Total Pageviews

Monday, 15 June 2015

Menjawab isu Senator Datuk Ashraf wajdi tentang Dap hendak bina masjid

Jawapan kepada ahli Majlis Tertinggi UMNO senator Datuk Ashraf Wajdi 

Saya ingin menjawab kenyataan senator Datuk Ashraf wajdi mengenai isu pembinaan masjid oleh dap dan isu wang haram atau halal dap bina masjid di Kelantan serta isu penghinaan konon terhadap Islam 

1- pertama - adakah dr Ashraf selama ini tidak tahu ramai pemimpin Melayu hidup atas wang keuntungan peniaga Cina dan Fund Fund politik banyak sumbangan dari orang cina ?  

2- pembayar cukai di Malaysia terdiri dari pelbagai agama dan bangsa 

Soalan kepada datuk Ashraf wajdi - 

Kita ambil contoh - ah chong berniaga daging babi 

Hasil perniagaan , Dia bayar cukai pintu cukai pendapatan katakan Rm 1000 
So Rm 1000 masuk dalam akaun LHDN - kerajaan gunakan untuk pembinaan jalan termasuk jalan ke masjid jalan ke gereja jalan ke tokong termasuk sistem longkang 

Ah chong bayar bil air -so hasil syarikat air buat paip sambung sehingga tempat ambil wuduk kat Masjid 

Soalan - apa hukum diatas ? 
Kedua - adakah selepas ini LHDN akan cek semua latar belakang pembayar cukai ? 

3- terdapat negara bukan Islam kerajaan mereka menyumbang sebahagian pembinaan masjid , apa hukumnya 

4- kerajaan bukan Islam bayar gaji pekerja beragama Islam di negara mereka 

Kita ambil contoh negara Singapore - hasil segala cukai tak di asing KAN untuk bayar gaji pekerja Islam rakyat Singapore - adakah gaji itu duit haram ? 

So tak perlu kita marah atau keluar hukum pasal benda ini secara melulu 

Kaji setiap sudut tentang isu dap nak bina masjid 

Bagi saya , tiada masalah dap nak bina masjid hasil sumbangan ahli mereka termasuk dari peniaga Cina bukan Islam - nak cek dari mana sumber mereka bagi , so sama seperti diatas contoh Saya berikan dan bagi  tahu mereka sumber haram tidak boleh dan mereka boleh bagi dari sumber halal dibenarkan dalam Islam 

Jawapan - anda sendiri pikir 

Ok - sekian terima kasih 

Just Pandangan seorang pengamal undang undang 

Sekian ... 

Ahmad Shuaib Ismail  
Peguambela Peguamcara 
Advocates & Solicitors 
16/6/2015 

No comments:

Post a Comment