Total Pageviews

Sunday 1 March 2015

7 amanat Anak Melayu

Amanat Melayu di Perhimpunan Melayu, Stadium Bukit Jalil hendaknya janganlah tinggal amanat sahaja tapi diusahakan dan dijadikan asas serta dipertahankan dengan sepenuhnya. Amanatnya adalah

1. Orang Melayu dan umat Islam mesti memperjuangkan ketinggian agama Islam serta syiarnya sebagai agama Persekutuan yang berasaskan al-Quran dan al-Sunnah

2. Orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu dan hak keistimewaan mereka serta kaum bumiputera yang lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

3. Penegasan pada komitmen untuk menegakkan maqasid syariah 

4. Bertekad memperkukuhkan ekonomi orang Melayu agar mampu bersaing dengan kaum-kaum lain di negara ini dan di pentas antarabangsa

5. Memberi penekanan terhadap usaha melatih dan mendidik orang Melayu sebagai peneraju yang berilmu, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing, kreatif, inovatif, berwawasan serta berfikiran global namun dalam masa sama, berpaksikan kepada adat resam dan budaya Melayu

6. Menyuburkan nilai-nilai mahmudah yang mulia lagi terpuji seperti berjiwa besar, semangat juang yang tinggi, berani serta patriotik kepada watan dengan menjauhi sifat-sifat mazmumah yakni tercela, terkeji seperti berdengki dan bersengketa serta bermusuh-musuhan sesama bangsa

7. Memperteguh institusi keluarga dan masyarakat Melayu serta menjadikan nilai murni seperti hormat menghormati, kasih mengasihi, tolong menolong sesama kita di samping itu menjauhi sifat-sifat negatif seperti buruk sangka, saling memfitnah sesama bangsa dan seumpamanya

Ahmad Shuaib Ismail 

1 mac 2015

No comments:

Post a Comment