Total Pageviews

Tuesday 16 June 2015

Siri 1 - Ramadhan bersama ASI

#Santapan_Ramadhan bersama ASI post  siri 1 

Syed Qutb,dalam bukunya Maa'lim Fi Al-Thoriq,Petunjuk Sepanjang Jalan.

"Adalah menjadi suatu kewajipan kita untuk tidak membiarkan umat manusia
terus menerus dikelirukan. Kita berkewajipan memberi pengertian kepada mereka bahawa Islam itu bukanlah hanya suatu aliran fikiran atau isme mengenai realiti kehidupan manusia, seperti isme-isme yang lahir sekarang (umpamanya sosialisme,komunisme, kapitalisme dll); sebab Islam bukanlah hanya sekadar suatu sistem yang mengenai realiti manusia sahaja, seperti halnya isme-isme bikinan manusia.

Islam adalah Islam. Islam dengan keperibadiannya tersendiri dan konsepnya yang bebas dan tidak terikat kepada mana-mana jua konsep duniawi. Islam sanggup dan mampu melahirkan suatu realiti yang lebih baik daripada yang diimpikan oleh umat manusia melalui isme-isme bikinan manusia sendiri itu. 

Islam yang tinggi nilainya, yang suci dan murni, terpancar indah dari sumber asli langsung daripada Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung."

15/6/2015 ASI 

No comments:

Post a Comment