LAPORAN KEPADA SPRM KE ATAS PEMIMPIN DAP LIM KIT SIANG ISU SALAH GUNA DANA SUMBANGAN TELAH DIBUAT SEJAK MEI 2014
SRI PETALING - Bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini membuat satu laporan polis ke atas Pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang didakwa menyalahguna duit sumbangan awam demi kepentingannya sendiri.
Chee Chong mendakwa, terdapat beberapa ahli DAP datang mengemukakan aduan terhadap Kit Siang namun terlalu takut untuk menyuarakan aduan mereka kerana bimbang akan disaman oleh Pemimpin DAP itu sendiri.
"Kami tak mahu buat tuduhan melulu, nanti DAP kata kami fitnah mereka (DAP), jadi kami buat laporan polis dulu, kemudian kami akan bawa kes ini ke SPRM untuk disiasat."
"Jika wang tersebut telah diaudit, kemukakaan bukti bahawa ianya diaudit, tak perlu takut apa-apa jika tak bersalah, jawab sahaja siasatan SPRM nanti," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Sri Petaling, hari ini.
Beliau dalam pada itu menyeru Kit Siang supaya lebih bersifat telus dalam menjawab isu yang akan dibangkitkan SPRM.
Antara dakwaan yang dikemukakan terhadap Kit Siang ialah peruntukan wang bantuan sebanyak RM 1000 setiap bulan yang dijanjikan oleh beliau ke atas setiap sekolah cina dan sehingga kini dilaporkan tidak ada mana-mana sekolah menerima wang bantuan yang dinyatakan.
Kit Siang juga didakwa menyeleweng Dana Pendidikan Tinggi DAP yang dianggarkan bernilai RM 200,000 dan menggunakan wang dari dana tersebut untuk kepentingan diri dan pembiayaan pembelajaran anaknya ke luar negara.
Dalam pada itu menurut Ramesh, pihaknya sudah mengumpul enam saksi bagi membuktikan dakwaan terhadap Kit Siang dan mereka juga telah memberikan perlindungan kepada saksi dari diugut atau disaman oleh Kit Siang.
Beliau turut menggesa Kit Siang melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP jika beliau benar menyeleweng wang dan dana yang sepatutnya disalurkan kepada masyarakat.
"Jika SPRM dapat buktikan dia (Kit Siang) bersalah, dia patut berundur secara terhormat, jangan malukan parti sendiri," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment