Total Pageviews

Friday 17 April 2015

Kerajaan BN tanggung Rm800 wang guru agama kafa selangor dan kerajaan pkr dap pas tanggung rm 500 sahaja = rm 1300

 Kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat usaha meningkatkan syiar Islam di setiap negeri termasuk yang ditadbir pembangkang


Bagi tujuan itu katanya kerajaan persekutuan menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah puluhan juta ringgit kepada majlis agama Islam negeri bagi membiayai aktiviti keagamaan di negeri masing-masing.

Untuk Majlis Agama Islam Selangor, kerajaan persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyerahkan lebih RM37 juta sebagai peruntukan tahun 2013 

“Ini menunjukkan kerajaan persekutuan begitu prihatin dengan aktiviti keagamaan di Selangor lebih-lebih lagi peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lepas berjumlah RM35.23 juta,” kata Noh.

Noh berkata peruntukan itu meliputi pembayaran elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2013.

Beliau berkata sebanyak RM29,832,000 diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 2,600 guru Kafa.

“Elaun sebulan bagi guru Kafa ialah sebanyak RM1,300 iaitu RM800 daripada kerajaan persekutuan dan baki dibayar kerajaan negeri,” katanya.

Noh berkata sebanyak RM6,273,000 pula diperuntukkan bagi membayar elaun kepada 669 imam masjid yang setiap seorang menerima RM750 sebulan.

Selain itu, sejumlah RM1,282,160 diperuntukkan kepada 140 guru takmir yang menerima RM800 sebulan, katanya.


Pada masa yang sama Noh turut membidas kegagalan kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang menaikkan jumlah elaun guru Kafa seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan sejak dua tahun lepas.

“Jika kerajaan negeri prihatin terhadap kebajikan guru Kafa mereka sepatutnya sudah naikkan elaun daripada RM500 kepada RM800. Sebelum ini ada kata nak naikkan elaun guru Kafa dan pengumuman itu dibuat semata-mata sebab pilihan raya. Jangan disebabkan politik rakyat menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Noh kerajaan negeri juga boleh naikkan elaun imam dan guru takmir namun tidak berbuat demikian.

“Kerajaan persekutuan tidak politikkan isu agama dan dalam usaha membangunkan setiap negeri kita tidak anaktirikan kerajaan pembangkang. Ini dibuktikan apabila tahun lepas, kerajaan persekutuan peruntukkan RM5.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Selangor,” katanya - 



  

No comments:

Post a Comment