 

1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib


  MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri 

1. Datuk loga Bala Mohan 

MENTERI BELIA DAN SUKAN Khairy Jamaluddin 


Timbalan Menteri 1. Datuk M Saravanan 

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Datuk Seri Azalina Othman Said 

2. Nancy Shukri

 3. Senator Datuk Seri Wahid Omar 

4. Datuk Wee Ka Siong 

5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 

6. Senator Datuk Seri Idris Jala

 7. Tan Sri Joseph Kurup 

8. Datuk Joseph Entulu Belaun

 9. Datuk Seri Shahidan Kassim 

10. Senator Paul Low Seng Kuan 

11. Datuk Mah Siew Keong 

Timbalan Menteri 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki



Kita bersihkan UMNO dan BN

Hujahan kenapa perlu gugurkan ts muhyidin Yasin termasuk dalam senarai beberapa menteri dan timbalan Menteri dalam kabinet ? 

Bukan muhyidin seorang - ada lagi yang akan digugurkan 

Ts muhyidin termasuk bersama bersama beberapa menteri dan timbalan menteri yang akan digugurkan tidak lama lagi 

Takpayah nak spin isu 1mdb konon jadi liabiliti kepada kerajaan sedangkan ia hanya persepsi fitnah madey dan pembangkang sampai ada mereka kena saman di mahkamah 

Banyak isu lain mereka biarkan ds najib dan kepiminan UMNO yang lain menjadi bahan lawak serangan pembangkang 

Hujahan 

1 - dimana suara mereka pertahankan dasar kerajaan seperti gst 

Mereka biarkan datuk Ahmad maslan jawab isu gst sedangkan mereka bertanggungjawab bantu sesama mereka 

2 - pelbagai isu lain seperti harga barangan. dimana mereka pertahankan kerajaan dan beri penerangan kepada rakyat 

Mereka buatkan najib jadi bahan ketawa rakyat tanpa menangkis Propoganda pembangkang isu harga barangan 

3  - datuk Rahmad dahalan setiap hari pertahankan dasar kerajaan dalam media sosial khusus nya twitter 

Dimana menteri lain termasuk tsmy dan beberapa dari mereka ? 

Apa kerja mereka 

Sedangkan media sosial adalah senjata no 1 politik Malaysia sekarang.

4- bila wsj serang pemimpin kerajaan mana mereka sedangkan jelas wsj adalah media Yahudi yang banyak jatuhkan negara Islam seperti Iraq diserang hasil laporan penipu wsj 

Cukuplah 

Gugurkan mereka 

Kuatkan semula UMNO dan barisan nasional semula 


Mereka kita tak perlukan lagi 

Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 
28/7/15

Doa kepada Tun Dr Mahathir

Doa kepada Tun Dr Mahathir 

Ya Allah jika Dr mahathir semasa menjadi Perdana Menteri ada melakukan rasuah dan seleweng cara salah zalim wang rakyat dan buat zalim aniaya sesama rakyat walaupun sekupang sen pun turunkan bala azab kepada beliau kerana beliau konon berlagak maksum suci konon tak buat apa apa kesalahan demi tunjukkan beliau baik suci 

Ya Allah Matikan dr mahathir dalam keadaan azab bala agar semua rakyat Malaysia dapat saksikan bukti kematian beliau penuh dengan aib azab sengsara ketika dunia lagi hasil perbuatan doa rakyat dizalimi dianiayai 

Amin ya Allah .. 

Ahmad Shuaib Ismail 31/7/15 

Kes pulau batu putih wajib dituntut semula melalui semakan

Tarikh penghakiman 23 Mei 2008 - maka ada masa sehingga 23 Mei 2018 iaitu tempoh 10 tahun untuk diadakan semakan terhadap penghakiman 

Kita mohon Peguam Negara dan kerajaan Malaysia failkan rayuan terhadap kes Mahkamah Antarabangsa terhadap Pulau Batu Putih kerana masa masih ada 


Ini kerana Statut ICJ sendiri mempunyai peruntukan khusus – Artikel 61 - yang memungkinkan penyemakan semula sesuatu kes jika perlu. Artikel 61 dalam Statut ICJ ini membolehkan permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ. Syaratnya, pihak yang memohon semakan semula itu hendaklah menemui fakta baru yang boleh menjadi faktor penentu. Bagaimanapun, pada ketika penghakiman terhadap kes berkenaan dibuat sebelum itu, fakta baru tersebut tidak diketahui oleh pihak ICJ.

Satu lagi syarat yang dikehendakki oleh Artikel 61 dalam Status ICJ ini adalah: fakta yang baru ditemui itu telah tidak dapat dikemukakan sewaktu perbicaraan sebelumnya, bukan akibat sesuatu kecuaian. Lebih jelas lagi, ini bermakna bahawa fakta yang baru ditemui itu hendaklah benar-benar tidak diketahui oleh pihak yang memohon semakan semula, sewaktu perbicaraan ke atas kes terbabit dijalankan sebelum itu.

Artikel 61 ini juga mensyaratkan supaya sesuatu permohonan untuk semakan semula terhadap sesuatu kes yang telah diputuskan oleh ICJ perlulah dilakukan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penemuan fakta yang baru, dan dalam tempoh 10 tahun mulai tarikh penghakiman terhadap kes terbabit yang telah diputuskan oleh ICJ sebelum itu.

Ahmad Shuaib Ismail 5/8/2015 

Demi maruah negara kita 


Rakyat Malaysia