Total Pageviews

Friday 3 July 2015

Seksyen 499 , 500 , 505 kanun keseksaan terpakai sekali seksyen 241 akta multimedia dan komunikasi atas perbuatan jenayah media sosial

Kini perlu satu tindakan segera 

Setiap pertuduhan jika tiada bukti ke atas seseorang jatuh kepada jenayah atau kesalahan jenayah 

Perbuatan boleh dilakukan termasuk 

1- Melalui perkataan 
2- media sosial dan elektronik 
3- gambar atau kartun menunjukkan perbuatan dilakukan 

Contoh - A siarkan berita di Fb bahawa B seorang pencuri maka jika A tidak dapat buktikkan B telah buat perbuatan mencuri serta B telah sabit kesalahan mencuri maka ia jatuh dibawah seksyen 500 kanun keseksaan 

Sebab kat mahkamah jenayah jika tidak dapat buktikkan kata kata itu benar dan perbuatan itu adalah menyatakan seseorang melakukan jenayah maka jatuh dibawah seksyen 500 kanun keseksaan 



Hukuman bawah seksyen 500 kanun keseksaan 

Bawah seksyen 500 

Tulisan gambar berbentuk kartun mahupun gambar benar yang kaitkan dengan perbuatan fitnah jatuh di bawah seksyen 500 kanun keseksaan


Seksyen 499 KK jelas menyatakan dalam huraian 2 " maka boleh menjadi fitnah dengan membuat suatu tomahan mengenai satu syarikat atau sekumpulan orang sebagai kumpulan

Contoh makan pendakwaan siapa melakukan fitnah kepada UMNO atau 1 MDB jatuh bawah seksyen 499 kanun keseksaan apabila tidak dapat buktikkan tuduhan kepada UMNO atau 1mdb tuduhan berasakan fakta bukti maka jatuh kepada fitnah jenayah 

Contoh lain Siapa yang fitnah UMNO kaitkan dengan rasuah adalah jatuh dibawah kesalahan jenayah

Mengikut seksyen 499 kanun keseksaan huraian 4 mana mana tuduhan yang menjatuhkan maruah watak akhlak atau watak kecerdekan atas dasar amanah beliau pekerjaan beliau hingga menyebabkan orang lain memandangkan ia dipandang keji maka ia satu kesalahan jenayah

Ia juga menjadi kesalahan dibawah seksyen 505 kanun keseksaan apabila kenyataan mendatangkan khianat awam dengan 

1/ terbitkan 
2/ edarkan kenyataan 

Termasuk dalam sistem media sosial dengan niat 

1- menyebabkan orang percaya berita ketakutan awam api api KAN kebencian terhadap mana mana golongan dan kaum



So

Kesimpulannya 

Pendakwaan merujuk kepada seksyen 499 , seksyen 500 dan seksyen 505 kanun keseksaan

Akta komunikasi dan multimedia Ada yang sama dengan peruntukkan kanun keseksaan tetapi ia terpakai dalam kes melibatkan perbuatan jenayah melibatkan komputer multimedia grafik



Seksyen 241 akta komunikasi dan multimedia menyatakan adalah menjadi satu kesalahan memberikan kenyataan palsu dan mengelirukan dan secara sedar maklumat itu palsu 

So menjadi kesalahan edarkan viralkan dalam media maklumat palsu dan hukuman bawa ke denda tidak lebih 20 k penjara tidak lebih 6 bulan atau keduanya



Maka tindakan wajib 

1- failkan aduan kepada PDRM 

2- failkan aduan kepada suruhanjaya komunikasi 

3- perlu ada jawatankuasa khas uruskan perkara ini dibawah unit perundangan

4- tubuhkan pasukan khas banteras jenayah media sosial 

Tiba masa bertindak

Sekian 


Ahmad Shuaib Ismail 

Peguam bela peguam cara 
Mahkamah Tinggi Malaya 

4/7/2015 



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tanya sikit
    Apakah dibolehkan sesuatu pihak menampal gambar seseorang di papan notis / kenyataan dengan tujuan mengaibkan / memalukan / menghasut kebencian orang ramai kepada seseorang individu.

    ReplyDelete
  3. saya bagi backlink blog tuan di blog saya. Terima kasih atas informasi tuan. www.beloya2u.com

    ReplyDelete
  4. Macam mna pula klu seseorg itu membuat fitnah melalui whatsapp personal dengan seseorang tetapi perbualan personal tersebut telah di curi dan disebarkan oleh orang lain..adakah org yg membuat fitnah tersebut salah disisi undang undang?..

    ReplyDelete