Total Pageviews

Saturday 17 October 2015

Menjawab isu terkini TMJ

Kenyaatan terbuka ASI tentang Isu kenyataan terkini TMJ Johor tentang isu perjanjian Johor sewaktu pembentukan Tanah Melayu 

Ada inbox tanya saya dari segi perundangan 

Saya ulangi kenyataan saya dalam Fb yang lepas 

1- itu hak negeri Johor dan Sultan Johor dan perlembagaan negeri Johor dari segi perundangan . 

2- saya dan keluarga saya terhutang nyawa kepada almarhum Sultan Abu Bakar sultan Johor kerana telah membantu selamatkan almarhum Moyangda saya almarhum Bendahara Pahang Tun Mutahir Ibni Tun Ali ketika perang saudara Pahang dan selamatkan almarhum datuk saya bendahara Muda Pahang Tengku Sham dan dijaga oleh panglima dan askar askar Sultan Johor dan panglima Pahang yang setia kepada almarhum Tun mutahir di tekek, Pulau Tioman selama 40 tahun 

Logik akal - saya takkan lahir hari ini jika almarhum Datuk saya terkorban dan gagal diselamatkan oleh panglima panglima dan askar askar sultan Johor semasa perang saudara di Pahang sejarah membuktikan askar askar Johor membantu almarhum Tun Mutahir semasa perang di Pahang dan almarhum datuk saya pernah hampir hampir terkorban di kampung mengkasar Pekan apabila cubaan beliau menuntut kembali takhta kerajaan Pahang tahun 1938 . 

3- almarhum sultan abu bakar Juga telah berkahwin dengan nenek saudara kandung saya iaitu Almarhumah Tengku Cik Ibni Tun Mutahir dan hubungan saudara sebelah moyang perempuan isteri kepada almarhum Bendahara Tun Ali dengan dengan almarhum Temenggung Ibrahim @  Sultan Ibrahim iaitu moyang perempuan yang sama. 

4- jasad almarhum Moyangda saya juga dikebumikan di Tanah Johor dan jasad jasad moyang moyang kandung saya sebahagian besar dikebumikan di Tanah Johor termasuk Almarhum Bendahara Tun Habib  Abdul Majid pemerintah kerajaan Melayu Johor Pahang Riau Lingga 

Akhir kata semoga TMJ dan Sultan Johor dan rakyat Johor terlebih utama keturunan askar askar Johor semasa perang Pahang Dalam rahmat kasih Rahim Allah Subhanawataala 

Yang benar 

Ahmad Shuaib Bin Ismail Bin Sham Bin Tun Mutahir 

15 Oktober 2015 

No comments:

Post a Comment