Total Pageviews

Saturday 20 June 2015

Saman RM 500 Juta terhadap tindakan kerajaan Pulau Pinang bawah DAP atas isu logo UMNO digergaji ?

Undang Undang berkaitan logo parti politik di Malaysia

Umno pulau Pinang boleh kemukakan saman RM 500 juta kepada perbuatan Kerajaan Pulau Pinang bawah Pentadbiran Dap 

kajian dari sudut perundangan negara termasuk perundagan di bawah Kerjaan Negeri dan pihak berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah , Majlis Perbandaranan

Tujuan artikel ini pemasangan dan kawalan papan iklan luar secara seragam di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Fungsi garis panduan adalah seperti berikut: • Digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara seragam di dalam memproses permohonan bagi pemasangan papan iklan luar di kawasan masingmasing; • Digunakan oleh agensi-agensi yang terlibat khusus Pihak Berkuasa Jalan di dalam menilai sesuatu permohonan bagi pemasangan papan iklan luar; dan • Membantu industri pengiklanan mengetahui kehendakkehendak yang perlu dipatuhi didalam pemasangan papan iklan luar

APAKAH DEFINISI DAN KATEGORI PAPAN IKLAN LUAR?

Papan iklan luar merupakan paparan besar yang mengiklankan barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang tidak semestinya dijual di mana pengiklanan itu ditempatkan. Jenis-jenis papan iklan luar adalah seperti berikut:

• Free-Standing Billboard - Merupakan paparan iklan bagi barangan, aktiviti atau perkhidmatan yang disokong oleh tiang.

Kategori ini boleh dipecahkan lagi mengikut saiz iaitu besar, sederhana dan kecil. Billboard bersaiz besar kebanyakannya di dalam bentuk Menara Iklan Setiang atau Unipole yang ditempatkan di atas satu tiang keluli yang tinggi.

Iklan Dinding – Panel untuk paparan iklan yang dipasang pada dinding atau pada satu jarak dari dinding atau iklan yang dilukis pada dinding di sebelah luar bangunan yang tidak mempunyai permukaan terbuka.

Building Wrap – Merupakan kaedah pengiklanan yang paling terkini, ianya dipasang pada saiz yang amat besar pada bangunan-bangunan tinggi dengan menggunakan bahan vinyl mesh.

Spectacular Gantry - Paparan iklan gantri bersaiz besar yang merentangi keseluruhan jalan kebiasaannya 6 lorong atau lebih di lebuh raya.

Gantri – Paparan iklan yang lebih kecil yang merentangi sebahagian atau keseluruhan jalan yang lebih kecil.

Iklan Jejantas – Paparan iklan yang dipasang pada jejantas laluan pejalan kaki.

Iklan Pagar – Pengiklanan yang dipasang pada pagar-pagar sementara untuk tujuan keselamatan semasa pelaksanaan sesuatu projek binaan atau iklan pada pagar yang dipasang bagi menutup sesuatu visual yang kurang menarik.

 Projecting Sign – Pengiklanan kebiasaannya bersaiz besar yang dipasang pada permukaan struktur yang diunjurkan dari dinding sesebuah bangunan.

Iklan Kain Rentang (Poster) – Paparan di atas kain rentang di dalam pelbagai saiz yang di pasang pada sesuatu bangunan atau di atas sesuatu kerangka/bingkai (frame)

Pemasangan papan iklan luar hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

 • Keselamatan awam yang sentiasa terjamin melalui pemasangan papan iklan luar yang tidak menghalang penglihatan pejalan kaki dan pemandu kenderaan atau mengacau ganggu kelancaran operasi pemanduan;

• Kualiti persekitaran yang kondusif melalui pemasangan papan iklan luar yang tidak mencemarkan visual persekitaran dan tidak menghalang pemandangan tertentu serta menggalakkan pada masa yang sama pemasangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan persekitaran dan keceriaan bandar;

 • Keselesaan awam yang sentiasa terjamin melalui perletakan papan iklan luar yang tidak memudaratkan penghuni kediaman serta pengguna di kawasan awam; dan

• Paparan imej bersesuaian pada kandungan iklan melalui keutamaan di dalam penggunaan Bahasa Malaysia serta sentiasa menonjol nilai-nilai sosial, seni, budaya dan warisan masyarakat tempatan.

APAKAH SKOP GARIS PANDUAN INI?

 Bagi memenuhi prinsip-prinsip di atas, garis panduan ini merangkumi kawalan papan iklan luar bagi aspek-aspek berikut :

 • Perletakan; dan • Reka bentuk. Garis panduan ini tidak meliputi papan tanda perniagaan pada premis–premis perniagaan. Bagi kategori ini satu garis panduan berasingan disediakan.

Iklan bergerak pada kenderaan-kenderaan perdagangan juga tidak dirangkumkan kerana ianya dibawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP),
 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Garis panduan ini adalah dokumen sokongan kepada Undang-Undang Kecil Iklan yang disediakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Rancangan Pembangunan sesuatu PBT iaitu Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172).

Ianya menyentuh aspek perletakan dan rekabentuk papan iklan luar dan hendaklah digunapakai dengan mengambilkira keperluan perundangan selainnya yang berkaitan.

 Perincian teknikal pemasangan papan iklan luar di rizab lebuh raya/ jalan persekutuan adalah masih tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pemasangan Papan Iklan Di Dalam Rizab Lebuh Raya/ Jalan Persekutuan oleh Kementerian Kerja Raya yang dibuat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

GARIS PANDUAN KHUSUS

• Free-Standing Billboard Billboard bersaiz besar • Dimensi papan iklan yang dibenarkan secara melintang adalah berukuran 18 meter x 6 meter (60 kaki x 20 kaki) atau 12 meter x 9 meter (40 kaki x 30 kaki) dengan keluasan 111.5 meter persegi (1,200 kaki persegi). Ketinggian yang dibenarkan adalah 18 meter (60 kaki). Bagi billboard secara menegak, ketinggian dikekalkan pada 18 meter (60 kaki) dan dimensi yang dibenarkan adalah 9 meter x 12 meter (30 kaki x 40 kaki) bagi memperolehi perseimbangan perkadaran

Isu Logo Umno di Pulau Pinang baru baru ini yang digergaji oleh pekerja di bawah Kerajaan Pulau Pinang dipimpin DAP

Dibenarkan sekiranya TIDAK:

i. Menutup garis langit dan reka bentuk bandar atau pemandangan tertentu

 ii. Menutup bangunan warisan

iii. Menutup bangunan kerajaan

iv. Menutup bangunan berciri senibina menarik

 v. Menutup tanda tempat mercu tanda sesuatu kawasan

vi. Dipasang sepanjang koridor scenic di Lebuh Raya/ Jalan Utama

 vii. Dipasang di Jalan Protokol

viii. Melibatkan pemotongan pokok-pokkok besar dan menjejas program-program landskap sepanjang jalan

Logo Umno di depan Bangunan Umno Pulau Pinang adalah logo bangunan Umno bukannya satu iklan, ia dibina di atas tanah bangunan  Umno Pulau Pinang dan tindakan Kerajaan negeri Dap Pulau Pinang adalah jelas melanggaar perundangaan daan hak pemilik Tanah untuk memasang identiti bangunan mereka sendiri dan bukannya satu iklan yang memerlukan permit dari PBT dn perkataan yang diletakkan jelas tulis UMNO merujuk kepada bangunan UMNO Pulau Pinang

Maka Umno Pulau Pinang boleh mengambil tindakan perundangan ke atas Kerjaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Dap ganti rugi atas pencerobohan kawasan hak milik serta mendatangkan kemaluan besar kepada lebih 3 juta ahli umno seluruh negara seperti kemukakan saman RM 500 juta kepada kerajaan Pulau Pinang bawah DAP

sekian

Ahmad Shuaib Ismail
LLB Hons Law

20 jun 2015 












No comments:

Post a Comment