Total Pageviews

Thursday 9 April 2015

Dr mahathir putar alam isu Penghapusan ISA

Dr mahathir kata dia sejak dahulu nak hapuskan ISA tapi bila ds najib hapuskan dia pula salahkan ds najib Kahkahkah 


Dr mahathir seorang putar alam dan seorang manusia  suka letak salah kat orang lain tapi salah sendiri tak nampak 


Sampai dia cakap ds najib banyak skandal habis tu zaman beliau zaman malaikat ke takda skandal ha ha ha 


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.


Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman. Di zaman Dr Mahathir menjadi PM, beliau sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.


Semenjak bila PM selaku Menteri Dalam Negeri mengikut nasihat pihak Polis dengan mudah? Kununnya Mahathir tidak mahu Akta ISA tetapi di`larang' oleh pihak Polis. Lucu sungguh. Jika benar Mahathir tidak suka ISA, mengapa beliau terus menandatangani lanjutan tahanan mangsa-mangsa ISA ini? Adakah pihak Polis dapat buktikan kepada kerajaan sememangnya negara berada di dalam keadaan bahaya ketika itu?


Nampaknya Mahathir ini semakin tua semakin kuat putar belitnya. Beliau tidak pernah mahu mengaku kesilapan dan kezaliman yang beliau lakukan sewaktu beliau memerintah. Mungkin beliau mahu dikenang sebagai seorang PM yang baik dan berjasa kepada rakyat setelah beliau bersara. Malangnya, rakyat tidak mudah melupakan kezaliman lampau beliau.


Beliau sanggup meletakkan kezaliman yang telah beliau lakukan ketika dulu ke bahu pihak Polis. Beliau cuba untuk menggambarkan betapa yang zalim bukan beliau tetapi pihak Polis. Mahathir selaku PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu ternyata tidak bertanggungjawab terhadap pihak polis. Cubaan beliau untuk menjejaskan imej Polis yang sekarang ini masih belum pulih dari pandangan buruk masyarakat amat mendukacitakan.


Cukup-cukuplah dr Mahathir. Zaman untuk beliau menipu rakyat sudah lama berlalu.

No comments:

Post a Comment