Total Pageviews

Wednesday 11 March 2015

Fungsi parmasi dan Klinik hanya susahkan Rakyat

Pengasingan Fungsi Klinik Dan Farmasi Hanya Akan Susahkan Pesakit – Tun Mahathir.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pengasingan fungsi klinik dan farmasi hanya akan menyusahkan pesakit.

Beliau berkata demikian kerana banyak klinik swasta yang beroperasi 24 jam, namun farmasi tidak dibuka sepanjang masa selain jumlah ahlinya di seluruh negara masih tidak mencukupi.

“Kebanyakan farmasi dibuka di kawasan bandar dan menjadi beban kepada penduduk luar bandar untuk mendapatkan ubat.

“Seringkali dilihat, tidak banyak ahli farmasi yang sentiasa sehingga malam walaupun ianya beroperasi sehingga jam 10 malam,” katanya pada sidang media selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama antara Universiti Perdana dengan University of California, San Diago.

Menurutnya, rakyat masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini dan menyebabkan pengguna menganggung kos perubatan yang lebih tinggi.

“Sistem yang sedia ada perlu dikekalkan seperti di klinik swasta yang masih beroperasi selepas pukul 12 tengah malam dan dapat membantu pesakit yang memerlukan ubat.

“Jika pengasingan fungsi klinik dan farmasi dilaksanakan, ia pasti menyukarkan pesakit untuk mendapatkan ubat kerana sakit datang tidak mengira masa,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak alasan pihak yang mendesak pengasingan itu dilakukan bagi mengelak berlakunya kesilapan dalam memberi ubat-ubatan kepada pesakit.

“Saya tidak menolak alasan itu tetapi ia hanya satu kelebihan berbanding banyak keburukan jika melaksanakannya,” ujarnya.

Sebelum ini, Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) mencadangkan pengasingan fungsi klinik dan farmasi dilaksanakan kerana perkara itu telah terbukti berkesan apabila diamalkan di hospital kerajaan dan swasta.

Timbalan Presiden MPS, Amrahi Buang seperti dilaporkan berkata, amalan tersebut mampu mengurangkan potensi kesilapan memberi ubat kepada pesakit selain menepati kehendak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Malaysia (PPM) menafikan adanya pengasingan fungsi klinik dan farmasi dalam preskripsi dan dispensari yang tersebar menerusi laman sosial sejak akhir-akhir ini.

Presidennya, Dr H. Krishna Kumar berkata, khabar angin itu menimbulkan keraguan rakyat sehingga menyebabkan kemarahan terhadap persatuan yang dilihat tidak mengambil tindakan terhadap isu itu.

Menurutnya, perbincangan bersama Kementerian Kesihatan mendapati tiada pengasingan bil yang dikenakan terhadap perskripsi dan dispensari di farmasi dan klinik.

“Dalam Akta Farmasi tidak disebut mengenai pengasingan dua bil ini dan ianya adalah tidak benar.

“Kami membantah pengasingan bil ini kerana rakyat masih belum bersedia dengan kos yang ditanggung,” katanya.

Katanya, cadangan untuk mengasingkan fungsi klinik dan farmasi tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat susulan fasiliti kesihatan negara yang dilihat kurang lengkap terutamanya di luar bandar

No comments:

Post a Comment