Total Pageviews

Tuesday, 6 May 2014

Bukti Ulamak mengkapir Umno ..terbaru

Mereka mudah pergunakan Islam untuk undi menang ke atas Umno.ni Cara Kotor pas peralatkan Islam untuk politik

Kita rujuk hukum Islam tentang perkara ini

Agama Islam mengharamkan seseorang islam itu menuduh kafir terhadap seorang islam yang lain kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“ لا يرمى رجل رجلا بالفسوق ولا يرميه بالكفر الا ارتدت عليه أن لم يكن صاحبه كذلك “ .

Ertinya diriwayatkan oleh Abu Zar sebagaimana yang tersebut dalam kitab –kitab Sahih Imam Bukhari dan Sahih Imam Muslim yang bermaksud: “ Barang siapa yang menuduh fasik atau kafir terhadap seorang lain adalah dia sendiri akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhannya tidak benar.Telah ijmak sekalian ulama Islam pada menyatakan perbuatan itu adalah suatu dosa yang besar-kalau pun tidak boleh dikatakan sebesar-besar dosa kerana menyebabkan orang yang membuat tuduhan itu sendiri menjadi kafir akibat dari tuduhan yang tidak sebenar itu.

Adapun orang islam yang terkena tuduh kafir itu tidaklah terjatuh keatasnya sesuatu hukum daripada hukum-hukum syarak dikecualikan jika dia telah dihukumkan sebegitu yakni menjadi kafir oleh seorang hakim syarie.Setelah sabit tuduhan kafir itu keatasnya selepas dijalnkan penyiasatan dan penelitian yang sehalus-halusnya dan telah diperintah ianya bertaubat tetapi ia enggan ketika itu barulah berjalan keatasnya hukum-hukum yang terjatuh keatas seorang kafir kerana jika tuduhan yang sewenang-sewenangnya diakui sah sudah tentulah akan berlaku huru-hara dan ketika itu tidaklah ada lagi sekatan atau kawalan syarak.Maka wajiblah di atas tiap-tiap orang yang suka mempermainkan-mempermainkan perkataan kafir mengkafir ini menginsafi akan dosa yang dia lakukan itu dan wajiblah ia bertaubat dengan serta merta supaya tidaklah ia berkekalan didalam dosa yang besar itu yang akan membawanya ke neraka.

Jika ia masih kekal membuat tuduhan itu maka wajiblah di atas pemerintah takzirkan dia (menghukumkan dia) dengan apa cara yang difikirkan patut dan munasabah.

2. Berkenaan dengan soal adakah harus bagi seseorang islam memilih atau mengundikan seorang warga yang bukan islam menjadi wakil rakyat dalam dewan-dewan mesyuarat atau lainnya yang tidak ada kaitan dengan perkara agama maka dalam negeri-negeri kita di malaysia ini peraturan –peraturan pilihanraya yang dijalankan iti adalah bersesuaian dengan maksud perlembagaan negara persekutuan tanah air melayu yang telah di sahkan dengan pakatan sekalian pertubuhan –pertubuhan siasah yang mengandungi suara yang banyak daripada penduduk-penduduk negara ini dalaman telah dikanunkan bahawa tiap-tiap warga negara ini adalah mempunyai hak-hak dan tangungan-tangungan yang sama dari segi undang-undang negeri, tidak terkecuali samaada warga negara itu beragama islam atau pun tidak selagi dia taat dan patuh kepada undang-undang negeri dan sekaliannya telah mengaku dan mengsahkan bahawa apa yang ada kaitan dengan perkara agama islam adalah terpulang kepada duli yang maha mulia sultan–sultan pada mengadilkannya.

Manakala kita tilik pada apa-apa yang tersebut di atas itu nescaya tidaklah terluput dari pandangan kita bertapa besarnya muslihat am yang terkandung didalamnya oleh yang demikian tidaklah ada halangan dari segi syarak bahawa seseorang islam itu memilih atau mengundikan seorang kafir yang telah diakui sah kewarganegaraannya dengan segala syarat-syarat yang tercatat dalam perlembagan kerana Rasulullaha s.a.w. telah bersabda

“ المؤمنون عند شروطهم”.

Yang bererti orang-orang mukmin itu adalah dituntut menyempurnakan syarat-syarat janjinya.Pengundiannya itu tidak lebih daripada apa yang dimaksudkan dalam hukum wakalah ( memberi wakil) yang hanya terikat dan tertentu dengan suatu perkara yang tidak ada hubungan dengan apa syiar islam atau iktiqad seorang mukmin serta tidak pula mencontohi kehormatan pengundi itu sebagai seorang islam atau bertentangan dengan muslihatnya-muslihatnya dari segi penghidupan di dunianya sekalipun tidaklah hendak kita tegaskan bahawa padanya terletak kebajikan dan keselamatan am.

Ulama-ulama islam telah memutuskan bahawa pada suatu wakalah (perwakilan) tidaklah disyaratkan bahawa orang yang hendak diwakilkan itu mesti beragama islam kecuali dalam beberapa perkara yang tertentu sahaja kerana wakalah itu dikatakan suatu akad yang harus (tidak mesti dibuat).

I. Akibat tuduhan liar “ kafir mengkafir”.

Setelah berjuang habis-habisan dan menumpahkan pengorbanan-pengorbanan yang besar, umat Melayu pada akhirnya dapatlah menebus balik kemerdekaan tanah air melayu dari tangan penjajah dalam tahun 1957 dan semenjak itu mulalah negara persekutuan tanah air melayu mara kehadapan selangkah demi selangkah mencipta kemajuan dari segi pembangunan pelajaran, kemasyrakatan dan lainnya.

Suatu perlembagaan telah dimeteraikan dengan mendapat sokongan dan pengesahan dari pertubuhan-pertubuhan siasat yang mendokong suara terbanyak daripada rakyat–rakyat negara ini dari berbagai–berbagai rupa corak pentas perjuangan dan asal keturunan masing-masing. Kemerdekaan telah tercapai menurut beberapa syarat yang telah dipersetujui bersama oleh pihak penjajah dan pertubuhan-pertubuhan siasah yang tersebut yang mengandungi dari bangsa –bangsa yang terbesar yang menduduki negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

Sedang negara ini berjalan dengan pantasnya kearah kemajuan tiba-tiba bangkit segelintir manusia yang mengadu akan dirinya ahli ilmu, pabila agama menyebarkan pesona di kalangan rakyat dengan membuat tuduhan kononnya siapa-siapa daripada orang-orang islam yang memilih dan mengudikan calon kafir menjadi wakil dalam mana-mana dewan mesyuarat negara ini ia jadi kafir dengan tidak mengira bahaya fitnah yang akan timbul dari pesona tuduhan itu dan tidak menghiraukan kerosakan dan kebinasaan yang akan berekor daripadanya.Bahawa sesungguhnya langkah taktik setengah –setengah ahli siasah yang belum masak yang beerti menerbitkan fitnah agama yang besar seumpama itu amatlah menyedihkan tiap-tiap seorang islam yang cemburukan agamanya dan tiap-tiap orang islam yang mempunyai akal fikiran yang waras dan bebas.

Mereka hendaknya beringat bahawa akibat pesona yang sebegitu beracuan akan menimpa batu kepala mereka sendiri sebelum daripada orang lain.allah sahaja yang maha mengetahui tuduhan yang dibuat itu bukan sekali-kali kerana agama dan bukan sekali-kali kerana Allah malahan sebagai umpan untuk memancing suara rakyat yang lurus.

Mereka mempermain-mainkan perkataan “kafir mengkafir” dengan tidak menghiraukan dasar agama islam yang telah ada dengan teguhnya , tidak boleh di ubah alih, agama islam telah menetapkan dasarnya bahawa mana-mana juga orang islam tidak harus sekali-kali menghukumkan seorang islam lain dengankafir menurut dari segi pandangan perseorangan dan jika ada berlaku kejadian seumpama itu maka tidak sekali-kali boleh dijatuhkan ke atas orang yang dituduh itu dengan sebarang hukum agama yang selayak di terima oleh seorang kafir di kecualikan telah ditimbang dengan sehalus-halusnya oleh seorang hakim syarie dan setelah sabit di sisinya yang demikian itu waktu itu brulah boleh dihukumkan ia kafir.Kalau tuduhan yang sewenang-wenangnya di benarkan oleh islam nescaya akan berlakulah haru hara dalam masyarakat islam sebagaimana yang telah mula dilihat riaknya pada masa ini.

Iman dan kufur keduanya kembali kepada iktiqad seseorang dan tempat kesudahan iktiqad itu ialah kepada Allah s.w.t. oleh yang demikian telah ijmak sekalian ulama atas dasar yang dibentangkan di tas tadi yang mana adalah menunjukkkan betapa bertanyanya pandangan syarak untuk menghormati iktiqad perseorangan.

Rasululllah s.a.w. telah memberi amaran keras terhadap siapa-siapa yang mencabul dasar itu dengan sabdanya yang sedia termaklum oleh tiap-tiap seorang islam sabdanya : “ من كفر مسلما فقد كفر” yang bererti barang siapa yang menuduh kafir terhadap seorang islam yang lain nescaya dia sendiri menjadi kafir.

Jika pesona yang harus timbul dalam masyarakat islam itu dimaksudkan menjadi suatu senjata oleh suatu parti politik yang tertentu untuk menikam lawannya maka atas nama persaudaraan islam saya nasihatkan dengan tulus ikhlasa terhadap siapa juga yang berlaku demikian, baik apa juga faham politiknya, hendaklah berhenti dari perbuatan ini kerana perbuatan itu adalah di anggap oleh syarak suatu dosa yang besar yang sekali-kali tidak diredai oleh Allah dan rasulnya yang kelak akan menimbulkan akibat yang buruk sekali keatas diri mereka dan parti mereka sendiri kerana parti politik itu bukanlah tujuan utamanya membincang dan membahas perkara-perkara yang bersangkut paut dengan agama dan tidak pernah didapati pada mana-mana masa pun dalam sejarah bahawa agama islam itu sebuah parti politiknya, setelah ada timbulnya kejadian fitnah yang tidak disangka –sangka itu maka adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang islam yang berakal dan pihak yang berkuasa juga memadamkan fitnah itu sebelum ia merebak dan mebagkitkan kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Komplot-komplot yang bercita-cita hendak menduduki kerusi-kerusi yang lunak dengan jalan memperdayakan rakyat yang lurus itu hendaklah dikutuk supaya terpelihara perpaduan rakyat dan tersanjung tinggi pengajaran-pengajaran islam yang maha suci.

II. Ulasan

Sebelum tujuh abad yang silam atau lebih umat melayu sebagaimana sejarah umat-umat yang lain didunia ini, adalah hidup meraba-raba dalam gelap kejahilan.Dengan takdir tuhan datang sekumpulan manusia daripada pedagang-pedagang bangsa asing mempolopori kedatangan utusan-utusan agama Allah ke tanah melayu sambil berjual beli dan berniaga merekaa menyeru orang-orang melayu untuk menganuti agama Allah agama islam yang maha suci dan menarik mereka itu sedikit demi sedikit mengamali pengajaran-pengajaran islam dan berhenti dari meyembah berhala dan patung serta beransur-ansur mengikis dari hati sanubari mereka kepercayaan–kepercayaan karut.

Tidak beberapa lama kemudian daripada itu bersinarlah agama Islam di segenap pelusuk dan rantau tanah air melayu dan terdirilah beberapa kerajaan islam mendokong agama Allah dan mengatur segala kira bicara mereka menurut ajaran-ajaran islam yang maha suci.

Demikianlah jalannya agama islam mula muncul dalam negeri-negeri melayu dan kemudian daripada itu bersinarlah cahayanya di alam melayu beberapa abad lamanya. Kalaulah tidak kerana pertikaian dan perbuatan kuasa yang sering berlaku antara pembesar–pembesar dan raja-raja melayu nescaya bertambah gemerlapanlah cahaya islam mencipta kemajuan dalam tiap-tiap lapanagan hidup dan tidaklah ada celah bagi penjajah-penjajah memasukan jarum pengaruhnya hingga menyebabkan terjadinya berbagai-bagai haru hara dalam pemerintahan dan timbulnya bermacam–macam fitnah yang membawa akibat kelemahan umat islam di negeri ini. Pada akhirnya dapat penjajah-penjajah itu meletakkan sepenuh-penuh cengkaman keatas kerajaan dan umat melayu dan menjalankan pemerintahan menurut yang dirancangkan oleh muslihat-muslihat diri mereka dengan memerah sumber-sumber ekonomi negeri ini dan dalam masa satu abad lebih kurang negeri melayu bertukar tangan dari bangsa penjajah kepada satu bangsa yang lain hingga terakhir dengan penjajah inggeris yang telah berjaya mencengkami negeri ini lebih kurang satu abad pula lamanya dalaman peranan-peranan penting telah dimainkan oleh penjajah-penjajah itu dengan meniggalkan kesan-kesan yang amat mendalam pada pemerintahan dan penduduk-penduduk negeri ini hingga berbangkit peperangan dunia yang kedua dan masuklah penceroboh-penceroboh bangsa jepun pula kedalam negeri melayu menyapu dan raja-raja melayu tidak terjadi menyekat serangan mereka itu.

Kemudian daripada tamat pergolakkan peperangan dunia yang kedua dan tewas penceroboh-penceroboh Jepun kembalilah semula bangsa Inggeris memerintah negeri Melayu dan di waktu itu bangunlah sekumpulan umat Melayu yang berjiwa merdeka dan mempunyai keazaman untuk melanjutkan titik perjuangan mereka yang telah dijalankan bersulit-sulit pada masa kedua-duanya penjajahn itu.

Mereka ini ialah segolongan permuda-permuda yang telah naik seemangat mereka dengan mengistiharkan piagam bangsa bersatu dalamnya hak asasi manusia dikembalikan kepada tiap-tiap bangsa dan umat yang mendokongi muka bumi ini. Menurut piagam itu tiap-tiap satu bangsa itu adalah berhak menentukan untuk untung nasibnya sendiri yang mana menjadi suatu benih untuk menimbulkan keamanan dan kedamaian umum dan melenyapkan peperangan dari muka bumi ini.

Setelah umat melayu terlepas dari sempitan dua gajah yang berjuang itu tiba-tiba mereka dapati pula diri mereka berhadapan dengan satu kumpulan pejjajah-penjajah yang lebih ganas dan lebih jahat dari musuhnya-musuhnya yang dahulu iaitulah penganas-penganas komunis yang mempunyai tuuan yang amat jahat untuk mengembalikan pendududuk-penduduk negeri ini kepada keadaan lama, keadaan kafir dan ilhad ( mengingkar wujud tuhan) dengan hal yang demikian tidaklah ada jalan lain yang terbuka kepada kumpulan analitik yang biasa yang bebas daripada umat melayu selain daripada berpangkat dan berunding semula dengan penjajah inggeris atas dasar menentukan untung nasib sendiri sebagaimana yang tercatat dalam piagam bangsa-bangsa bersatu.Inggeris bersetuju mengembalikan hak-hak bangsa melayu dan memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri melayu tetapi dengan beberapa syarat yang tertentu.

Pertamanya, hendaklah didirikan sesuatu kerajaan persekutuan yang memakai pemerintahan demokrasi parlimen dan hendaklah menjalankan undang-undang yang berjalan sebelum berlakunya perangan dahulu di kecualikan perubahan-perubahan yang dilakukan menurut cara-cara perlembagaan.Ketika itu orang-orang islam di tanah air melayu dapati diri mereka berhadapan dengan dua perkara yang besar dan terlinat ringan medaratnya ialah menerima segala syarat-syarat yang ditawarkan itu gengan harapan mereka akan dapat melatihkan diri mereka untuk mengelokkan cara pemerintahan dan pentadbiran di samping itu pula Amarika dapati diri mereka bukanlah bangsa yang tunggal menduduki negara ini malahan ada beberapa nbagnsa lain lagi yang menyamai bilangan mereka yang telah beranak pinak dan tinggal dalam negeri ini semenjak penjajah mula melatakkan kakinya disini.

Mereka telah meninggalkan tanah tumpah darah mereka yang asal dan telah menjadikan tanah air melayu sebagai negeri asal mereka dan menjalankan sepenuh-sepenuh usaha tenaga untuk memajukan negeri ini dan mengeluarkan perbendaharaan –penbendaharaan dari buminya.Mereka selama-lamanya menunjukkan taat setia yang tulin terhadap undang-undang yang berjalan dalam negeri ini serta meyembah taat setia kebawah duli-duli yang maha mulia raja-raj melayu.Maka kedudukan mereka tidaklah ubah sebagai kedudukann ornag –orang asli negeri ini.

Mereka tidak pernah melakukan suatu haru-hara untuk membinasakan agama dan kehidupan orang-orang melayu sehinggakan dalam sangat yang sehabis-habis genting dalam sejarah orang melayu mereka itu senantiasa berganding bahu dengan orang-orang melayu mempertahankan negeri ini.Mereka hidup dalam rukun damai dan bersefahaman dengan penduduk-penduudk asli negeri ini ,oleh yang demikian penganjur-penganjur melayu termasuklah duli-duli yang maha mulia raja-raja tidak nampak sebarang sebab untuk menolak mereka dari mencapai bersama kemerdekaan negeri ini dan bukanlah sekali-kali dari keadailan dan muslihat kebajikan oorang melayu jika mereka dahulu keluar dari negeri ini setelah mereka hidup bersama zaman berzaman lamanya.

Mereka berpendapat jika bangsa –bangsa asing ini tidak diajak bersama-sama berunding dan bersekutu dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri ini kelak akan menerbitkan berbagai-bagai angkara terhadap ketenteraman negeri ini.mahu tidak mahu mereka di beri hak bersama dan mereka dianggap sebagai warga negara yang taat setia menurut istilah ilmu feqah mereka dinamakan “ معاهدين” ( kafir yang mengikat perjanjian dengan orang islam) mereka pula telah bersetuju untuk menjadikan islam agama rasmi bagi negara ini dan telah bersumpah taat setia mereka kepada raja-raja melayu serta pihak pemerintah negara ini ini seraya menyumbangkan harta benda dan usaha tenaga serta nyawa raganya untuk mempertahankan negara ini dan dengan pengakuan mereka pengajaran –pengajaran islamlah yang membolehkan mereka mengamati akan kebiasaan agama dalam kedua-dua masa penjajahan dan kemerdekaan, maka mereka adalah saudara kita pada kemanusiaan jika tidak pada agama.dengan hal yang demikian pihak pemerintah dab pemegang tampuk pentadbiaran negara ini telah bersetuju memberi hak-hak sivil yang sama kepada mereka sebagaimana yang diberi kepada penduduk-penduduk asli melainkan apa-apa yang bersangkut paut dengan agama islam tidaklah berhak mereka mencampuri dan mengambil bhagian dalam perbincangan –perbincanagan berkenaan.Di samping itu, mereka adalah dibolehkan mencalonkan diri dalam pilihanraya –pilihanraya dalam tiapa-tiap peringkat selain daripada dewan-dewan atau majlis yang tertentuuntuk dibincangkan hal ehwal agama islam.

Dari pihak merka pula semenjak negara ini mencapai kemerdekaan adalah sentiasa menunjukkan taat setia terhadap janji-janjinya dan jujur kepada pihak pemerintah.Dengan sebab –sebab yang dibandingkan di atas ini pada pendapat say syariat islam tidaklah menegah orang-orang islam mengundikan mereka menjadi wakil mereka dalam dewan-dewan atau majlis-majlis yang tersebut menurut yang ditetapkan oleh undang-undang dan peraturan.

Daripada pengalaman-pengalaman yang lalu mereka adalah didapati setiasa menujukkan kecekapan dan kebolehana dalam menjalankan tugas-tugas mereka terhadap muslihat dan kebaikan penduduk-penduduk negara ini umumnya dengan tidak ada pandang-memandang dari segi agama.maka sebarang tuduhan dari mana-mana pihak juayang merosakkan persatuan ini adalah dipercayai di sebaliknya ada tujuan yang jahat untuk menimbulkan fitnah dan memundurkan negara ini kepada keadaan haru-hara dan kekacauan yang lama.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang islam yang sejati supaya bertenang dan menaruh kepercayaan kepada pihak pemerintah mereka dan hendaklah mereka senantiasa beringat dan berjaga-jaga terhadap gerak langkah mereka yang berniat jahat dan hendak melakukan kerosakkan dalam negara kita ini.

Sesungguhnya apa yang selalu didegar dalam majlis-majlis p[erhimpunan ramai baru-baru ini daripada tuduhan yang disandarkan kepada umat islam itu tidaklah salah kalau dikatakan ada udang disebalik batu. Tidak meeka bermaksud sama sekali kerana Allah bahkan semata-mata untuk menyampaikan meeka kepada matlamat-matlamat mereka dengan apa jalan dan harga sekalipun.

Tidaklah sunyi dari kita sekalian bahawa rahsia kekuatan sesuatu umat itu ialah terletak dalam perpaduan.Adapun perselisihan dalam fahaman politik itu bolehlah diumpamakan seperti perselisihan ulama-ulama mazhab masing-masing ada dengan hujah dan dalilnya untuk memahami hakikat islam yang sebenarnya.Tiap-tiap seorang yang hidup didalam pemerintahan demokrasi agama adalah berhak memikirkan dan mengeluarkan pendapat menurut caranya sendiri.

Tetapi dia tidak dibenarkan sama sekali baik oleh agama ataupun undang-undang mengeluarkan tuduhan-tuduhan yang merosakkan keamanan dan memecah belah perpaduan umat Islam.

Pada pendapat saya, mengundi orang kafir yang bersifat dengan sifat–sifat yang dibentangkan di atas tadi tidaklah ditegah oleh syariat Islam keran yang demikian itu tidaklah mencactkan iktiqad seorang islam istimewa pula hukum syarak seseorang islam itu boleh mebuat perwakilan (wakalh) samaada yang menerima wakil itu islam atau kafir.

Oleh yang demikian tidaklah ada kesamaran lagi bagi siapa –siapa yang menginsafi betul-betul kedudukan umat dan bangsa dan mendahulukan maslahah negara atas maslahah diri sendiri.Perwakilan itu adalah terbatas dan bukan pula suatu akad yang terpaksa malahan suatu akad yang harus sahaja.Apa yang dikatakan bertentangan dengan pendapat ini sudahlah sya timbangkan dengan teliti menurut dasar-dasar islam maka saya berpendapat segala kata-kata dan tuduhan itu batal.Allah taala telah berfirman dalam Al-Quran Al Karim:

“ لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم".إن الله يحب المقسطين.إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فألئك هم الظالمون
Ayat 8-9 surah Mumtahinah.

Yang bermaksud:“ Tidakalah Allah taal melarang kamu berbuat baik dan berlaku adail kepada orang-orang yang tidak memrangi kamu pada agamamu dan tidak pula mengusir kamu daripada tanah air mu.Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Hanya sanya Allah taala melarang kamu melantik pemimpin dari orang-orang yang memerangi kamu keran agamamu dan mengusir kamu dari tanah air kamu dan menolong mengusir kamu, barang siapa yang mengangkat atau melantik mereka itu maka adalah mereka orang yang menzalim.”

Al-Quran Al-Karim adalah menyeru tiap-tiap bangsa dan umat dari berbagai-bagai warna kulit dan bahasa supaya mengharga kemanusian dan persaudaraan sejagat. Bacalah sejarah perjalanan junjungan nabi Muhammad s.a.w. siapa yang menjadi panduan kita selam-lamanya.

Beliau bergaul dan berkira bicara denagn yahudi dan nasrani. Beliau mengikat perjanjian-perjanjian dengan kafir musyrikin dan peristiwa-peristiwa seumpama itu adalah melimpah dalam serah islam. Sayugialah umat islam menghalusi dan mengambil iktibar untuk hidup dalam zaman yang penuh dengan pancaroba ini.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Penulis/Ulama : Syed Yusof bin Ali Az-Zawawi, Mufti Kerajaan Terengganu
Tarikh Diisu : 1.2.1971

 

No comments:

Post a Comment