Total Pageviews

Sunday 19 April 2015

Dr mahathir nyakin BN menang di PRK Permatang Pauh dan kesukaran sedikit di parlimen permatang pauh

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad optimis Barisan Nasional (BN) tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu 5 Mei depan.

Beliau berkata ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990.

“Di Rompin, sokongan BN masih ada…pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini,” katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa ‘Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan’ di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Semalam, BN menamakan pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin Datuk Hasan Ariffin, 62, yang juga bekas timbalan menteri besar Pahang sebagai calonnya bagi PRK Rompin.

Mengenai PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini, Dr Mahathir berkata BN bakal berdepan laluan sukar untuk merampas kerusi itu kerana penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kuat di kawasan berkenaan.

“…ia pasti sukar, ada penyokong fanatik di situ. Orang yang tidak hiraukan realiti, tentang kebenaran, mereka sokong secara membabi buta,” katanya.- wan zamzuri wan hasenan

No comments:

Post a Comment