Total Pageviews

Thursday 12 March 2015

Pas mengaku Umno sokong hudud sejak tahun 1993

Takiyuddin Hassan









PAS Kelantan mengakui UMNO telah memberikan sokongan sepenuhnya bagi pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di negeri ini, termasuk ketika enakmen itu diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN) pada 25 Nov 1993.

Pengakuan ini dibuat oleh Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS, seperti yang dilaporkan Bernama hari ini.

Bernama turut memetik Takiyuddin sebagai berkata, “dengan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama negeri dan persekutuan bagi mengkaji pelaksanaan hudud di Kelantan, ia dilihat perkembangan positif ke arah usaha melaksanakan undang-undang Islam itu”.

Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang, iaitu DAP.

Baru-baru ini, anggota Parlimen DAP kawasan Puchong, Gobind Singh Deo memberi amaran kepada PAS, bahawa parti itu tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika tetap berkeras membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud di DUN Kelantan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula memberi amaran kepada DAP supaya berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan menentang usaha PAS untuk melaksanakan hudud.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan tidak akan tunduk dengan desakan DAP, malah bersemangat untuk melaksanakan undang-undang berkenaan.

Pengakuan PAS Kelantan itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik memandangkan selama ini PAS mencanangkan UMNO sebagai penentang hukum hudud dan anti hukuman tersebut.

PAS Kelantan akan membentangkan enakmen tersebut di DUN negeri itu Isnin depan bagi membuka laluan kepada parti itu membentangkannya di Parlimen, seterusnya bagi membolehkan enakmen itu dilaksanakan di Kelantan-EDITORIAL

No comments:

Post a Comment