Total Pageviews

Sunday, 12 April 2015

Pemimpin pas sendiri akui pas berpecah

BAGAN DATOH 12 April – Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mengakui, wujud persengketaan dan perpecahan dalam kalangan pemimpin parti tersebut yang semakin ketara ketika ini.

MAHFUZ OMAR

Kata beliau, permusuhan itu kebanyakannya berpunca akibat perbezaan pendapat dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan mereka berkaitan pelbagai isu yang timbul melibatkan parti.

Tambah Mahfuz, pertembungan tersebut sedikit sebanyak akan menjejaskan imej parti Islam itu di mata penyokongnya pada masa depan.

“Saya cukup bimbang apa yang berlaku dalam Pas pada hari ini. Sudah ada antara kita (Pas) label-melabel, kecam-mengecam akibat perbezaan.

“Kita boleh berbeza tapi jangan sehingga membawa kepada pertembungan seperti ketika ini. Semua itu dilihat oleh masyarakat. Saya takut mereka hilang kepercayaan pada kita akibat kegagalan kita mengurus perbezaan tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bagan Datoh Ke-51 di Selekoh dekat sini hari ini.

Kata Mahfuz, apa yang lebih menyedihkan ialah perbezaan tersebut turut melibatkan pemimpin bawahan parti itu.

“Perpecahan yang berlaku di dalam Pas kini amat menyedihkan. Besar-besar (pemimpin atasan) kat (di) atas memang nampak, tapi bukan atas sahaja, di bawah juga. Ini sangat tidak baik.

“Kalau tidak suka, bila muktamar nanti tolak dia (calon pemimpin). Tapi bila tidak pilih betul-betul, bukan dia yang dihukum nanti tetapi parti, apabila rakyat tidak memilih calon tersebut. Itu yang saya risau,” katanya.

Kata Mahfuz, Pas juga sepatutnya menggunakan persengketan yang berlaku dalam UMNO sebagai satu kelebihan serta rahmat buat parti itu dan bukan melakukan sebaliknya.

“Kita kena bijaksana untuk pastikan krisis yang berlaku terhadap mereka (UMNO) bawa manfaat dan bukannya kita juga berlaku pertembungan,” katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/politik/pas-akui-wujud-sengketa-kalangan-pemimpinnya-1.80443#sthash.PUASlsQy.dpuf

No comments:

Post a Comment