Total Pageviews

Saturday 25 April 2015

Analisa kem politik dalam umno

Analisa politik ASI post siri 1 

Mengenali kem dalam umno dengan hati terbuka dan bebas dalam analisa ini 

Mudah ja ada tiga kelompok besar 

1 kem bekas presiden 
1 kem presiden 
1 kem bakal presiden 

Kita analisa kem bekas presiden Tun dr mahathir 

1. Terdiri dari orang orang bekas pkr yang keluar umno zaman reformasi ds Anwar Ibrahim tahun 1998 sekitar 40% 

2. Orang orang yang kecewa kalah jawatan dalam umno termasuk tidak dapat jadi calon wakil rakyat sekitar 5% 

3. Yang tak dapat tender projek kerajaan sekitar 5% 

4. Yang benar ibenar berjuang demi agama bangsa tanah air sekitar 50% kerana merasakan mereka perlu ke hadapan demi selamatkan perjuangan 

Kerja mereka melawan sesama umno bukannya menumpukan melawan agenda pr dan dakyah pr 

Disini kita nampak yang benar benar nak berjuang tak ramai 


----Kem presiden Umno ds najib 

1. Yang pertahankan institusi presiden sekitar 80% demi parti bukan presiden tetapi demi kelangsungan orang Melayu demi agama bangsa tanah air 

2. Yang cari makan keuntungan jawatan kuasa politik kaki bodeks dll sekitar 20% dan main playsafe dan kepentingan diri 

Maka disini kita boleh lihat perbandingan 

Kem bekas presiden ramai golongan kecewa yang tidak dapat jawatan dalam parti tidak dapat keuntungan dari kerajaan 

----Kem bakal presiden ts muhyidin yassin 

1. Mereka sayangkan umno dan hendak umno kuat dan bersatu padu 

2. Check N balance kepada kem presiden dan kem bekas presiden 

3. Tidak menolak dari mana mana kem tetapi menerima semua pihak dari kem presiden dan bekas presiden asalkan mereka ikhlas jujur pada perjuangan

Ingin terus perjuangan umno demi agama bangsa tanah air  

Ahmad Shuaib Ismail 
26/4/2015 

Friday 24 April 2015

Gemparrrr isu Azwan bro : KJ keluar kenyataan

YB Kj ketua pemuda Umno Malaysia menegaskan bahawa Tuduhan terhadap '5 sekawan' adalah cubaan utk melagakan Pemuda UMNO dengan Presiden umno .

Dengan ini isu ini dianggap makin menarik setelah portal pro ds najib iaitu mykmu keluar berita tentang isu 5 berjawatan dalam pemuda umno cuba gerakkan ke atas ds najib 

Apa kah kesudahannya 

Ada pemuda umno sekarang hanya ada taring tetapi tidak mampu gunakannya ? Demi pertahankan hak dan kebenaran tidak kira pada Sesiapapun ? 

---ASI post 

Gemparrrr Presiden Pas Haji Hadi makin jelas lawan PR

#Sebarkan Bukti jelas kenyatan presiden Pas sendiri yang menyokong fatwa haram undi Calon tolak hudud Pas dan tidak memberi arahan kepada Ahli Ahli Pas untuk mengundi siapa dalam prk Permatang pauh 

Maka Ahli pkr prk rompin nak undi Pas Jugak ke 

He he he 

ASI Post 24/4/2015










Kajang pun nak MB pun nak Parlimen nak

Rencana - Kajang - permatang pauh lebih 400 KM 

Sungai petani 25 April -  calon kitar semula 

Kita  minta ahli Pas buat langkah permatang pauh dengan memastikan dr wan Azizah tumbang di permatang pauh setelah presiden Pas haji hadi berjaya menolak cadangan pkr calonkan dr wan Azizah sebagai menteri besar selangor ganti tska sampai terpaksa kosongkan DUN Kajang untuk PRK 

Rakyat boleh nampaknya agenda pkr dr wan Azizah 

Apa dah jadi kat selangor di DUN Kajang rakyat bayar gaji untuk jaga rakyat Kajang dan mereka dah pilih dr wan

Cuba bayangkan duit cukai rakyat selangor dibayar kepada dr wan dalam masa sama nak lagi jawatan di pulau. Pinang   

Jarak masa Kajang ke permatang pauh lebih 4 jam 

Amanah duit gaji dibayar di DUN Kajang so macam mana hak rakyat Kajang ? 

Nampak sangat KAN 

Di mana pas sekarang ? Adakah pkr dr wan perjuangkan hudud ? 

So lebai nak spin apa lagi ?

Kini tiba masanya rakyat permatang pauh nampak -

1. Agenda anak beranak dalam pkr 

2. Jelas pkr parti anak beranak setelah Nurul IzZah ada kat parlimen itupun ada kes fitnah lawan beliau iaitu raja nong sewaktu PRU 13 

3. Jelas membelakang KAN rakyat sendiri 

ASI Post

Thursday 23 April 2015

Undang Undang fitnah di Facebook tweet wassap

Sembang Undang Undang bersama ASI 

Asas Undang Undang fitnah 

----Both “libel” and “slander” involve making false statements about a person.

But libel is written 📝, and slander is usually spoken. 👩💬

Libel ialah fitnah dalam bentuk tulisan dan slander melalui percakapan perbuatan 

Fitnah juga merupakan satu kesalahan jenayah dibawah seksyen 500 Kanun keseksaan 

Dalam perundangan Islam perbuatan fitnah adalah satu perbuatan fitnah keji dan boleh dikenakan hukuman dibawah peruntukkan takzir

Fitnah adalah juga satu perbuatan dilakukakan Tanpa Bukti dan fakta dengan niat menjatuhkan Maruah seseorang atau spin fakta yang membawa kerugian ke atas seseorang mahupun syarikat misalannya 

          Fitnah secara amnya merupakan tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang. Berdasarkan kes Dato’ Musa Hitam v SH Alattas & 2 Ors fitnah adalah imputasi atau tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi plaintif dalam pandangan orang yang munasabah di dalam masyarakat atau berkencenderungan menyebabkan plaintif dijauhi , dibenci, dihina atau dipandang rendah. 

Orang yang munasabah pula bermaksud orang biasa dalam sesebuah masyarakat itu. Ini dapat dilihat dalam kes Lau Chee Kuan v Chow Soong Seong di mana perayu telah mengambil tindakan fitnah bagi rencana yang diterbitkan oleh akhbar Feng Poa yang bertajuk “Bidan menemui Hantu”. Dalam kes ini, perayu merupakan seorang bidan dan telah pergi ke sebuah rumah untuk berubat. Apabila pulang ke rumah, dia telah jatuh sakit. Akhbar ini telah menyiarkan berita mengenai perkara ini dan mahkamah rayuan memutuskan bahawa rencana tersebut menfitnah perayu kerana orang ramai akan berpendapat bahawa perayu seorang yang bodoh kerana mempercayai kewujudan hantu sehingga jatuh sakit. Mahkamah rayuan juga menyatakan orang yang munasabah itu ialah orang yang bersetuju dengan pendapat orang yang munasabah itu. 


Bagi membuktikan wujudnya kesalahan fitnah, perlulah dibuktikan 3 elemen iaitu:
1) Kata-kata defendan bercorak fitnah
2) Kat-kata merujuk kepada plaintiff
3) Kata-kata itu disiarkan


Elemen Fitnah

terdapat 3 elemen fitnah yang perlu dibuktikan untuk mengenakan liabiliti terhadap seseorang.

(1)kata-kata defendant bercorak fitnah
kata-kata defendan mestilah pada asasnya berkecenderungan mendatangkan kesan kepada plaintiff menyebabkan plaintif dijauhi,dihina,ditertawakan atau dipandang rendah oleh orang yang munasabah. namun begitu,perlu dingatkkan,sekiranya kata-kata itu dikeluarkan atau diucapkan dalam keadaan marah maka ianya tidak dikatakan bercorak fitnah. ini dapat dilihat dalam kes C Sivanathan V Abdullah bin Dato' Haji Abdul Rahman di mana dalam kes ini plaintiff telah bergaduh dengan defendan dan defendan dengan marahnya telah mengatakan plaintiff sebagai seorang yang penipu,tidak jujur dan pembohong. namun,mahkamah memutuskan bahawa kata-kata tersebut tidak dikatakan fitnah kerana ia adalah secara tiba-tiba dan dalam keadaan marah. kata-kata itu bercorak fitnah apabila melalui perkataan itu orang munasabah di dalam masyarakat akan memandang serong pada plaintiff. selain itu, pernyataan itu tidak bercorak fitnah tetapi menjadi fitnah akibat daripada implikasi atau rujukan kepada sesuatu perkara atau fakta-fakta khas yang diketahui oleh penerima penyiaran kata-kata tersebut. ini dapat dijelaskan lagi dengan melihat kepada dua contoh iaitu:


(a) innuendo sebenar : timbul apabila ada fakta-fakta khas atau diketahui oleh penerima penyiaran     kata-kata tersebut menyebabkannya bercorak fitnah. ini dapat dirujuk dlam kes Tolley v Fry & Son Ltd di mana plaintiff adalah seorang pemain golf. defendan telah membuat satu iklan menggunakan imej plaintiff dengan menunjukkan sekeping coklat keluran defendan keluar dr poket plaintiff dan ini menyebabkan implikasi bahawa plaintiff telah melacurkan statusnya sebagai pemain golf amatur.


(b) innuendo palsu : timbul akibat daripada kesimpulan kata-kata itu sendiri. ini dapat dijelaskan lagi dalam kes Lee Kuan Yew v JB Jeyaratnam dimana dalam kes ini defendan telah membuat pernyataan berbunyi,"saya tidak pandai dalam pengurusan kekayaan peribadi tetapi Lee Kuan Yew berjaya menguruskan kekayaannya dengan baik sekali". jadi,pernyataan seperti ini menimbulkan implikasi bahawa plaintiff adalah seorang yang melakukan rasuah selaku perdana menteri singapura.

(2) kata-kata merujuk kepada plaintif
dalam kes David Syme & Co v Canavan telah menggariskan prinsip orang munasabah. untuk membuktikan kata-kata itu merujuk kepada plaintiff, kata-kata itu mestilah menyebabkan orang munasabah faham bahawa kata-kata itu adalah merujuk kepada plaintif. biasanya plaintiff adalah seorang individu namun begitu ianya juga boleh diluaskan kepada nama syarikat, organisasi dan sebagainya.

(3)kata-kata itu disiarkan
elemen yang seterusnya adalah kata-kata tersebut mestilah disiarkan iaitu sampai ke pengetahuan orang ketiga selain daripada plaintif. ini dapat dilihat dalam kes Dr Jenni Ibrahim v S Pakianathan di mana dalam kes ini defendan telah menulis telah menulis surat kepada pihak berkuasa menyatakan plaintif telah menyalah gunakan kuasa dan melakukan pecah amanah melibatkan wang di Pusat Pertolongan Kampung Bercham. perbuatan defendan menulis surat kepada pihak berkuasa dijustifikasikan sebagai telah wujud penyiaran terhadap kata-kata fitnah tersebut.

oleh itu,secara kesimpulannya, untuk membuktikan wujudnya fitnah terhadap seseorang,elemen-elemen di atas perlu dipenuhi


Dalihan
terdapat beberapa dalihan bagi mengecualikan seseorang daripada kesalahan fitnah:

(1) keizinan:  defendan perlu membuktikan bahawa dia telah mendapat keizinan daripada plaintif untuk menyiarkan kata-kata tersebut.

(2) fitnah tanpa niat: dalam dalihan ini,defendan boleh menggunakan seksyen 7 akta fitnah. defendan hendaklah membuktikan bahawa dia tidak mengetahui keadaan-keadaan di mana perkataan-perkataan itu boleh difahamkan sebagai merujuk kepada plaintif atau ianya bercorak fitnah terhadap plaintif. selain itu,defendan juga perlu membuktikan bahawa dia telah bertindak secara suci hati dalam penerbitan tersebut.selain itu,defendan boleh membuat tawaran penyelesaian dalam bentuk menerbitkan pembetulan kepada kata-kata tersebut atau permohonan maaf secepat mungkin.

(3) justifikasi : dalihan ini merupakan satu dalihan yang mutlak dan telah diperuntukkan dalam seksyen 8 Akta Fitnah. dalam menjayakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan bahawa kata-kata fitnah yang disiarkan merupakan benar bukan satu fitnah semata-mata. beban pembuktian terletak kepada defendan untuk membuktikan kebenaran kata-kata fitnah yang dilemparkan.

(4) komen berpatutan:  komen berpatutan diperuntukkan di dalam seksyen 9 Akta Fitnah. namun begitu,untuk menggunakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan empat elemen iaitu iainya mestilah komen dan bukan fakta,komen tersebut mestilah berdasarkan fakta yang benar,ketiga ianya mestilah komen yang kepentingan awam

Menurut Chris Reed and John Angel in the book of Computer Law 4th edition, fitnah adalah berlaku apabila seseorang meluahkan kata-kata yang menjatuhkan reputasi orang lain pada pandangan masyarakat. Seterusnya, kita perlu lah menentukan bahawa fitnah yang dilakukan adalah berbentuk libel. Hal in adalah kerana apabila sesuatu percakapan itu direkodkan atau dirakamkan, ia akan menjadi libel. 


Namum , dalam ini, isu utama adalah sejauh manakah Facebook tweet wassap sebagai internet service provider juga bertanggungan terhadap kesalahan fitnah.


Jadi, untuk menentukan liabiliti youtube terhadap kesalahan fitnah, perlulah merujuk kepada kes Prodigy. Dalam kes ini, Prodigy telah didakwa atas kesalahan fitnah yang telah dibuat oleh salah seorang pelanggannya dalam ruang diskusi pelanggan Prodigy. Mahkamah telah menyatakan bahawa untuk menentukan tanggungan Prodigy sebagai internet service provider, perlu melihat sama ada Prodigy adalah “distributor” atau “publisher(penerbit)” kepada pernyataan fitnah tersebut. Sekadar penyebar(mere distributor) tidak dianggap bertanggungan di bawah kesalahan fitnah. 

Namun begitu, mahkamah telah mensabitkan kesalahan Prodigy atas tanggungan fitnah kerana Prodigy mempunyai kawalan terhadap kandungan dalam perkhidmatan ruang diskusinya sendiri. Selain itu, Prodigy juga boleh menyelia dan menyekat apa-apa terhadap kandungan dalam forum tersebut. 

Oleh kerana itu, Prodigy adalah sebagai penerbit(publisher) dan bertanggungan. Selain itu, dalam kes CompuServe, internet service provider adalah tidak bersalah kerana mahkamah menyatakan bahawa CompuServe adalah sekadar mere distributor kepada maklumat yang mengandungi unsur fitnah tersebut. mahkamah juga menyatakan bahawa CompuServe tidak mempunyai pengetahuan dan juga tidak ada sebab untuk mengetahui bahawa kandungan itu adalah pernyataan fitnah. 


Selain itu lagi, kita boleh merujuk kepada kes Godfrey v Demon dimana dalam kes ini Demon telah didakwa atas pernyataan fitnah dalam servis forum(news group) yang disediakan. Mahkamah menyatakan bahawa oleh kerana Demon mempunyai pilihan untuk menerima dan menyimpan serta memadamkan pernyataan fitnah tersebut, maka Demon adalah penerbit(publisher) dan bertanggungan. 


Namun begitu, dalam kes Cubby Inc v CompuServe mahkamah menyatakan bahawa servis dan aktiviti yang ditawarkan untuk menyebarkan maklumat daripada orang ketiga adalah yang tidak dapat diubah menjadikannya lebih kepada distributor dan bukan penerbit(publisher).


Dalam kes Youtube, samaada youtube adalah distributor atau penerbit kepada video yang telah diletakkan dalam servisnya. Oleh itu, kita perlu melihat kepada faktor kawalan dari segi adakah Youtube boleh memadam, meminda, menyimpan segala video yang dimuatnaik dalam perkhidmatannya. 


Sebagaimana yang kita tahu, youtube mempunyai kawalan terhadap apa-apa video muatnaik dalam servisnya. Youtube juga boleh memadamkan video yang dianggap berbaur lucah serta fitnah. Oleh itu, Youtube dikatakan sebagai penerbit(publisher) dalam konteks ini. Namun begitu, Youtube ada menggunakan fasal pengecualian untuk mengelak daripada dikenakan liabiliti fitnah. 

Antara  fasal pengecualian yang diletakkan adalah memberi amaran bahawa mana-mana kandungan yang disalah guna adalah tidak bertanggungan. 

Selain itu, dalam youtube juga diletakkan penerangan berkenaan kandungan yang menyalahi hakcipta,muatnaik, sulit, keselamatan dan sebagainya 

Sekian siri 1 

Rujukan - akta fitnah Kanun keseksaan - sivil law - bloglegalliability- Buku teks perundangan - penghakiman mahkamah - 

Ahmad Shuaib Ismail 
LLB Hons DSLA
24/4/2015
My Malaysia Malaysia ku 

Kita lancarkan slogan baru perjuangan Anak Anak melayu bersama Anak Anak India Cina iban kadazan Dan seluruh rakyat iaitu 

My Malaysia ....Malaysia ku 

Orang melayu Ada Hak 
Orang Cina Ada Hak 
Orang India Ada Hak 
Orang iban kadazan Bumiputra Ada Hak 

My Malaysia Malaysia ku 

Ini Negara Malaysia 
Negara kita 
Ayuh bangkit kita Anak Anak Malaysia 

Pertahankan Barisan Nasional adalah sa pertahankan kekuatan tunjang Pelbagai agama dan bangsa sejak merdeka kita Dari penjajah 

Sebarkan kepada semua rakyat 

Ahmad Shuaib Ismail 
24/4/2015 

Kenali asas pejuang dalam mikro makro Politik Malaysia

Salam 

Selepas saya dedahkan Hari ini keluarkan Isu kajian semasa saya realiti Politik semasa yang umno bn Akan Kalah jika pru 14 dibuat dalam masa terdekat , Ada beberapa orang message saya termasuk seorang MB , yb yb pemimpin Politik ngo ngo melayu dan kawan kawan Tanya formula perjuangan  umno bn bukan Sahaja ke pru 14 tetapi seterusnya 

Saya ambil dalam blog saya yang saya dah tulis lama 

Kemudian sebelum tu nak cerita pada perjuangan umno Maka 

Seorang perjuang kena Ada 4 sifat 4 Rukun Maka Kalau tiada Maka perjuangan hampa

Jalan Rukun iaitu syariat hakikat tasauf makrifatullah 

Sifat Wajib bagi pejuang 

1. Siddiq
2. Amanah
3. Tabgligh
4. Bijaklaksana 

So ringkasnya 

Sebelum nak lawan PR 

Kena tahu dahulu 

APA KEHENDAK MAJORITI RAKYAT 

KEMUDIAN 

Apa kelemahan PR 
Apa kekuatan PR 

Wajib huraikan Wajib Kenal Kalau tak macam mana nak main Politik Malaysia 

seterusnya 

Apa kekuatan umno 
Apa kelemahan umno 

Seterusnya 

Kaji Cara PR Apa mereka buat Dari situ tahu Apa nak buat 

Fasa 1 - 1998 - 2004 

Fasa 2 - 2004- 2008

Fasa 3 - 2008 - 2013 

Fasa 4 - 2013 - 2018 

Jika semua di atas dapat selesai Maka 

Kita tahu asas perjuangan 

Kita tahu macam mana nak lawan PR 

Kita tahu geopolitik makro mikro Politik malaysia

Ada Salah silap harap di maafi

Sekian 

Wallahualam 

Ahmad Shuaib Ismail 
LLB hons law . DSLA Law 
23/4/2015 


Kesan kata kata ulamak Pas undi calon tolak hudud adalah haram

Apa kesan dari kata kata ulamak Pas permatang pauh dan kenyataan tuan guru haji haji Awang sokong tindakan pas permatang pauh ? 

1. Ummat Islam nampak siapa dap pkr 

2. Yang kata adalah ulamak pas , pas dari dalam kumpulan pakatan maka rakyat akan kata benar lah kata kata ulamak pas yang dap pkr menentang hudud sebab yang kata ulamak pas bukannya umno 

3. Kita perlukan ulamak pas dedahkan agenda dap pkr kepada ummat Islam dan orang Melayu sebab kata kata ulamak pas ada kredibiliti sesama pakatan 

4. Jelas membuktikan agenda penyatuan umno pas sebab umno jelas sokong hudud Kelantan dan semua adun umno Kelantan undi sokong maka  ulamak pas sendiri dedahkan sekarang yang dap pkr tolak hudud 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
23/4/2015

Kajian semasa survival umno bn

Setakat kajian Saya Setakat 1 April 2015 ikut keadaan semasa Sekarang 

1. Bn umno Akan kalah dalam pru 14 

2. Bn hanya mampu menang sekitar 90 Parlimen pada pru 14 

3. Terengganu , perak , sabah , negeri sembilan , akan dapat kepada pakatan pembangkang

Wednesday 22 April 2015

Bukti jelas PR akan laksanakan gst jika perintah so pencacai jangan spin bisikan rakyat lagi

#Sebarkan kepada masjid surau kuil gereja tokong bukti PR akan laksanakan gst jika perintah Malaysia so pencacai jangan spin lagi pasal gst sebab pr pun sokong siap video Anwar Ibrahim

Bukti jelas PR akan laksanakan gst jika perintah so pencacai jangan spin bisikan rakyat lagi

#Sebarkan kepada masjid surau kuil gereja tokong bukti PR akan laksanakan gst jika perintah Malaysia so pencacai jangan spin lagi pasal gst sebab pr pun sokong siap video Anwar Ibrahim

Pegawai dan penasihat kerajaan ramai PR

Saya dah letih tegur nasihat kepimpinan kerajaan termasuk perdana menteri , menteri menteri , ahli ahli parlimen pemimpin umno BN .Saya dah tulis dalam Fb saya tahun lepas dan saya ulang semula 

Dalam kerajaan sendiri ada orang pr yang mereka rekrut sejak dari universiti lagi 

1. Dari peringkat a level 
2. Peringkat matrikulasi diploma 
3. Degree Master PhD 

Bila mereka masuk kerja kerajaan maka mereka menjadi mata dan telinga pr bukannya kerajaan ditunjangi umno BN 

Sebab tu dasar kerajaan sekarang banyak isu dan masalah level cap ayam asyik bermasalah je 

Sebab apa mereka dari kakitangan kerajaan pegawai kerajaan dari gred 41 sampai JUSA A ramai dari pr yang direkrut ideologi pr sejak zaman universiti bermula secara rancak pada 1998 


So nak mereka nak kuasai kerajaan dengan cara pekerja pegawai kerajaan yang pro pr sendiri ada dalam melaksanakan agenda kerajaan dan dasar kerajaan 

Dari Situ mereka kumpul kekuatan 

Maka pegawai kerajaan yang pro pr akan sentiasa beri pendapat nasihat kepada kerajaan termasuk perdana menteri dasar yang back fire semula kepada umno BN 

Apa pemuda umno buat bawah kj ? 

Apa tindakan puteri wanita umno majlis tertinggi umno tentang perkara ini ? 

So pr dah bina kekuatan mereka dalam pegawai kerajaan sendiri 

Sebb tu ramai kakitangan kerajaan yang bersara bertanding atas tiket pr  dalam PRU 13 lepas 

Saya taknak cakap banyak 

Inilah realiti sebab tu sampai dokumen sulit dari bilik timbalan perdana menteri sendiri boleh tersebar dan banyak lagi dokumen kerajaan seperti dilaporkan tersebar di media massa 

Masalah sekarang bila orang pr diambil sebagai penasihat dalam kerajaan dan tolak pakar pakar taktikal statergik orang umno yang cerdik pandai 

So sekarang salah siapa 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
22/4/2015 

Tuesday 21 April 2015

Gagal fahami undang undang kontrak buat seseorang tanggung kerugian malah boleh bankrap !

Mari kita kenal asas asas hendak memasuki kontrak ap apapun meliputi kontrak perjanjian . Jual beli rumah , pembinaan , dan apa jua kontrak yang menjadi asas perundangan di Malaysia agar kita mudah mengetahui asas 

Selalu menjadi masalah kepada para peniaga usahawan malah orang awam apabila gagal mengetahui asas perjanjian dan terma terma perjanjian 

Jika ada masalah boleh hubungi Ahmad Shuaib Ismail - hp 0193330608  


Undang-undang Perniagaan

1.         PENGENALAN  
            1.1  DEFINISI AKTA KONTRAK 1950
            Takrif mengikut AK 1950 adalah:
            Seksyen 2(h)-“ Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oelh undang undang adalah kontrak.

            Merujuk kepada seksyen 10(1) yang memperuntukkan bahawa “ semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk suatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan Akta ini bahawa ianya batal”.

            Seksyen 10(2) – Tiada sesuatu yang terkandung dalam Ordinan ini boleh menyentuh mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Persekutuan yang menetapkan bahawa mana-mana kontrak mestilah dibuat secara bertulis atau di hadapan saksi, atau mana-mana undang-undang mengenai pendaftaran dokumen-dokumen.  

2.         ELEMEN ELEMEN KONTRAK
2.1      TAWARAN
Istilah tawaran juga dirujuk sebagai cadangan. Ia ditakrifkan mengikut Seksyen 2(a) AK 1950 – “apabila seseorang menyatakan kesediaan kepada seorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada berbuat sesuatu itu, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat yawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan  diri daripada melakukan sesuatu. Tawaran mesti jelas, lengkap dan muktamad. Penerima tawaran mesti disebutkan sama ada individu atau sekumpulan individu atau umum.

Contohnya tawaran untuk mencari kucing yang hilang. Manakala pelawaan tawaran seperti: membeli barangan yang di lelong atau iklan.
      
2.2      PENERIMAAN
Akta 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b) AK 1950 sebagai: “apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan tawaran berkenaan diterima: sesuatu tawaran bila diterima, adalah menepati janji”.

Suatu menerima  cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan mestilah jelas, tepat dan muktamad. Dibuat secara biasa dan munasabah melainkan jika tawaran menetapkan cara penerimaan. Ia juga mesti dikomunikasikan dan dibuat dalam jangka masa yang munasabah dan dianggap lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran mengetahui dan menerimanya.

2.3      BALASAN
Seksyen 2(d) AK 1950: “menurut kehendak pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, atau memi membuat sesuatubuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu”.

Unsur-unsur balasan:
2.3.1   Timbal balik
2.3.2   Balasan lampau adalah sah
2.3.3   Balasan tidak semestinya berpadanan
2.3.4   Mesti sah disisi undang-undang
2.3.5   Balasan tidak semestinya dating daripada penerima janji


2.4      NIAT
Elemen niat ini ialah sesuatu yang perlu ditentukan oleh mahkamah sebagai wujud sebelum memutuskan kewujudan kontrak yang mengikat.
Mengikut undang-undang Inggeris, perjanjian tidak akan membentuk kontrak yang mengikat melainkan pihak yang terbabit  dengan perjanjian berkenaan mempunyai niat untuk menjalinkan ikatan di sisi undang-undang. Ini diputuskan dalam kes Weeks lwn Tybald(1605)

2.5      KETENTUAN 
Seksyen 30 AK 1950 memperuntukkan:
“Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak boleh ditentukan, adalah batal”.
Sesuatu kontrak yang sah mestilah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu atau tidak samar-samar.
Contohnya ; Keputusan mahkamah dalam kes Karuppan Chetty lwn Suah Thian(1916). Tidak ada ketentuan di sini apabila pihak berkontrak bersetuju memajak tanah dengan harga RM35 sebulan ‘ seberapa dia suka’. Mahkamah memutuskan kontarak batal.

2.6      KEUPAYAAN BERKONTRAK
            Seksyen 10 AK 1950 memperuntukkan:
(1)               Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah; dan tidak ditetapkan dengan nyata mengikut peruntukan ordinan ini bahawa ianya batal.
Seksyen 11 memperuntukkan “ setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakkan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk.
3.        FAKTOR FAKTOR MEMBATALKAN KONTRAK 1950
            Seksyen 2(g) memperuntukan:
           “sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah batal”.
            Apabila sesuatu kontrak batal, ia bermakna bahawa tidak wujud tanggungjawab sama sekali bagi pihak yang berkontrak untuk melaksanakan kontrak. Kontrak berkenaan adalah tidak sah dari awal lagi dan tiada hak dan tidak bertanggungjawab mengikut kontrak sedemikian. Antaranya adalah;
3.1      Perjanjian Menyalahi Undang-undang
Seksyen 24(a) AK 1950 – Ini bermaksud perjanjian yang dipersetujui oleh pihak berkontrak secara jelas bercanggah dengan peruntukkan sebarang undang-undang. Apabila terdapat percanggahan, maka perjanjian sedemikian adalah batal kerana dilarang oleh undang-undang.
Dalam kes Govindji &  Co. lwn Soon Hin Huat (1982), seseorang pembeli tidak berdaftar telah menandatangani kontrak membeli kelapa kering dan ini bertentangan dengan peraturan yang dibuat mengikut Federal Agricultural Marketing Authority Act 1965. Mahkamah memutuskan kontral batal kerana bertentangan dengan undang-undang.
Seksyen 24(b) – Ini merujuk kepada kontrak yang ditandatangi tetapi tidak dengan nyata melanggar peruntukan undang-undang. Sebaliknya, undang-undang Cuma melarang perjanjian atau kontrak berkenaan secara implikasi, iaitu dengan mengenakan denda atau hukuman jika terdapat pelanggaran.
Contohnya, sesuatu undang-undang membenarkan sesuatu kontrak ditandatangani pada masa ia melarang kontrak dibuat oleh orang yang tidak mempunyai lessen atau permit.
Seksyen 24 (c) AK 1950 – Perjanjian yang balasan atau tujuannya bersifat penipuan adalah menyalahi undang-undang. Contohnya satu perjanjian untuk membahagikan habuan yang diperoleh secara tipu daya adalah batal.
Seksyen 24 (d) AK 1950 -  Perenggan (d) ini digunakan  untuk diri atau harta orang lain. Atas prinsip ini, jika dua pihak bersetuju untuk memusnahkan rumah pihak ketiga dengan bayaran dari seorang lain, maka perjanjian ini batal berdasarkan perenggan (d).
Dalam kes Syed Ahamed bin Mohamed Alhabshee lwn Puteh binti Sabtu (1992), defenden bersetuju menjual harta kepada plaintif yang yang melibatkan kepentingan seorang kanak-kanak. Urusan ini merugikan kanak-kanak tersebut dan telah dibatalkan oleh mahkamah.
Seksyen 24 (e) AK 1950;
i)                    Perjanjian yang Tidak Bermoral
Dalam kes Pearce lwn Brooks (1986), plaintif syarikat pembuat kereta menyewakan kepada seorang pelacur (defenden) kereta kudanya untuk digunakan dalam kegiatan pelacuran. Defendan gagal menjelaskan bayaran sewaan dan plaintif mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali wangnya. Mahkamah memutuskan plaintif tidak berjaya untuk mendapatkan kembali wang sewaan daripada defendan, kerana perjanjian yang dibuat bertentangan dengan undang-undang dan tidak bermoral.
ii)                  Perjanjian yang Bertentangan dengan Muslihat Awam
Menurut penulis seperti Wu Min Aun dan Beatrix Vohrah, perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam ialah perjanjian yang membawa mudarat kepada masyarakat.
Mahkamah mengambil pendirian yang sama dengan mahkamah Inggeris walaupun memiliki kuasa budi bicara, iaitu doktrin muslihat awam tidak akan diluaskan untuk meliputi kes-kes selain daripada yang telah diputuskan sebagai termasuk doktrin.
1.2    Perjanjian Menghalang Perdagangan
Mengikut AK 1950 Seksyen 28 memperuntukan:
“setiap perjanjian  dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesyen, atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah adalah batal setakat itu”.
Seksyen 28 ini menjelaskan bahawa sesuatau kontrak yang mengandungi sekatan adalah batal, tidak kira setakat mana sekatan berkenaan dilakukan walaupun ia munasabah. Walau bagaimanapun, sekatan tidak akan membatalkan keseluruhan kontrak. Ini bermaksud bahagian kontrak yang tidak mengandungi sekatan adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
Contohnya kes Wringgleswoth lwn Anthony Wilson (1964). Dalam kes ini, suatu perjanjian telah dibuat di antara plaintif dengan defenden yang menghalang defenden daripada menjalankan perniagaan sebagai peguam bela dan peguam cara dalam lingkungan 5 batu dari Kota Bharu, dalam tempoh 2 tahun selepas tamat perjanjian perkhidmatanya dengan majikan. Plaintif memohon injuksi untuk menyekat defenden. Mahkamah memutuskan halangan ini adalah batal secara mutlak mengikut Seksyen 28 AK 1950.
1.3    Perjanjian Menghalang Tindakan Undang-undang
Seksyen 29 AK 1950 memperuntukan:
“Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian berkenaan dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak mengikut atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang menghadkan masa dalam mana ia boleh menguatkuasan hak-haknya, adalah batal setakat itu”.
Dalan kes Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan(1912), satu fasal dalam polisi insurans kebakaran memperuntukan bahawa sekiranya tuntutan telah dibuat dan ditolak oleh syarikat insurans, tindakan guaman harus dibuat dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut dan kegagalan akan mengenepikan segala manfaat mengikut polisi.
Mahkaman memutuskan bahawa masa yang diberikan untuk membuat tuntutan adalah kurang dari masa diperuntukan mengikut Akta Had Masa dan dengan itu fasal ini bertentangan dengan Seksyen 29 dan ia adalah batal.
Walaubagaimanapun, tiga pengecualian kepada prinsip am yang mengekalkan kontrak sebagai sah walaupun terdapat sekatan. Pengecualian 1 dan 2 memperuntukan tentang timbangtara dan sebarang perjanjian yang meletakkan syarat rujukan kepada timbangtara masalah yang akan timbul dan yang telah timbul berkaitan kontrak adalah sah. Ini adalah keputusan daripada kes Inggeris, iaitu Scott lwn Avery (1836).
Walaubagaimanapun, kontrak tidak boleh mengenepikan terus hak satu pihak untuk merujuk keputusan timbangtara ke mahkamah. Sekiranya kontrak mengatakan keputusan timbang tara adalah muktamad dan tidak boleh dirayu di sebarang mahkamah, maka kontrak berkenaan batal setakat halangan. Ini diputuskan dalam kes Joshi lwn United Indian Association (1936).
Ini bermakna semua pihak berkontrak boleh bersetuju untuk menggunakan timbang tara terlebih dahulu sebelum award timbangtara dirayu di mahkamah.


Ahmad Shuaib Ismail 
LLB Hons Law UKM 
DSLA syariah UiTM 


22/4/2015

Fatwa ulamak pas undi calon tolak hudud hukum haram

WSebarkan kepada masjid surau madrasah pondok pondok agama mahad tahfiz sebagai bukti bahawa Pas hanya taraf pencacai dalam pr bacul lawan pr tapi hanya berani lawan umno ja kihkihkih #KitaBangkit




Ahli parlimen PKR bantah pembinaan masjid di kawasan minoriti rakyat Malaysia beragama Islam




Saya dah bagi tahu taktikal pemimpin ahli parlimen pkr akan ambil kesempatan dan ia berlaku tahun lepas dan bulan  3 iaitu bantahan adun pkr kepada pembinaan masjid di kawasan minoriti rakyat Malaysia beragama Islam pula



Harap PDRM tegas tangani perkara ini demi keselamatan keharmonian rakyat Malaysia semua 

Lihat seterusnya 











#KITABANGKIT TUMBANGKAN PKR DI PERAMATANG PAUH

Majoriti ulamak Pas telah mula mahu bersama umno termasuk Tuan guru Dr Haron Din apabila mereka sedar agenda dap pkr kepada agama Islam buktinya dalam isu hudud Kelantan  dan penghinaan kepada ulamak pas presiden Pas Haji hadi Awang sendiri dipanggil khianat oleh pemimpin dap ! 

Pas dah mula boleh duduk semeja dengan Umno bagi perbincangan kepentingan rakyat seperti isu banjir Kelantan dan hudud 

Apa perlu kita buat 

Cari akaun akaun Fb tweet wassap semua pengundi prk permatang pauh kita bangkit sedarkan mereka agenda dap pkr 

Pas dah mula sedar 

Amat penting Bagi kita menang dalam prk permatang pauh bagi kita robohkan tembok tembok penipuan fitnah yang dilakukan oleh  pemimpin pkr termasuk Anwar sendiri - adakah anda ingat cerita 40k pengundi bangla dibawa oleh pemimpin pkr sendiri ? 

Hati hati dengan golongan anti ulamak dalam pas yang akan sentiasa cuba gagalkan penyatuan pas dengan umno demi kebaikkan rakyat Malaysia sendiri ...

#KitaBangkit 
ASI

Isu salib - PM Ds Najib : tindakan dibawah akta hasutan jika wujud

Kenyataan PM Ds Najib mahukan tindakan dibawah akta hasutan jika ada 

KUALA LUMPUR: Penduduk yang membantah pemasangan lambang salib di Taman Medan, Petaling Jaya, kelmarin sepatutnya mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet hari ini juga mengambil maklum dan membincangkan mengenai bantahan sekumpulan penduduk itu terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai. Beliau berkata, Kerajaan Selangor juga berkuasa ke atas status rumah kedai terbabit sama ada ia sudah berdaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi. "Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan penduduk berkenaan yang telah mengadakan bantahan di hadapan premis berkenaan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/48907?m=1

Permohonan maaf kepada ayahanda Dr Mahathir





Saya Ahmad Shuaib Ismail no keahlian umno 3099xxx dengan ini secara terbuka memohon jutaan kemaafan kepada ayahanda Dr mahathir atas segala kesilapan dan kesalahan saya kepada ayahanda dr mahathir  . Harap ayahanda dr mahathir dapat memaafkan saya .... 

Yang benar 20/4/2015

Ahmad Shuaib Bin Ismail




Kita dalam Islam dilarang ganggu tempat ibadat bukan Islam mahupun lambang agama mereka

Jangan main main 

Isu salib kat kampung medan 

Akan jadi modal pr dalam PRN Sarawak tapi sebenarnya bukan isu pr tapi hak rakyat Malaysia mengamalkan agama masing masing jelas termaktub bawah perkara 3 dan 11 perlembagan persekutuan 

Hampir  50% penduduk Sarawak beragama kristian 

Maka jika ada apa apa perbuatan yang langgar undang undang maka lapor kepada pihak berkuasa majlis bandaraya petaling jaya , PDRM dan lain lain yang berkaitan

Isu ini jelas mencemarkan nama Malaysia sebuah negara Islam yang berbilang agama dan kaum dalam selesaikan isu lambang salib penganut kristian 

Negara ada undang undang  dan perlembagaan 

Lakum dinukum waliyadin jelas dalam surah Al kafirun dalam alquran bahawa engkau agama engkau . aku agama aku 

So jika ada apa berlaku perlanggaran perundangan maka rujuk kepada pihak berkuasa dan bukannya mengadakan perhimpunan di depan gereja 

Maka jelas kita menolak sebarang kegiatan berunsur ' ISIS ' dalam negara kita 

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
21/4/2015

Isu salib gereja di petaling Jaya

#ISU_SALIB_GEREJA 
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendedahkan gereja di Taman Jaya yang mendapat bantahan penduduk setempat terhadap tanda salib itu tidak membuat  permohonan bertulis untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.
Turut didedahkan ialah gereja yang terletak di Metro Square PJS2B/3 itu tidak mempunyai permit untuk menggantung simbol salib di bangunan berkenaan.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria berkata, berdasarkan pemeriksaan data pelesenan mendedahkan bahawa unit kedai yang digunakan sebagai gereja itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi sebagai tempat beribadat.

Ahad lalu, sekumpulan 50 penduduk berhimpun di luar gereja bagi membantah terhadap tanda salib pada bangunan itu, dengan mendakwa ia mencabar Islam.

Kumpulan itu mendesak gereja berkenaan supaya menurunkan tanda salib. Ia kemudiannya diturunkan pada kira-kira pukul 2 petang hari yang sama.

Zainun berkata, gereja itu boleh membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan lesen.

"Unit kedai yang diubah menjadi tempat beribadat atau pusat meditasi mesti mengikut Akta 133 Seksyen 70(12) dan satu permohonan bertulis dengan menjelaskan aktivitinya perlu dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan. Perkara ini perlu dipatuhi bagi memastikan keselamatan mereka yang menggunakan bangunan itu," katanya.

Beliau menambah, semua tempat beribadat yang mahu memaparkan logo atau simbol pada bangunan perlu mendapatkan permit MBPJ.

"Sama ada lambang teratai, tombak bercabang tiga mahupun salib, permit majlis perbandaran diperlukan," kata Zainun.

Pegawai MBPJ membuat lawatan ke unit kedai itu pada Isnin untuk mengadakan perjumpaan dengan wakil gereja namun ia tidak berpenghuni ketika itu.-sumber 21/4/2015 Agendadaily 

Monday 20 April 2015

Kita mohon SPRM siasat akaun lebuhraya rakyat Kelantan

Kita mohon juruaudit negara , SPRM , Polis buat suruhanjaya siasatan dana wang rakyat berapa banyak wang derma diterima oleh kerajaan negeri Kelantan dalam lebuhraya rakyat dan audit berapa jumlah duit masuk dan terima dan dibelanjakan

Ahmad Shuaib Ismail 
21/4/2015

Sunday 19 April 2015

Kita buat kutipan derma agar ustaz ulama umno dapat buat usaha dakwah tarbiyyah kepada kita

Ustaz ulamak umno sepatutnya setiap hari turun masjid surau dakwah ajar agama pada kita orang umno dan masyarakat '
So kita pakat kutip derma agar mudah mereka ustaz ulamak umno bagi ajar agama kepada kita
Disamping derma wang kita buat ustaz ulamak umno beli iPhone agar mudah mereka beri penerangan agama dalam media sosial Fb tweet wassap dan lain lagi. 

Agama adalah jantung umno dan dasar pertama umno ialah agama 

Sebab tu pas ramai penyokong sebab ustaz ulamak mereka selalu pergi masjid surau ajar kuliah agama walaupun ada selit bab poltik pas tapi AT Least mereka buat juga usaha agama siap dapat duit dari hasil derma orang orang yang hadir 



Contoh ---Sepatutnya kempen prk permatang pauh dan Rompin penuh kehadiran ustaz ulamak umno tarbiyyah dan dakwah kita dan masyarakat , jangan sembang bab dunia ja kerana siapa baiki hubungan dengan Allah dan Rasul maka Allah akan bantu kita  


YB Khalid samad Pas gelar pro ulamak pas sebagai juhala atau senang cakap jahiliyah



Hahahaha jelas nampaknya pas berpecah lagi teruk 

Khalid samad panggil pro ulamak pas sebagai juhala atau bahasa mudah jahiliyah 

Lalu Dato tuan Ibrahim tuan man menafikan pro ulamak pas sebagai jahiliyah



Wah makin jelas hahahaha perpecahan dalam pas 

Cai cai padan muka dulu kata kat umno 

PKR TIDAK MAHU TARIK BALIK KENYATAAN TIDAK SOKONG HUDUD PAS BENTANG DI PARLIMEN




PKR KEKAL TIDAK MAHU TARIK KENYATAAN TENTANG MENENTANG HUDUD AKAN DIBENTANG PAS DI PARLIMEN 

SO APA LAGI ORANG PAS . Undi umno BN la sebab umno BN sokong dan adun umno Kelantan undi sokong hudud Kelantan 

Tidak timbul soal tarik balik kenyataan hudud terhadap Hadi Awang - Azmin Ali

Tidak timbul soal tarik balik kenyataan hudud terhadap Hadi Awang - Azmin AliAZMIN: 

Tidak timbul soal tarik balik (kenyataan) di sini kerana Yang Dipertua (PAS) kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, hadir sendiri untuk pelancaran jentera PKR. -

BUKIT MERTAJAM: PKR tidak bercadang menarik balik kenyataannya terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu Hudud, walaupun PAS Permatang Pauh meletakkan syarat itu untuk bekerjasama pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau sudah banyak kali mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS dan mereka komited membantu jentera PKR pada pilihan raya kecil itu.

"Tidak timbul soal tarik balik (kenyataan) di sini kerana Yang Dipertua (PAS) kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, hadir sendiri untuk pelancaran jentera PKR," katanya kepada pemberita selepas program minum petang bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai sokongan PAS dan laporan bahawa parti itu tidak akan membantu kempen PKR pada pilihan raya kecil di Permatang Pauh jika PKR tidak menarik balik kenyataan terhadap Abdul Hadi berhubung isu Hudud.

PAS Permatang Pauh pada sidang berita selepas mesyuarat agung tahunan kawasan itu hari ini, turut memberi kata dua kepada PKR supaya menarik balik kenyataan tidak menyokong rang undang-undang persendirian berkaitan Hudud jika mahu terus mendapatkan sokongan pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Omar berkata PAS Permatang Pauh memutuskan untuk memberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon pada 25 April ini kepada PKR untuk berbuat demikian serta menuntut rakan sekutunya itu memohon maaf secara terbuka.

Azmin berkata beliau bersama-sama Wan Azizah akan cuba mendapatkan pengesahan mengenai keputusan PAS Permatang Pauh itu dengan mengadakan perjumpaan bersama-sama pemimpin PAS negeri.

Sementara itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sekali lagi menafikan dakwaan lima Anggota Dewan Undangan Negeri PKR akan melompat parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ini hanya propaganda untuk kempen pilihan raya kecil, dan saya yakin bahawa kesemua 43 Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Selangor komited untuk mempertahan dasar Pakatan Rakyat," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 3 Mei dan hari pengundian pada 7 Mei.

Bernama- 19 April 2015 

 


Dr mahathir nyakin BN menang di PRK Permatang Pauh dan kesukaran sedikit di parlimen permatang pauh

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu 5 Mei depan.

Beliau berkata ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990.

“Di Rompin, sokongan BN masih ada…pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini,” katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa ‘Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Semalam, BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Ariffin, 62, yang juga bekas timbalan menteri besar Pahang sebagai calonnya bagi PRK Rompin.

Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, Dr Mahathir berkata BN bakal berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi itu kerana penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan.

“…ia pasti sukar, ada penyokong fanatik di situ. Orang yang tidak hiraukan realiti, tentang kebenaran, mereka sokong secara membabi buta,” katanya.- wan zamzuri wan hasenan

Asas undang undang kebankrapan

Sembang undang undang bersama ASI 

Isu kebangkrapan secara ringkas 

1. Bankrap 
Seseorang yang diisytihar oleh mahkamah melalui perintah penghukuman sebagai tidak berupaya untuk membayar hutang-hutangnya kepada pemiutangnya.

2. Bidang Kuasa 
Merujuk kepada kuasa Mahkamah yang diperuntukkan oleh undang-undang untuk membuat perintah penerimaan, perintah penghukuman, perintah penggulungan dan apa-apa arahan yang berkaitan dengan perkara dalam prosiding kebankrapan dan penggulungan syarikat.

 3. Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?

Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

4. Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?

Si bankrap tidak boleh-

dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;

meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);


o keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);

o menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);

o terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)

5. Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?

Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. 

Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.


Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.

6. Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?


Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.

7. Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?


Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

8. Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?


o Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.


o Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

9. Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?
Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.

10. Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?
Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. 

Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

11. Pelepasan  bankrap 

Keadaan yang melepaskan bankrap dari sekatan-sekatan yang dikenakan ke atasnya disebabkan perintah kebankrapan dan hutang-hutang yang dibuktikan dalam kebankrapan kecuali hutang-hutang yang berkaitan dengan frod, denda dan hutang kerajaan.

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 
19 April 2015

Tidak akan sokong PKR dalam PRK parlimen permatang pauh , kenyataan Pas Permatang Pauh

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH.

Berhubung hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PAS Kawasan P.Pauh menegaskan dua perkara berikut:-

1. Menuntut PKR menarik balik kenyataannya yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud dan meminta maaf secara terbuka.

2. Jika PKR bersetuju dengan perkara di atas, maka kami PAS Kawasan P.Pauh akan meneruskan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh ini.

Pendirian ini adalah keputusan yang telah disepakati dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan P.Pauh kali ke-38 yang bersidang pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

HJ OMAR BIN HASSAN
YDP PAS Kawasan P.Pauh
Sesi 2015-2017

19 April 2015

GEMPAR !!! PAS TERKELUAR DARI PR JIKA BENTANG HUDUD DI PARLIMEN

Kepada semua ahli pas dan penyokong pas di parlimen permatang pauh dan parlimen Rompin , adakah anda hendak undi parti pkr di sana adakah anda boleh terima pemimpin dap kata tuan guru haji hadi khianat dan putuskan hubungan dengan presiden pas serta pkr Sabah putuskan hubungan dengan Pas ??? 

Bukti jelas bukan spin 

Bahawa pemimpin dap beri amaran kepada Pas