Total Pageviews

Wednesday 10 December 2014

Hujahan peguam lima isu kenapa generasi muda Melayu Cina India iban kadazan menolak Umno BN

Lima isu penting kenapa anak anak muda generasi Melayu cina India Kadazan Iban menolak UMNO BN . Saya rangkumkan semua dan isu agama saya khususkan Untuk orang Melayu dan empat lagi isu 2-5 terbuka kepada semua diatas

1. Isu Agama
2. Isu rasuah dan penyelewengan
3. Isu ekonomi
4. Isu kredibiliti  kepimpinan
5. Isu pentadbiran awam

Mulakan isu pertama

Isu agama

Saya letakkan point penting

1. Majoriti orang Melayu lihat kerajaan UMNO BN sejak tahun 1957 gagal meletakkan undang undang jenayah Islam dalam perlembagaan

Isu murtad : gejala makin serius dengan banyak kejadian murtad berlaku tetapi tiada sebarang tindakan tegas mengikut sistem jenayah Islam dilaksanakan

Generasi muda Melayu telah melihat UMNO boleh meminda perlembagaan mengurangkan kuasa raja raja  Melayu dan menubuhkan Mahkamah khas bicarakan Kes Kes di buat oleh Raja Melayu tetapi gagal pinda sekali kuasa Mahkamah syariah dan perundangan Islam sepenuhnya

2. Isu zina anak haram buang bayi

Berapa banyak berlaku sebab apa .sebab tiada hukuman keras seperti hukuman mati dikenakan kepada siapa yang melakukan zina dan melahirkan anak luar nikah bagi yang dah berkawin dan belum berkawin dengan hukuman sivil yang berat

3. Isu Judi arak

Sejak Merdeka telah wujud sedangkan perkara ini sepatutnya dicegah sejak tahun 1957 lagi

4.

5. Banyak lagi tapi cukup 3 points hujahan diatas

Renung dan fikir

So macam mana peranan UMNO BN dalam isu pertama diatas

Bagaimana Cara atasi dan kembalikan semula sokongan majoriti generasi Melayu yang menolak UMNO BN

Bagaimana nak rawat 3 perkara diatas dalam masa sama kaji ia adalah antara punca utama mereka menolak UMNO BN

Isu #Kedua

Mulakan isu kedua

Isu rasuah dan penyelewengan

Saya letakkan point penting

1. Mereka melihat sendiri APA berlaku di dalam negara

Orang kaya beri rasuah Untuk kepentingan mereka

Lihat statistik Kes rasuah dituduh di Mahkamah sejak tahun 2000 maka anda akan tahu Nilai berapa

2. Laporan Jabatan audit negara jelas menunjukkan terlalu banyak kerugian berlaku akibat penyelewengan

3. Seleweng hutan balak seleweng projek projek kerajaan kerap terjadi

4. Mereka kerja dengan kerajaan .maka mereka tahu APA berlaku

Siapa golongan parti penyokong mana yang buat soal kedua tetapi mereka akan tetap salahkan kerajaan

5. Ini punca mereka ramai anti UMNO BN

Perbuatan berterusan berlaku depan Mata mereka

Laporan penangkapan yang didakwa dan tidak dapat ditangkap terus menjadi perhatian

Isu imugresen Malaysia Ada pegawai mereka terlibat rasuah libatkan keselamatan negara seperti berlaku di Klang tempat feri ke Indonesia

Isu rasuah kastam melibatkan kerugian anggaran beratus billion kepada hasil negara

Isu pelbagai termasuk kemewahan keluarga pemimpin dan orang yang Ada hubungan rapat dengan kerajaan

Sudah la

Kalian faham kan

Nak Ula's mahu 100 mukasurat lagi !

Mulakan isu ketiga

Isu ekonomi

1. Kegagalan kerajaan sendiri membantu orang Melayu yang Jenis bernafsu jahat menjadi kaya sambil merosakkan sistem negara sendiri

2. Pergantungan kepada kekuatan bangsa cina dalam ekonomi meningkat jurang pendapatan meluas antara kaum

3 . pembaziran dalam belanjakan Wang kerajaan projek seperti jambatan bengkok pkz dan lain lain

4. Kegagalan memastikan pengagihan kek ekonomi kepada sesuatu kaum terasa dipinggir

5. Dasar defisit belanjawan negara sejak 1998

6. Harga kos Sara hidup dan barangan meningkat tidak sama dengan kadar gaji

7. Isu harga minyak

8. Isu monopoli ekonomi seperti IPP

9. Isu perlaksanaan perancangan ekonomi

10 . isu kauvinis penghalang kerjasama ekonomi meluas antara rakyat

Isu #Keempat

Mulakan isu keempat

Isu kredibiliti kepimpinan

1. Sikap budaya ingat rakyat zaman skang zaman pak kadok ke takleh menilai sendiri

2. Sikap sambil lewa dalam selesaikan isu rakyat

3. Tiada sikap tegas dalam melaksanakan dasar kerajaan

4. Sikap isteri keluarga segolongan pemimpin

5. Isu keperibadian yang menjadi buah mulut

6. Isu ingat kuasa yang Ada buatkan orang lain takut

7. Isu kemesraan layanan kepada rakyat

8. Isu merasa diri bagus dan bijak suci semua orang lain salah sedangkan dasar sendiri akibat kerugian pada

Isu #Kelima

Mulakan isu kelima

Pentadbiran awam

1. Sikap pentadbir awam ramai yang sombong dengan rakyat

2. Sikap pentadbir pekerjaan kerajaan Ada telibat Kes pukul rakyat .Ada yang melibatkan kematian  oleh penjawat awam seperti Kes Kes kematian dalam tahanan termasuk Kes Rogol berlaku ketika dalam tahanan

3. Ramai jenis layanan tidak mesra dan kasar kepada rakyat sebagai pelanggan

4. Selalu lewat bertindak dalam isu isu melibatkan rakyat

5. Sikap terlibat dengan rasuah dan selewengan sebabkan ramai mereka didakwa di Mahkamah

Sikap mereka merugikan kerajaan UMNO BN

Mereka adalah liability

Ada yang terlibat bocorkan dokumen sulit kerajaan seperti berlaku di pejabat TPM

Ada yang sabotaj dasar kerajaan memburukkan nama kerajaan dengan melakukan perbuatan jenayah pecah amanah rasuah dan lain lain jenayah termasuk terlibat dngan Samun rompakan dadah Rogol

Tetapi

Mereka tetap salahkan kerajaan UMNO BN disebabkan kegagalan pengurusan isu dan tepis persepsi

Sekian sahaja Lima perkara diatas

Dihuraikan secara ringkas

Maka saya dan anda sebagai ahli UMNO

Bagaimana Cara Kita baiki Lima Cara diatas kerana persepsi buruk telah ditanam dalam kepala mereka

Maka :

1. Muhasabah
2. Minta maaf pada rakyat
3. Perbaiki semula
4. Tindakan bijak
5. Transformasi yang drastik

Demi

Selamatkan kerajaan Melayu dipimpin oleh Umno BN

Maka  masa masih Ada

Kembalikan semula kenyakinan rakyat

Sekian

Wallahualam

Ahmad Shuaib Ismail

10 Disember 2014

No comments:

Post a Comment