Total Pageviews

Sunday 29 March 2015

45 hujahan pembangkang dijawab peguam

45 hujahan pencacai pembangkang  dijawab oleh peguam 

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO

Hujahan peguam : kerajaan Malaysia yang serahkan Singapore untuk merdeka atas persetujuan ahli ahli parlimen Malaysia yang mengundi dan persetujuan yang dipertuan Agong ketua negara Malaysia 

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO 

Hujahan peguam : Kerajaan negeri Pahang 

Semua rakyat Malaysia ada hak membeli dan memiliki tanah 

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO


Hujahan peguam : saham bukan nama umno 

Saham nama individu terdiri pelbagai parti dan latar belakang 

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

Hujahan peguam : orang Melayu jual tanah kepada Cina dengan tukar syarat rizab Melayu kepada geran putih 

So salah siapa 

Mereka nak jual kenapa salahkan umno sebab dalam geran tak sebut nama umno tapi nama individu 

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO

Hujahan peguam : pulau batu putih isu mahkamah antarabangsa putuskan

Isu tanjung pagar adalah tanah komersil hak milik ktm dan kerajaan bukan milik umno 

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO


Ini tugas polis . Polis dan umno berbeza 

Polis jaga keselamatan rakyat dan kejadian memali nak tangkap suspek kes iaitu Ibrahim libya tetapi dihalang oleh mereka dengan kekerasan terlebih dahulu termasuk membunuh seorang anggota keselamatan 

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)

Hujahan peguam : peniaga terdiri orang pas umno dan takda parti 

Rakyat Kelantan bukan semua pas dan bukan semua umno 

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR

Hujahan peguam : umno bukan tadbir kerajaan kementerian yang tadbir ialah pegawai kerajaan 



9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam : mana bukti dan fakta persempedanan Brunei dengan Malaysia 

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam: mahkamah dah putuskan. So apa lagi nak spin 

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO

Hujahan peguam : ia kerja polis dan menteri KDN bukan tugas umno 

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam : ini kerja pasaran ekonomi makro mikro semasa 

Peranan peniaga pemborong dan harga semasa 

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam : isu tolak hukum Islam adalah spin mereka . Dasar kerajaan umno bina pelbagai kemudahan ummat Islam termasuk tabung haji 

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam: ia adalah kuasa kerajaan bukannya kuasa umno 

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Hujahan peguam : ia adalah kuasa undi ahli parlimen 

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat

Hujahan peguam : tiada manusia nak letak lembu dalam kondo nampak sangat soalan sewel 

16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

Hujahan peguam : ini adalah kuasa Petronas dan kuasa kerajaan persekutuan dan ada dalam perjanjian 

17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

Hujahan peguam : jelas dalam perjanjian dah ada 

18. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

Hujahan peguam: ini isu pemilikan tanah 

Tiada kaitan sebab bukan tanah milik umno tapi milik pemaju 

19. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

Hujahan peguam: ramai sahaja pindah rumah so apa masalah 

20. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?


Hujahan peguam : soalan ulangan diatas dah jawab 

21. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

Hujahan peguam : Soalan ulangan 

22. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

Hujahan peguam : rakyat Malaysia dan peniaga yang jalankan perniagaan 

23. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

Hujahan peguam : kekuatan ekonomi semasa dan kegagalan kita bersama 

24. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

Hujahan peguam : dasar tetap diteruskan selaras perlembagan tentang hak Melayu 

25. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

Hujahan peguam : mana bukti 

Cakap secara tuduhan yang tiada Asas 

27. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

Hujahan peguam : kuasa ahli parlimen bagi memudahkan rakyat menjalankan tugas 

28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

Hujahan peguam : ini adalah persetujuan majlis raja raja sendiri setuju
Bukan isu kekebalan tapi isu mahkamah raja raja 

29. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

Hujahan peguam : tiada bukti 

30. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

Hujahan peguam ; ini kuasa spr 

31. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

Hujahan peguam : dasar kerajaan jelas meneruskan biasiswa 

32. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

Hujahan peguam : dasar kerajaan 

33. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

Hujahan peguam : penggunaan bahasa asing yang telah dimelayukan 

34. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar-luar bandar semakin melebar?

Hujahan peguam : telah ditukar dan ditambah baik 

35. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

Hujahan peguam : dasar kerajaan agar rakyat kuasai bahasa utama dunia 

36. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

Hujahan peguam : ia ikut perjanjian 


37. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

Hujahan peguam : soalan ulangan 

38. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

Hujahan peguam : soalan ulangan 

39. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

Hujahan peguam : bukan hapus cuma tukar mata pelajaran. Dan jawi kekal diajar di sekolah agama ketika itu 

40. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

Hujahan peguam : mana mana pun ada pengganas 

41. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

Hujahan peguam : kerajaan jelas beri bantuan so tak payah spin 

42. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

Hujahan peguam : itu cadangan yang telah ditolak 

43. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

Hujahan peguam : undang undang dibuat untuk faedah semua rakyat buka untuk hak boleh dilanggar 

44. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

Hujahan peguam : kenaikkan petrol adalah berdasarkan harga minyak semasa 

45. Siapakah pula vyang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Hujahan peguam : setiap manusia dalam dunia bukan jadi bodoh pasal parti tapi sebab diri sendiri 

Bukan semua orang pas bodoh dan bukan semua orang umno pandai 


Semua 45 soalan dengan mudah dijawab tuduhan fitnah dan tomahan pembangkang 




Sekian 

Ahmad Shuaib Ismail
30/3/2015 


No comments:

Post a Comment