Total Pageviews

Tuesday 7 July 2015

Sembang Undang Undang bersama ASI - fitnah - Siri 1

Sembang Undang Undang bersama Ahmad Shuaib Ismail ASI 

Fitnah dibawah perundangan Islam , Sivil dan jenayah Siri 1 

Kajian Kes  :- fitnah berleuasa ke atas  PM Malaysia dan Kerajaan oleh musuh dalam dan luar Negara 

Dalam setiap Kes fitnah asas Pembuktian elemen pertuduhan.


1) Merujuk kepada “A Practical Handbook on Criminal Prosecution in the Subordinate Courts“ m/s 337, intipati bagi satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan ialah :


1) The accused made or published an imputation about a person.

2) It concerned the complainant or some other person thereby in whom the complainant was interested.

3) The said imputation must have been made by words either spoken or intended to be read or by signs or by visible representations.

4) Such imputation was made with the intention of harming or with knowledge or having reason to believe that it will harm the reputation of the person concerning whom it is made


Fitnah
          
1- Fitnah secara amnya merupakan tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang. Berdasarkan kes Dato’ Musa Hitam v SH Alattas & 2 Ors fitnah adalah imputasi atau tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi plaintif dalam pandangan orang yang munasabah di dalam masyarakat atau berkencenderungan menyebabkan plaintif dijauhi , dibenci, dihina atau dipandang rendah. 

2- Orang yang munasabah pula bermaksud orang biasa dalam sesebuah masyarakat itu. Ini dapat dilihat dalam kes Lau Chee Kuan v Chow Soong Seong di mana perayu telah mengambil tindakan fitnah bagi rencana yang diterbitkan oleh akhbar Feng Poa yang bertajuk “Bidan menemui Hantu”. Dalam kes ini, perayu merupakan seorang bidan dan telah pergi ke sebuah rumah untuk berubat. Apabila pulang ke rumah, dia telah jatuh sakit. Akhbar ini telah menyiarkan berita mengenai perkara ini dan mahkamah rayuan memutuskan bahawa rencana tersebut menfitnah perayu kerana orang ramai akan berpendapat bahawa perayu seorang yang bodoh kerana mempercayai kewujudan hantu sehingga jatuh sakit. Mahkamah rayuan juga menyatakan orang yang munasabah itu ialah orang yang bersetuju dengan pendapat orang yang munasabah itu. 

3- Bagi membuktikan wujudnya kesalahan fitnah, perlulah 
dibuktikan 3 elemen iaitu:

1) Kata-kata defendan bercorak fitnah
2) Kat-kata merujuk kepada plaintiff
3) Kata-kata itu disiarkan


4- Elemen Fitnah terdapat 3 elemen fitnah yang perlu dibuktikan untuk mengenakan liabiliti terhadap seseorang.

(1)kata-kata defendant bercorak fitnah

kata-kata defendan mestilah pada asasnya berkecenderungan mendatangkan kesan kepada plaintiff menyebabkan plaintif dijauhi,dihina,ditertawakan atau dipandang rendah oleh orang yang munasabah. namun begitu,perlu dingatkkan, sekiranya kata-kata itu dikeluarkan atau diucapkan dalam keadaan marah maka ianya tidak dikatakan bercorak fitnah. ini dapat dilihat dalam kes C Sivanathan V Abdullah bin Dato' Haji Abdul Rahman di mana dalam kes ini plaintiff telah bergaduh dengan defendan dan defendan dengan marahnya telah mengatakan plaintiff sebagai seorang yang penipu,tidak jujur dan pembohong. namun,mahkamah memutuskan bahawa kata-kata tersebut tidak dikatakan fitnah kerana ia adalah secara tiba-tiba dan dalam keadaan marah. kata-kata itu bercorak fitnah apabila melalui perkataan itu orang munasabah di dalam masyarakat akan memandang serong pada plaintiff. selain itu, pernyataan itu tidak bercorak fitnah tetapi menjadi fitnah akibat daripada implikasi atau rujukan kepada sesuatu perkara atau fakta-fakta khas yang diketahui oleh penerima penyiaran kata-kata tersebut. ini dapat dijelaskan lagi dengan melihat kepada dua contoh iaitu:


(a) innuendo sebenar : timbul apabila ada fakta-fakta khas atau diketahui oleh penerima penyiaran     kata-kata tersebut menyebabkannya bercorak fitnah. ini dapat dirujuk dlam kes Tolley v Fry & Son Ltd di mana plaintiff adalah seorang pemain golf. defendan telah membuat satu iklan menggunakan imej plaintiff dengan menunjukkan sekeping coklat keluran defendan keluar dr poket plaintiff dan ini menyebabkan implikasi bahawa plaintiff telah melacurkan statusnya sebagai pemain golf amatur.


(b) innuendo palsu : timbul akibat daripada kesimpulan kata-kata itu sendiri. ini dapat dijelaskan lagi dalam kes Lee Kuan Yew v JB Jeyaratnam dimana dalam kes ini defendan telah membuat pernyataan berbunyi,"saya tidak pandai dalam pengurusan kekayaan peribadi tetapi Lee Kuan Yew berjaya menguruskan kekayaannya dengan baik sekali". jadi,pernyataan seperti ini menimbulkan implikasi bahawa plaintiff adalah seorang yang melakukan rasuah selaku perdana menteri singapura.

(2) kata-kata merujuk kepada plaintif


dalam kes David Syme & Co v Canavan telah menggariskan prinsip orang munasabah. untuk membuktikan kata-kata itu merujuk kepada plaintiff, kata-kata itu mestilah menyebabkan orang munasabah faham bahawa kata-kata itu adalah merujuk kepada plaintif. biasanya plaintiff adalah seorang individu namun begitu ianya juga boleh diluaskan kepada nama syarikat, organisasi dan sebagainya.

(3)kata-kata itu disiarkan
elemen yang seterusnya adalah kata-kata tersebut mestilah disiarkan iaitu sampai ke pengetahuan orang ketiga selain daripada plaintif. ini dapat dilihat dalam kes Dr Jenni Ibrahim v S Pakianathan di mana dalam kes ini defendan telah menulis telah menulis surat kepada pihak berkuasa menyatakan plaintif telah menyalah gunakan kuasa dan melakukan pecah amanah melibatkan wang di Pusat Pertolongan Kampung Bercham. perbuatan defendan menulis surat kepada pihak berkuasa dijustifikasikan sebagai telah wujud penyiaran terhadap kata-kata fitnah tersebut.

5- oleh  itu,secara kesimpulannya, untuk membuktikan wujudnya fitnah terhadap seseorang,elemen-elemen di atas perlu dipenuhi


Dalihan
terdapat beberapa dalihan bagi mengecualikan seseorang daripada kesalahan fitnah:

(1) keizinan:  defendan perlu membuktikan bahawa dia telah mendapat keizinan daripada plaintif untuk menyiarkan kata-kata tersebut.

(2) fitnah tanpa niat: dalam dalihan ini,defendan boleh menggunakan seksyen 7 akta fitnah. defendan hendaklah membuktikan bahawa dia tidak mengetahui keadaan-keadaan di mana perkataan-perkataan itu boleh difahamkan sebagai merujuk kepada plaintif atau ianya bercorak fitnah terhadap plaintif. selain itu,defendan juga perlu membuktikan bahawa dia telah bertindak secara suci hati dalam penerbitan tersebut. selain itu,defendan boleh membuat tawaran penyelesaian dalam bentuk menerbitkan pembetulan kepada kata-kata tersebut atau permohonan maaf secepat mungkin.

(3) justifikasi : dalihan ini merupakan satu dalihan yang mutlak dan telah diperuntukkan dalam seksyen 8 Akta Fitnah. dalam menjayakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan bahawa kata-kata fitnah yang disiarkan merupakan benar bukan satu fitnah semata-mata. beban pembuktian terletak kepada defendan untuk membuktikan kebenaran kata-kata fitnah yang dilemparkan.

(4) komen berpatutan:  komen berpatutan diperuntukkan di dalam seksyen 9 Akta Fitnah. namun begitu,untuk menggunakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan empat elemen iaitu iainya mestilah komen dan bukan fakta,komen tersebut mestilah berdasarkan fakta yang benar,ketiga ianya mestilah komen yang adil dan keempat ianya mestilah berkaitan dengan isu kepentingan awam.

Komen Berdasarkan Kes perlu menentukan samaada kenyataan Wall Street journal ke atas Konon wujud akaun 700 usd  tersebut termasuk dalam pengertian fitnah. 

6- Menurut Chris Reed and John Angel in the book of Computer Law 4th edition, fitnah adalah berlaku apabila seseorang meluahkan kata-kata yang menjatuhkan reputasi orang lain pada pandangan masyarakat. 

7- Seterusnya, kita perlu lah menentukan bahawa fitnah yang dilakukan adalah berbentuk libel. Hal in adalah kerana apabila sesuatu percakapan itu direkodkan atau dirakamkan, ia akan menjadi libel.  

Jelas fitnah adalah senjata lama pr dan Dapigs untuk jatuhkan Kerajaan gunakan pihak asing ...

Ahmad Shuaib Ismail 
8-7-2015 

ASI. 

No comments:

Post a Comment