Total Pageviews

Monday 6 April 2015

Dap tolak rang hudud dibawa pas ke parlimen

Jelas hari ini lim kit siang dap tolak rang undang undang hudud yang telah difailkan oleh Pas di parlimen hari ini 7 April 2015 
KUALA LUMPUR 7 April - Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengatakan beliau terkejut dengan penyenaraian Rang Undang-Undang (RUU) persendirian hudud yang terkandung dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, ini kali pertama beliau melihat RUU tersebut dalam aturan mesyuarat Parlimen dan perkara itu jelas membuktikan Hadi memungkiri janjinya untuk membentangkan RUU itu terlebih dulu kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Saya amat terkejut, ini pertama kali saya melihat perkara sebegini (RUU dalam aturan mesyuarat Parlimen).Hadi membelakangi PR, beliau pernah berjanji untuk membentangkan RUU persendirian ketika dalam mesyuarat tertinggi PR lalu," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Hari ini RUU persendirian hudud tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat, bagaimanapun ia menjadi perkara terakhir dalam senarai perbahasan dalam persidangan Dewan Rakyat sesi ini yang akan berakhir pada Khamis.




No comments:

Post a Comment