Mudah kan.amalan mendekati rakyat Dan pengundi
Salam merapatkan hubungan pemimpin Umno dengan rakyat
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Rasulullah (saw) bersabda: Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggahlah kamu saling mencintai. Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu. (Bukhari Muslim)
1) Menyebarkan salam adalah anjuran Islam bagi menyebarkan rasa ketenangan di kalangan masyarakan dan cara yang kuat untuk mengukuhkan rasa cinta dan kasih sayang.
2) Rasulullah memotivasikan para sahabat dengan ganjaran syurga yang mempunyai syarat kelayakan iaitu iman dan syarat iman iaitu cinta, dan syarat cinta ialah menyebarkan salam.
Dalil mengenai memberi salam
(Nur:27),(Nur:61),(Nisa:86),(Zariyat:24-25)
Hadith berkaitan
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Dari Abu Abdullah Ibn Amr Ibn Al Aas (ra) meriwayatkan ada seseorang bertanya kepada Rasulullah (saw) Apa amalan di dalam Islam yang baik. Rasulullah menjawab, memberi makan (kepada orang miskin) dan memberi salam kepada yang kamu kenali dan kepada yang tidak kamu kenali.
فلما خلقه قال : اذهب فسلم على أولئك النفر – وهم نفر من الملائكة جلوس – فاستمع إلى ما يجيبونك ، فإنها تحيتك وتحية ذريتك ، قال : فذهب ، فقال : السلام عليكم ، فقالوا : السلام عليك ورحمة الله ، فزادوه ورحمة الله
Daripada Abu Hurairah (ra) meriwayatkan, Rasulullah (saw) bersabda “Apabila Allah menciptakan Adam, Allah berkata, Pergi dan member salam kepada malaikat-malaikat yang sedang duduk di sana dan dengar apa yang akan mereka jawab bagi itu adalah ucapan buatmu dan ucapan kepada anak-anakmu. Adam (as) pergi dan berkata Assalamualaikum. Para malaikat membalas, assalamualaika wa rahmatullah. Mereka menambahkan wa rahmatullah.
قَالَ الْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِسَبْعٍ وَنَهَانَا عَنْ سَبْعٍ أَمَرَنَا بِعِيَادَةِ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعِ الْجِنَازَةِ وَتَشْمِيتِ الْعَاطِسِ وَإِبْرَارِ الْقَسَمِ وَنَصْرِ الْمَظْلُومِ وَإِفْشَاءِ السَّلَامِ وَإِجَابَةِ الدَّاعِي وَنَهَانَا عَنْ خَوَاتِيمِ الذَّهَبِ وَعَنْ آنِيَةِ الْفِضَّةِ وَعَنْ الْمَيَاثِرِ وَالْقَسِّيَّةِ وَالْإِسْتَبْرَقِ وَالدِّيبَاجِ
Dari Al Baraa Ibn Azeh (ra) meriwayatkan, Rasulullah (saw) bersabda: Allah memerintah kita melakukan 7 perkara dan melarang melakukan 7 perkara. Dia memerintah kita mengiringi jenazah, menziarahi orang sakit, menerima jemputan, menolong orang yang dizalimi, memenuhi janji, menjawab salam dan mendoakan orang yang bersin. Dia melarang kita untuk menggunakan peralatan makanan dari perak, memakai cincin emas, memakai sutera, Qissi, Istabraq, Dibaj (baju sutera).
قَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
Dari Abdullah Ibn Salam (ra), aku mendengar Rasulullah bersabda “Wahai manusia, sebarkanlah salam sesama kamu, beri makan orang yang lapar, sambungkan silaturrahim dan solat malam ketika orang sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan sejahtera”.
Pengajaran pada pemimpin Umno
1) Ingati ganjaran kepada orang yang sentiasa beri salam
2) Ingati bahawa member salam adalah jalan yang efektif untuk mengikat hati manusia bersama.
3) Ingati bahawa ia adalah salah satu hak sesama Muslim.
4) Ingati bahawa mu’min akan berjaya hanya dengan mendengan seruan Allah dan RasulNya.
5) Salah satu cara dakwah ialah dengan mengingatkan manusia tentang gajaran dan pahala apabila menurut perintah Allah dan RasulNya. Ia akan memotivasikan mereka dan buat apa yang mereka inginkan
No comments:
Post a Comment