Total Pageviews

Sunday 22 March 2015

Taktik dap pkr pasal hudud terbongkar Kerana mereka sebenarnya nak pecahkan umno dan Barisan Nasional

Kita nampak jelas 

Tujuan hudud untuk bagi kompenan bn berpecah 

Mereka bukan nak hudud tapi taktik mereka nak pecahkan hubungan kompenan bn 

KENYATAAN lim kit siang amat jelas permainan mereka 

Pas terlibat gunakan hudud politikkan hukum Allah Demi kepentingan politik nak survival politik pas  sama macam dap 

Maka Kita jangan terperangkap agenda pembangkang 

Akhirnya mereka kantoi dengan KENYATAAN lim kit siang 


Disini Saya setuju 200% ulaaam hujahan Dr Mim novandri dibawah jelas hujahan fakta 

Isu Rang Undang-undang Hudud telah menyerlahkan kekalutan dan kegagalan pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang. Ianya lebih memalukan kepimpinan DAP yang sebelum ini beria-ia kononnya akan dapat menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud.
Kita juga menyaksikan betapa desperado nya kepimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang yang pada mulanya sengaja merekacipta kononnya akan wujud 'kerajaan Perpaduan' di antara PAS dan UMNO. 

Bukan sahaja kenyataan beliau itu satu helah tetapi akhirnya, beliau sendiri yang mahu mewujudkan 'kerajaan Perpaduan'. 
Untuk menyelamatkan Malaysia, mungkin masa telah tiba untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen dari parti kerajaan dan pembangkang yang mahu mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dengan seorang Perdana Menteri baru. 
Perkara tersebut diajukan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam majlis makan malam Ulangtahun DAP Bukit Bintang malam tadi. seterusnya
MiM tidak pasti ada ahli-ahli Parlimen BN yang termakan dengan umpan Lim Kit Siang DAP ini. 

Tambahan pula, DAP sebelum ini telah menghina dan menjatuhkan maruah ahli-ahli Parlimen BN begitu teruk sekali tanpa belas kesihan. 

Dan sekarang, Lim Kit Siang dengan tanpa malunya menagih simpati ahli-ahli Parlimen BN ini.

Begitu terdesaknya tindakan Lim Kit Siang DAP untuk menutup kegagalan kepimpinan tertinggi DAP untuk memperjuangkan 'anti-Hudud' dan gagal menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud. 

Begitu juga dengan tindakan PKR yang dengan tanpa malunya 'mencabar komponen BN membubarkan parti mereka' ke atas masaalah dalaman Pakatan Pembangkang itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan membubarkan parti dianggap lebih bermaruah daripada membiarkan mereka terus dipermainkan sandiwara Umno. 
"Sebab itu saya cabar presiden parti-parti komponen BN yang menyatakan bangkangan kepada rang undang-undang persendirian itu untuk mendapatkan pendirian Najib dan timbalan beliau Muhyiddin dalam bentuk bertulis secepat mungkin," katanya dalam satu kenyataan hari ini - seterusnya
Ke situ pula omongan kosong Rafizi Ramli iaitu dengan menunding jari kepada UMNO dan BN. Padahal, isu asasnya ialah masaalah dalaman Pakatan Pembangkang.

Sepatutnya, DAP, PKR dan PAS yang membubarkan parti masing-masing seberapa segera kerana gagal berkompromi sebagai satu komponen pakatan politik. Ketiga-tiga parti itu yang patut membuat pendirian dalam bentuk bertulis, bukannya UMNO dan BN.

Realitinya, parti PKR dan DAP yang tidak bernilai jika dibandingkan dengan keputusan PAS itu.

Yang memualkan ialah tuduhan murahan Rafizi Ramli yang menuduh 'sandiwara Umno berterusan melalui media di bawah kawalannya yang menyokong penuh pelaksanaan hudud'.

Padahal, pihak yang sebenarnya bersandiwara dan menipu penyokong masing-masing ialah parti DAP, PAS dan PKR yang berada di dalam satu rumah politik.

Rafizi Ramli mendakwa kononnya 'pendirian Umno berubah-ubah mengikut pengundi sasaran mereka dan ini adalah rentetan sandiwara demi sandiwara Umno untuk memecahkan PR menggunakan isu hudud'.

Yang berubah-ubah pendirian mengikut sasaran mereka yang sebenarnya ialah Pakatan Pembangkang terutamanya parti DAP. Ianya sangat terserlah dengan tindakan parti DAP yang 'menggantung' kerjasama dengan parti PAS hanya dibeberapa negeri yang terpilih sahaja! 

Yang terbaru ialah tindakan DAP Sabah yang bukannya mahu bercerai dengan PAS tetapi hanya sekadar 'beku kerjasama' sahaja. Sandiwara tahap longkang parti DAP yang sangat jijik.
Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin berkata, keputusan dibuat ekoran tindakan PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila PAS Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. 
"DAP Sabah melihat senario di Kelantan ini sebagai satu kegagalan terbesar PAS berpegang pada janji dalam kerjasamanya dengan PR.
Yang menimbulkan tanda tanya sekarang ialah di manakah chain of command parti DAP?
1. Benarkah DAP negeri sesuka hati mereka membuat keputusan drastik tanpa merujuk kepada Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang DAP? 
2. Apakah benar bahawa DAP negeri-negeri tidak menghormati Lim anak-beranak hinggakan mereka membuat keputusan sendiri?
Dan seperti yang MiM sering katakan, DAP akan menyalahkan semua pihak termasuk PAS. Padahal yang nyata ialah kegagalan kepimpinan DAP menyakinkan rakan politik mereka untuk mengugurkan Hudud.

Dalam konteks ini, DAP gagal memperjuangkan 'anti-Hudud' mereka.

Dan yang patut dijadikan bahan berita sekarang ialah 
1. tuntutan penyokong-penyokong DAP supaya kepimpinan DAP sedia ada meletak jawatan dengan segera kerana telah memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong DAP. 
2. parti DAP dibubarkan atau pun keluar daripada Pakatan Pembangkang.
Tidak perlulah kita melayan segala putar belit dan cabaran Pakatan Pembangkang terhadap UMNO dan BN. Biarkan DAP dan PKR menjawab dan berbohong kepada penyokong-penyokong mereka. 

Kita lihat dan tunggu sahaja, setakat mana DAP dan PKR mampu bersandiwara di depan rakyat.


Ahmad Shuaib Ismail 
23/2/2015 



No comments:

Post a Comment