Total Pageviews

Wednesday 15 July 2015

Wan Azri dan Ali tinju diwakili peguam Ahmad Shuaib Ismail tuduhan bawah akta hasutan

Papagomo, Ali Tinju, direman dua hari kerana menghasut

 
Papagomo yang ditahan malam tadi selepas menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 9.00 malam ditahan kerana menyiarkan berita palsu di luar Plaza Low Yat pada Ahad untuk menimbulkan kemarahan kaum Melayu.

Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat.

Peguamnya Ahmad Shuaib Ismail yang juga mewakili Ali Tinju berkata, polis pada mulanya memohon untuk mereman kedua-duanya selama empat hari akan tetapi majistret hanya membenarkan selama dua hari.

"Ali Tinju ditahan kerana kenyataannya dalam video sementara Papagomo ditahan kerana kenyataannya dalam Twitter,” kata Shuaib dan menambah kedua-duanya ditahan mengkut Seksyen 4 (1), Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin mendesak Papagomo menyerah diri.

Drama di Plaza Low Yat bermula pada Sabtu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai di sana untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai RM799.

Jurujual yang melayannya dilaporkan berkata, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Kejadian kejar-mengejar tercetus dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek itu, menyerangnya dan menyerahkannya kepada polis.

Bagaimanapun, rakan-rakan suspek menyerbu ke plaza itu dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu memberkas suspek.

Ketegangan terjadi semula di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur apabila pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan yang ramai di luar premis itu bersurai. – 15 Julai, 2015.


No comments:

Post a Comment