Total Pageviews

Thursday 1 October 2015

Pulau pinang tiada kuasa tentukan hukum agama dan fatwa

Pulau Pinang tiada kuasa menentukan hukum agama dan fatwa 

Majlis agama Pulau Pinang dan kerajaan Pulau Pinang tiada kuasa dalam menentukan sebarang hukum Islam sesuatu masalah kerana kuasa agama Islam terletak dibawah YDP Agong dan JAKIM Jabatan agama Islam Malaysia 

■ Tindakan kerajaan negeri P.Pinang pimpinan Lim Guan Eng dari Parti DAP yang membuat larangan alunan bacaan Al Qur'an menggunakan pembesar suara amat mendukacitakan seluruh umat Islam di Malaysia maka keputusan mereka tidak sah selagi tidak dapat izin perkenanan dari YDP Agong dan JAKIM 

■ Mereka seolah2 mereka ingin mencetuskan suasana yang tidak harmoni ke atas hubungan kaum di Malaysia. Kita sebagai rakyat nak keamanan semua kaum dan agama hidup aman 

■ Kerajaan negeri tidak menunjukkan rasa hormat kepada JAKIM sebagai agensi agama Islam tertinggi di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengawal selia negeri-negeri tidak beraja. 

■ Mereka secara tidak langsung ingin menunjukkan penentangan  terhadap beberapa perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti;

1. Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) berkenaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu, Perkara 3(2) berkenaan kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam, Perkara 3(3) berkenaan negeri2 Melaka, P.Pinang, Sabah dan Sarawak meletakkan Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Negeri, Perkara 3(4) dan Perkara(5) berkenaan Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah YDPA.

2. Perlembagaan Persekutuan Perkara 32(1) berkenaan Ketua Utama Negara dan Ketua Utama Majlis Agama Islam adalah terletak dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.

3. Perlembagaan Persekutuan Perkara 38(b) berkenaan Majlis Raja-Raja berkenaan mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh.
(c) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding denganMajlis Raja-Raja.

4. Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 berkenaan Kuasa Executive Persekutuan dimana kuasa Utama terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong.

Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail 

Peguam bela peguam cara 
Mahkamah Tinggi Malaya 

2/10/2015 

No comments:

Post a Comment