Total Pageviews

Saturday 18 April 2015

Umno Kedah menyokong PM dan MB Kedah

UMNO Kedah Menyokong Penuh YAB PM, YAB MB dan hormati Tun Dr Mahathir

Sidang media Adun-Adun dan Ketua Bahagian UMNO negeri Kedah bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Mereka membuat keputusan bersama untuk menyokong penuh beberapa ketetapan.

Pertama, Adun dan Ketua Bahagian BN/UMNO Kedah menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Kedua, mereka juga menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar Kedah yang telah diberi kepercayaan oleh Presiden parti dan amanah oleh rakyat.

Ketiga, mereka juga menghormati pendirian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah meminta Tun Dr Mahathir memberi masa kepada PM dalam perkara yang berbangkit sebelum ini. Malah mereka menyokong saranan YAB PM, mahukan 1MDB disiasat oleh Jabatan Audit Negara dan hasilnya diserahkan pada PAC.

Dalam sidang media tersebut Adun-adun dan Ketua Bahagian bersetuju agar Dato Seri Hj Mukhriz TIDAK MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN kerana mereka memahami situasi beliau dalam perkara ini.

Mereka juga bersetuju sebulat suara membatalkan mesyuarat perhubungan UMNO negeri yang akan dijadualkan pada 24hb ini.

Malah Dato Paduka Ahmad Bashah selaku jurucakap, menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang pepecahan didalam kerukunan UMNO Kedah dan mereka tetap setia pada pimpinan YAB Tuan Presiden dan Pengerusi Perhubungan negeri Kedah.

Segala keputusan itu telah dicapai oleh persetujuan dan konsesus bersama, beliau selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri mewakili semua, mengeluarkan kenyataan rasmi UMNO negeri Kedah, rakan-rakan Adun dan Ketua Bahagian negeri Kedah.

Mesyuarat khas UMNO negeri sebentar tadi, diadakan di Seri Mentaloon dihadiri hampir semua Adun dan KB, hanya 3 daripada adun tidak hadir tetapi menghantar wakil, sama juga dengan adanya 3 Ketua Bahagian tidak dapat hadir, namun menghantar wakil bagi membuat persetujuan bersama.

#Kedah #MMFC #UMNOKedah #KedahSerataRata

Sidang Media,
Badan PerhubunganUMNO Negeri Kedah,

Kenyataan rasmi,
1. MENYOKONG PENUH kepimpinan YAB DS Najib sebagai Perdana Menteri M'sia dan Presiden UMNO,
2. MENYOKONG PENUH kepimpinan YAB DS Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,

Kenyataan media diberi oleh YB Datuk Ahmad Bashah,
Timbalan Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah,

Beliau juga mengumumkan, perjumpaan sama yang dijadualkan pada 24 April ini di Kuala Lumpur,
DIBATALKAN...!

Senarai nama2 pemimpin2, ADUN2, Ahli2 Parlimen, Ketua2 Bhgn dan Timbalan Ketua2 Bhgn yang hadir,

1. Dato Rozai
2. Dato Abu Hassan
3. Mejar Rahim
4. Syed Ali
5. Dato Arifin Man
5. YB Chua
6. YB Kama
7. Dato Lah Hasnan
8. Yb Det
9. YB Ku Rahman
10. YB Aminudin
11. YB Suraya
12. Cikgu Mahadi
13. Dato Bashah
14. YB Tajudin
15. YB Sabrina
16. En Zulfitri
17. YB Rawi
18. YB Leong
19. YB Nawawi
20. YB Saidi
21. YB Bad
22. YB Harun
23. Dato Mahadzir Khalid
24. YB Tajul
25. Dato Zaini

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment