Total Pageviews

Saturday 4 April 2015

Kesalahan jenayah siapa yang timbulkan semula kes altantuya dan kaitkan sesiapa adalah fitnah jenayah dan penghinaan mahkamah

Satu penghinaan kepada mahkamah dan satu kesalahan jenayah jika menimbulkan isu baru keterangan hearsay dalam Kes altantuya 


Pihak yang tiada kaitan sebagai Saksi atau kuasa boleh dikenakan tindakan Akta hasutan dibawah seksyen 4 Kerana menimbulkan kegelisahan awam terhadap badan kehakiman dan tindakan penghinaan kepada mahkamah 


Sesiapa pun tidak boleh ulas di luar konsep hukuman dan penghakiman Kes altantuya 


Siapa tiada Hak bertambah tentang Kes tersebut jika tiada kuasa dan tiada Hak untuk memaksa mana mana pihak menjawab soalan sedangkan tiada isu sejak Dari perbicaraan sendiri 


Jika Ada maklumat baru hendak dilakukan dengan membuat laporan polis sebagai satu maklumat dan pihak pendakwa boleh Arahkan siasatan dilakukan terhad kepada 


1. Isu baru 

2. Maklumat baru 


Isu siapa terima Arahan dan mendapat Arahan dan siapa yang membunuh altantuya jelas dalam penghakiman mahkamah dibawah


Setiap pihak telah beri peluang mencukupi sepanjang tempoh perbicaraan semenjak mahkamah tinggi hingga mahkamah persekutuan dan peluang telah berlaku


Mahkamah beri penghakiman berdasarkan keterangan dan bukti sepanjang perbicaraan dan jelas Saksi Saksi dipanggil dan mahkamah telah menilai semua keterangan 


Isu siapa bagi Arahan tidak Pernah timbul tetapi mahkamah melihat siapa yang membunuh altantuya 


Mahkamah persekutuan puas Hati yang sirul dan azilah yang membunuh altantuya berdasarkan 



1. Fakta Saksi 

2. Keterangan dan bukti 

3. Keterangan pembelaan sendiri diberi peluang menafikan segala pertuduhan ke atas altantuya


Tiada isu siapa beri Arahan Kerana 


Elemen Kes bunuh bawah seksyen 302 ialah membunuh dengan cara yang salah tidak dibenarkan dalam undang undang yang bawa kematian dengan niat dan sengaja dan gunakan senjata yang mematikan Tanpa sebarang sebab dibenarkan dalam perundangan atau alasan pengecualian dalam Kanun keseksaan seperti Hak private defence  


Kita hanya boleh ulas 


1. Fakta dan keterangan yang telah berlaku 


2. Perbincangan apa dalam penghakiman Kes mahkamah tinggi rayuan dan persekutuan  



Maka sesiapa pihak termasuk ds najib beri Ulasan kepada Kes altantuya Akan membawa perangkap kepada beliau sendiri oleh musuh politik beliau 


Jelas sepanjang perbicaraan tiada seorang peguam sirul atau azilah kaitkan atau panggil ds najib sebagai Saksi 


Jika ds najib keluar KENYATAAN Kes altantuya Akan buka ruang kepada 


1. Kesalahan Menghina mahkamah 


2. Peluang pihak pihak untuk failkan satu permohonan ke mahkamah persekutuan untuk Membuka semua perbicaraan Kes altantuya ke peringkat awal semula atas alasan Demi keadilan  



Berikut adalah ringkasan alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Azilah Hadri dan Sirul Azhar.


Pembelaan alibi Azilah merupakan penafian semata-mata kerana tidak mungkin dia berada di Bukit Aman atau Wangsa Maju pada hari kejadian kecuali di lokasi-lokasi panggilan dibuat.


Pembelaan alibi Azilah bahawa dia tidak berada di Puncak Alam iaitu tempat kejadian pembunuhan Altantuya, sebaliknya berada di Bukit Aman bersandarkan kepada diari stesen (D428), tidak diterima kerana dokumen itu hanya boleh disahkan oleh pembuatnya, bukan pegawai penyiasat.


Senarai panggilan telefon bimbit yang dibuat oleh Azilah tidak satu pun mencatatkan panggilan dibuat dari Bukit Aman atau Wangsa Maju seperti yang didakwanya. Sebaliknya panggilan dibuat dari Pekan Subang, Kampung Melayu dan Puncak Alam dan ketiga-tiga lokasi itu terletak jauh dari Bukit Aman.


Polis tidak mengetahui lokasi sebenar pembunuhan Altantuya jika tidak ditunjukkan oleh kedua-dua responden. Azilah dan Sirul Azhar membawa polis ke tempat kejadian pada masa yang berlainan dan tempat tersebut merupakan kawasan terpencil di atas bukit iaitu lokasi cebisan-cebisan tubuh manusia kemudiannya ditemui.

Kedua-dua responden merupakan anggota UTK yang tidak mudah diperlekehkan selain tiada bukti keterangan yang menunjukkan mereka diperdaya atau didera ketika siasatan.

Sirul Azhar tidak menjelaskan di mahkamah berhubung penemuan barang kemas milik Altantuya iaitu sepasang anting-anting, sebentuk cincin emas dan seutas jam tangan jenama `Larmens’ pada jaket hitam dalam almari di rumahnya.



Kegagalan mengemukakan khidmat pesanan ringkas (SMS) di antara Deputi Supritendan (DSP) Musa Safri, Abdul Razak dan Azilah tidak menimbulkan ketidakadilan terhadap responden pertama kerana Musa tidak pernah mengarahkan Azilah membantu Abdul Razak melainkan hanya diarah mengadakan pertemuan dengannya. Azilah bertindak atas budi bicara dan kewarasannya sendiri.



Niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan telah dibuktikan dalam tuduhan kerana kedua-dua responden pertama kali dilihat di Hotel Malaya pada 18 Oktober 2006 melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) serta di rumah Abdul Razak keesokannya.



Selipar yang mempunyai kesan darah Altantuya dijumpai dalam kereta Sirul Azhar dan penemuan barang kemas dalam jaketnya membawa kesimpulan bahawa barang-barang itu diperoleh daripada mangsa dari tempat kejadian di Puncak Alam.



Senarai panggilan menunjukkan Azilah membuat panggilan dari Puncak Alam menyimpulkan bahawa dia berada di tempat kejadian bersama-sama Sirul Azhar. Kereta Sirul Azhar digunakan untuk membawa mereka bertiga ke Puncak Alam.



Pembelaan Sirul Azhar dari kandang tertuduh tidak membantu kerana keterangannya tidak selari dengan bukti keterangan yang lebih kukuh di mahkamah.



Mahkamah tidak mempercayai pembelaan Sirul Azhar yang menyatakan penglibatannya berakhir selepas dia meninggalkan Altantuya bersama Azilah dalam sebuah kereta di hadapan rumah Abdul Razak.



Azilah dan Sirul Azhar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.



Maka ds najib tidak boleh mengupas kes altantuya Kerana ia Akan membawa peluang pihak pihak untuk membuat Usul di mahkamah persekutuan untuk Membuka semula perbicaraan kes altantuya dan ds najib bukan Ada kuasa mencampuri urusan badan kehakiman Malaysia 


Ulasan Dari Ahmad Shuaib Ismail seorang peguam jenayah dan peguam bela peguam cara mahkamah tinggi Malaya 5 April 2015 


Dipetik sumber ASI post 

No comments:

Post a Comment