Total Pageviews

Saturday 14 June 2014

Menteri BN pun terlibat RUU harmoni

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) (selepas ini dirujuk sebagai RUU) dipinda kepada dipinda dan sekarang dikenali sebagai RUU Jenayah kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, RUU Harmoni dan Rekonsiliasi dan RUU Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi. telah dikemukakan dan akta hasutan 1948 akan dimansuhkan dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

RUU dibuat di drafkan oleh Majlis Peguam Malaysia

Kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

  Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut. Malah, Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan sekular justeru bukanlah pihak yang berkelayakan menyentuh isu-isu keagamaan. Sebagai pihak yang terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO) menjadikannya entiti yang tidak mempunyai kredibiliti untuk dirujuk berhubung usaha memupuk perpaduan dan keharmonian antara agama di Negara ini.

So ... Menteri BN ahli parlimen BN membawa cadangan Majlis Peguam Malaysia la

No comments:

Post a Comment