Total Pageviews

Monday, 23 June 2014

Menteri Besar Kedah mulai pembaharuan

Saya  suka cara Datuk Mukhriz Tun Mahathir membawa dasar Melayu Islam dan dasar hak rakyat Kedah berbilang bangsa dan agama .

Orang Pas Kedah pun dah mula ramai menyayangi MB Kedah yang tidak memilih serban atau songkok dalam melaksanakan agenda rakyat Kedah

Orang cina India di Kedah mula menerima dengan hati terbuka cara MM di Kedah kerana bagi mereka bukan isu agama dan bangsa seseorang pemimpin tetapi isu ketelusan kredibiliti akauntabiliti seorang pemimpin pada rakyat .

Kita kena memahami bahawa cina India Iban kadazan dan lain lain tidak membenci agama dan bangsa seseorang pemimpin tetapi benci apabila seseorang pemimpin gagal menjadi pemimpin rakyat . mereka pun sedar bahawa perasaan hormat sesama rakyat asas kemajuan negara

India cina kadazan Iban dan lain lain mereka mahukan :

1. Pemimpin mesra rakyat

2. Pemimpin menjiwai masalah keluhan rakyat .

3. Pemimpin yang bebas rasuah serta Amanah

4. Pemimpin yang membawa kejayaan ekonomi dan perniagaan

5. Pemimpin yang dapat menyatupadukan rakyat .

6. Menerima apa masalah dengan hati terbuka

7. Pemimpin yang mudah dibawa berbincang

Kita perlukan berjiwa Melayu Islam bukan berjiwa Melayu liberal Melayu wahabi atau Melayu syiah

Kerana dasar  Islam yang selama ini mendasari pemerintahan Barisan Nasional  membawa keadilan dan keamanan pada semua rakyat Malaysia

Ahmad Shuaib Ismail

No comments:

Post a Comment