Total Pageviews

Wednesday, 5 August 2015

Sembang perundangan bersama ASI

Sembang perundangan bersama ASI 

Kegagalan sebuah organisasi dalam isu berkaitan kewangan 

Adalah hendaklah penasihat dan pegawai perundangan serta pegawai kewangan melakukan :- 

1- sebarang kemasukkan wang di dalam organisasi melalui saluran terbuka dan boleh diakses ahli organisasi 


Ia melibatkan akta seperti akta pertubuhan akta bank negara akta BAFIA perbankan dan institusi kewangan , akta cukai , akta hasil melibatkan sumbangan 

2- jika melibatkan dengan luar negara hendaklah mematuhi syarat syarat bank pusat yang menyelaras kemasukkan wang ke sesebuah organisasi 

3- segala butiran pemberi dan penerima hendaklah dijelaskan oleh bank pusat sebelum transaksi dapat dijalankan 

4- transaksi hendaklah masuk ke dalam akaun organisasi atau orang orang yang telah diberi kuasa bagi pihak organisasi 

5- segala bentuk penyata hendaklah dicatat dan dibentangkan ke mesyuarat organisasi 

6- kesemua transaksi kewangan hendaklah diaudit juru audit bertauliah direkodkan sebagai dalam penyata kewangan bagi memastikan setiap kewangan yang masuk dan keluar kerana ia melibatkan banyak perundangan termasuk akta pertubuhan . 

7- baru lah organisasi dapat dijalankan dengan terbuka mengelakkan sebarang kejadian atau dakwaan mana mana pihak termasuk fitnah serta salah sangka 

Kesimpulan 

Isu kewangan dalam sesebuah organisasi suatu isu yang sensitif jika tidak dilakukan dengan terbuka tetapi menjadi satu impian semua ahli organisasi apabila dilakukan dengan terbuka dan telus . 

Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 4/8/15 

No comments:

Post a Comment