Total Pageviews

Wednesday 26 August 2015

Kembara di Bagan kota purba Myanmar

Kota Purba Bagan tempat menarik di Myanmar

Memandang Jauh nasib bangsa Melayu ummat Islam di Malaysia - di atas istana bekas raja Pagan -- kota purba Pagan hancur apabila terdapat rakyat menjadi pengkhianat - sedarlah bangsa ku


Semasa kemuncak kerajaan itu antara abad ke-11 sehingga ke-13,terdapat lebih 10,000 kuil-kuil Buddha, pagoda dan biara yang telah dibina di dataran Bagan sahaja. Kini hanya lebih 2200 kuil dan pagoda sahaja yang masih hidup hingga ke hari ini.



Kawasan Arkeologi Zon Bagan adalah tarikan utama bagi industri pelancongan yang baru muncul di negara ini. Ia dilihat oleh banyak pihak sebagai sama tarikan dengan Angkor Wat di Kemboja. 



Disebabkan inilah saya dan rakan-rakan sanggup menempuh 5 jam perjalanan dari Mandalay ke Bagan untuk menyaksikan keindahan bandar purba ini.





Tips Kembara Bajet Myanmar 3: Belon Panas pun ada.

Bagan merupakan tapak warisan UNESCO asalnya sebuah kota purba sejak abad ke 9 hingga abad ke 13. Ia merupakan pusat pentadbiran kerajaan King Anawratha yang menyatupadukan Burma pada waktu itu.

Oleh yang demikian, ia mempunyai banyak kuil-kuil Buddha, pagoda, stupa dan tinggalan bangunan purba yang dibina seawal abad ke 9.

Bagan kini terbahagi kepada dua kawasan: Old Bagan dan New Bagan. Walaupun namanya New Bagan, ia tidak bermakna tiada kuil purba di sini. Sama sahaja.

Cuma Old Bagan hanya punyai 3 buah hotel yang mahal dan berbintang-bintang sahaja. Kebanyakan kedai-kedai dan penginapan termasuklah penginapan bajet ada di New Bagan.

Aktiviti popular di Bagan adalah melawat kuil dan pagoda purba serta belon panas. Aha.. bukan cappadocia sahaja ada belon panas ya. Di Myanmar pun ada.



Menakjubnya, harga tiket belon panas di sini jauh lebih mahal dari di Cappadoccia. Harganya lebih kurang 320 -350 USD iaitu bersamaan dengan RM1140 - 1247 seorang.
Hohoho!

Kalau yang jenis bajet macam saya, kita panjat kuil Shwe San Daw awal pagi dan tengok belon panas dan sunrise je lah ya. Kemudian snap gambar.

Nak masuk kawasan kuil ni kena bayar. 20 USD atau 20 Euro, sah untuk 5 hari. Haa.. baik bayar ikut USD. Ikut Euro lagi rugilah. Lagi mahal.

Disini, tak perlu pakai tour guide. Sewa sahaja basikal atau ebike untuk pergi ke kuil ini. Sewa basikal dalam 3,000 - 5,000 kyat iaitu lebih kurang RM9.80 - RM 16.33 seharian 24 jam. Murah kan.

Kalau malas kayuh, sewa e-bike. Dia ada enjin kecik, automatik. Pulas je minyak, dia jalan. Tapi jalan perlahan je la.. tak la laju. Saya rasa dalam 30 km - 40 km sejam je kot. Sewa dalam 8,000 - 10,000 kyat sehari. Lebih kurang RM26 - RM32 sehari 24 jam. 

Bila sewa basikal atau ebike, anda akan dapat peta Bagan percuma. Haa.. pergi sendiri je lah.

Macam saya tempoh hari, jam 4.30 pagi saya dah keluar dari hostel dan berbasikal ke kuil tu. Sebab kat sini jam 6 pagi matahari dah naik dah. 

Jangan jam 8 pagi baru bangun, kata nak tengok belon panas ya.



Kebanyakan pagoda dan biara di sini masih digunakan sebagai tempat sembahan orang Buddha atau sebagai tempat mendidik kanak-kanak tempatan menjadi sami.

Antara pengalaman yang  dapati pada hari itu ialah:

  1. Adanya pintu gerbang yang besar sebelum sampai ke mana-mana Pagoda dalam Bagan. Sesuai mengambil sudut-sudut gambar yang cantik.
  2. Cuaca di sana agak panas, jadi sunblock amat diperlukan bagi mengelak diri menjadi lebih hitam. 😛
  3. Setiap pengunjung diwajibkan membuka kasut atau selipar sebelum memasuki kawasan pagoda
  4. Hampir setiap tempat adanya orang menjual oleh-oleh berbentuk lukisan, postcards, barangan buatan lakuer, kayu dan logam dan bermacam-macam lagi.
  5. Jalan tanah berdebu yang tidak bertar menghubungkan setiap pagoda kepada yang lain.
  6.  Pengangkutan utama ialah bas, truk berbumbung, kereta berkuda, motosikal dan kereta/van sewa. Boleh duruskan dengan pihak hotel masing-masing
  7. Tiada caj untuk memasuki mana-mana pagoda kecuali Bayaran Masuk Bagan Arkeologi Zone sebanyak USD $ 10 (tapi tiada pegawai yang akan memeriksa).
  8. Makanan halal sukar untuk ditemui apa yang ada 
Tujuan post ini sebenarnya 

1-keruntuhan sebuah tamadun sebab terdapat pengkhianat dalam dan luar 

2- rakyat Malaysia wajib sedar apa kita telah bina sejak 1957 jangan dihancurkan 

Jatuhnya kota Pagan sebab pengkhianat yang konon melawan raja tetapi akibatnya musuh yang menang 

3- Islam agama disisi Allah - ikut Islam dan Rasulullah saw maka bangsa Melayu pasti berjaya dunia akhirat 

Hidup Melayu - Allahuakbar 

Sebenarnya apa saya nak sampaikan 

Ucapan hari kemerdekaan ke 58 1957-2015 

Apa kita dapat dari atas 

No comments:

Post a Comment