Total Pageviews

Saturday 18 April 2015

Pas Permatang Pauh akan buat kejutan kepada calon PKR dalam PRK permatang pauh

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh secara terbuka menyatakan akan membuat kejutan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), sekiranya PKR dan DAP terus menyinggung perjuangan parti itu.

Selain itu, jentera parti yang akan membantu kempen pada PRK Parlimen Permatang Pauh turut dinasihat supaya tidak akur sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.

Yang Dipertua PAS Kawasan itu, Omar Hassan, berkata pihaknya bersedia dengan setiap cabaran yang bakal dibawa oleh rakan sekutu pakatan pembangkang mahu pun parti lawan."Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

"Kita juga bukan berebut untuk memegang jawatan, sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk menjalankan amanah Allah.

"Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-38, PAS Kawasan Permatang Pauh, di Dewan Haji Yusof Ar-Rawa (DHYAR), di sini sebentar tadi.- berita harian 



No comments:

Post a Comment