Kristian Indonesia Haramkan Nama Allah Dalam Bible – Sarjana
Ketika sesetengah pihak menjadikan Indonesia, negara umat Islam teramai di dunia, sebagai contoh bagi menghalalkan penggunaan kalimah Allah, seorang sarjana agama itu kini memberikan gambaran sebaliknya.
Prof Dr Menahem Ali, sarjana dalam bidang agama Kristian dan pengajian semitik berkata, terdapat sebahagian penganut Kristian di republik itu menolak penggunaan kalimah “Allah” dalam Bible.
“Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam,” kata pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya, itu.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di Shah Alam, pagi ini. – Malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment