Total Pageviews

Tuesday 21 April 2015

Isu salib - PM Ds Najib : tindakan dibawah akta hasutan jika wujud

Kenyataan PM Ds Najib mahukan tindakan dibawah akta hasutan jika ada 

KUALA LUMPUR: Penduduk yang membantah pemasangan lambang salib di Taman Medan, Petaling Jaya, kelmarin sepatutnya mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, mesyuarat Kabinet hari ini juga mengambil maklum dan membincangkan mengenai bantahan sekumpulan penduduk itu terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai. Beliau berkata, Kerajaan Selangor juga berkuasa ke atas status rumah kedai terbabit sama ada ia sudah berdaftar sebagai rumah ibadat dan diberi kebenaran untuk beroperasi. "Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan penduduk berkenaan yang telah mengadakan bantahan di hadapan premis berkenaan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, hari ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/48907?m=1

No comments:

Post a Comment