Total Pageviews

Thursday 27 August 2015

Dr Mahathir boleh di saman oleh Ahli Umno

Ahli UMNO boleh boleh saman Dr Mahathir Bekas Presiden Umno 

Antara tips tips dan  fakta saman Di mahkamah jika hendak digunakan antaranya ialah 

Mana mana Ahli Umno boleh saman Dr Mahathir atas dakwaan telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti berkenaan dengan penyerahan  sebanyak RM 200 juta diserah kepada Paklah di dalam akaun tanpa pengetahuan parti dan rakyat malaysia 


Kandungan Saman juga boleh letak bahawa Dr Mahathir telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut bukti pembayaran balik sejumlah 200 juta yang didakwa diserah kepada Paklah milik Umno .

Dr Mahathir   juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun mana rm 200 juta di mana dana RM200 juta itu diterima termasuk mana mana Dana sejak tahun  1981 - 2003 Ketika memegang jawatan Presiden Umno 

Saman juga boleh menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

 Ahli  Umno boleh gunakan juga points antaranya  mendakwa bahawa kedudukan Dr Mahathir   sebagai ‘pesalah memegang kuasa’ dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Dr Mahathir sewaktu berkuasa 1981-2003 

Boleh letakkan menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Dr Mahathir kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan sejak menjadi Presiden umno 1981 -2003 yang merosakkan kepentingan ahli Umno, boleh letak dalam  Pernyataan Tuntutan kelak Dalam tempah dr Mahathir memegang jawatan Presiden umno 

  

Sememangnya  kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Terdapat buku di tulis pasal dakwaan penyelewengan zaman Dr Mahathir  menjadi PM termasuk dakwaan seleweng lebih rm100 billion wajar disiasat sprm PDRM semula 


Dr Mahathir juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana rm 200 juta itu diserahkan kepada Paklah bukan kepada umno 

Pernyataan Tuntutan boleh letak iaitu mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Dr Mahathir tidak dilantik sebagai pemegang amanah Umno rm 200 juta bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.

Hari ini saya terpanggil untuk bertanya satu tanya soalan baru – dari mana RM 200 juta ini datang?  Adakah Tun M menyimpan dari kecil, menabung dalam tabung buluh atau bagaimana?  Banyak duit tu.

Soalan ini ada relevan dengan derma politik RM 2.6 billion yang Datuk Seri Najib Tun Razak terima pada tahun 2013 yang lepas – isu yang masih menjadi topik ucapan Tun M di mana-mana dia pergi, termasuk paling baru ketika memberi syarahan di Universiti Petronas.

Paling tidak dalam soal RM 2.6 billion ini, kita sudah tahu asal usulnya bukan sumber haram. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun sudah mengetahui identiti penderma-penderma yang mendermakan wang tersebut kepada Najib.  Tinggal lagi kerana tidak ada undang-undang khusus mengenai isu ini, SPRM tidak boleh mendedahkan identiti penderma tersebut.

Tapi yang penting, SPRM tahu.

Persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan tunai RM 200 juta yang diserahkan Tun M kepada Paklah pada tahun 2003?  Tidakkah Tun M mahu asal usul wang ini juga disiasat – dah alang-alang isu sumbangan politik ini menjadi penting kepada Tun M sekarang?

Ahli UMNO patut lebih bimbang dengan wang RM 200 juta yang diserahkan Tun M kepada Paklah ini kerana asal usulnya tidak diketahui.  Kalau datang dari sumbangan tauke judi macam mana?

Jadi sebelum mengatakan Najib, sila jelaskan asal usul wang ini.  Terjawab asal usul wang ini, maka terjawab jugalah persoalan kenapa Najib juga menerima sumbangan politik (bukan duit 1MDB).  Soal jumlah tu tak kisahlah, nilai RM 200 juta 12 tahun yang dulu tak sama dengan sekarang.


Pernyataan Tuntutan itu boleh letak mendakwa bahawa Dr Mahathir   telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:

1. Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menyimpan  sejumlah RM200 juta  tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;

2. Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM200 juta tersebut;

3. Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM200 juta bagi tahun kewangan 2003 - 2004 

4. Gagal menyebabkan jumlah RM200 juta tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2003 - 2004 

5. Memindahkan wang berjumlah 200 juta kepada paklah tanpa buktikkan transaksi bank akaun bank umno  

6. Telah membayar dan/atau memindah 200 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;

7. Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM200 juta untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan

8. Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM200 juta tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.

Ahmad Shuaib Ismail 
28 Ogos 2015 

No comments:

Post a Comment