Total Pageviews

Friday 10 July 2015

Dewan Ulamak Pas terima pendapat peguam UMNO - keputusan kekal putuskan kerjasama dengan Dap

Allahuakbar - keputusan muktamad - PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN DAP 24 RAMADAN 1436 hijrah Dewan sebulat suara keputusan ulamak Pas dan majlis Syura Ulamak Pas - 

dewan ulamak Pas terima cadangan dari peguam Bff UMNO Ahmad Shuaib atas desakan banyak kali sebelum ini untuk putuskan hubungan dengan dap , alhamdulillah 

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum.

Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.

Dalam masa yang sama PAS tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.

Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.

Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

No comments:

Post a Comment